Anda di halaman 1dari 10

E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET DALAM

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Zahiah Binti Kassim & Abdul Razaq Bin Ahmad


Universiti Kebangsaan Malaysia
zahiahkassim@yahoo.com

Abstrak

Globalisasi membawa perubahan teknologi kepada masyarakat. Ledakan maklumat dan


keupayaan hebat teknologi terutamanya kuasa digital dan pengkomputeran telah mencabar
sistem pendidikan termasuk teori pembelajaran untuk turut berubah. Kini konsep ruang siber
dan universiti maya menyediakan persekitaran pembelajaran secara jarak jauh atau atas talian
(online) melalui World Wide Web (WWW) dengan bantuan alat teknologi maklumat dan
komunikasi. Alatan ini merupakan simulasi yang membolehkan pelajar mengalami
pengalaman pembelajaran sebenar dan dapat berinteraksi dengan individu lain tanpa perlu
bersemuka. Kemudahan ini menjadi agen sosialisasi terbaik yang menuntut individu sentiasa
mengemaskini ilmu, pengetahuan dan kemahiran di sepanjang hayat mereka. Namun kajian
mendapati ia masih lagi mempunyai isu dan cabaran yang perlu ditangani dengan bijak.
Kertas konsep ini meneroka peranan dan cabaran e-pembelajaran menerusi internet terhadap
pembelajaran sepanjang hayat orang dewasa.

Abstract
Globalisation brings technological changes to people. The huge amount of information and
the power of technology especially the digital power and computerisation have threatened
the education system including the educational theories to go along with the changes. Now
the concepts of cyberspace and virtual university provide distance learning environment or
online learning via World Wide Web (WWW) empowerd by information and communication
technology. These tools are helpful simulations which enable students to feel the real
learning experience dan enable them to interact with each other virtually. These facilities
have became the best socialisation agents which require students to update their knowledge
dan skills through a lifelong learning. But several research findings showed that there are
issues and challenges that need to be handled intelligently. This concept paper is to explore
the role and challenges of e-learning via the internet on the lifelong learning especially to
adult education.

GLOBALISASI, TEKNOLOGI DAN


PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT:

Pengenalan:

Kepimpinan negara menekankan pentingnya modal insan kelas dunia untuk meningkatkan daya
saing negara dalam era global berteraskan ilmu pengetahuan. Dua ciri utama ekonomi berteraskan
ilmu yang sedang berlaku di seluruh dunia adalah tentang pantasnya aplikasi ilmu dan evolusi
teknologi komunikasi yang secara signifikan mengubah masyarakat moden. Kini, revolusi
transmisi maklumat membentuk masyarakat digital dan nettizen (net citizen) yang semakin pantas
dan lebih ―dekat‖, yang hidup dalam ledakan maklumat, berinteraksi tanpa batas geografi fizikal
dan tiada had ruang masa. Komunikasi berasaskan komputer bukan hanya memperhebatkan
revolusi maklumat, malah potensi teknologi itu sendiri berkembang menjadi lebih canggih untuk

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 209


menyedia, mencipta, mengumpul, memproses dan menyebarkan maklumat serta pengetahuan.
Justeru, pada abad ke 21 ini, teknologi internet dan World Wide Web (WWW) memainkan peranan
utama sebagai agen komunikasi, interaksi, pendidikan dan sosialisasi masyarakat dunia.

Sesebuah negara yang mahu terus berjaya dalam ekonomi berteraskan ilmu, harus
menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada modal insannya sehingga menjadi satu
budaya hidup. Pencarian ilmu yang berterusan adalah penting kerana ilmu dan kemahiran yang
diperolehi di sekolah dan universiti akan menjadi lapuk selepas satu tempoh yang tertentu.
Terutamanya, kini aktiviti ekonomi telah berubah kepada berasaskan pengetahuan atau di panggil
k-economy. K-economy memerlukan k-pekerja kerana pendekatan aktiviti ekonomi yang
menggunakan ilmu pengetahuan, modal intelek dan teknologi maklumat. E-pembelajaran
merupakan asas kepada ekonomi bermaklumat dan ekonomi berpengetahuan (k-economy).
Penggunaan jaringan teknologi terutamanya internet adalah satu evolusi yang menjana kekayaan
maklumat dalam pembelajaran dengan kuasa membawa maklumat dan kemahiran tertentu untuk
mengupaya pekerja, pelajar dan setiap individu yang benar-benar memerlukannya.

E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET

Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubah
sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar
konsep dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta metod
pengajaran dan pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.)
Pembelajaran berbantukan komputer telah mencipta universiti maya yang semakin popular pada
masa kini. Universiti maya menyediakan modul-modul kursus serta komunikasi interpersonal yang
hanya memerlukan pelajar mempunyai kebolehan pembelajaran arahan kendiri, serta kemudahan
komunikasi sinkroni dan asinkroni sebagai syarat asas.
Salah satu kaedah pendidikan sepanjang hayat ialah pendidikan secara jarak jauh (PJJ) yang
diupayakan oleh jaringan elektronik dan konsep elektronik pembelajaran (pembelajaran melalui
elektronik) atau e-pembelajaran. E-pembelajaran juga dikenali sebagai m-pembelajaran atau
mobile learning. Kemudahan pengurusan maklumat membolehkan individu belajar dalam
pelbagai pengalaman pembelajaran menerusi internet. Ia boleh dilakukan dalam dua cara iaitu
dalam ruang kerja peribadi dan ruang kerja kolaboratif yang memerlukan pelajar bertukar
maklumat secara sinkroni (synchronous) atau asinkroni (asynchronous) dalam global village yang
dibina oleh laman-laman sesawang (web) sehingga membolehkan sesiapa sahaja dihubungkan.
E-pembelajaran bermula dengan kebolehan mengakses laman-laman sesawang di internet
yang menjadi akses kepada pelbagai sumber e-pembelajaran, termasuklah laman-laman capaian
maklumat, program dan pelbagai pilihan pembelajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan
atribut dan sumber dari laman web WWW supaya berlaku suasana pembelajaran yang sebenar
(Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003, Smith dan Ragan 1993). E-pembelajaran
boleh berlaku samada secara formal iaitu dengan mengikuti program khas yang dikendalikan oleh
pihak institusi dan universiti secara maya atau pun merupakan sumber pengurusan maklumat
secara tidak formal sebagai lokasi perbincangan maya. Maka, PBW memberi peluang kepada
orang dewasa meneruskan pembelajaran sepanjang hayat secara jarak jauh. Infrastruktur e-
pembelajaran secara asasnya memerlukan item-item berikut:

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 210


OBJEK PEMBELAJARAN
Kandungan: data/maklumat, proses, dokumen,alat
Sumber: arkib,internet, intranet
Format: video, grafik, teks, audio

Rekabentuk
instruksional &
maklumat

Portal
pembelajaran:
Asinkronasi dan
sinkronasi

Latihan online,
Pengurusan pengetahuan,
Proses bimbingan,
Polisi & garispanduan, (sumber: Rosenberg 2001)
Bantuan prestasi,
Bantuan kerja/belajar

Rajah 1: Kerangka Infrastruktur Proses E-pembelajaran

Teori E-pembelajaran (e-learning) dan Teori Andragogi

Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka


dengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian
kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip ―just-in-
time‖ dengan kompetensi ―anywhere, anytime, anyone‖ (Talesra et al. 2003, Karoulis et al, 2004).
Konsep ini sangat sesuai dengan teori andragogi iaitu orang dewasa belajar dengan motivasi
kendiri mengikut kesesuaian peribadi (Knowles et al . 2005; Mazanah, 2001 ; Merriam &
Caffarella., 1999;

Baddeley dan Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working memory yang
menyatakan bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi secara
langsung mengenkod dua jenis maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual. Kajian
psikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika disertai dengan
imej visual. Teori tersebut kemudiannya di aplikasikan oleh Richard Mayer yang memperkenalkan
teori dua koding multimedia, menurut teori ini pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaran
mereka melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada kognitif (Cognitive Theory of
Multimedia Learning).

Teori pembelajaran dewasa boleh disesuaikan dengan metodologi e-pembelajaran ini.


Apabila teori ini diintegrasikan dalam persekitaran pembelajaran, ia mampu mencipta pelajaran
atau program kursus yang sesuai dengan teknologi terkini dan pada masa sama berfokus kepada
kehendak dan keperluan orang dewasa supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran di
sepanjang hayat mereka.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 211


Pengaplikasian online dan laman web telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh yang
memberi peluang pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif dan kerja projek dari pelbagai
lokasi. Evolusi ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat bermaklumat, malah memberi
peluang kepada orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran sepanjang hayat, dalam dua elemen
iaitu elemen pembelajaran kendiri (self study) menerusi penggunaan, pengurusan maklumat
berasaskan media seperti bahan kursus (courseware) dan mencipta entiti pembelajaran melalui
pelayaran capaian maklumat dengan bantuan media maklumat elektronik.

Pembelajaran interaktif berperanan meningkatkan pembelajaran pelajar melalui


pengalaman melakukan eksplorasi kendiri mengikut pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran, dan penemuan baru semasa proses penyelesaian masalah. Oleh kerana nota
pengajaran syarahan dan tutorial dapat disampaikan secara komunikasi asinkroni dan sinkroni,
maka media komunikasi telah mengubah caragaya pelajar dan guru (tutor) melakukan kajian,
membaca dan menulis. Kini, terdapat pelbagai kaedah kajian, pembacaan dan penulisan yang
melibatkan konsep-konsep seperti hiperteks, dan penulisan kolaboratif. Dalam pembelajaran
dewasa, teknologi diintergrasikan sebagai kaedah untuk penyampaian pengetahuan dan arahan
tugas sehingga membolehkan orang dewasa mempunyai privasi untuk membuat latihan disamping
dapat memperkembangkan konsep pembelajaran arahan kendiri yang dapat disesuaikan dengan
mod individu.

Tekonologi juga mengubah generasi dan bentuk hubungan sosial (Talesra et al 2003;),
apabila program software dipertingkatkan, sebenarnya ia meningkatkan interaktiviti, meningkatkan
komunikasi, meningkatkan kebolehan adaptasi, menambah perkongsian dan meningkatkan
pengalaman pembelajaran (Zoraini Wati, 2008; Robertson, 1992). Maka, teknologi mencipta
masyarakat dunia baru yang saling berinteraksi dan berkuasa bukan hanya sebagai alat
perhubungan malah menjadi alat pendidikan. Disamping itu, perkongsian meluas dapat
menggalakkan individu termasuk ahli akademik berkongsi kurikulum dan sumber di serata dunia.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)


Pengenalan:
Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses memperkayakan modal intelek yang semakin menjadi
sebahagian daripada cara hidup. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai konteks, pelbagai situasi dan
untuk semua orang pada semua peringkat umur atau tempoh hayat. PSH juga dikenali sebagai
pembelajaran terbuka yang memberi masyarakat satu kapasiti untuk belajar dan terus belajar
terutamanya berdasarkan arahan kendiri (Hargreaves,. 2004; Aspin et al, 2001; Gelpi, E. 1995)

Idea tentang pembelajaran sepanjang hayat ini telah diperkenalkan oleh UNESCO lebih 30
tahun yang lalu. Idea asalnya dikaitkan dengan harapan membentuk masyarakat yang mempunyai
kualiti kehidupan yang lebih tinggi. Namun begitu, pada generasi kedua, idea tersebut mula
berkembang sebagai satu usaha memenuhi keperluan tenaga buruh berkemahiran dan
berkompetensi. Iaitu pembelajaran sepanjang hayat dikaitkan dengan elemen teori modal ekonomi
manusia (Toth, 2002).

Akhirnya, ia menjadi satu pendekatan berintegrasi dengan progam yang lebih konkrit telah
diimplementasikan pada tahun 2001. Pendekatan berintegrasi ini terhasil dari satu persidangan
negara-negara Eropah iaitu The Lisbon European Council pada Mac 2000. Komisyen persidangan
tersebut telah mengeluarkan memorandum ―A Memorandum of Lifelong Learning‖ yang
mendefinisikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai semua aktiviti pembelajaran yang

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 212


dilaksanakan sepanjang kehidupan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan kompetensi dalam perspektif peribadi, sivik, sosial dan/atau pekerjaan.
―all learning activity undertaken throughout life, with the aim of improving
knowledge, skills and competences within a personal, civic, social and/or
employmen-related perspective‖
(A Memorandum of Lifelong Learning)

Definisi dan Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat:


Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional
yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri. Ia juga pembangunan potensi
manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu
menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman
hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan
yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup (Ibrahim Ahmad Bajunid 2006; Hargreaves,.
2004; Aspin et al,2001; Gelpi, E. 1995). Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan
dalam peringkat kehidupan, maka keperluan belajar menjadi penting, tetapi jenis maklumat, ilmu
dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. Selain itu, ia selari dengan kehendak sosial
dan ekonomi sezaman, yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. Ini telah
menyedarkan masyarakat terutamanya golongan dewasa bahawa pendidikan formal yang
diperolehi semasa muda tidak lagi sesuai di sepanjang hayat mereka (Hargreaves,. 2004; Aspin et
al,2001; Gelpi, E. 1995; Long,1990).

Terdapat beberapa konteks dan konsep pembelajaran sepanjang hayat iaitu: home schooling
yang melibatkan pembelajaran tidak formal di rumah; pendidikan dewasa iaitu usaha pembelajaran
formal dan berstruktur untuk mendapatkan sijil atau kelayakan dan kemahiran kerja untuk
kehidupan seterusnya; menyambung pelajaran adalah progam pembelajaran formal dan berstruktur
iaitu usaha meneruskan pengajian atau menghadiri kursus anjuran institusi pendidikan tinggi;
latihan dalam perkhidmatan (on-the-job training) meliputi perkembangan profesional dan latihan
kerja, samada dilakukan atas usaha peribadi atau anjuran organisasi; Pembelajaran maya (online
learning) adalah persekitaran pembelajaran peribadi atau pembelajaran arahan kendiri samada
secara formal atau tidak formal melalui pelbagai sumber dan alat multimedia secara atas talian
(online).

Model Pembelajaran Sepanjang Hayat


Pendidikan jarak jauh telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap sebagai
suatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar PSH. Ciri utama PSH ialah fleksibiliti
program yang membolehkan pembelajaran berlaku pada masa dan tempat yang sesuai dengan
pelajar. Ciri-ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat dan kini
terdapat pelbagai mod cara belajar tanpa batasan masa dan tempat. Antara kumpulan sasaran utama
PSH ialah golongan dewasa yang bekerja, suri rumah dan warga emas yang mahu memberikan
sumbangan kepada negara, menambah baik diri dan mempelbagaikan kemahiran .

Penggunaan format media terkini seperti fail MP3 dan MP4 telah membolehkan bahan
tutorial dimuatturun dalam bentuk video, audio, imejan dan slaid digital. Selain itu, kaedah
pembelajaran ini tidak mendatangkan masalah kerana bahan pembelajaran adalah direka dengan
arahan kendiri (self-instructional), interaktif, mesra-pelajar (leaner friendly) dan sistematik
(Zoraini Wati, 2008; Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003) . Sehubungan itu, Zoraini
Wati (2008) telah mengemukakan satu teori pembelajaran global yang dibentuk oleh Siemen
(2005). Menurut teori tersebut, pada masa akan datang, sistem pendidikan akan menggunakan alat
perhubungan online sosial seperti laman web, blog, wikipedia dan ruang sosial seperti My Space

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 213


dan Facebook. Ini bermakna pembelajaran masa kini dan akan datang adalah satu proses aktif di
antara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan kompetensi teknologi.

Berikut adalah model pembelajaran sepanjang hayat yang dikemukakan oleh Garrison (1997).

Mengenali diri
( Kesedaran Kendiri)

Penilaian Pembelajaran Pelajar Perancangan Untuk


( Pemantauan Kendiri) Sepanjang Belajar
Hayat ( Pengurusan Kendiri)

Memahami Cara
Belajar
( Meta Belajar)

RAJAH 2: Model Pembelajaran Sepanjang Hayat (Garrison, 1997)

Rajah 2: Model tersebut menunjukkan pembelajaran sepanjang hayat adalah proses berkitar
dengan empat tonggak utama:
(a) Kesedaran kendiri (Self awareness) pelajar mengenalpastikan identiti dan autonomi
mereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan kepercayaan sendiri, secara tidak
langsung akan mempengaruhi mereka semasa belajar (Candy 1991; Knowles et al., 2005).

(b) Merancang Pembelajaran - Planning for learning (Self management) :


penetapan objektif dan perancangan untuk mencapai objektif tersebut.
(c) Sedar apa yang perlu dipelajari - Understanding how to learn (Meta-learnig)
;Menggambarkan kesedaran pelajar tentang kaedah yang berbeza semasa belajar dan
pelbagai cara belajar.
(d) Penilaian pembelajaran - Evaluating learning (Self monitoring): Menunjukkan analisis
sistematik terhadap pelaksanaan belajar. Garrison mendefinisikan self monitoring ialah
tanggunjawab seseorang untuk menilai pengurusan pembelajaran mereka sendiri.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 214


PERBINCANGAN KAJIAN

E-pembelajaran : Isu dan Cabaran

Berdasarkan teori dan sorotan literatur terutamanya tentang pembelajaran berasaskan web (PBW),
dapat disimpulkan bahawa e-pembelajaran adalah evolusi pembelajaran yang memudahkan orang
dewasa meneruskan proses pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran arahan kendiri secara
jarak jauh dan cross border education didapati lebih relevan, fleksibel dan memberi kebebasan
kepada pelajar untuk memulakan pembelajaran pada bila-bila masa berdasarkan keperluan
peribadi serta kesesuaian dengan komitmen terhadap keluarga, kerja dan kehidupan sosial mereka
(Zoraini Wati, 2008; Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003, Smith dan Ragan 1993).

Namun apa yang penting ialah universiti maya perlu mengekalkan kualiti dan legitimasi
program akademik yang ditawarkan. Maka cabaran kepada pendidik adalah untuk menyediakan
ruang siber bagi menjayakan transformasi pengalaman pembelajaran dari persekitaran sebenar
kepada persekitaran pembelajaran secara maya.

Salah satu prinsip teori pembelajaran dewasa adalah peranan tutor hanya membantu pelajar
untuk mampu berdikari dan mempunyai arahan kendiri supaya bertanggungjawab berhadap
pengalaman pembelajaran mereka sendiri. Namun begitu pembelajaran kendiri tetap mempunyai
masalah. Seandainya pelajar lewat atau kurang mendapat maklumbalas dari tutor, maka mereka
tidak dapat maju dalam proses pembelajaran kendiri mereka. Ini kerana guru atau tutor masih lagi
merupakan orang yang pakar dan berautomi dari segi bahan kursus pembelajaran. Maka, tutor
perlu merekabentuk bahan dan aktiviti pembelajaran yang benar-benar dapat membimbing pelajar
kepada situasi pembelajaran persendirian secara online. Selain itu konsep pembelajaran kendiri
dan berautonomi bukan bermakna individu belajar secara terasing dari tutor dan pelajar lain.
Sebaliknya ia merupakan konsep pembelajaran yang memberi kuasa kepada individu untuk
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka bersendirian dan pada masa sama terlibat secara
aktif dengan tutor dan pelajar lain.

Dari aspek sosioemosi, pembelajaran secara online terutamanya secara asinkroni bukan
sahaja mengubah peranan guru, tetapi sangat berfaedah kepada golongan pelajar yang pendiam dan
pemalu. Orang yang pendiam dan pemalu mungkin tidak berpeluang untuk memberi pendapat di
bilik darjah tradisional, sebaliknya mereka boleh turut serta secara aktif dalam forum perbincangan
maya, terutamanya di dalam forum e-kumpulan berbentuk asinkroni.

Bagi golongan pekerja, ICT membolehkan mereka lebih cepat menjadi k-pekerja (k-
workers) di tempat kerja berteknologi (technological savvy). Ini kerana penggunaan internet bukan
sahaja menjana pengetahuan, idea dan kemahiran baru kepada pekerja, malah pengupayaan
telekomunikasi seperti e-mel, e-chat, sidang video, telesidang dan kebolehan akses kepada
pangkalan data telah merevolusi e-pengurusan tanpa kertas. Selain itu, ia menjadi penghubung
antara kerja dan pembelajaran. Kini bilik darjah boleh datang ke persekitaran tempat kerja secara
latihan online atau melalui pengurusan maklumat tanpa mengira masa dan tempat. Tetapi akan
timbul masalah jika ada pegawai atasan yang tidak memahami dan berpendapat bahawa
pembelajaran atau latihan hanya diperolehi di dalam bilik darjah fizikal serta pelayaran maya
dianggap sebagai satu pembaziran masa. Maka menjadi cabaran kepada organisasi kerja
menwujudkan komuniti pembelajaran/berpengetahuan serta budaya pembelajaran.

Globalisasi dan teknologi internet telah berjaya menwujudkan senario pembelajaran


berterusan. Namun begitu, internet hanyalah teknologi yang memudahkan proses pencarian ilmu

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 215


pengetahuan dan kemahiran, jika individu tidak komited, maka internet akan gagal meningkatkan
kualiti pembelajaran itu sendiri. Pembelajaran terbuka dan jarak jauh masih boleh diancam oleh
masalah pelajar yang tidak aktif dan kehilangan minat. Keadaan ini boleh disebabkan oleh isu
bahawa transmisi maklumat secara maya menyebabkan kehilangan konteks personal antara
individu yang terlibat.

Motivasi orang dewasa juga satu masalah dan isu e-pembelajaran. Orang dewasa yang
berhasrat meneruskan pembelajaran secara online perlu membuat penilaian tahap kesediaan
belajar, serta mempunyai tahap kompetensi penggunaan komputer. Masalah teknikal seperti
teknofobia dan kekurangan latar belakang teknikal perlu diselesaikan sebelum memulakan program
pembelajaran berasaskan teknologi. Apabila kompetensi baik, maka lebih selesa dan mudah
menyesuaikan diri dengan e-pembelajaran. Selain itu, pengantara atau tutor hendaklah
menyediakan pelbagai strategi dan mengambil kira tahap pembelajaran yang boleh disesuaikan
dengan kepelbagaian latar belakang dan tahap kompetensi sedia ada pelajar.

Selain itu, kemudahan program hendaklah ‗mesra pengguna‖ iaitu pengguna boleh maju
mengikut keselesaan sendiri. Misalnya, dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada maka tidak
mustahil ada program atau bahan telah dikuasai oleh pelajar, maka bahan pembelajaran hendaklah
memberi alternatif yang membolehkan pengguna skip atau meninggalkan bahan yang tidak
diperlukan.

Memandangkan tugas tutor hanya sebagai fasilitator, tidak mustahil tutor membiarkan
pelajar belajar sendiri tanpa bimbingan dengan alasan orang dewasa mempunyai motivasi dalaman
yang tinggi. Ini menyebabkan kekurangan maklumbalas dari tutor sehingga boleh menyebabkan
pembelajaran tidak mempunyai haluan yang kukuh. Selain itu, masalah kecelaruan komunikasi
mungkin boleh berlaku akibat kesilapan melakukan pentafsiran disebabkan cara gaya sesuatu isu
atau komen ditulis. Komen fasilitator atau tutor mungkin disalah tafsir sebagai kritikan. Maka
tutor perlu berhati-hati semasa menghantar maklumbalas berkenaan tugasan pelajar. Selain itu,
potensi teknologi ini juga tidak menjamin akan wujud interaksi yang berkualiti kerana fleksibiliti
masa juga boleh mendatangkan masalah, seperti soalan pelajar kepada tutor atau forum
perbincangan kumpulan, mungkin mengambil masa yang lama untuk mendapat maklumbalas.
Selain itu, kemungkinan akan berlaku ketandusan nilai insaniah, dan kegagalan untuk berhubung
dengan orang lain.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN:


Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada corak hidup dan sistem sosial
masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Oleh kerana kesan globalisasi tidak dapat dielakkan
maka, masyarakat perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang dibawa oleh
globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi maka penguasaan
ilmu dan pengetahuan baru dapat dilakukan melalui pembelajaran sepanjang hayat

Apa yang penting, komputer dan teknologi internet membantu meningkatkan keupayaan
pembelajaran dan perkembangan profesionalisme individu. Internet memberi peluang kepada
setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai cara. Malah ia
membantu sistem masyarakat ke arah perkongsian maklumat. Maka pembuat dasar hendaklah
mengambil kira kesan teknologi terhadap latihan teknikal, pedagogi dan infrastruktur baru yang
diperlukan untuk melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya sekolah.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 216


RUJUKAN
Abdul Razaq Ahmad, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin. 2008. Masyarakat dan Pendidikan.
Bangi: Sutra Publication.
Asan Ali Golam Hassan (pnyt). 2007. Hala Tuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber
Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Aspin, David N., Chapman, J., Hatton, M. & Sawano Y. 2001. International handbook of lifelong
learning. 1st Ed. New York: Springer Publishing.
Chamhuri Siwar, Suetahman Kasstin Hassan & Norshamliza Chamhuri. 2007. Ekonomi Malaysia.
Ed.ke-6. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Colleta, N.J. 1996. Formal, Nonformal and Informal Education. Dlm. Tuijman, C. (pnyt.).
International Encyclopedia of Adult Education and Training. 2nd Ed. New York: Pergamon
Press.
Department for Education and Employment. 1998. Learning Communities: A Guide to Assessing
Practice and Processes. Sudbury: DfEE Publications Centre.
Garrison, D.R., 1997. Self-directed learning: Toward a comprehensive model. Adult Education
Quarterly 48: 16-18.
Gelpi, E. 1995. Lifelong Education. United Kingdom: Bertrams Print On De.
Gunn, S. & Cedric Cullingford. 2005. Globalisation, Education and Culture Shock: Monitoring
Change in Education. United Kingdom: Ashgate Publishing Company.
Hairi Abdullah. 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Hargreaves, David H. 2004. Learning for Life: The Foundations of Lifelong Learning. United
Kingdom: Policy Press.
Hasan, A. 1996. Lifelong learning. Dlm. Tuijnman, C. (pnyt.). International Encyclopedia of Adult
Education and Training. 2nd Ed. New York: Pergamon Press.
Holford, Jarvis. 1998. International Perspectives on Lifelong Learning. 1st Ed. United States:
Routledge.
Hunt, L. 2004. Creative E-Transition. Dalam E-education Applications: Human Factorss and
Innovative Approaches. (Claude Ghaoui, editor). UK:Idea Group Inc.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 1991. Laporan banci penduduk 1980, 1991. Jil. 1. Kuala Lumpur:
Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2000. Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2000. Kuala Lumpur:
Jabatan Perangkaan Malaysia.
Karoulis, A. et al. 2004. An Expert-Based Evaluation Concerning Human Factors in ODL
Programs: A Preliminary Investigation. Dalam E-education Applications: Human Factors
and Innovative Approaches. (Claude Ghaoui, editor). UK:Idea Group Inc.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Melangkah Tahun 2020. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
Knowles, Malcolm S., Holton, Elwood F. & Swanson, Richard A. 2005. The Adult Learner: The
Definitive Classic in Adult Education and Human Resource Development. 6th Ed.
Burlington: Elsevier.
Long, H.B. 1990. Lifelong learning: Pressure for Acceptance. Journal of Research and
Development in Education 7: 2-12.
Longworth, N. 2003. Lifelong Learning in Action: Transforming Education in the 21st Century.
London: Kogan Page Limited.
Mahathir Mohamad & Hashim Makaruddin. 2002. Globalisation and the new realities: Selected
Speeches of Dr. Mahathir Mohamad, Prime Minister of Malaysia. Subang Jaya: Pelanduk
Publications (M) Sdn. Bhd.
Malaysia. 1996. Racangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 217


Mazanah, M. 2001. Adult and Continuing Education in Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Putra
Malaysia.
Merriam, S.B. & Caffarella. R.S. 1999. Learning in Adulthood: A Comprehensive guide. San
Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Mok Soon Sang. 2007. Pengajaran dan Pembelajaran: Kursus Penilaian Tahap Kecekapan.
Puchong: Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.
Noe, Raymond A. et al. 2006. Human Resource Management: Gaining a Competitive Advantage.
5th Ed. Boston, Mass: McGraw-Hill.
Okamoto, T & Kayama, M. 2004. Integrated E-Learning System and Its Practice. Dalam E-
education Applications: Human Factorss and Innovative Approaches. (Claude Ghaoui,
editor). UK:Idea Group Inc.
Oliver, Paul. 2005. The Concept of Globalisation and Culture. Dlm. Gunn, S. & Cedric Cullingford
(pnyt.). Globalisation, Education and culture shock. United Kingdom: Ashgate Publishing
Company.
Resnick, L.B and Wirth, J.G. 1996. The changing of workplace: New challenges for Education
Policy and Practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Robertson, Roland. 1992. Globalization: Social Theory and Global Culture. London: Sage
Publications.
Sarjit Kaur, Morshidi Sirat & Norzaini Azman. 2008. Globalisation and Internationalisation of
Higher Education in Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Sekolah Pendidikan Jarak Jauh. 2009. Universiti Sains Malaysia.
Shahril @Charil Marzuki, 2005, Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia, Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Sharifah Norazizan & Nurizan Yahya. 2005. Peranan dan Cabaran dalam Mensejahterakan
Warga Tua. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sharon, B, M et al, 2007, Learning in Adulthood: A Comprehensive Guide (3rd edt), USA: Jolley
Bass
Sufean Hussin, 2004, Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah (2nd edit), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sutherland, P. 2006. Lifelong Learning: Concepts and Contexts. United States: Routledge.
Thomas, Elwyn. 2005. Globalisation, Cultural Diversity and Teacher Education. Dlm. Gunn, S. &
Cedric Cullingford (pnyt.). Globalisation, Education and Culture Shock. United Kingdom:
Ashgate Publishing Company.
Toth, Janos, 2002, Learner Partnership – An Integrated Approach to Adult Education,
International Conference on Lifelong Learning, ASEM, University of Malaya.
Williams, Elizabeth, 1996, So…You Want To Teach Adult?, Canada: Pifin Publishing.
Zoraini Wati Abas. 2008. Globalisation of education through open distance learning. Dlm Sarjit
Kaur, Morshidi Sirat & Norzaini Azman (pnyt.). Globalisation and Internationalisation of
Higher Education in Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

(Atas talian)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka
_Hadapan&pg=mh_07.htm
http://linux.or.id/files/MKP-13-2-6.pdf
http://www.jpa.gov.my/docs/pelbagai/ubulanan/2005/Feb-BL.pdf
http://www.lppkn.gov.my/bm/artikel_disember.pdf

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 218

Anda mungkin juga menyukai