Anda di halaman 1dari 12

CLASS ONLINE

CAKE BUAH KUKUS


By Shiela d’dapoq

BAHAN BAHAN :
250 gm Mentega @ high quality Butter
340 gm Gula Pasir
60 gm Air Panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji Telur size AA
1 sudu teh Cream of Tartar *
2 sudu teh Soda Bikarbonat *
350 gm Tepung Gandum *
1 sudu teh Serbuk Nutmeg/Buah Pala *
1 sudu teh Vanilla Extract/Essence

CARA CARANYA :
 Masak gula pasir sampai perang dengan api sederhana. Jangan sampai hangus pulak. Pastikan
semua gula larut betul. Kalau ada yg berketul tekan tekan sikit dgn senduk supaya mudah larut.

 Matikan api sekejap dan tuang air panas perlahan lahan.


 Hati hati kerana dia akan membuak panas camni.

 Masukkan mentega/butter dan biarkan cair.


 Masukkan pula mixed fruits dan biarkan reneh seketika.

 Ketepikan dan Sejukkan sebentar.


 Sambil tu kita prepare bahan tepung. Satukan serbuk buah pala, cream of tartar dan soda
bicarbonate ke dalam tepung mengikut sukatan yg diberikan.

Ayak semua bahan.

 Setelah gula yang dimasak tadi sejuk atau suam suam sikit, masukkan tepung sedikit demi sedikit
dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
 Dalam bekas lain, pukul telur dengan menggunakan electric mixer dan masukkan esen vanilla.

 Kemudian tuangkan telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan kacau dengan senduk
kayu hingga sebati.
 Jika tak larat nak gaul dengan senduk boleh guna electric mixer bila adunan hampir sebati. Memula
tetap kena guna senduk dulu yer sebab adunan sangat likat.
Bila dah sebati camni kita sediakan pula Loyang bersaiz 8 x 8in.

 Lapik Loyang dengan baking paper. Masukkan adunan dan balut dengan baking paper seperti
gambar di atas. Acukan dengan getah untuk membentukkan baking paper tu kepada Loyang dan
kemudian ikatkan dengan benang seperti gambar di bawah dan keluarkan getah ikatan tadi. Kukus
selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kukus dengan api yang sederhana
pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil. Kalau nak
tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas. Jika kukusan anda jenis yg banyak air
menitik balutlah dengan aluminium foil.
 Bila kek dah masak, matikan api dan biarkan dulu dalam kukusan lebih kurang ½ jam. Selepas itu
buka penutup kukusan perlahan lahan biar wap keluar sikit, sikit. Begitu juga bila buka penutup
cake. Jangan buka mendadak nanti cake akak turun sangat bahagian tengahnya. Potong kek bila ia
benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. Kek ini lebih sedap
dimakan selepas 2 hari. Berat cake lebih kurang 1.6kg.
 Boleh juga dibuat dalam bekas bersaiz 4in x 8in. just bahagi 2 adunan lebih kurang 800gm setiap
bekas. Bagi bekas bersaiz ini tak perlu kukus selama 4 jam. Cukup selama 2 jam. Setelah sejuk lebih
baik wrap dengan cling wrap untuk mengekalkan kelembapan cake dan kelihatan lebih hygienic.

NOTE : Penggunaan bahan yang berquality seperti Butter, Mixed Fruits dan Serbuk Buah Pala sangat
memain peranan penting untuk menghasilkan Cake Buah yang sedap.

ni tips tambahan utk cake buah (penting):

1. butter plg sedap guna la belle

2. 1 satu adunan boleh buat 2 loyang size 6x6in jugak.. kukus 2 1/2 jam jer.. tambah kukus lg 15-20 min dgn
api kecikkkk jer sbb tkleh matikan terus api (lebih detail ada dlm module tu) study dulu

3. utk lebih moist cover loyang b4 kukus tu dgn aluminium foil.. tp boleh cuba dedua jugak, satu cover dgn
parchment paper.. then pilih mana texture yang suka

4. bila dah masak jangan terus buka kukus. biar jer dia suam atau sejuk dlm kukus pun tkpe.. lepas tu bukak
tutup kukus sikit dulu bg wap keluar.. lepas tu baru keluarkan loyang.. JANGAN bukak cover aluminium foil
tu selagi cake belum betul betul sejuk.. kalau bukak, tu yang cake akan mendak @ lekuk di tengahnya.

5. bila dah sejuk, bukak aluminium foil tu dan lap wap wap air yg menitik dan pada cover aluminium tu. lps
tu balut balik dan terbalikkan cake dalam loyang tu supaya kelembapan dia balance. biar semalaman
terlangkup tu pun tkper. cukup masa, dari loyang tu terus cling wrap. jangan dedahkan nanti cake kering
dan wangi dia hilang.

Selamat Mencuba! Jika ada sebarang soalan dan kemusykilan boleh pm terus kepada saya atau hubungi
saya @ 0132096113.

Terima kasih.

by Shiela d’dapoq

Anda mungkin juga menyukai