Anda di halaman 1dari 48

BAHAN LATIHAN BESTARI

(BONUS)
Latih Tubi Kertas 2280/1 Set 1

1. Antara berikut manakah kesan pergerakan bumi dalam rajah di atas ?

I. Gerhana
II. Pasang surut
III. Kejadian siang dan malam
IV. Kejadian empat musim

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

2. Berdasarkan rajah di atas, kejadian air pasang surut di laut berlaku pada
kedudukan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

2
¾ Kedudukan matahari tegak di atas Garisan Khatulistiwa

3. Pernyataan di atas dapat dikaitkan semasa bumi mengalami musim

I. Bunga II. Luruh III. Panas IV. Sejuk

A. I dan II B.II dan III C.III dan IV D.I dan IV

4. Kirakan waktu tempatan di Bandar R (120oT) apabila waktu di Bandar S


(65oB) ialah 11.00 pagi.

A. 2.20 pagi
B. 7.20 pagi
C. 2.40 pagi
D. 11.40 pagi

5. Antara berikut manakah alat yang diletakkan dalam Alat Pelindung


Stevenson?

A. Thermometer
B. Anemometer
C. Tolok hujan
D. Mawar angin

6. Pernyataan manakah benar tentang simbol dari rajah di atas?

A. Tiada tiupan angin


B. Keadaan cuaca tenang
C. Berlaku rebut taufan
D. Bayu bertiup kencang

3
7. Antara yang berikut pernyataan manakah benar tentang no. 6 dalam rajah di
atas?

A. Mawar angin mudah untuk bulan Jun


B. Bilangan hari angin bertiup kencang
C. Waktu tiupan angina dicatatkan
D. Jumlah hari tenang

Bulan J F M A M J J O S O N D

Suhu -3 1 5 6 8 12 13 11 7 5 -1 -5
(oC)
Bandar X

8. Berapakah julat suhu tahunan Bandar X ?

A. -1o C B. 8o C C.13o C D. 18o C

9. Antara berikut aktiviti manakah yang menambahkan gas rumah hijau?

I. Gas yang digunakan dalam peti sejuk


II. Pembakaran petroleum oleh kilang
III. Pembinaan bangunan tinggi
IV. Pereputan baja

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4
10. Kesan jerebu terhadap kehidupan manusia ialah

A. katarak mata
B. pencairan ais kawasan kutub
C. bangunan cepat rosak
D. mengurangkan jarak penglihatan

¾ Landasan keretapi Kuala Lumpur ke Port Swettenham

11. Tujuan utama penjajah membina sistem pengangkutan di atas paa abad ke 18
untuk mengangkut

I. getah
II. kayu balak
III. kelapa sawit
IV. bijih timah

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

12. Antara berikut manakah pelabuhan awal yang dibina pada zam,an penjajahan
Inggeris?

I. Pelabuhan Klang
II. Pelabuhan Kuantan
III. Pelabuhan Labuan
IV. Pelabuhan Pulau Pinang

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

¾ K- ekonomi
¾ E - dagang

13. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di atas dapat


meningkatkan ekonomi dari segi

A. pelaburan asing
B. kemudahan teleperubatan
C. mobiliti penduduk
D. pemantauan jerebu

5
14. Berdasarkan peta di atas, manakah lapangan terbang antarabangsa Malaysia?

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D.I dan IV

¾ Kerteh
¾ Bintulu

15. Faktor utama yang membawa perkembangan pembinaan pengangkutan


kawasan di atas ialah untuk

A. membawa keluar hasil pertanian


B. mengangkut sumber mineral
C. memajukan kegiatan pelancongan
D. meningkatkan kemudahan perhubungan

¾ Terowong Sakishima
¾ Jambatan Shikoku

16. Kedua-dua kemudahan di atas dibina bagi mengatasi halangan bentuk muka
bumi Jepun yang

A. bergunung ganang
B. berpaya
C. berpulau-pulau
D. berhutan tebal

6
¾ Landasan Keretapi Ekspres Tokaido

17. Apakah kesan penggunaan sistem pengangkutan di atas terhadap neagara


Jepun?

I. Mesra alam
II. Mengangkut penumpang
III. Menjimat penggunaan petroleum
IV. Meningkatkan import barangan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

18. Manakah bandar yang menjadi pertemuan landasan keretapi pantai barat dan
pantai timur Semenanjung Malaysia?

A. Segamat
B. Gemas
C. Kuala Lipis
D. Kuala Lumpur

19. Untuk mengurangkan masalah pencemaran udara, kerajaan Jepun telah

I. menggunakan kenderaan berteknologi tinggi


II. petrol tanpa plumbum
III. mengurangkan pengangkutan awam
IV. memindahkan kawasan industri di luar bandar

A. I dan II B.II dan III C. III dan IV D.I dan IV

20. Antara berikut manakah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk kemajuan
sistem pengangkutan?

I. JKR II. LLM III. MSC IV. JPJ

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

7
21. Antara berikut yang manakah benar tentang hutan hujan tropika?
I Malar hijau
II Banyak pokok menjalar dan epifit
III Pokok-pokoknya sama tinggi
IV Banyak spesies tumbuhan dan hidupan liar
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV
D II, III dan IV

22.

• Daun berbentuk jarum


• Dirian tulen
• Malar hijau

Ciri-ciri di atas menghuraikan tumbuhan semulajadi di kawasan

A I B II C III D IV

• Hutan pantai
• Hutan paya bakau
• Hutan paya air tawar

23. Di Malaysia faktor utama yang mempengaruhi taburan tumbuhan semulajadi di


atas ialah
I iklim II saliran III jenis tanih
IV bentuk bumi
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV
D II, III dan IV

8
24. Taman Negara manakah dikaitkan dengan pemeliharaan orang utan?

A Taman Negara Mulu B Taman Negara


Belum
C Taman Negara Sepilok D Taman Negara
Endau Rompin

25. Antara berikut pasangan yang manakah benar tentang lokasi padang rumput hawa
sederhana?

Nama Lokasi
A Pampas Amerika Selatan
B Veld Afrika
C Downs Australia
D Steppe Amerika Utara

26. Graf di atas menunjukkan suhu dan taburan hujan bagi iklim X.
Apakah tumbuhan semulajadi yang hidup subur di kawasan beriklim X?

I Malar hijau II Pokok dirian tulen


III Pokok dirian tulen IV Lantai hutan tebal

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV


D II, III dan IV

9
27. Kesan utama pemusnahan hutan bakau ialah
I Peningkatan kadar hakisan pantai
II Kemusnahan spesies persisiran pantai dan muara
III Perubahan paras air pasang dan surut
IV Peningkatan kemasinan air laut

A I dan II B II dan III C III dan IV


D I dan IV

28. Di antara berikut, yang manakah merupakan kesan terhadap komponen biotiK
akibat penyahhutanan?

A Peningkatan suhu mikro


B Penurunan kelembapan udara
C Peningkatan kejadian hakisan
D Kepupusan spesies hidupan liar

• Rendangan daun dan merimbun


• Keadaan sangat nyaman
• Pemandangan sungguh cantik
• Kaya dengan pelbagai biologi

29. Penyataan di atas menunjukkan hutan berfungsi sebagai

I sumber eko-pelancongan II habitat pelbagai spesies flora


dan fauna
III menjamin kelembapan udara IV membekal sumber kayu-
kayan
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV
D II, III dan IV

30. Kemajuan dalam kegiatan pengawalan pembalakan haram di Malaysia telah


dilakukan dengan kaedah penggunaan
I helikopter II fotoudara
III bot peronda IV polis

A I dan II B II dan III


C III dan IV D I dan IV

10
31. Kombinasi manakah benar tentang penghasilan tenaga alternatif di Malaysia?

Sumber Hasil
I Kacang soya Diesel
II Kelapa sawit Petroleum
III Tebu Alkohol etil untuk kenderaan
IV Penapaian jagung Gasohol

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV


D II, III dan IV

32. Apakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kesan
aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi?
I Penggiliran tanaman II Pembinaan teres
III Tanaman tutup bumi IV Pertanian rumah kaca
A I dan II B II dan III
C III dan IV D I dan IV

33. Arab Saudi

Sumber air tambahan bagi negara di atas adalah


I air laut II telaga tiub III air permukaan
IV air bawah tanah

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV


D II, III dan IV

34 Kombinasi kaedah pemuliharaan manakah yang benar?

I In situ Penyelenggaraan habitat asal haiwan dan tumbuhan


II Ex Pemeliharaan tumbuhan dan hidupan liar di luar habitat
situ semulajadinya
III In situ Pembiakan hidupan liar di dalam karangan
IV Ex Pembiakan hidupan liar di dalam kurungan
situ

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV


D II, III dan IV

11
Sumber boleh diperbarui

Hutan Air Suria X

35. X dalam rajah di atas merujuk kepada ?

A Tenaga fosil B Mineral C Angin


D Pasir

36. Sumber marin merangkumi

A sumber air laut


B sumber perikanan
C sumber kepelbagaian biologi pinggir laut
D sumber semulajadi yang ada di bawah permukaan laut

• Empangan Kenyir
• Empangan Cenderoh
• Empangan Batang Ai

37. Pembinaan empangan di atas memberi kebaikan kepada penduduk


I membekalkan air kepada kawasan pertanian
II membekalkan air kepada penduduk setempat
III menjana tenaga hidroelektrik
IV industri pelancongan

A I dan II B II dan III C III dan IV


D I dan IV

38. Antara berikut, manakah kepentingan sumber kepelbagaian biologi kepada


ekonomi negara?

A Habitat fauna dan flora B Menjana industri eko-


pelancongan
C Mengekalkan kelembapan udara D Menyediakan
kawasan tadahan

12
Pembalakan Suhu
X meningkat
berlebihan

39. Berdasarkan rajah di atas X mungkin sekali


I transpirasi berkurangan II fotosintesis
berkurangan
III transpirasi bertambah IV fotosintesis
bertambah
A I dan II B II dan III C III dan IV
D I dan IV

40.
Sumber tenaga ini boleh digunakan secara berterusan
Sumber ini sangat penting sebagai sumber tenaga gantian

Pernyataan di atas mewakili contoh sumber berikut


I tenaga hidroelektrik II gas asli dan petroleum
III tenaga solar IV tenaga biojisim

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV


D II, III dan IV

13
Skima Jawapan Kertas 2280/1 Set 1

1. B 21. B
2. C 22. A
3. B 23. A
4. C 24. C
5. A 25. D
6. C 26. D
7. D 27. A
8. D 28. D
9. B 29. A
10. D 30. A
11. D 31. C
12. D 32 .B
13. A 33. B
14. D 34 .B
15. B 35 .C
16. C 36 .D
17. A 37 .C
18. B 38 .B
19. A 39 .A
20. B 40 .C

14
Latih Tubi Kertas 2280/1 Set 2
Sistem Bumi

Atmosfera X Biosfera Litosfera

1. Rajah di atas menunjukkan hubung kait antara sfera dalam sistem bumi.
X ialah

A Mesosfera
B Hidrosfera
C Troposfera
D Stratosfera

2. Antara berikut, kombinasi manakah yang betul ?

Jenis Batuan Kepentingan kepada


manusia
I Batuan igneus Membina bangunan
II Batuan igneus Membuat simen
III Batuan enapan Membuat batu- bata
IV Batuan metamorfosis Barang-barang hiasan

A I, II dan III
B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3. Pertembungan plat lautan dengan plat benua akan menghasilkan kejadian

I gempabumi
II ombak besar
III tanah runtuh
IV kebakaran hutan

A I, II dan III
B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

15
4. Antara berikut, kombinasi yang benar tentang lava jenis asid dan lava bes ialah

Ciri Lava Lava Asid Lava Bes


I Tahap kecairan Sangat pekat Cair
II Tahap pembekuan Lambat beku Cepat membeku
III Kandungan mineral Silika rendah Silika tinggi
IV Takat peleburan Tinggi Rendah

A I dan II
B II an III
C III dan IV
D I dan IV

H 2 O + C O 2 + Batu kapur Kalsium Bikarbonat

5. Proses manakah yang dapat dikaitkan dengan tindak balas kimia di atas?

A Hidrolisis
B Pengoksidaan
C Pengkarbonan
D Penghidratan

6. Pernyataan manakah benar tentang jenis gerakan jisim dan kadar pergerakannya?

Jenis Gerakan Jisim Kadar Pergerakan


A Kesotan tanih Sangat cepat
B Gelangsar tanah Sederhana
C Gelongsoran tanah Sangat perlahan
D Aliran tanah Sangat perlahan

7. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan terumbu karang ialah

I laut cetek kurang 55 meter


II tahap kemasinan air laut – 30 %
III suhu air laut 18 º C
IV air laut yang keruh

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

16
8. Pencemaran air laut berlaku disebabkan oleh

I Ujian nuklear
II Perikanan laut dalam
III Bahan buangan kilang
IV Perlombongan petroleum di luar pantai

A I, II dan III
B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9. Apakah faktor fizikal yang mempengaruhi taburan penduduk di St. Lawrence,


Kanada?

A Perkembangan pesat sektor industri


B Jaringan pengangkutan yang cekap dan moden
C Banyak Bandar-bandar besar
D Tanah pamah yang luas, beralun dan subur

10. Kadar kelahiran di Malaysia pada abad ke 21 semakin berkurangan kerana

A Dasar kerajaan mengawal kadar kelahiran


B Kurang kemajuan dalam bidang perubatan
C Bilangan wanita berkerjaya meningkat
D Insentif pelepasan cukai yang rendah terhadap anak

11 . Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi kawasan berpenduduk padat di


Malaysia?

I Pembangunan sektor pertanian


II Kemajuan pelbagai kegiatan ekonomi
III Kemudahan infrastruktur
IV Darjah ketersampaian rendah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

17
12. Kesan piramid penduduk di atas pada sesebuah negara ialah

I Peratus penduduk dewasa rendah


II Berlaku disebabkan bencana alam seperti banjir dan peperangan
III Negara menghadapi masalah untuk membangunkan sumber ekonomi
IV Beban kerajaan bagi meningkatkan kemudahan kesihatan berkurangan

A I, II dan III
B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

13. Migrasi dalaman di Malaysia banyak didorong oleh faktor

I peluang pekerjaan yang lebih baik


II bencana alam di tempat asal
III politik yang tidak stabil
IV kemiskinan di tempat asal

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

18
KANADA

AUSTRALIA

MALAYSIA
BRITAIN

14. Faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi antarabangsa di atas ialah

I Melanjutkan pelajaran
II Meningkatkan taraf hidup
III Mendapat rawatan kesihatan
IV Kos hidup yang rendah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15. Antara berikut, kombinasi manakah yang benar?

Ciri Penduduk Kurang penduduk


berlebihan
A Pendapatan per kapita Rendah Rendah
B Kadar kelahiran Tinggi Rendah
C Taraf pendidikan Tinggi Rendah
D Tingkat teknologi Tinggi Tinggi

19
16. Apakah peralatan yang diletakkan di dalam alat kaji cuaca di atas?

I Tolok hujan
II Anemometer
III Termometer bebuli kering lembap
IV Termometer minimum dan maksimum

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

17. Antara kesan putaran bumi ialah

I Siang dan malam


II Pembiasan angin
III Air pasang surut
IV Gerhana matahari

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

18. Pada pukul 9.00 pagi Ahmad yang tinggal di Kuala Lumpur (102 º T) menerima
panggilan telefon daripada Robert di Buenos Aires (58 º B ). Pukul berapakah
waktu di Buenos Aires pada masa itu?

A 10.20 pagi
B 10.20 malam
C 7.40 pagi
D 7.40 malam

20
Soalan 19 dan 20 berdasarkan rajah di bawah.

19. Alat di atas biasanya diletakkan di

A tepi bangunan
B bawah pokok
C atas bangunan
D kawasan lapang

20. Sebahagian daripada alat di atas ditanam di dalam tanah untuk mengelakkan

I percikan hujan
II tiupan angin
III air daripada tersejat
IV alat daripada tumbang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

21
Soalan 21 – 22 berdasarkan rajah di bawah.

21. Di manakah kedudukan matahari tengah hari apabila bumi berada pada kedudukan
IV?

A Garisan Jadi
B Garisan Artik
C Garisan Sartan
D Garisan Khatulistiwa

22. Antara pernyataan berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan kedudukan II?

I Berlaku pada 21 Jun


II Dikenali sebagai solstis musim panas
III Waktu siang lebih panjang di Hemisfera Utara
IV Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Khatulistiwa

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

23. Antara berikut, kombinasi manakah benar?

Gas rumah hijau Sumber gas


A Klorofluorokarbon Asap kenderaan
B Karbon dioksida Baja tanaman
C Nitrus oksida Alat pendingin hawa
D Metana Reputan organisme di sawah

22
24. Kejadian di atas disebabkan oleh faktor-faktor seperti

I jalan raya berturap


II bangunan konkrit
III pertanian komersial
IV pembakaran hutan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

25. Apakah sumbangan luar bandar kepada bandar?

A Mengumpulkan hasil pertanian


B Mewujudkan peluang pekerjaan
C Membekalkan barang mentah kilang
D Menyediakan kemudahan pendidikan

• Seremban – Senawang
• Kuala Lumpur – Petaling Jaya

26. Jenis Bandar yang dapat dikaitkan dengan contoh di atas ialah

A Bandar baru
B Bandar kembar
C Bandar satelit
D Bandar terancang

23
27. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di
Malaysia ialah

I Membina lebuh raya bertingkat


II Memindahkan pejabat pentadbiran kerajaan ke Putrajaya
III Menggalakkan penggunaan bas awam dan teksi
IV Melebarkan jalan raya dan lebuh raya

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

28. Kombinasi manakah benar tentang fungsi Bandar dalam jadual di bawah?

Bandar Fungsi
I Kangar Bandar Di raja
II Pekan Pelancongan
III Bintulu Pelabuhan
IV Tanjung Malim Perindustrian

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

29. Proses pembandaran di Malaysia telah menyebabkan

I Kawasan setinggan meningkat


II Kesesakan lalu lintas
III Pencemaran udara meningkat
IV Kejadian penipisan lapisan ozon

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

24
Kawasan ini berkembang akibat kegiatan perlombongan bijih timah.

30. Berdasarkan peta di atas, kawasan yang dihuraikan merujuk kepada


A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

25
31. Jenis hutan pada kawasan berlorek ialah

A hutan konifer
B hutan hujan tropika
C hutan monson tropika
D hutan tundra

26
32. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri hutan dalam rajah di atas?

I Malar hijau
II Terdiri daripada 3 lapisan
III Berkayu keras
IV Lapisan bawah jarang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

27
33. Ciri-ciri utama tumbuhan semulajadi yang ditunjukkan di atas ialah

I bersifat dirian tulen


II daun berbentuk jarum
III mempunyai akar yang panjang
IV batang pokok berkulit tebal

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

34. Apakah persamaan antara hutan hujan tropika dengan hutan konifer?

A Malar hijau
B Berkayu keras
C Daun berbentuk daun
D Berakar banir

35. Langkah-langkah yang dijalankan untuk memulihara sumber hutan di Malaysia


termasuklah

A penghutanan semula
B mewujudkan taman negara
C mengadakan taman rekreasi
D mewartakan sebagai hutan simpan

28
DUNIA

36. Faktor yang membezakan ciri tumbuhan semulajadi di kawasan berlorek dalam
peta di atas ialah

A jenis tanih
B pengaruh manusia
C bentuk muka bumi
D kedudukan latitud

37. Antara berikut yang manakah kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi
pada sesebuah negara?

I Pertukaran dan penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pantas.


II Menggalakkan e-dagang
III Memperbanyakkan tenaga kerja di pelbagai sektor
IV Membantu proses pengajaran dan pembelajaran

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

29
38. Faktor yang menyebabkan pembinaan terowong di Jepun ialah

I halangan fizikal
II kekurangan jalan raya
III teknologi yang tinggi
IV peningkatan permintaan penduduk

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

39. Jaringan pengangkutan yang lebih padat di kawasan pantai barat Semenanjung
Malaysia di sebabkan oleh

I perkembangan industri yang pesat


II kawasan tanah pamah yang luas
III jumlah penduduk yang ramai
IV kos pengendalian yang rendah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

40. Sistem pengangkutan udara di Malaysia telah meningkatkan perkhidmatan


domestik untuk

A memajukan industri pelancongan


B mewujudkan perkhidmatan pengangkutan kargo
C memberi saingan kepada pengangkutan keretapi
D mempertingkatkan perhubungan ke kawasan luar bandar

30
Skima Jawapan 2280/1 Set 2

1. B 21. A
2. C 22. A
3. A 23. D
4. D 24. A
5. C 25. C
6. B 26. C
7. A 27. B
8. C 28. C
9. D 29. A
10. C 30. A
11. B 31. B
12. A 32 .B
13. D 33. B
14. A 34 .A
15. B 35 .A
16. C 36 .D
17. A 37 .B
18. B 38 .C
19. D 39 .A
20. D 40 .A

31
Praktis Bestari : Peta Topografi
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan peta 2280/2/2006

A. Bearing

1. Kirakan bearing stesen trigonometri Bt Pedang (RG 483666) dari kuil Kg Tg


Budiman (RG 421691).

………………………….

2. Kirakan bearing kuil Ldg Tg Perak (RG 454633) dari titik tanda tinggi 249
(RG 512663).

………………………….

3. Kirakan bearing masjid pekan Asam (RG 417645) dari jambatan kayu Kg
Perigi Tanah (RG 481688).

………………………….

4. Kirakan bearing stesen trigonometri Bt Beridu (RG 488675) dari Bt Junjung


(RG 517645).

………………………….

5. Kirakan bearing Bt Kayu (RG 477719) dari Bt Tok Nipah (RG 461693).

…………………………..

B. Luas kawasan

73

68
42 46

1. Kirakan luas kawasan tanaman padi yang terdapat dalam petak peta di atas.

………………………… km².

32
2. Kirakan luas kawasan berlumpur di sepanjang Sg Selari yang terdapat di tenggara peta.

…………………………. km².

70

63

50 52

3. Kirakan luas kawasan hutan yang terdapat dalam petak grid di atas.

…………………………… km².

C. Jarak

1. Kirakan jarak lurus dari simpang Ldg Tg Semut (RG 419618) ke jambatan batu Kg
Membunga (RG 420666).

……………………………..km.

2. Pak Ali pergi memancing di Sg Payau. Dia berjalan kaki di tepi sungai dari masjid Kg
Keladi Biru (RG 419628) hingga ke jambatan batu (RG 433665). Berapakah jarak
yang dilaluinya?

…………………………….km.

3. Lokman berbasikal melalui jalan raya dari simpang Kg Kiambang (RG 447673) hingga
ke simpang Kg Perigi Tanah (RG 479682). Berapakah jarak yang dilaluinya?

……………………………..km.

D. Ketinggian

1. Nyatakan ketinggian jalan raya di RG 4964.

………………………………m

33
2. a. Nyatakan puncak tertinggi yang terdapat di Hutan Rizab Lebar.

………………………………….

b. Nyatakan ketinggian puncak tersebut.

………………………………….m

c. Apakah kaedah yang digunakan untuk menyatakan ketinggian tersebut?

…………………………………..

E. Simbol

66

61

41 46

Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan jenis simbol yang terdapat dalam petak peta di
atas.

Bil i. Simbol titik ii. Simbol garis iii. Simbol kawasan


1
2
3
4
5

F. Mentafsir peta

1. a. Nyatakan tanaman yang terdapat dalam dalam peta tersebut.

i. Tanaman makanan: …………………………………………

ii. Tanaman jualan: …………………………………………

34
b. Nyatakan 2 bukti peta yang mempengaruhi tanaman jualan tersebut.

i……………………………………………………..

ii…………………………………………………….

73

68

46 52

2. a. Sekiranya kawasan dalam petak peta di atas dimajukan sebagai kawasan pertanian,
nyatakan kesan yang berlaku terhadap alam sekitar.

i…………………………………………………..

ii………………………………………………….

iii…………………………………………………

b. Nyatakan langkah-langkah yang boleh mengurangkan kesan tersebut.

i………………………………………………….

ii…………………………………………………

iii………………………………………………..

3. Apakah fungsi pekan Asam?

i………………………………………………….

ii…………………………………………………

iii…………………………………………………

35
Jawapan Praktis Bestari: Peta

A. Bearing ±1°
1. 112°
2. 242°
3. 236°
4. 315°
5. 32°

B. Luas ( ± 0.5 km² )


1. 6.5 km²
2. 4.0 km²
3. 9.25 km²

C. Jarak ( ± 0.1 km )
1. 4.75
2. 4.9
3. 3.75

D. Ketinggian
1. 25
2. a. Bt Pedang
b. 431
c. Stesen trigonometri

E. i. masjid, kuil, petempatan, titik tanda tinggi


ii. sungai, jalan raya, terusan, sempadan mukim, kontur
iii. sawah, tanaman getah, rumput, tanaman pokok baka

F. Mentafsir peta
1. a. i. padi
ii. getah
b. beralun, saliran baik, sistem pengangkutan baik.
2. a. tanah runtuh, kepupusan flora & fauna, banjir kilat,
Suhu meningkat, kelembapan berkurangan,….
b. teres, tanaman tutup bumi, bina tembok,….
3. pentadbiran, pusat pengumpulan hasil pertanian,
Petempatan, tumpuan jalan raya, …

36
BAHAN LATIHAN BESTARI

Rajah 1: Stesyen X, Terengganu

1. (a) Rajah di atas merujuk kepada ..............................................................


(1 markah)
(b) Angin lazim bertiup dari arah ...................................................................
(1 markah)

(c) Nyatakan fenomena cuaca berdasarkan rajah di atas

(i) .......................................................................................................

(ii) .......................................................................................................

(iii) .......................................................................................................
(3 markah)

37
Nyatakan kesan fenomena cuaca di atas terhadap kegiatan ekonomi
di kawasan pinggir pantai

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................

(iii) ......................................................................................................

(iv) ......................................................................................................

(v) ......................................................................................................

(5 markah)

2. (a) Gambar di atas merujuk kepada ...........................................................


(1 markah)
(b) Alat-alat yang diletakkan di dalamnya ialah:

(i) .....................................................................................................

(ii) .....................................................................................................
(2 markah)
(c) Alat-alat tersebut merekod fenomena berkaitan

(i) ..............................................................................................

(ii) ..............................................................................................
(2 markah)

38
c. Kepentingan ketinggian antara alat tersebut dengan permukaan bumi ialah:

(i) ....................................................................................................

(ii) ....................................................................................................
(2 markah)

3 (a) Jenis luluhawa yang aktif dalam gambar rajah di atas ialah

(i)
................................................................................................
(1 markah)
(b) Namakan 2 jenis pandang darat utama di kawasan gambar rajah

(i) .......................................................................................................

(ii) .......................................................................................................
(2 markah)

(c) Namakan ciri fizikal bentuk muka bumi yang bertanda

(i) W .....................................................................................

(ii) X .....................................................................................

(iii) Y .....................................................................................

(iv) Z ......................................................................................
(4 markah)

39
(d) Berikan 3 kepentingan bentuk muka bumi tersebut kepada kegiatan ekonomi
penduduk setempat

(i) .................................................................................................

(ii) .................................................................................................

(iii) .................................................................................................
(3 markah)

4 (a) Nyatakan musim-musim yang dialami bumi di kedudukan i

(i) .................................................................................................

(ii) .................................................................................................

(iii) .................................................................................................

(iv) .....................................................................................................
(4 markah)
(b) Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian:

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................
(2 markah)

40
(c) Fenomena yang terjadi ketika bumi berada di kedudukan i

(i) Hemisfera utara mengalami waktu siang .....................................

(ii) Hemisfera selatan mengalami waktu siang ..................................


(2 markah)

(d) Kegiatan ekonomi primer yang galak dijalankan di hemisfera utara ketika bumi
berada di kedudukan iv ialah:

(i) ......................................................................................................

(ii) .......................................................................................................
(2 markah)

5 (a) Angin di atas bertiup kerana terdapat perbezaan tekanan udara antara

.......................................................................................................

dengan ..........................................................................................
(2 markah)

(b) Angin dalam gambar rajah bertiup dari bulan ..........................................

hingga bulan .................................................................................


(2 markah)

41
(c) Nyatakan kesan tiupan angin tersebut ke kawasan pantai X

(i) .......................................................................................................

(ii) .......................................................................................................

(iii) ........................................................................................................

(iv) ........................................................................................................
(4 markah)

Suhu dan hujan bulanan di Stesyen X

Bulan J F M A M J J O S O N D
Suhu 14 14 16 19 22 26 28 28 27 24 20 16
(◦C )
Hujan 182 162 89 57 15 3 0 0 8 48 126 188
(mm)

6 (a) (i) Min suhu bulanan bagi jadual X ialah ..................................................◦C


(1 markah)
(ii) Julat suhu ialah .............................................................................................. ◦C
(1 markah)
(iii) Suhu maksimum ............................... ◦C pada bulan .......................................

dan suhu minimum ........................ ◦C pada bulan ...........................................

(iv) Hujan tahunan .......................................................... mm


(5 markah)

(b) Ciri utama iklim berdasarkan jadual ialah:

(i) ............................................................................................

(ii) ............................................................................................
(2 markah)

42
JAWAPAN

1. (a) Mawar Angin (1 m)


(b) Timur Laut (1 m)
(c) (i) Angin kencang
(ii) Hujan lebat
(iii) Ombak tinggi (3 m)

(d) (i) Pperikanan


(ii) Pertanian
(iii) Pengangkutan tergendala
(iv) Pelancongan
(v) Pembinaan (5 m)

2 (a) Alat Pelindung Stevenson (1 m)


(b) (i) Termometer bebuli kering dan lembab (Higrometer) (1 m)
(ii) Termometer minimum dan maksimum (Thermometer Six) (1 m)
(c) (i) kelembapan udara
(ii) suhu (2 m)
(d) (i) melindungi termometer daripada pancaran terus cahaya matahari
(ii) melindungi termometer daripada dirosakkan oleh haiwan / manusia (2 m)

3.(a) (i) kimia (1 m)


(b) (i) pandang darat permukaan
(ii) pandang darat bawah tanah (2 m)
(c) (i) sungai / aliran air bawah
(ii) stalagtit
(iii) tiang kalsit
(iv) stalagmit (4 m)
(d) (i) pelancongan
(ii) baja tahi kelelawar
(iii) sumber batu kapur (3 m)

4 (a) (i) musim dingin


(ii) musim bunga
(iii) musim panas
(iv) musim luruh (4 m)
(b) (i) kejadian 4 musim
(ii) kejadian gerhana
(c) (i) lebih panjang
(ii) lebih pendek (2 m)
(d) (i) membalak
(ii) memburu binatang berbulu tebal (2 m)

43
5. (a) Benua Asia; Benua Australia (2 m)
(b) November; Mac (2 m)
(c) (i) Hujan lebat
(ii) Ombak tinggi
(iii) Angin kencang
(iv) Kadar hakisan pantai meningkat
(v) Banjir

6 (a) (i) 21(◦C )


(ii) 14 (◦C ) (2 m)
(iii) 28 (◦C ); Julai / Ogos; 14 (◦C ); Januari / Februari (4 m); 878 mm (5 m)
(b) (i) Kering / kurang hujan pada musim panas
(ii) Hujan / hujan maksimum pada musim dingin

44
SET SOALAN PRAKTIS BESTARI
Topik Pengangkutan dan perhubungan:

Soalan:

Kesesakan lalu-lintas di bandar besar semakin serius pada masa ini. Huraikan
sumbangan perkhidmatan pengangkutan keretaapi di Bandar-bandar besar dapat
mengatasi masalah tersebut? ( 7 Markah )

Skima Jawapan:

1. Mengangkut penumpang dalam jumlah yang banyak


2. Cepat; pantas
3. Selesa; bersih
4. Tambang murah
5. Ikut Jadual yang tetap
6. Selamat
7. Perkhidmatan dari stesen ke stesen
8. Kurang kesesakan lalu-luntas
9. Bersih ; tidak mencemar udara
10. jimat guna petrol; keretapi elektrik
11. Meningkatkan mobility buruh; pelancong
12. jimat ruang guna tanah

Contoh Soalan:

1. “Pembangunan sesebuah negara seringkali berhubung kait dengan kemajuan


sistem pengangkutan”.
Nyatakan kepentingan jaringan jalanraya di Malaysia ? (6 Markah )
2. Dalam Pembinaan lebuhraya di Negara Malaysia, pelbagai kaedah telah
dijalankan untuk mengatasi halangan fizikal. Huraikan kesan akibat daripada
aktiviti di atas ke atas alam sekitar? (7 Markah )
3. Huraikan mengapakah sistem pengangkutan keretapi di bandar-bandar besar
semakin penting. (7 Markah )
4. Pembinaan lapangan terbangan antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia, Terangkan ? ( 6 Markah)
5. Mengapakah kawasan di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia
mempunyai jaringan jalanraya yang padat ?
6. Nyatakan kesan-kesan yang timbul kesan pembinaan lebuhraya terhadap alam
sekitar di Malaysia ? (7 Markah )

45
Skima Jawapan:

Kepentingan pengangkutan dan telekomunikasi

Jalanraya

1. Mobiliti buruh/pelancong meningkat


2. Menghubungkan kawasan pendalaman /kawasan bandar
3. mengangkut bahan mentah
4. memasarkan hasil kilang/keluaran pertanian
5. Menghubung bandar-bandar/kawasan bandar-bandar
6. Serahan pintu kepintu

Jalankeretapi

1. Mengangkut barangan pukal


2. Mobiliti penduduk/pelancong/buruh meningkat
3. Mengangkut bahan mentah
4. Menghubung bandar-bandar dalam negeri/anatar negara
5. Eksport/import barangan pukal

LRT/ /ERL/MRT/ Komuter

1. Cepat/jimat masa
2. Tambang murah
3. Selesa
4. Ikut Jadual
5. Selamat
6. Memudahkan perjalanan
7. Kurang kesesakan/udara bersih
8. Kurang pencemaran/udara bersih
9. Jimat guna petrol/guna elektrik
10. Tarikan pelancong
11. Mengangkut ramai penumpang
12. Jimatkan ruang guna tanah

46
Alat Telekomunikasi

1. Maklumat cepat
2. Menjimatkan masa
3. Meluaskan pasaran/e-dagang
4. Menghantar carta/gambar/grafik melalui faks
5. Telesidang/tele-video/video conferencing
6. Meningkatkan pelabur asing
7. Sumber ilmu; e-book; internet
8. Pertahanan negara
9. Ramalan cuaca
10. Siaran lansung sukan
11. Maklumat/berita seluruh dunia
12. Kawalan pengangkutan udara

Pengangkutan udara

1. Menghubungkan antar negeri/negara/kawasan pendalaman


2. Cepat;selamat;hantaran surat menyurat
3. Mengangkut pelancong/mobility pelancong
4. Mewujudkan peluang pekerjaan
5. Industri sokongan
6. Membangunkan kawasan sekitar
7. Perkembangan kawasan sekitar
8. Perkembangan jaringan jalanraya
9. Pendapatan negara/cukai/sewa
10. Nilai tanah meningkat

Pengangkutan Laut

1. Mengangkut barangan pukal


2. Mengangkut bahan mentah
3. Menghubung kawasan pesisir pantai/pulau
4. Mengangkut pelancung
5. Meningkatkan pembangunan kawasan perlabuhan

47
Topik Dinamik Penduduk:

Soalan:

Huraikan kesan-kesan kepada sesebuah negara akibat daripada pertambahan


penduduk yang pesat ?
( 7 Markah )
Kesan negative

1. Penduduk padat
2. % jumlah penduduk bandar miskin meningkat
3. % jumlah golongan berpendapatan rendah di bandar meningkat
4. Pengangguran meningkat
5. Masalah jenayah meningkat
6. Kesesakan lalulintas meningkat
7. Kadar upah rendah
8. Kemudahan asas/social tidak mencukupi
9. Taraf kesihatan rendah
10. Kadar celik huruf rendah
11. Masalah setinggan meningkat

Kesan Positif

1. Bekalan buruh meningkat


2. Buruh Murah
3. Pasaran dalam negara tinggi
4. Bekalan buruh kurang mahir tinggi
5. Sumber dapat diterokai sepenuhnya

SELAMAT MENJAWAB DAN MEMERIKSA

48