Anda di halaman 1dari 28

Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Karl E. Garrison menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada


tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan sama ada dalam bentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah
laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan
sifat-sifat sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai
pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif
yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan


yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma
dalam keadaan yang saling berkait rapat serta berhubung dengan pertambahan
umur.

Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak


dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana
sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula,
perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan
hingga ke akhir hayat organisma. Hal ini bermakna perkembangan bukan sahaja
membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan adalah
serupa.

Gesell (1949) pula menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua individu yang
benar-benar serupa, namun secara global semua kanak-kanak yang normal adalah
cenderung mengikut susunan pertumbuhan dan perkembangan yang biasa dilalui
oleh kanak-kanak. Perubahan kualitatif ataupun proses perkembangan bagi sesuatu
organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada
keturunannya yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis benda hidup, sifat umum jenis itu
iaitu phylogenetic adalah serupa.

1
Mengikut Santrock (2008) pula, beliau mentafsirkan bahawa perkembangan
adalah sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi individu
yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
Kesimpulannya, perkembangan dapatlah ditakrifkan sebagai satu perubahan
kualitatif yang sistematik yang meliputi aspek biologi, kognitif, dan sosioemosi.
Perubahan tersebut adalah berterusan dalam memantangkan dan mendewasakan
suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya. Perkembangan juga adalah perubahan
kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat
baru yang berlainan daripada sifat awal.

2
Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Prinsip asas kepada perkembangan kanak-kanak yang pertama mengikut


Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel ialah proses perkembangan berlaku mengikut
urutan. Sebagai contoh, kita boleh lihat pada peringkat awal, seseorang bayi boleh
duduk secara bantuan. Kemudian, bayi itu akan boleh merangkak, diikuti dengan
kebolehan dan keupayaan untuk berdiri dan akhirnya, bayi itu boleh berjalan dengan
sendiri. Perkembangan ini juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Hal ini
dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip yang kedua dalam perkembangan kanak-kanak ini ialah perubahan


dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada
yang lebih spesifik. Kita boleh memahami prinsip ini dengan melihat contoh yang
berikut. Seseorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar
menggunakan jari tangan. Contohnya, seseorang itu akan belajar dahulu cara-cara
memegang pensel sebelum dia belajar menulis. Hal ini kerana perkembangan
berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot yang
halus.

Prinsip perkembangan kanak-kanak yang seterusnya ialah pertumbuhan dan


perkembangan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses
perkembangan ini, seseorang kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia
ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai
kemahiran-kemahiran baru kelak. Sebagai contoh, semasa kecil, kanak-kanak cuma
tahu kemahiran menyepak dalam sukan bola sepak. Semakin umur mereka
berkembang, mereka akan menambah kemahiran mereka dalam sukan bola sepak
itu. Contohnya seperti kemahiran menghantar, kemahiran menggelecek, dan
kemahiran menjaringkan gol.

Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar


perkembangan manusia adalah berbeza untuk setiap individu juga merupakan
antara prinsip perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, sesetengah kanak-
kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan

3
pada umur 18 bulan. Hal ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada
perbezaan di antara manusia yang dapat kita lihat di dalam sesebuah bilik darjah.

Prinsip yang seterusnya ialah perkembangan adalah hasil interaksi di antara


kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia
ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan, dan kemudian
berlari. Hal ini dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil
daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.

Proses pembelajaran akan membantu seseorang individu


memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam diri individu tersebut.
Contohnya, perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna
memungkinkan seseorang itu berenang. Namun, individu tersebut hanya boleh
berenang jika dia berlatih untuk berenang.

Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008) pula, prinsip-prinsip perkembangan ialah


perkembangan fizikal, kognitif, dan sosial manusia berlaku pada kadar yang
berlainan. Perkembangan seorang manusia pula adalah disebabkan oleh
pertumbuhan dan kematangan. Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku
manusia yang berlaku secara semula jadi dan pertumbuhan ialah perubahan fizikal
yang boleh dilihat seperti ketinggian.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir, bayi,


kanak-kanak, remaja, dewasa, dan tua. Proses ini berlaku dalam keadaan yang
saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.
Perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental, dan sosial dari
segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses tersebut adalah proses penyuburan.

4
Proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan dalam diri anak-
anak. Antara cara-cara untuk mendidik anak secara holistik adalah dengan
memberikan mereka makanan berkhasiat yang berkualiti. Ibu bapa boleh
mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal anak. Mereka boleh
memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif .

5
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau


keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri
perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna
kulit, saiz fizikal, warna mata, dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu
bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental.
Baka juga menetapkan had keupayaan dan kemampuan mental kita sama ada
pandai atau tidak pandai.

Setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam


peringkat-peringkat pertumbuhan tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap
individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi
fizikal, kognitif, emosi, dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan
bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor yang menyebabkan kadar
perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

Berpandukan huraian tadi, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan


ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh
genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas perbezaan
individu dari segi fizikal, mental, dan emosi.

Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak kembar, mempunyai ciri-ciri


fizikal yang tersendiri seperti saiz badan, ketinggian, berat badan, bentuk dan warna
organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-
ciri fizikal luaran, iaitu warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-
gen ibu bapa.

Kajian yang dibuat melalui ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890),
Newman (1937), dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan

6
sebayanya. Perbezaan ini dapat dilihat serta diperhatikan daripada prestasi pelajar
dalam sesuatu kelas.

Kajian ahli-ahli psikologi juga sering mengaitkan perbezaan kecerdasan


individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas dan
pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas dan pintar. Emosi seseorang individu
juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai emosi
yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan
autokratik.

Selain itu, kecacatan mental dan kerencatan mental adalah disebabkan oleh
pewarisan gen daripada kedua ibu bapa. Contohnya penyakit fenilketonuria atau
PKU adalah disebabkan faktor baka. Penyakit ini adalaha disebabkan kekurangan
enzim asid amino yang perlu untuk menyingkirkan fenilalaninadapat merosakkan
mentalnya. yang beracun yang terdapat dalam makanan. Disebabkan itu, bayi yang
mengalami PKU ini akan memiliki asid beracun yang dapat merencatkan
perkembangan mentalnya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama dalam perkembangan manusia


melalui faktor persekitaran. Unsur-unsur institusi keluarga yang mempengaruhi
perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan, dan status sosio-
ekonomi keluarga. Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah
yang mesra dan penuh kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang
sihat.

Antara faktor persekitaran yang memberi pengaruh kepada perkembangan


seseorang bayi adalah faktor pemakanan. Pemakanan yang sihat adalah perlu bagi
menjamin perkembangan bayi yang sihat. Pemakanan yang baik juga adalah perlu
untuk kesihatan bayi. Selain itu, kesihatan ibu juga penting kerana kesihatan ibu
akan mempengaruhi kandungannya. Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat
manakala ibu yang sakit akan melahirkan bayi yang mungkin mengalami kecacatan
seperti kecacatan mental, fizikal dan sebagainya. Emosi ibu juga mampu
memberikan kesan kepada bayi yang bakal lahir. Ibu yang mengalami emosi yang

7
tidak stabil akan melahirkan bayi yang tidak sihat dan ini akan mengganggu
perkembangannya.
Faktor pemakanan juga menjadi faktor yang mempengaruhi perkembangan
bayi selepas kelahirannya. Pelbagai kajian dan usaha telah dilakukan untuk
mengahsilkan bahan pemakanan yang baik untuk bayi. Antaranya susu yang
mengandungi asid dokosahexaenoik (DHA) yang mampu untuk merangsang otak
bayi untuk berkembang. Selain itu, pemakanan yang sihat akan membentuk
perkembangan fizikal bayi yang baik. Fizikal yang sihat mempengaruhi
perkembangan minda bayi. Ini dapat diperkuatkan lagi buktinya sepertimana dalam
pepatah arab yang bermaksud, akal yang sihat pada badan yang sihat.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Hal ini khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah,
emosi, dan sosial. Sebagai contoh, kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang
rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap yang
optimum. Kanak-kanak yang bersosial dengan rakan sebaya yang bersopan santun
akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada kawan-kawan mereka.

Perkembangan Kognitif
8
Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif
merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat, memahami, dan
mengingati perkara-perkara yang telah berlaku di sekeliling. Hal ini melibatkan aktiviti
mental seperti ingatan, mengelaskan, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah, mencipta, berimaginasi, dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk
kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap


pembinaan pemikiran kanak-kanak. Hal ini berpusatkan kepada perubahan
pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada
peringkat yang seterusnya.

Mok Soon Sang (2008) menyatakan, kognitif adalah berkait rapat dengan
kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran
melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan dengan
perkembangan otaknya serta interaksi sosial. Dengan erti kata lain, perkembangan
kognitif kanak-kanak bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor
serta interaksi denga orang yang lebih berpengalaman (perkembangan sosial).

Melalui kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan, Piaget mendapati


bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui
empat peringkat mengikut perubahan tahap umur mereka. Piaget membahagikan
perkembangan kognitif yang berlaku kepada empat peringkat iaitu peringkat
Sensorimotor, Pra Operasi, Operasi Konkrit dan Operasi Formal.

Peringkat pertama yang dilalui oleh manusia ialah peringkat Sensorimotor


iaitu bagi bayi semenjak dilahirkan sehingga berusia 2 bulan. Peringkat ini
merupakan peringkat untuk bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehhan
motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka
dan mengenali persekitaran mereka. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula
menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan
persekitarannya dan hasilnya akan membentuk skema. Sebagai contoh, kanak-
kanak menggunakan mulut untuk merasa objek. Selain itu, kanak-kanak turut
9
menunjukkan permulaan pemikiran logik, seperti berupaya mengatur langkah untuk
mengambil objek yang jauh. Aktiviti ini disifatkan oleh Piaget sebagai permulaan
proses menyelesai masalah dalam kehidupan.

Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak berkeupayaaan melakukan


imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru perlakuan
melambai tangan dan tindakan perlakuan ini menjadi semakin cepat menjelang
proses pembesarannya. Selain itu, kanak-kanak turut mencapai tahap pengekalan
objek iaitu kebolehan menggambarkan objek di dalam memori. Kanak-kanak cuba
belajar koordinasi diantara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaiktkan
perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat di persekitarannya.

Peringkat yang kedua ialah peringkat Pra Operasi. Peringkat ini dijalani oleh
kanak-kanak berusia 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak beralih ke
peringkat mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Mereka
mampu menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti dengan
menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Perkembangan pada
peringkat pra operasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan
simbol mental, antaranya seperti simbol bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya.
Simbol tersebut digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang
dialami oleh kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak mewakilkan imej sebenar buku
dengan gambar yang dinamakan sebagai fungsi semiotik. Perkembangan bahasa
berlaku dengan pesat dalam proses ini.

Pemikiran kanak-kanak pada ketika ini bersifat intuitif iaitu pemahaman


mereka menganai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata tetapi
belum mampu berfikir secara logik dan rasional. Kanak-kanak pada peringkat ini
masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul.
Mereka juga bersikap egosentrik iaitu melihat persekitaran mereka melalui perspektif
sendiri dan menyangka orang lain mempunyai pandangan seperti mereka juga.

Peringkat ketiga yang akan dialami ialah pringkat Operasi Konkrit iaitu bagi
kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula
memperoleh konsep transformasi, keterbalikan seterusnya mengamati proses
songsangan. Kanak-kanak turut mampu mempelajari lebih daripada satu perkara
pada satu masa. Mereka berupaya memikir secara induktif atau deduktif serta dapat
10
menguasai konsep masa dan kelajuan. Namun, keupayaan berfirkir secara logik
masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tdak mempunyai kebolehan
berfikir secara abstrak. Mereka tidak mampu menyelesaikan masalah yang
kompleks. Kebanyakan aktiviti pembelajaran pada peringkat ini masih lagi
bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak sudah mampu menguasai


konsep pengekalan dan perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti,
prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Mereka juga menguasai proses
pengelasan iaitu dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan
berdasarkan sesuatu ciri serta menguasai proses menyusun secara bersiri mengikut
susunan menaik dan menurun. Kanak-kanak berubah kepada pemikiran objektif
membolehkan mereka memahami persepsi dan pandangan orang lain. Kanak-kanak
pada peringkat ini masih tidak mampu membuat hipotesis dan menyelesaikan
soalan-soalan abstrak atau kompleks.

Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan


otak kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut yang
membolehkan kanak-kanak itu mengenal, membanding beza dan berfikir tentang
sesuatu. Hal ini juga selari dengan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak
tersebut.

Saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang


berumur 5 tahun iaitu adik Muhamad Haikal bin Roslan atau lebih mudah dipanggil
dengan nama Haikal. Kajian yang telah saya jalankan ialah dengan menggunakan
kaedah barisan gula-gula. Saya telah meletakkan dua barisan gula-gula yang sama
panjang dan sama banyak iaitu barisan A dan barisan B dan mempunyai bilangan
gula-gula yang sama banyak. Saya bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut
adakah dia dapat mengenal pasti bahawa gula-gula di kedua-dua barisan tersebut
sama banyak ataupun tidak. Kanak-kanak ini telah mengenal pasti bahawa gula-gula
tersebut adalah sama banyak.

Setelah itu, saya mengubah kedudukan gula-gula di barisan B iaitu saya telah
menjauhkan jarak antara gula-gula dalam barisan tersebut. Kemudian, saya
11
bertanyakan soalan kepada kanak-kanak tersebut, apakah barisan gula-gula yang
mempunyai bilangan yang lebih banyak. Kanak-kanak tersebut telah menukar
jawapannya. Dia menyatakan bahawa telah berlaku perubahan pada bilangan gula-
gula tersebut iaitu gula-gula di barisan B adalah lebih banyak berbanding gula-gula
barisan A.

Melalui pemerhatian, barisan A nampak lebih pendek berbanding B. Perkara


ini mempengaruhi jawapan yang hendak diberikan oleh kanak-kanak tersebut kerana
baginya bilangan gula-gula yang mempunyai barisan yang lebih panjang adalah lebih
banyak berbanding dengan bilangan gula-gula yang mempunyai barisan yang
pendek walaupun dia tahu bahawa bilangan gula-gula kedua-dua barisan A dan B itu
adalah sama banyak.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas kanak-kanak ini, ianya


dapat menunjukkan bahawa perkara ini sama seperti pernyataan yang terdapat
dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget iaitu tahap perkembangan kognitif
kanak-kanak tersebut berada dalam peringkat Pra Operasi.

Jean Piaget juga menerangkan bahawa pada peringkat ini, pemahaman


kanak-kanak tersebut masih lagi bergantung kepada kepada ciri-ciri objek yang
nampak jelas dan nyata. Kanak-kanak masih tidak dapat memahami sesuatu
perubahan yang berlaku secara abstrak. Reaksi kanak-kanak tersebut jelas
menunjukkan bahawa dia tidak dapat mengenalpasti perubahan yang berlaku pada
kedudukan gula-gula tersebut. Dia hanya dapat memahami perkara yang dilihatnya
secara jelas tetapi tidak mampu memahami sesuatu perubahan yang tidak dapat
dinilainya.
Kanak-kanak tersebut juga belum dapat menguasai prinsip identiti. Hal ini
kerana kanak-kanak itu tidak dapat mengenal pasti bahawa bilangan gula-gula yang
telah berubah kedudukannya itu sebenarnya masih merupakan bilangan gula-gula
yang sama banyak dan tiada perubahan yang berlaku. Dia tidak mampu untuk
mengingati bilangan asal gula-gula tersebut yang masih sama apabila kedudukannya
sudah berubah.

12
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga masih tidak dapat menguasai prinsip
ganti rugi. Dia tidak mengetahui perubahan yang berlaku kepada barisan gula-gula
tersebut telah diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Dalam keadaan
ini, kanak-kanak tersebut tidak mengetahui bahawa perubahan barisan gula-gula di
barisan B hanyalah disebabkan kedudukan antara gula-gula tersebut telah
dijarakkan berbanding kedudukan asal gula-gula tersebut. Dia tidak mampu menilai
aspek perubahan yang berlaku terhadap kedudukan gula-gula tersebut.

Reaksi kanak-kanak tersebut juga menunjukkan dia belum mampu menguasai


prinsip keterbalikan yang dinyatakan oleh Jean Piaget. Melalui pemerhatian terhadap
kanak-kanak tersebut, dia tidak mengetahui bahawa sekiranya gula-gula di barisan B
itu disusun semula seperti barisan asal akan menjadikan kedudukan gula-gula
tersebut masih sama banyak seperti yang asal iaitu seperti gula-gula di barisan A.

Antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai sifat


tersebut ialah faktor persekitaran. Kanak-kanak tersebut bergaul dengan rakan-rakan
yang mengalami perkembangan kognitif mengikut aturan yang normal seperti
kebiasaannya. Disebabkan itu, dia tidak mempunyai kelebihan dari segi kemampuan
berfikir yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain dan masih mengalami
pemahaman pemikiran yang sama seperti kanak-kanak normal.

Pengetahuannya juga masih terbatas dan tidak mampu untuk berfikiran jauh.
Pada tahap ini, kanak-kanak tersebut masih belum mampu memikirkan sesuatu yang
belum dapat dicapai seperti pemikiran orang yang lebih dewasa. Kanak-kanak ini
menunjukkan kadar perkembangan kognitifnya pada tahap umurnya sama seperti
yang terdapat dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget.

Seterusnya, saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak


lelaki yang berumur 8 tahun iaitu adik Muhamad Fathirul Azri bin Sakri atau lebih
mudah dipanggil dengan nama Azri. Kaedah yang telah saya gunakan untuk
melaksanakan kajian Piaget’s Conservation Tasks ini ialah dengan menggunakan
kaedah penggunaan kek lapis iaitu kek Apollo. Saya menggunakan dua keping kek
itu untuk disusun dalam dua barisan iaitu barisan kek coklat dan barisan kek pandan.

13
Setelah menyusun kek tersebut kepada dua barisan, saya memberitahu
kepada kanak-kanak tersebut bahawa kek itu sama panjang dan sama banyak.
Setelah memerhatikannya, kanak-kanak tersebut setuju dengan pernyataan saya
dan dia memilih kek coklat kerana dia meminati coklat.

Kemudian, saya telah membahagi kek coklat itu kepada dua bahagian supaya
kek tersebut kelihatan lebih pendek berbanding kek yang satu lagi iaitu kek pandan.
Selepas itu, saya bertanya kepada kanak-kanak tersebut soalan yang sama seperti
tadi sama ada kek lapis tersebut masih sama banyak atau sebaliknya. Kanak-kanak
tersebut mengambil sedikit masa sebelum menjawab dan akhirnya menyatakan
bahawa kedua-dua kek lapis itu tetap sama banyak.

Hal ini menunjukkan persamaan dengan teori perkembangan kognitif Jean


Piaget. Pada tahap ini kanak-kanak tersebut sudah mencapai tahap Operasi Konkrit
iaitu pada umur 8 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tersebut sudah mampu untuk
memahami konsep yang lebih abstrak dan tidak hanya menumpu pada keadaan
fizikal sahaja. Dia sudah mampu untuk memahami dan mengenal pasti perubahan
yang berlaku walaupun perubahan tersebut sukar dilihat secara jelas.

Kanak-kanak itu juga sudah berupaya untuk memahami proses transformasi


iaitu mengetahui bahawa pembahagian pada kek itu tidak membawa perubahan
kepada bilangan ataupun kuantiti kek lapis tersebut walaupun pada pemerhatian
kasar, kuantiti kek yang telah dibahagi itu seperti berubah menjadi sedikit berbanding
kedudukan asalnya.

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga sudah mampu untuk melaksanakan


proses balik semula secara mental sekiranya diperlukan iaitu menjadikan proses tadi
kepada asal. Sekiranya kedudukan yang berubah itu dibiarkan, kanak-kanak tersebut
masih mengetahui bahawa kuantiti kek lapis tersebut boleh diubah kepada
kedudukan asal tadi. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut sudah mampu menguasai
konsep identiti iaitu perubahan yang berlaku pada kek tersebut adalah pada luaran
sahaja dan tidak mengganggu kuantiti asal kek tersebut.

14
Faktor yang mampu mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak
tersebut ialah faktor persekitaran. Keluarganya mungkin menekankan kepentingan
ilmu pengetahuan dalam kehidupan menyebakan kanak-kanak tersebut mengikuti
jejak langkah mereka untuk terus meningkatkan pengetahuan supaya tidak
ketinggalan daripada rakan-rakanya yang lain. Disebabkan itu, kanak-kanak tersebut
mampu menguasai kemahiran yang sepatutnya dia perolehi pada tahap umurnya
dengan baik dan tidak menghadapi masalah untuk memahami kemahiran tersebut.

Rakan-rakan juga memberi pengaruh untuk perkembangan kognitif kanak-


kanak tersebut. Rakan-rakan kanak-kanak tersebut yang baik dari segi pelajaran
mampu meningkatkan kemahuannya untuk sama-sama mendapatkan ilmu
pengetahuan dengan baik. Perkara ini akan membantu mengukuhkan lagi
perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut supaya pengetahuannya dalam
kemahiran-kemahiran tertentu mampu diperolehi dengan mudah. Kanak-kanak
tersebut juga mungkin mempelajari sesuatu kemahiran berdasarkan pemerhatiannya
kepada perkara yang berlaku di sekelilingnya. Melalui cara ini, kanak-kanak tersebut
mampu memahami sesuatu ilmu pengetahuan secara sendiri tanpa bantuan orang
lain dan ini meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak tersebut untuk terus
menjadi lebih baik seiring dengan peningkatan umurnya.

Faktor baka juga antara faktor yang menyumbang kepada pengaruh


perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut
mungkin tidak mengalami sebarang masalah dalam perkembangan kognitif dan
seterusnya menjadikan anak mereka mampu mengikuti perkembangan intelek dan
potensi yang baik. Oleh hal yang demikian, tiada masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak tersebut untuk memiliki beberapa kemahiran yang harus dimiliki pada tahap
umurnya seperti memahami prinsip identiti dan ganti rugi kerana kemampuan
mentalnya berada pada tahap yang sepatutnya.

15
Implikasi Perkembangan Kognitif

Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget, terdapat beberapa


implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap proses P&P. Implikasi yang
pertama adalah:

Implikasi Terhadap Proses P&P Peringkat Pra Operasi Konkrit (2-7 Tahun)

16
Pada peringkat ini, minda kanak-kanak hanya dapat mengenal pasti bahan-
bahan konkrit. Jadi kanak-kanak boleh menjalani proses P&P menggunakan bahan-
bahan maujud, contohnya seperti guli, batang aiskrim, batu, dan sebagainya.
Contohnya dalam kemahiran menambah dan menolak. Ini kerana kanak-kanak
hanya mengetahui nombor sebagai satu angka dan masih tidak dapat mengetahui
jumlahnya.

Dalam peringkat usia ini, kanak-kanak lebih susah untuk memahami bahasa
yang kompleks. Oleh yang demikian, jika ingin memberikan arahan kepada kanak-
kanak pada kita haruslah menggunakan bahasa yang pendek. Sebagai contoh,
arahan untuk senyap ataupun arahan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain. Guru
mesilah mengunakan ayat yang pendek, mudah dan jelas. Guru juga boleh
menunjukkan contoh atau demonstrasi bagaimana untuk melakukan arahan yang
dinyatakan.

Selain daripada itu, kanak-kanak dalam peringkat ini, susah untuk memahami
sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. Tambahan lagi daripada
rakan sebayanya. Hal ini kerana, kanak-kanak pada usia ini sudah mula mempunyai
sifat egosentrik. Sifat egosentrik ini adalah satu sifat yang mementingkan kemahuan
sendiri tanpa mengendahkan kemahuan orang lain. Oleh sebab itu, penjelasan
tentang sesuatu atau nasihat perlulah diberi dalam kata yang mudah difahami oleh
kanak-kanak serta empati terhadap pandangan kanak-kanak tersebut.

Pada peringkat ini, ibu bapa perlulah berhati-hati dengan penggunaan kata
kerana sesuatu perkataan boleh membawa pelabagai makna. Hal ini kerana pada
peringkat ini, kanak-kanak masih tidak memahami konsep sebenar tentang apa yang
dikatakan. Contohnya seorang kanak-kanak memberitahu ibunya “nak baring” iaitu
kanak-kanak itu mengantuk dan dia sebenarnya hendak tidur.

Kanak-kanak juga perlulah diberi peluang untuk melakukan “hands-on”


terhadap sesuatu kemahiran. Hands-on di sini adalah bermaksud membiarkan
kanak-kanak itu meneruskan sesuatu yang dibuat. Hal ini adalah suatu proses yang
membuatkan kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu,
proses ini dapat membantu kanak-kanak lebih berdikari. Contohnya jika kanak-kanak

17
itu ingin makan dengan sendiri, ibu bapa harus membiarkannya supaya kanak-kanak
itu mendapat kemahiran tersebut.

Kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang kuat. Hal ini jelas terbukti dengan
kajian pemerolehan bahasa. Oleh itu, guru perlulah melaksanakan pembelajaran
yang dapat memberikan kanak-kanak pengalaman. Guru juga boleh mengadakan
sesi P&P diluar bilik darjah. Kenalkan flora, fauna, tempat-tempat sebenar dan lain-
lain lagi kepada murid-murid. Hal ini adalah sebahagian daripada proses pengayaan
ingatan dan fikiran kanak-kanak. Contohnya bawa mereka melawat Menara
Berkembar Petronas, zoo dan sebagainya.

Implikasi Terhadap Proses P&P Peringkat Operasi Konkrit (7-11)

Kita sebagai bakal pendidik haruslah meneruskan penggunaan alat bantu


mengajar yang berbentuk konkrit secara variasi. Hal ini adalah penting bagi kanak-
kanak untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang baru. Selain itu, bahan-bahan
yang konkrit itu perlulah menarik minat kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan
yang terdapat di sekeliling mereka juga dapat membantu kanak-kanak mengaitkan
pengetahuan mereka yang sedia ada. Contohnya, model-model tiga dimensi (3D)
seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya untuk mewakili objek-objek yang baru
dipelajari.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak perlulah diberi peluang untuk


memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Kanak-kanak ini perlu diberi
peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar tetapi dengan
bimbingan guru. Hal ini adalah untuk kanak-kanak tersebut berfikir secara kreatif dan
kritis. Apabila guru telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar, biarkan mereka
mencuba sendiri apa yang telah diajar.

Proses P&P oleh guru mestilah ringkas dan tersusun terutamanya


pembentangan dan pembacaan. Hal ini kerana pembacaan dan pembentangan
adalah bagus untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam memperolehi
kemahiran berbahasa. Dalam proses P&P juga perlulah melibatkan penglibatan
murid seperti sumbang saran. Guru mestilah memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk mengemukakan idea-idea mereka. Contohnya guru memberi bahan bacaan

18
beransur-ansur daripada yang mudah kepada yang rumit. Kemudian, beri mereka
peluang untuk mengemukakan dan membentangkan idea-idea mereka dengan cara
yang mudah seperti menggunakan peta minda dan sebagainya.

Contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar juga


boleh diaplikasikan oleh guru untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks.
Misalnya pengalaman semasa bercuti, pengalaman seharian dan sebagainya.
Pengalaman-pengalaman ini dapat membantu murid untuk memahami perkara-
perkara yang lebih kompleks. Selain itu, guru boleh juga mengenakan soalan-soalan
berbentuk penyelesaian masalah. Dalam hal ini, mereka memerlukan pemikiran yang
logik, analtik dan mungkin boleh diselesaikan melalui pengalaman mereka.
Kemudian minta mereka untuk menjelaskan penyelesaian masalah tersebut dengan
teratur dan sistematik.

Rumusan

Dapatlah dilihat disini bahawa perkembangan adalah perubahan yang dialami


oleh setiap individu yang bersifat kualitatif dan tidak dapat disukat melalui kuantitatif
tetapi dapat dilihat perubahannya dari masa ke masa. Proses ini akan berjalan
daripada lahirnya seseorang individu itu bukan sahaja hingga ke tempoh matangnya,
namun hingga ke akhir hayat. Selain itu, kita dapat lihat bahawa, terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi perkembangan seseorang itu iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.

19
Faktor persekitaran pula terbahagi kepada dua iaitu pra-lahir dan selepas lahir. Faktor baka
inilah yang akan menentukan had perkembangan seseorang manakala faktor persekitaran akan
dapat membantu perkembangan seseorang ke tahap yang maksimum.

Selain itu, terdapat beberapa prinsip perkembangan yang dapat dikenal pasti.
Antaranya adalah mengikut aturan, berlaku secara berterusan, kadar perkembangan yang
berbeza bagi setiap individu dan lain-lain lagi. Perkembangan ini akan berlaku secara
berterusan, proses ini dihadapi oleh setiap individu dalam corak dan aturan yang hampir sama,
namun perkembangannya berbeza bagi setiap individu. Perkembangan berlaku mengikut
peringkat iaitu daripada peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.

Untuk melaksanakan proses perkembangan ini berjalan lancar, guru merupakan


individu yang penting. Guru haruslah memain peranan dengan menyediakan persekitaran
yang kondusif serta selesa untuk murid-murid. Guru juga perlu memastikan kelengkapan alat
bantu mengajar yang mencukupi. Di samping itu, kanak-kanak perlulah diberikan peluang
untuk menyatakan pendapat mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meyakinkan diri
mereka untuk menyatakan sesuatu kepada orang lain.

Selain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan utama dalam membentuk
perkembangan anak-anak mereka. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin
agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula. Selain itu, di setiap
kawasan perumahan juga perlu mengadakan aktiviti mingguan bagi kanak- kanak. Hal ini
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan sebaya,
mengamalkan gaya hidup yang sihat, dan dapat melatih komunikasi yang berkesan antara
mereka dengan rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak-kanak akan tahu bagaimana
untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak juga perlu
mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu
bapa, mereka harus mengambil berat tentang anak-anak mereka.

Kesimpulannya, semua pihak harus yang berkaitan haruslah memainkan peranan


dalam membentuk perkembangan kanak-kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang
stabil dan sempurna. Selain daripada itu, kesedaran perlulah dibentuk terhadap ibu bapa dan
guru-guru tentang pentingnya perkembangan minda kanak-kanak daripada awal kelahiran dan
perkembangan mereka.
20
Rujukan

Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Mook Soon Sang (2006), Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran Pembelajaran, Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd, Puchong, Selangor.

Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd,
Puchong, Selangor.

Nor’aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria (2007), Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran


Kanak-kanak, Meteor Doc. Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

21
Sharifah Alwiah Alsagoff (1992), Psikologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan
Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan, Longman Sdn. Bhd, Subang Jaya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf

http://psikologi-perkembangan.blogspot.com/2007/01/kanak-kanak.html

22
23
Gambar adik Haikal

24
25
Gambar adik Azri

26
27
28

Anda mungkin juga menyukai