Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

SEKOLAHKU CERIA

Pembinaan kolam ikan air


tawar dalam taman

SK PIDA TIGA
JITRA KEDAH DARUL AMAN
TAHUN 2021
1.0 PENGENALAN

Perkembangan pendidikan dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya

tertumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana

itu, SK Pida Tiga berminat dengan program yang disarankan oleh pihak KPM Program

Sekolahku Ceria. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman

yang lebih meluas kepada para pelajar. Di samping itu, pelajar mampu menonjolkan bakat

masing-masing dan melepaskan beban tekanan pelajaran supaya keseimbangan

Pembinaan diri pelajar dapat direalisasikan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara.

2.0 RASIONAL

Kebanyakan pelajar di kawasan pendalaman ini amat berminat dengan aktiviti-aktiviti di luar

bilik darjah seperti pemeliharaan ikan air tawar yang menyeronokkan dan mendapat

ketenangan disampingan memerlukan ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental.

Selain itu, pelajar juga berminat dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran yang boleh

membentuk peribadi seorang pelajar berteraskan kurikulum yang jarang dilakukan di sekolah-

sekolah. Justeru itu, aktiviti ini boleh menjadi wadah kepada pelajar bagi melahirkan pelajar

yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti

ke arah meningkatkan kecemerlangan diri.

3.0 MATLAMAT
Menceriakan kawasan sekolah agar dapat memberikan impak sihat, segar dan indah dan

seterusnya menarik minat murid-murid ntuk hadir ke sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan alam sekitar.

4.2 Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia

serta mampu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat

dan negara;

4.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh

pengetahuan,pengalaman, kemahiran dan kepimpinan serta menonjolkan bakat

melalui pemeliharaan ikan yang bersistemetik.

4.4 Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri,

berdaya saing, semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran

hidup di alam pembelajaran.

4.5 Membina dan memupuk pelajar sentiasa mengamalkan, mempraktikkan semua

isi kandungan kurikulum di dalam kehidupan seharian;

5.0 KELEBIHAN

SK PIDA TIGA MEMPUNYAI KELEBIHAN SUMBER AIR. AIR MATA AIR YANG

TAK PERNAH KERING WALAUPUN MUSIM KEMARAU YANG PERPANJANGAN.

6.0 TEMPAT / PLAN CADANGAN

6.1 Depan tapak perhimpunan SK Pida Tiga

(LAMPIRAN)
7.0 JAWATANKUASA PROJEK

Penasihat : En. Ayidulbahri Misbah


Guru Besar SK Brantian, Tawau
Pengerusi : Pn. Baiduri Dullah
Pen. Kanan Kurikulum
Timb. Pengerusi I : En. Muhammad
Harris Pailand
Pen. Kanan HEM
Timb. Pengerusi II : En. Yuzailey
Oldey
Pen. Kanan Kokurikulum
Penyelaras Program : En. Sahar Side
Setiausaha : Cik Samiar Md Yaras
AJK Pelaksana : En. Edwin Lumban
Radja
En. Raml
Pengerusi : Rofitah binti Hashim (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Hamdi bin Hashim (PK HEM)


Naib Pengerusi I : Mohamad Nazirul bin Khalib (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi II : Ku Nizan bin Tuan Ismail (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Suhaimi bin Hassan

Naib Setiausaha : Ruslan bin Abu Bakar

Ahli Jawatankuasa :Rosdaliza binti Ahmad Rusli


Habsah binti Abdul Rahman
Maryam binti Hamzah
Suhaila binti Mansor
Siti Shakiroh binti Ishak
Zaiton binti Nayan
Zaleha binti Mat Desa
Sabariah binti Mat
Aza binti Ariffin
Rozila binti Zainol
Che Lian binti Che Abdullah
Rosmaliza binti Kassim

8.0 BELANJAWAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bahan- bahan binaan

1. Cement Type G20 4 meter (1M X RM 220) RM 880.00


2. Dawai BRCA6 10 keping RM 45.00 RM 450.00
3. Simen 5 beg x RM17.00 RM 85.00
4 Bata pasir 25 x 300 RM 75.00
5. Pasir 2 ela
RM 120.00
6. Batu 1 ela
RM 60.00
Persediaan Prasarana Kolam
2
1.Air pancut RM 1500.00

Benih anak Ikan


3
1. RM.0.50 x 500 RM 250.00
2. Makanan RM 80 x 10 beg RM 800.00

JUMLAH RM 4220.00

RM 4220.00 (Ringgit: Empat Ribu Dua Ratus Dua Puluh Sahaja).

9.0 SUMBER PENDAPATAN

Tuntutan di bawah Peruntukan yang akan diluluskan oleh KPM

10.0 PENUTUP
Kami berharap Projek SekolahKu Ceria yang dicadangkan ini akan dipertimbangkan dan

diluluskan supaya dapat dlaksanakan dan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat

dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang memberikan komitmen dan

kerjasama sama ada secara langsung atau pun tidak.

Disediakan oleh: Disemak Oleh :

…………………………….. ………………………………….

(SUHAIMI BIN HASAN) ( HAMDI BIN HASHIM )


SETIAUSAHA, PK HAL EHWAL MURID
UNIT 3K (KECERIAAN,KESELAMATAN,KEBERSIHAN) SK PIDA TIGA, TUNJANG
SK PIDA TIGA, TUNJANG.

Disahkan oleh:

………………………………………

(ROFITAH BINTI HASHIM)

GURU BESAR,

SK PIDA TIGA, TUNJANG

.LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai