Anda di halaman 1dari 17

Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan

Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT
Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT

Ting Kung Shiung


Woo Yoke Ling
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

Subtema: ICT Dalam Pendidkan Guru

Abstrak

Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada abad ini amat mencabar kerana bidang
ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan
IT dalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT.
Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea
dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat
bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan
penggunaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan
pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan
dan profesion perguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang
mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan
tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru,
kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan
digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Oleh itu, dicadangkan penggunaan
ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap
ICT, penganjuran kursus ICT jangka pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur
komunikasi dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan
komputer di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi.

Abstract

In this century, Technical and Vocational Education play a important role. It has faces a
lot of challenges in increasing the uses of Information Technology in teaching and
learning process due to suit the changes of ICT era. The uses of computer have become
significant in developing teachers’ ideas and creativity in the teaching and learning
process. A skillful teacher that uses information technology and communication (ICT)
to support the teaching of Technical and Vocational Education are able to enhance the
acquisition and uses of the Technical and Vocational Education. ICT in teaching and
learning process on technical and Vocational Education are use accordingly and
organized due to increase the effectiveness in teaching and learning process. The
development education in ICT needs changes in the role of education and teacher’s

Muka surat 1/17


profession. Develop country needs more teachers who have their majoring in ICT.
However, there are several constraints and challenges face by Technical and
Vocational teachers when using ICT during the teaching and learning process. Such of
the constraints a teacher faced are in finishing up the syllabus, teacher’s negative
attitude, lack of skill, lack of infrastructure, crevasses of ICT and the less of money
sources. There are several steps that can be taken to overcome this situation on the uses
of ICT, such as plan an effective curriculum, changed the attitude on teachers, organize
ICT training for teachers, provide enough infrastructure especially at villages and have
enough money sources.

* Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sikap Guru, Peranan ICT dan Kekangan
/ Cabaran Penggunaan ICT, Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Pengenalan

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang
dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan
wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep
pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005).
Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat
di negara membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang
merupakan trend dan ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas
anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun
seperti Malaysia. Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia
menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi
dan era teknologi maklumat. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan
ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang
berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan
yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Menurut Ward & Peppard (2003),
ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks).
Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan
sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software.

Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan


peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih
ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat
(ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi
melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan
membangunkan masyarakat dan negara. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa
globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran
terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia
pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian
kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan
penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang


bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau
juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan
pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan
di antara pelajar dengan pelajar. Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat
dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan

Muka surat 2/17


kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia.
Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.
Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Kamus Dewan
mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan
dan menjalani latihan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our
lives easier. Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana
teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti
penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. K-Ekonomi
merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya
pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam
membentuk generasi yang akan datang. Winston Churcil menyatakan empayar di masa
depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan
minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu
digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengunpul maklumat, menganalisis data ke
arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara
tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi
diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan
maklumat.

Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer


dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana
lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan
komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas;
pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas
segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman
pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya
berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan
komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran
berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993).

Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber


tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu
bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri
dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu
menyediakan program pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan
berakhlak mulia bagi memenuhi kehendak ini. Untuk menjayakan pelaksanaan program
PTV dengan lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan
dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum
dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik
kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya
memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul
pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya
memerlukan prasarana yang bersesuaian.

ICT dan Dasar Pembangunan Negara

Muka surat 3/17


Pembangunan negara pada abad ke-21 ditumpukan kepada pembangunan
ICT yang melibatkan pembangunan infrastruktur teknologi maklumat dan Koridor Raya
Multimedia. Dasar ini akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara membangun
yang mempunyai kemampuan ICT yang tercanggih dan menjadi pemangkin kepada
pembangunan media elektronik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Peranan teknologi
maklumat dalam pembangunan negara dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan
Malaysia Ketujuh (1996 - 2000). Menurut dasar ini:

“Kemunculan Era Maklumat telah menjadi penyumbang utama kepada kejayaan


persaingan antarabangsa telah meletakkan teknologi maklumat (IT) di kedudukan yang
penting dalam pembangunan sosio ekonomi negara. IT telah diakui sebagai satu
teknologi penggerak yang strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia
dan juga meningkatkan kualiti hidup penduduknya. Dalam tempoh Rancangan Malaysia
Keenam (RME), pelaburan yang besar telah disalurkan bagi menyediakan infrastruktur
asas IT sebagai langkah ke arah menubuhkan rangkaian kemudahan dan perkhidmat
yang canggih.”
(Malaysia,
1996:447)

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), usaha ke arah


memperhebatkan lagi dasar membangun dan memajukan ICT diberi keutamaan bagi
mencapai matlamat berikut:

• Menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT dan multimedia di peringkat global.


• Menaikkan taraf dan menambah infrastruktur komunikasi untuk
meningkatkan kebolehcapaian di seluruh negara dengan tujuan merapatkan
jurang digital.
• Meningkatkan pembangunan sumber manusia dalam bidang ICT bagi
menambah bekalan tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan
berpengetahuan.
• Menggalakkan e-dagang dan meningkatkan penggunaannya bagi
membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran
global.
• Memupuk keupayaan tempatan dalam mencipta pembangunan kandungan.
• Meluaskan pelaksanaan aplikasi perdana MSC bagi meningkatkan lagi
momentum pembangunan MSC.
• Memupuk pembentukan kumpulan kritikal PKS yang berasaskan ICT.
• Menggalakkan kegiatan P & P bagi faktor bukan perkakasan bagi kemajuan
ICT dan era maklumat yang akan memberikan manfaat kepada individu,
pertubuhan dan masyarakat.

(Malaysia,
2001:403)

Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)

Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud


mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya

Muka surat 4/17


yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala
Dologite(1987) pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah,
iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer. Pendapat
beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang
menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan
komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang
membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994)
menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja
konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala
kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer
digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta
kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan
pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan
pembelajaran dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap
asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan
bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca
tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam
kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer,
dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya
sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga
bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer
serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.

Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion keguruan.


Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan
pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui
pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi
meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua
dan guru-guru menguruskannya. Oleh itu, setiap guru mesti menguasai kemahiran ICT.
Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-
21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan
pendidikan pada masa hadapan.

Sikap Guru Terhadap Komputer

Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu


daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap
penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang
penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah
(1994), mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong
seseorang bagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi
perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap
penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan
bahawa guru menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih
menarik serta berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan
komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar.

Muka surat 5/17


Ambigapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam
dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan
guru-guru dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah
pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan
bahawa dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran
ICT dalam pengajaran. Guru mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja
berteknologi tinggi dan berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau
Asia Tenggara.

Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam


kalangan guru-guru pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994)
mengkaji sikap terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah. Kajian ini telah
meninjau hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman
dengan komputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan
Suthagar (2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan
persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus
bersetuju bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993)
pula menjalankan kajian terhadap guru-guru pelatih dan mendapati bahawa pengalaman
dengan komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di
dalam bilik darjah membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta
meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di
dalam bilik darjah. Oleh itu, dapat dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan
komputer boleh memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para guru.

Kenyataan kajian beliau dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh
Zulkifri dan Raja Maznah (1994) dalam kalangan guru-guru pelatih siswazah di
Universiti Malaya. Mereka mendapati hanya 12.1 peratus daripada sampel yang
mengadakan bahawa mereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer,
manakala mereka yang mempunyai pengalaman adalah tinggi, iaitu sebanyak 87.9
peratus. Sebanyak 49% daripada mereka yang mempunyai pengalaman dengan
komputer mengalaminya semasa pengajian di peringkat Ijazah Pertama atau di bangku
sekolah. Mereka merumuskan bahawa guru-guru pelatih yang mempunyai pengalaman
dalam komputer semasa di sekolah atau di universiti cenderung untuk lebih mahir
daripada mereka yang tidak berpengalaman. Di samping itu, Zulkifri dan Raja Maznah
(1994) juga mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan
komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang
tinggi terhadap komputer.

Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, &
Mohd. Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003
didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus
bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ini dapat
dibuktikan melalui penggunaan makmal komputer dalam tiga bulan pertama
persekolahan hanya melibatkan 24.56% guru-guru sahaja dengan kekerapan
penggunaan yang paling tinggi adalah 21 kali dan yang paling rendah hanya sekali
sahaja dalam masa tiga bulan di mana hanya tujuh mata pelajaran sahaja yang
menggunakannya iaitu mata pelajaran matematik, sains, kimia, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, biologi dan geografi. Guru-guru subjek lain tidak pernah menggunakannya
dalam tempoh tersebut. Daripada rekod penggunaan makmal komputer untuk

Muka surat 6/17


penggunaan perisian kursus bestari dan melayari internet hanya 16 daripada 22
kelas sahaja yang menggunakannya dan 6 buah lagi tidak pernah masuk ke makmal
komputer dan kebanyakannya kelas tingkatan lima. Hasil daripada maklumat yang
didapati hanya 40.53% sahaja masa P&P sepanjang tempoh tiga bulan digunakan oleh
guru-guru dalam penggunaan komputer yang sebahagian besarnya menggunakan
kemudahan internet untuk membantu P&P mereka. Memandangkan Sekolah Bestari
yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu kekurangan
penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional.

Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada abad ini amat mencabar
kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar
meningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran sesuai dengan perubahan
era ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam
pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari
pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di
Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT
perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baharu dalam reformasi pendidikan dan
pembentukan sekolah berkesan. Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional perlu
mempunyai kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.

Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Teknik &


Vokasional

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan


Vokasional bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah Teknik terdiri
daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi,
slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting
sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh
dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah.

Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah
menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik,
teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan
secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut
keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos
efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh
guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam
internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan e-
pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara
tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia
juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah
dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan
guru dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu e-

Muka surat 7/17


pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna
akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, e-
mail, video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini guru dapat berhubung dengan
pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara
kolaboratif. Pengetahuan dalam
e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses
maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza
dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran
untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak
menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah
memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan
sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi meluaskan
pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh
mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada guru dan
pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan
terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan,
khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada
guru.

Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat


membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji
Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan
komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan
(exploratory) dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan
dengan kaedah tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh
Kulik et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain
penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi
pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa
pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan
berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih
daripada pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya
antara peranan penggunaan ICT dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah:

• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar


terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
• Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
• Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama
atau terlalu mahal untuk diperoleh.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
• Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar,
terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
• Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.
• Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan
yang minimum.

Muka surat 8/17


• Meningkat kemahiran ICT.

Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan


pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran yang boleh menarik minat pelajar, menggunakan bahan-bahan yang sesuai
dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam
bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai kemahiran
asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas
sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual serta
menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif
menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).

Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Teknik dan


Vokasional

Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi
Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan
Teknik Dan Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu” menyatakan bahawa
pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan
globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik
dan vokasional terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan
pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada
sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara ini menjelang abad ke-21.
Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan
yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat
merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara
yang maju dalam bidang ICT.

a) Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus

Daripada temubual dengan beberapa guru yang kurang atau tidak menggunakan
komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah
utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana
menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan
diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam
pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina,
membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun
mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai
kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang
utama dalam dunia digital.

b) Sikap Negatif Guru

Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan
kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi
instruksional (Becker & Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baharu
kepada profesion guru dan sistem pendidikan di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi

Muka surat 9/17


pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, e-
learning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam Sekolah Teknik dan Vokasional
telah membuka perspektif baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi
terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi
komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia
diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari
website dan sebagainya.

c) Kekurangan Kemahiran

Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai


kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang
tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran
komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan
kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk,
visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan
artificial yang penting dalam era ICT.

Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif
yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu
memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan
pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih
lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001)
menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di
kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di
peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran
kekurangan kemudahan dan kemahiran.

d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan


dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem
pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi
membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting
pendidikan teknik dan vokasional ialah menyediakan kemudahan komputer untuk
semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan
tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi,
sosial, kaum dan sebagainya.

Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah teknik dan vokasional


pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah,
ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memiliki
sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Guru-guru yang menggunakan panduan
yang terkandung dalam dokumen ini haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap
keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing sebelum
merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi
memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan
objektif pembelajaran. Sebagai panduan, disertakan di bawah ini matriks yang
menunjukkan perkaitan antara tahap teknologi dan pembelajaran.

Muka surat 10/17


Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah
penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan
pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet
sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap
guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk
memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.

e) Jurang ICT dan Digital

Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi,


pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan
memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion
keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani
jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum.
Sekolah dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan
jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan
memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di
kalangan pelajar miskin dan luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang
terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan
sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.

f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi
membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada
pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited
terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus
perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi
membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar.
Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu
bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer
sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional
yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

Cadangan

a) Kekangan Menghabiskan Silibus

Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT


yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program
pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu dirancang
sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif dan
ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia, khususnya
powerpoint dan layar tayang boleh memberikan kesan positif kepada perkembangan
minat pelajar. Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh guru-
guru yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT. Guru-guru dalam bidang teknik
vokasional perlu didedahkan kepada penggunaan internet, website, on-line, e-mel dan
pendekatan dan kaedah lain berasaskan penggunaan komputer. Menurut Unit Komputer
Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik,

Muka surat 11/17


bukan secara “bidan terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan
dengan kurikulum. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan
menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

b) Sikap Negatif Guru

Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan


selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan
teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar
penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan
ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.

Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota


adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black,
1994). Kajian ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan anggota
organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang
dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang
akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam
menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para
pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak
terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, guru-guru perlu diberi latihan dalam
penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy &
Suthagar, 2003).

Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa lantas sikap guru yang positif akan
lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional berjalan secara lancar,
pantas dan menyeluruh. Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan
masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Guru perlu
bersedia melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang
diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks
penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana
dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi
membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain
itu, guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan
pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

c) Kekurangan Kemahiran

Guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion
keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga
perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan
ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan
dan kemajuan dalam kerjaya profession keguruan mereka. Program perkembangan staf
yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik.
Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan
dilakukan. Profesion keguruan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan

Muka surat 12/17


dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional.

d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia


seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet
serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infostruktur
seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk
persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur.

e) Jurang ICT dan Digital

Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-


sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan
diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha
akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar.
Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian
untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan.

f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi
dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria
bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan
sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT.
Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka
belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang
melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.
Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari
semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi
melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah.

Kesimpulan

Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat


Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan
pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan
dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi
mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global.

Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang


melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber
bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk
perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT
seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. ICT
menyediakan peluang kepada golongan guru Sekolah Menengah Teknik dan

Muka surat 13/17


Vokasional untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses
pembelajaran serta pengajaran. Tambahan pula, ICT dapat mendedahkan mereka
ini dengan cabaran-cabaran baru dalam dunia pendidikan mereka hasil daripada
penggunaan ICT. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah
kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan
prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak
mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha
akan dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya di Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru dalam
bidang pendidikan teknik dan vokasional bersedia mengambil cabaran baharu dan
melaksanakannya di sekolah.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan


komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan
belajar dari bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT tidak
lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
akan gagal. Jadi, prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi
membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru-guru. Masih
banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era
globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Pengetahuan dan
kemahiran penggunaan komputer merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap
positif terhadap komputer yang masih kurang dalam kalangan guru. Usaha untuk
mempertingkatkan pengetahuan dalam kalangan pendidik diperluaskan melalui kursus
dan latihan yang berkesan perlu disarankan.

Sewajarnya lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak


langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian
kursus serta laman-laman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Keadaan ini bersesuaian dengan peranan guru masa kini yang mengalami
transformasi dari seorang pembawa dan penyampai maklumat kepada seorang
pengurus, jurulatih dan fasilitator (Gallo & Houton, 1994; Killian, 1995). Oleh itu
kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan,
kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak
pentadbir dan terutamanya guru-guru amat penting untuk membawa penggunaan ICT
ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat,
kesungguhan dan iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Justeru pengaplikasian ICT
dan rekabentuk pengajaran dalam penggunaan bahan multimedia mempunyai potensi
untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.
Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan
suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self
paced , dan self directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanya
semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet.

Muka surat 14/17


Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). “Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.”
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ambigapathy, P. (2001). “Technology and English Literacy in the Malaysia


Classroom.” dalam Ambigapathy, P. (ed.). “Technologies of Learning: Learning
Through and about The New Information Technologies.” Australia: Common
Ground Publishing.

Ambigapathy, P. Dan Shanti, B. B. (2004). “Technological Literacy for Adults: Insights


from Malaysia.” dalam Kell, P., Shore, S. dan Singh, M. (ed). “Adult Education
21st Century.” New York: Peter Lang.

Ambigapathy, P. Dan Suthagar, N. (2003). “Literasi Teknologi Komputer: Persepsi dan


Penggunaan di Kalangan Guru.” dalam Pandian, A. (ED.). “Bahasa dan Literasi:
Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan.” Serdang: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

Becker, W.E. & Watts, M. (1996). “Chalk and Talk: A National Survey on Teaching
Undergraduate Economics.” American Economic Review, 86(2) 448-453.

Berita Harian. (7 Mei 2002). Kaji Semula Latihan Guru Sekolah Bestari.

Berita Harian. (20 Julai 2002). Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. hal. 4.
Besag, F. P. dan Levine, L.P. (1984). “Computer Literacy for Teacher.” California:
Dage Publication.

Chakrabarty, P.K (1979). “Effective Use of Computer by Mathematic and Science


Teacher in Conference on Education Computing: Emerging Trends and
Implication.” Kuala Lumpur: Malaysian Council for Computer in Education, 185-
190.

Dologite, O.G. (1987). “Measuring Computer Literacy.” Journal of Education


Technology System, 16 (1): 29-43.

Downws, T. (1993). “Student-teachers’ Experience in Using Computers during


Teaching Practice.” Computer Assisted Learning, 9: 17-33.

Esah Sulaiman (2003). “Amalan Profesionalisme Perguruan.” Skudai: Universiti


Teknologi Malaysia.

Ellington, H, Percival, F. dan Race, P. (1993). “Handbook of Educational


Technology.” London: Kogan Page Limited.

Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan


WWW untuk Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pendidikan: “Penggunaan TMK dalam Pendidikan Pemangkin
Kebestarian Pendidikan.” 18-19 Sept. 2002, Kuching, Sarawak.

Muka surat 15/17


Gallo, M.A. & Horton, P.B. (1994). “Assessing the Effect on High School
Teachers of Direct and Unrestricted Access to the Internet : A Case Study on an
East Florida High School.” Educational Technology Research and Development.
42 (4); 17-39.

Gbomita, V. K. A. (1997). “The Adoption of Microcomputers for Instruction:


Implications for Emerging Instructional Media Implementation.” British Journal
of Educational Technology, 28 (2): 87-101.

Hunter, B. (1987). “My Student Use Computer: Curriculum Plan For Grade-8.” New
York: Reston Publishing.

Hasselbring, T.S., Goin, L.I., & Bransford, J.D., 1988. “Developing Math Automaticity
in Learning Handicapped Children : The Role of Computerized Drill and
Practice.” Focus on Exceptional Children, 20, 1-7.

Kay, R. H. (1990). “Predicting Student Teacher Commitment to Use the Computers.”


Journal of Educational Computing Research, 6(3):299-309.

Killian, C. (1995). “Why Teachers Fear the Internet?” Internet World. 5(8); 86-87.

Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1983). “Effects of Computer Based Teaching on
Secondary Students.” Journal of educational Psychology, 75 (1) : 19-26.

Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1984). “Effects of Computer Based Education in
Elementery Schools.” Computer in Human Behavior, 1 (1) : 59-74.

Kulik, C.C. & Kulik, J.A. (1986). “Effects of Computer Based Education in Colleges.”
AEDS Journal, 19 (2-3) : 81-108.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2002). ”Laporan Prestasi SPM 2001.” (atas talian).
http\\www.lpm.skali.com. (21 Oktober,2005) .

Malaysia (1996). “Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996–2000.” Kuala Lumpur:


Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Malaysia (2001). “Rancangan Malaysia Kelapan, 2002– 2005.” Kuala Lumpur:


Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Mc Keown, P. G. (1986). “Living with Computer.” USA: Harcourt Brace Jovanovich


Publishers.

Mohd. Arif Hj. Ismail, Norsiati Razali @ Mohd. Ghazali. (2003). ”Aplikasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Perspektif Mata
Pelajaran Kimia SPM.” Jurnal Pendidikan UKM. Jilid 3. Bil 1. April 2003: hal.7-
11.

Ngan Cheng Hwa. (1994). “Kepentingan Literasi Komputer dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Masa Kini.” Teknokrat-Jurnal Akademik MPIK, 12.

Muka surat 16/17


Rio Sumarni Shariffuddin. (1997). “Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Berbantukan Komputer.” Jurnal Pendidikan UTM. Jilid 3. Bil 1. April 1995: hal.
1-5.

Robyler, M.D. (1988). “The Effectiveness of Microcomputer in Education.” A review


of research from 1980-87. T.H.E. Journal 16 (2) : 85-89

Rosli Abd. Rahim, Zamalia Mahmud & Shafiee Ahmad. (2001). “ICT in Teaching and
Learning Among UiTM Lecturers.” International Conference On Challenges and
Prospects in Teachers Education: Shah Alam.

Steers, R. M. Dan Black, J.S. (1994). “Organizational Behavior.” New York: Harper
Collins College Publishers.

Ward, J. & Peppard, J. (2003). “Strategic Planning for Information Systems.” 3rd ed.
England: John Wiley & Sons Ltd.

Wiburg, K. (1997). “The Dance of Change: Integrating Technology in Classroom.”


Computers in Schools. 13(2) 171-184.

Yahya B. Emat. (2005). “Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia.” Petaling


Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Zhao, Y., Hueyshan, T.S. dan Mishra, P. (2000). “Teaching and Learning: Whose
Computer Is It?” di dalam Bruce, B.C. (ed.). “Literacy in the Information Age:
Inquries into Meaning Making with New Technogies.” Delaware: International
Reading Association.

Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Mazrah Raja Hussain. (1994) “Attitudes, Knowledge
and Previous Computer Experience of Teacher Trainess in the Diploma of
Education Programme at the University Of Malaya.” Journal of Educational
Research, 16: 1-19.

Muka surat 17/17