Anda di halaman 1dari 6

BAHAN MODUL BERTULIS – KSSM ( TINGKATAN 1)

UNIT 3 – PERTOLONGAN CEMAS


TAJUK – D.R.A.B.C

NOTA RINGKAS

PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas ialah pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak
mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan daripada doctor atau pihak
hospital.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas


1. Menyelamatkan nyawa.
2. Mengurangkan kesakitan.
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.

Peraturan am pertolongan cemas:


1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri, terutamanya pernafasan
pesakit itu.
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta-merta pertolongan cemas:


1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapid dan sempurna.

SMK NAKA ( KEA 7019 )


Prinsip D.R.A.B.C.

Kaedah ini digunakan untuk memberi bantuan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri atau
mengalami kejutan.

D ( Danger )
 Elakkan bahaya kepada mangsa dari persekitaran.
 Pastikan mangsa bebas daripada bahaya.
R ( Response )
 Periksa mangsa sama ada bertindak balas kepada deria cahaya, suara, bunyi,,
sentuh, bau, panggil nama, tanyakan keadaan dan rasa untuk melihat sebarang
respons.
A ( Airways )
 Pastikan pernafasan mangsa tidak tersekat-sekat atau berbunyi kuat.
 Periksa hidung dan mulut mangsa agar tiada bendasing menghalang salur
pernafasan.
B ( Breathing )
 Pastikan adanya pernafasan melalui mulut dan hidung.Jika tiada, berikan bantuan
pemulihan pernafasan dengan segera.
 Sekiranya mangsa tidak bernafas, segera lakukan cara pulih nafas “ Expired Air
Resuscitation” (EAR). Kaedah pulih nafas mulut ke mulut.
 Dua kali hembusan, periksa pernafasan, ulang sehingga pulih.
C ( Circulation )
 Peredaran darah melalui denyutan nadi – mengesan denyutan jantung melalui
denyutan nadi karotid.
 Sekiranya tiada denyutan nadi bermakna denyutan jantung telah berhenti.
 Tindakan untuk merangsang semula denyutan jantung melalui kaedah CPR
“ Cardiopulmonary Resuscitation”.

SOALAN
SMK NAKA ( KEA 7019 )
1. Nyatakan maksud akronim D.R.A.B.C. dengan jelas.

Prinsip Prosedur
D 1. Sebelum memulakan usaha bantuan mula,
pastikan .................................... dan orang lain yang berada di
tempat kejadian selamat daripada ………………………………….. .
……………………………..
2. Kenal pasti ……………………………….. yang memerlukan bantuan
kecemasan .
3. Teruskan usaha menyelamat apabila
………………………………………………………………………………………….
R 1. Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan
menggocangkan badannya dengan lembut sambil
bertanyakan soalan seperti ……………………………….. atau
……………………………… …………………………………
2. Jika mangsa sedar, teruskan pemeriksaan bagi memastikan
tidak terdapat sebarang ……………………………… .
3. Sekiranya mangsa tidak sedar, alihkan kedudukannya ke
bahagian sisi bagi …………………………………. .
A 1. Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek
yang menghalang pernafasan seperti
…………………………………………………………………….. .
………………………………
2. Jika ada objek yang menghalang pernafasannya, keluarkan
objek tersebut agar mangsa boleh bernafas semula.Selepas
itu buka saluran pernafasan mangsa dengan cara berikut:

 Letakkan …………………………………………………………………………………

 Sokong ……………………………………………………………………………………

 Perlahan – lahan …....


………………………………………………………………………………………..
B 1. Pastikan mangsa bernafas dengan cara berikut :

 Lihat pergerakan …………………………………………………………………….


………………………………  Dengar bunyi ……………………………………………………………………….. .

 Dekatkan pipi ………………………………………. Untuk merasa haba


yang keluarkan dari mulut dan hidungnya.
2 Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan

SMK NAKA ( KEA 7019 )


……………………………… .
C 1 Periksa denyutan nadi mangsa di bahagian
………………………………………. .
………………………………
2 Jika nadinya berdenyut,teruskan bantuan pernafasan dengan kadar
………………………………………………………….. .

2. Tandakan (√) pada situasi yang memerlukan bantuan D.R.A.B.C.

1 Alisa tiba-tiba rebah lalu pemgsan.


2 Penjaga gol pengsan setelah kepalanya terhantuk tiang gol.
3 Mangsa kemalangan jalan raya itu patah kaki.
4 Tangan Puan Gee Li terkena minyak panas semasa memasak.
5 Semasa berjalan-jalan di taman rekreasi, anda ternampak seorang lelaki
dewasa rebah lalu pengsan.

3. Susunkan prosedur pertolongan cemas, D.R.A.B.C. dengan betul.

(a) Panggil mangsa atau kejutkan mangsa jika mangsa dilihat tiada sebarang
reaksi. Buat pemeriksaan jika terdapat kecederaan lain.
(b) Periksa nadi mangsa di leher atau pergelangan tangan.Jika nadi tidak
berdenyut, hulurkan bantuan CPR dari mulut atau dada mangsa.
(c) Pastikan diri,mangsa dan orang lain di tempat kejadian selamat daripada
bahaya.
(d) Lihat pergerakan turun naik dada mangsa,dengar bunyi semasa mangsa
bernafas dan dekatkan pipi ke mulut dan hidung mangsa untuk merasa haba.
(e) Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka. Dongakkan kepala mangsa
dengan meletakkan sebelah tangan di dahi dan sokong dagu mangsa dengan
tangan.

JAWAPAN

SMK NAKA ( KEA 7019 )


1. Nyatakan maksud akronim D.R.A.B.C. dengan jelas.

Prinsip Prosedur
D 1. Sebelum memulakan usaha bantuan mula, pastikan diri
kamu. dan orang lain yang berada di tempat kejadian selamat
Danger
daripada punca yang membahayakan.
2. Kenal pasti bilangan orang yang memerlukan bantuan
kecemasan .
3. Teruskan usaha menyelamat apabila persekitaran telah
dipastikan selamat.
R 1. Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan
menggocangkan badannya dengan lembut sambil
Response
bertanyakan soalan seperti siapakah nama kamu? atau kamu
berada dimana?
2. Jika mangsa sedar, teruskan pemeriksaan bagi memastikan
tidak terdapat sebarang kecederaan lain.
3. Sekiranya mangsa tidak sedar, alihkan kedudukannya ke
bahagian sisi bagi membuka ruang pernafasan.
A 1. Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek
yang menghalang pernafasan seperti lidah dan sisa makanan.
2. Jika ada objek yang menghalang pernafasannya, keluarkan
Airways
objek tersebut agar mangsa boleh bernafas semula.Selepas
itu buka saluran pernafasan mangsa dengan cara berikut:

 Letakkan sebelah tangan di atas dahi mangsa.

 Sokong dagu mangsa dengan tangan sebelah lagi.

 Perlahan – lahan dongakkan kepala mangsa ke belakang dan


buka mulut mangsa.
B 1. Pastikan mangsa bernafas dengan cara berikut :

 Lihat pergerakan turun naik dadanya.


Breathing  Dengar bunyi semasa mangsa bernafas.

 Dekatkan pipi ke mulut dan hidung untuk merasa haba yang


keluarkan dari mulut dan hidungnya.
2. Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan dongakkan
kepala mangsa ke belakang dan buka mulut mangsa.
C 1 Periksa denyutan nadi mangsa di bahagian leher (arteri karotid)

SMK NAKA ( KEA 7019 )


Circulation 2 Jika nadinya berdenyut,teruskan bantuan pernafasan dengan kadar
satu hembusan setiap lima saat.

2.Tandakan (√) pada situasi yang memerlukan bantuan D.R.A.B.C.

1 Alisa tiba-tiba rebah lalu pemgsan. √


2 Penjaga gol pengsan setelah kepalanya terhantuk tiang gol. √
3 Mangsa kemalangan jalan raya itu patah kaki.
4 Tangan Puan Gee Li terkena minyak panas semasa memasak.
5 Semasa berjalan-jalan di taman rekreasi, anda ternampak seorang √
lelaki dewasa rebah lalu pengsan.

3. Susunkan prosedur pertolongan cemas, D.R.A.B.C. dengan betul.

(f) Panggil mangsa atau kejutkan mangsa jika mangsa dilihat tiada sebarang 2
reaksi. Buat pemeriksaan jika terdapat kecederaan lain.
(g) Periksa nadi mangsa di leher atau pergelangan tangan.Jika nadi tidak 5
berdenyut, hulurkan bantuan CPR dari mulut atau dada mangsa.
(h) Pastikan diri,mangsa dan orang lain di tempat kejadian selamat daripada 1
bahaya.
(i) Lihat pergerakan turun naik dada mangsa,dengar bunyi semasa mangsa 4
bernafas dan dekatkan pipi ke mulut dan hidung mangsa untuk merasa haba.
(j) Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka. Dongakkan kepala mangsa 3
dengan meletakkan sebelah tangan di dahi dan sokong dagu mangsa dengan
tangan.

SMK NAKA ( KEA 7019 )

Anda mungkin juga menyukai