Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

Imperialisme dapat dihuraikan dengan kasar atau dengan lebih tepat sebagai penguasaan, di
sepanjang sejarah, negara-negara lemah oleh negara-negara kuat, atau sebagai polisi yang
dilaksanakan oleh kuasa-kuasa besar dalam tiga puluh tahun yang terakhir dalam abad ke-
sembilan belas. Mereka menindaskan hampir seluruh dunia di bawah penguasaan rasmi
mereka. Huraian Marxsis klasik mengenai imperialisme oleh Lenin lebih sempit daripada
huraian kasar tetapi lebih kasar daripada huraian tepat. Imperialisme bukannya aspek sejagat
masyarakat manusia mahupun bagi polisi-polisi tertentu, tetapi ia merupakan “tahap khas
dalam perkembangan kapitalisme”. Sememangnya, seperti yang dikatakan oleh Lenin, ia
merupakan “tahap tertinggi kapitalisme.”1

Asia Tenggara telah menyaksikan berbagai kuasa besar yang bersaing dalam
mencapai atau menurut teori Marx tersebut. Dimana persaingan dalam menguasai koloni-
koloni memperlihatkan Jerman, Belanda, British, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol dan
Jepun. Jepun adalah antara kuasa imperialisme di Asia yang banyak mempengaruhi dasar-
dasar imperialis yang lainnya. Pada tahun 1868 apabila Maharaja Meiji memegang tampuk
pemerintahan, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan
ekonomi gaya Barat. Pemodenan yang dilaksanakan oleh Meiji menjadikan Jepun lebih
dihormati di Barat. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di
Asia. Pemodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju
ekonominya di rantau Asia Timur. Seperti yang diketahui Jepun telah menjajah Filipina,
Indonesia, Myanmar, Vietnam dan China sebagai negara pertama yang ditakluki.2 Tanah
Melayu atau Malaya pula memperlihatkan kuasa Jepun dan British bersaing dengan hebat
dan Perang Dunia Kedua menjadi klimaks dalam persaingan tersebut.

1
http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:W5GZ8OOS6WkJ:arts.anu.edu.au/suara/callinicos3.rtf+definisi+imperialisme&cd=2&hl=en&ct=clnk
&gl=my&source=www.google.com.my

2
http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf

1
1.1 Faktor Jepun Menyerang Tanah Melayu

Tanah Melayu mempunyai bahan mentah yang banyak seperti bijih timah, getah dan bijih
besi yang penting kepada perkembangan ekonomi dan ketenteraan Jepun. Jepun juga boleh
memasarkan barang keluarannya di Tanah Melayu memandangkan pasaran luar sudah
dikuasai oleh negara Barat. Jepun berusaha menubuhkan sebuah empayar di Asia yang
memberi keuntungan politik dan ekonomi kepada mereka.

Untuk menjayakan cita-cita ini, Jepun telah menyebarkan slogan “Asia untuk Orang
Asia”, khususnya d Malaya. Slogan ini bermotifkan pembentukan lingkungan bersama Asia
telah berjaya memikat hati penduduk tempatan terhadap Jepun. Kekosongan kuasa di sebelah
Timur akibat segala kekuatan tentera ditumpukan kepada peperangan Eropah pada tahun
1939 telah menggalakkan kerajaan Jepun melancarkan serangan tanpa sebarang sekatan.3

1.2 Serangan Jepun Ke Atas Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah

Gambar 1 : 1941 tentera Jepun mendarat di Kota Bharu4

3
Paul H. Kritioska dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu : Kumpulan Esei Oleh Pelajar-
Pelajar U.S.M, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, Hal. 10.
4
http://perangjepun.blogspot.com/

2
Jepun telah dapat menakluki Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dalam masa yang
singkat. Pendaratan mereka yang pertama ialah di utara Kota Bharu pada 8 Disember 1941.
Jepun bercadang untuk mara dari utara ke selatan hingga ke Singapura. Seterusnya, Jepun
menyerang Ipoh pada 27 Disember 1941, Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942, Johor dan
Singapura pada 8 Februari 1942. Miri penting kepada Jepun kerana hasil kayu dan
minyaknya. Kuching pula diperoleh dua hari kemudiannya. Penaklukkan Sabah bermula
pada awal bulan Januari 1942 dan Pulau Labuan ditakluk pada tahun baru 1941. Dua buah
bandar besar, Kota Kinabalu dan Sandakan jatuh ke tangan Jepun pada bulan yang sama. 5
Kejayaan penaklukan itu bererti Tanah Melayu akan menggunakan sistem atau dasar sama
ada dari segi politik, ekonomi dan sosial oleh pihak kolonial, Jepun.

Dasar dapat didefinisikan sebagai suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai
sesuatu maksud atau kehendak. Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi pemerintah) dibuat
dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan, mendapatkan hasil dan mencapai objektif.

5
http://www.slideboom.com/presentations/124390/BAB-1-:-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-NEGARA-KITA.

3
2.0 DASAR SOSIAL TANAH MELAYU SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

Sepanjang pendudukan Jepun selama tiga tahun setengah di Tanah Melayu, pelbagai dasar
telah dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Dasar-dasar ini telah
mendatangkan kesan terhadap kehidupan sosial dan ekonomi Tanah Melayu.

2.1 Dasar Perkauman/Kebudayaan

Dasar Jepun terhadap kaum di Tanah Melayu berbeza-beza kerana setiap kaum mempunyai
kepentingannya sendiri.

2.1.1 Orang Melayu

Pihak Jepun ingin mendapat sokongan orang Melayu. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan
orang Melayu terutama golongan elit. Ramai orang Melayu dilantik menjadi Pegawai Daerah.
Lebih ramai orang Melayu diambil bekerja dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam
bidang pentadbiran awam, polis dan tentera. Sikap pro-Melayu ini juga bertujuan memastikan
orang Melayu tidak bersatu dengan penduduk Cina menentang pemerintahan Jepun. Dasar
pro-Melayu ini diperhebatkan lagi dengan menggalakkan orang Melayu menubuhkan
pertubuhan seperti KERIS6 untuk memperjuangkan kemerdekaan. Akan tetapi, orang Melayu
tetap membenci Jepun kerana mengalami penderitaan, kebuluran dan ketakutan.7

2.1.2 Orang Cina

Layanan orang Jepun terhadap orang Cina dikatakan sangat buruk. Hal ini adalah kerana
Jepun mengetahui orang Cina membantu perjuangan Kerajaan Nasionalis China menentang
Jepun sejak tahun 1937. Dasar anti-Cina bertambah lagi disebabkan oleh penglibatan orang
Cina dalam MPAJA8 dan Parti Komunis Malaya yang begitu giat menentang Jepun. Justeru
itu, Jepun telah bersikap kasar dan keras serta melakukan kezaliman ke atas orang Cina di
6
KERIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung-
semasa pendudukan Jepun. Waktu itu untuk bergabung bersama Nusantara untuk membentuk Negara
Indonesia) 
7
Shahlin Ali, Sebab-Sebab dan Kesan-Kesan Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu, Dalam Jurnal : Meniti
Catatan Sejarah : Koleksi Artikel 2002-2003, 2005, Kuala Lumpur : Arkib Negara Malaysia, Hal. 58.
8
MPAJA merupakan singakatan kepada Malayan People Anti Japanese Army atau Tentera Anti-Jepun
Penduduk Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) telah
bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun.  PKM telah membentuk Tentera Anti-Jepun Penduduk
Tanah Melayu (MPAJA).

4
Tanah Melayu.9 Walau bagaimanapun, dasar anti-Cina ini terpaksa diubah dan Jepun
bersikap lebih lembut kerana mengalami kekurangan makanan dan kekalahan dalam
peperangan dengan Amerika Syarikat. Pihak Jepun memerlukan bantuan makanan daripada
golongan pedagang Cina dan kerjasama orang Cina dalam ekonomi. Namun demikian,
perubahan dasar perkauman itu tidak berjaya mengukuhkan pemerintahan Jepun.

Gambar 2 : Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA)10

2.1.3 Orang India

Jepun berbaik-baik dengan orang India kerana ingin mendapatkan sokongan orang India dan
dalam usahanya menawan India. Dalam hal ini, Jepun membantu penubuhan Liga
Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India serta Kerajaan Buangan India iaitu Azad
Hind di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Sungguhpun demikian, orang
India juga tidak terlepas daripada kerahan buruh paksa serta penyeksaan, penderitaan dan
kebuluran, pengangguran dan ketakutan sepertimana yang dialami oleh orang Melayu dan
Cina.11

Gambar 3 : Buruh paksa12

9
Ibid, Hal. 59-60.
10
http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=47396&p=3&topicID=34535560&page=1.
11
Ibid.
12
http://sallehderan.blogspot.com/

5
2.2 Pendidikan

Jepun berusaha menghapuskan pengaruh Barat dengan melaksanakan rancangan


“Penjepunan”. Kerajaan Jepun mahu mewujudkan sikap taat setia penduduk di Tanah
Melayu terhadap Maharaja Jepun. Langkah-langkah yang dilaksanakan melalui rancangan
“Penjepunan” ialah dengan Pendidikan Barat dihapuskan dan mengharamkan penggunaan
Bahasa Inggeris dan mata pelajaran Inggeris. Bahasa Cina diharamkan di sekolah-sekolah
Cina kerana peperangan yang berlaku sebelum ini diantara Jepun dengan China memberikan
kesan besar pada kedua-dua pihak. Dengan itu, ianya menghasilkan sikap anti diantara
bangsa mahupun kedua-dua negara terbabit. Perpustakaan sekolah turut dilengkapkan
dengan buku-buku Jepun.13

Gambar 4 : Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khuen Hean. Wujud sejak tahun

13
Ibid.

6
1932 dan ditutup semasa pendudukan Jepun14

Selain itu, bahasa Jepun (Nippon-Go) menjadi bahasa pengantar di semua sekolah.
Setiap hari pelajar mesti menyanyi lagu kebangsaan Jepun. Guru, pelajar dan belia diajar
bahasa dan kebudayaan Jepun. Kursus bahasa dan minggu bahasa Jepun turut diadakan.
Kelulusan bahasa Jepun penting bagi kenaikan pangkat khususnya terhadap kakitangan
pentadbiran. Bahasa Jepun juga digunakan dalam perkhidmatan pos dan telegraf. Pelajaran
percuma, perayaan agama dan budaya Jepun dijalankan.

2.3 Kesihatan

Dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana sepanjang
pemerintahan Jepun keadaan kesihatan masyarakat di Tanah Melayu sangat teruk. Sumber
perubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti bengkak badan, biri-
15
biri, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatan masyarakat. Pihak
Jepun telah mewujudkan kelas iaitu kelas satu dan kelas dua untuk orang Jepun dan orang
kenamaan dan mendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam serta
membayar setiap hari tetapi kurang diberi perhatian. Pada saat itu, bayaran perkhidmatan

14
http://sjkckhuenhean.blogspot.com/2010/01/sejarah-sekolah.html
15
Siti Zawiyah Zakaria, 1996,  Zaman Pendudukan Jepun, Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, Hal. 30.

7
perubatan swasta sangat mahal dan doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap.
Kebanyakan penyakit masyarakat disebabkan oleh kekurangan makanan.  

Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296
kes kematian pada 1942, 17,895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi
kepada 23,134 kes pada 1944.16 Kebanyakkan masyarakat menggunakan kembali cara
tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan dan keadaan ini kembali seperti zaman
sebelum pemerintahan British. Sumber bekalan perubatan kebanyakannya disalurkan terlebih
dahulu kepada tentera Jepun. Hal ini menyebabkan kesan negatif terhadap taraf kesihatan
masyarakat di Tanah Melayu.

2.4 Agama, Moral dan Hiburan

Dari sudut Agama, Jepun dikatakan mengamalkan kebebasan terhadap semua agama di
Tanah Melayu. Orang Cina misalnya yang beragama Khatolik boleh ke gereja dan begitu
juga orang Buddha dan orang Thoist ke tokong. Begitu juga kepada masyarakat India bebas
meraikan perayaan agama mereka tetapi perayaan Thaipusam tidak lagi disambut secara
besar-besaran seperti sebelum perang.  Bagi masyarakat Melayu, Jepun membenarkan agama
Islam diamalkan tetapi tanpa sedar Jepun telah mencemarkan amalan agama Islam di Tanah
Melayu.

Masjid tempat beribadat orang Islam telah terpinggir akibat orang Jepun
menggunakannya sebagai tempat makan, minum, tidur dan dijadikan kubu. Masyarakat
Muslim juga tidak dapat menyambut hari kebesaran Islam kerana tarikh, waktu tepat untuk
sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan. Hubungan yang terputus dengan ibu negeri
dan kemelesetan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka yang berkeinginan untuk
menunaikan haji terpaksa dilupakan.17  Jepun juga telah memaksa semua penduduk Tanah
Melayu sujud kepada matahari terbit melambangkan sujud kepada maharaja Jepun. 18
Terdapat juga masyarakat Melayu yang pulang dari sawah untuk bersembahyang Zohor dan
menunaikan kewajipan agama telah ditampar tentera Jepun kerana menyangkakan mereka

16
Ghazali Mayudin, 1978, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , Selangor: UKM, Hal. 11.
17
Abu Talib Ahmad, 1988, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-
1987, Penang: U.S.M , Hal. 109.
18
Wan Noraini Wan Ahmad, 1986, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, Hal. 71.

8
malas bekerja.19  Situasi ini mendorong kesan negatif terhadap pengukuhan keagamaan
masyarakat.

Semasa pendudukan Jepun, masyarakat telah disogokkan dengan hiburan untuk


mengalihkan mereka daripada rasa sengsara dan menentang kerajaan Jepun di Tanah Melayu.
Hal ini menyebabkan keruntuhan moral masyarakat. Kerajaan Jepun telah menggalakkan
perjudian besar-besaran seperti Dice, pakau, berlaga ayam, daun terup dan Mahjong. Jepun
juga telah menyediakan panggung wayang yang berpropaganda Jepun, dan pusat hiburan,
dewan tari contohnya di Wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di Pulau
Pinang. Judi dan hiburan dilihat telah melalaikan masyarakat dan hanya memberi keuntungan
kepada pihak Jepun yang bertindak membuka dan mengutip cukai. Masyarakat yang pada
awalnya mengalami masalah ekonomi semakin parah apabila menyertai judi dan kalah.

3.0 DASAR EKONOMI TANAH MELAYU SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

19
Ibid, Hal. 21.

9
Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah kerana Inggeris menjalankan Dasar
‘Bumi Hangus’ dengan membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama
beras. Sistem saliran dan bekalan air juga telah dimusnahkan. Jepun tidak berupaya untuk
membaiki semula kerana kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang
pembangunan pertanian. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam atau luar negera
kerana dihalang oleh tentera Berikat. Keadaan luar disekat oleh tentera laut Berikat dan di
dalam negera oleh pergerakan bawah tanah seperti MPAJA selalu menyerang hendap konvoi
bekalan makanan Jepun.20

Selain itu, Tanah Melayu kekurangan pengeluaran bahan mentah dan jika ada
harganya sangat mahal. Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan
hanya  empat buah lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak
tujuh puluh buah, 1941 enam puluh tiga buah lombong. Bagi lombong besi, bauksit dan arang
batu, tidak wujud aktiviti perlombongan dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak dua
buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan. Jumlah keseluruhan
perlombongan menurun daripada tujuh puluh enam buah lombong pada 1939 kepada empat
buah pada1946. 21

Gambar 6 : Duit kertas Jepun dengan lambang Pokok Pisang22

20
Ibid, Hal. 474.
21
Abdul Halim Saad (et. all), 1991, Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia, Hal. 474.
22
http://2.bp.blogspot.com/_cV6zxjkvNsY/SXgLRUwuL_I/AAAAAAAAAH8/SCnfdRTe8-g/s1600-
h/IMG_0039a.jpg

10
Ekonomi Tanah Melayu berbalik seperti asal dengan menjalankan ekonomi sara diri,
iaitu dengan menjalankan tanaman di halaman rumah. Tanaman yang ditanam, bukan sahaja
sayur-sayuran, antaranya padi dan ubi kayu. Bekalan makanan yang berkurangan telah
menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan bagi mengawal
taburan makanan kepada penduduk. Berlaku juga sorokan barang-barang keperluan sebab
keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.23

Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini
berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya, nilai mata wang
terlalu  rendah, peningkatan kadar inflasi, masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan
sendiri dan pada peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi
dengan hukuman yang berat. Tawaran dan peluang pekerjaan turut merosot. Lihat Jadual 1:

Jadual 1 : Tawaran dan peluang pekerjaan24

TAHUN 1939 1941 1946

BILANGAN 4206 1765 429

3.1 Dasar  Pembangunan Ekonomi Jepun di Tanah Melayu

Dasar pembangunan Ekonomi turut dilaksanakan oleh Jepun terhadap tanah jajahannya.
Matlamat utamanya adalah untuk memastikan bekalan  makanan mencukupi, mengurangkan
kadar inflasi dan merendahkan harga barangan.

3.1.1 Dasar Kewangan

Mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos. Menghadkan pengeluaran wang simpanan.


Sebagai contohnya penduduk Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak
$300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing $200.00
sahaja. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan

23
Ibid.
24
http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm

11
daripada District Treasurer for Payment. Kerajaan Jepun turut mengadakan penjualan tiket-
tiket loteri kepada penduduk. Melantik Southern Region Developement Bank  bagi
mengawal pengeluaran wang.25

3.1.2 Dasar Pertanian

Jepun menubuhkan persatuan buruh bagi mengatasi masalah buruh untuk menggerakkan


aktiviti pertanian serta menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.
Catuan makanan iaitu empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta
satu kati gula pasir. Turut dilakukan penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi
penanaman padi.

Jepun juga memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan


pertanian secara komersial seperti yang berikut:

I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober
1943.

ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.

iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.

iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober
1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang
menanam padi huma akan diberi sebanyak $10.00.26

3.1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun. Penubuhan persatuan
sepert Johor State Goverrment Service Consumer’s Association bagi membantu kakitangan
kerajaan memperoleh sumber makanan. Pengawalan penyelewengan edaran  makanan juga
dijalankan. Diwujudkan jawatan pengawal makanan bagi menentukan pengedar menjualkan
makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun. Menghalang dan
25
Ibid, Hal. 57.
26
http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm

12
menghukum penyimpan makanan secara haram dengan hukuman bunuh selain
mengharamkan aktiviti orang tengah.

3.2 Penilaian Sumbangan Jepun Dalam Memajukan Ekonomi Tanah Melayu

 Perbincangan mengenai sejauhmana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk membangunkan


ekonomi Tanah Melayu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan kegagalan  tindakan-tindakan
dan langkah-langkah yang diambil oleh Jepun. Dari sudut dasar yang diambil sememangnya
Jepun cuba mengurangkan masalah kemelesetan ekonomi, tetapi dari sudut kajayaan Jepun
tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan dengan sumbangan kecemerlangannya.
Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat yang tidak berubah sejak pencerobohan
Jepun pada Disember 1941.

               Dengan  kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang.


Hal ini kerana dari sudut matlamat Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan
yang nyata. Boleh dikatakan Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan
sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam mementingkan bekalan makanan mencukupi
Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai pengeluar getah dan bijih
timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah
Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris.

Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan
ladang-ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi.
Sebenarnya dasar yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa
kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan Melayu telah diserahkan kepada
orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini masih lagi tidak mencukupi kerana
sehingga penyerahan kalah Jepun masyarakat  Tanah Melayu masih lagi menghadapi
kekurangan makanan, terutama masyarakat bandar.

Kegagalan ini dapat diukur kerana para petani tidak menghargai wang. Nilai wang
telah jatuh begitu teruk. Masyarakat tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak
secara berleluasa sehingga ada yang tidak mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha
berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi masyarakat tidak perlukan wang dan nilai
wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan tentera
Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.

13
4.0 DASAR POLITIK TANAH MELAYU SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

4.1 Sistem Pentadbiran

14
Kerajaan Jepun telah mewujudkan pentadbiran tentera kerana ketika itu Jepun masih dalam
peperangan. Matlamatnya untuk membentuk pemerintahan baru Asia masih belum berjaya ketika itu
kerana negara-negara New Zealand, Australia dan India masih belum dapat ditakluki serta menentang
serangan balas kuasa-kuasa barat. Oleh kerana Jepun pada masa itu masih berperang di tempat lain,
maka pemerintahan di Malaya merupakan pemerintahan tentera yang dikenali dengan nama
Pemerintahan Tentera Tanah Melayu (PTTM).27

Dasar pemerintahan Jepun juga dikatakan pemerintahan tentera yang mana dijalankan
mengikut unit-unit kewilayahan. Ketua unit adalah seorang presiden yang dikenali sebagai Gunseikan.
Singapura mempunyai ketua bandarnya sendiri. Malaya terbahagi kepada Negeri-negeri Selat, Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. 28 

Asia tenggara yg dikuasai telah dibahagikan kepada lapan kawasan. Setiap kawasan ditadbir
oleh satu pasukan tentera. Malaya dan Sumatera telah digabungkan dan diletakkan di bawah
pentadbiran tentera dari pasukan ke-25 yang diketuai oleh Jeneral Hitoshi Nishioeda. Manakala
pentadbiran tentera yang dilaksanakan di kedua tempat ini diberi kepada Mejar General Manaki
Keishi selaku Ketua Pentadbiran Tentera. Walaubagaimanapun, urusan pentadbiran am dilakukan
oleh Kolonel Watanable Wataru.29 

Negeri-negeri Melayu dan Singapura di letakkan di bawah pemerintahan tentera Jepun


dengan ketua Negara (Gabenor) yang tinggal di Singapura. Walau bagaimanapun, pentadbiran
Negeri-negeri Melayu dan Singapura diberi organisasi pentadbiran yang berasingan.  Singapura di
beri nama Syonan dan diisytiharkan sebagai sebuah perbandaran di bawah datuk bandar atau Syonan
digelar Cahaya Timur dengan Singapura di beri status tanah jajahan dan Negeri-negeri Melayu di beri
nama New Malay atau Malaya Baru. Negeri-negeri Melayu dan Singapura pula dijadikan sebagai
kawasan naungan dan ditadbir setiap negeri oleh seorang presiden, yang bertanggungjawab kepada
Gabenor. Sultan disahkan sebagai ketua agama dan berfungsi sebagai ketua hal ehwal agama Islam
sahaja. 

Dengan pentadbiran tentera, Malaya dijadikan kawasan Nipponnya iaitu menjadi milik terus
jajahan mereka. Sementara, Sumatera di Indonesia pula merupakan gabungan. Tetapi cita-cita itu
tidak dapat dilaksanakan kerana pembahagian itu telah dibuat sejak perjanjian Inggeris Belanda tahun
1824 yang lalu. Dalam perubahan pentadbiran itu, Jepun telah mengadakan pentadbiran secara Majlis
Perundingan mulai Oktober 1943. Dengan adanya majlis tersebut di tiap-tiap wilayah, seorang
gabenor yang dilantik yang juga menjadi pengerusi kepada majlis tersebut. Sultan pula sebagai naib
pengerusi. Dalam pengurusan tersebut, bilangan anak tempatan yang menjadi ahli telah ditambah. 

27
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760582/1/
28
Ibid.
29
Ibid.

15
4.2 Dasar Umum/Awam

Pentadbiran tentera Jepun tidak lagi memberi cuti kelepasan kepada Hari Sultan. Kerajaan tentera
Jepun juga menegah menaikkan bendera di perkarangan istana kerana dianggap bukan sebahagian
daripada agama. Arahan juga dikeluarkan untuk membatalkan kereta sultan atau pegawai kerajaan
memakai bendera kerajaan atau Jepun. Pihak pentadbiran tentera Jepun juga tidak membenarkan
memakai lambang kerajaan negeri yang berbentuk mahkota dan keris kerana itu dianggap bukan cop
bagi keturunan sultan tetapi hanyalah cop bagi kerajaan dahulu. 

4.3 Sistem Keselamatan/Pertahanan

Dari segi keselamatan pula, pasukan polis yang ditubuhkan di Malaya telah ditempatkan di pekan-
pekan dan bandar-bandar kecil. Polis juga ditempatkan di beberapa bahagian di Malaya. Untuk
memudahkan pengesanan identiti, satu sistem Pendaftaran Keluarga telah diadakan dengan
memberikan satu keping Sijil Hidup. Pindaan di dalam sijil itu boleh dilakukan bila ada kanak-kanak
yang baru lahir, kematian dan perkahwinan. Melalui sistem itu, setiap orang akan bertanggungjawab
kepada ahli keluarganya. Dari segi ketenteraman awam, Jepun telah memperkenalkan Sistem
Kawalan. Sistem tersebut diperkenalkan dalam tahun 1944 iaitu mewajibkan penduduk di sesuatu
tempat menjalankan rondaan waktu malam bagi mencegah kecurian, kebakaran serta mereka diberi
kuasa menangkap sesiapa yang dicurigai.

Ibrahim Yaakob bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah diminta oleh Jepun
menubuhkan Badan Penasihat Bumiputera bagi Malaya dan Sumatera. Pada tahun 1943 Jepun telah
membentuk satu pasukan Melayu yang separuh tentera bernama Pembela Tanahair (PETA) ataupun
dalam bahasa Jepunnya Giyu Gun. Ibrahim Yaakob telah dilantik menjadi ketua dengan berpangkat
Leftenan Kolonel. Di peringkat ini, orang Melayu yang bekerjasama dengan Jepun bertujuan
menggunakan peluang yang diberi oleh Jepun untuk melatih orang Melayu menjaga kepentingan
Melayu. Untuk menjaga dan mengekalkan keamanan juga, Jepun telah mengadakan Perkhidmatan
Sulit Jepun (Tekkikan), Polis Tentera (Kempetei), Anggota Jabatan Penyiasat (Toko) dan polis biasa :

a) Tekkikan 
Perisik tertinggi tentera Jepun yang mempunyai organisasi yang luas dan kompleks. Badan ini
mempunyai hubungan di seluruh dunia. Tugasnya ialah menjalankan propaganda, sabotaj dan
melakukan pembunuhan jika perlu. 

16
b) Toko 
Terdiri daripada pegawai-pegawai tentera Jepun yang menjalankan tugas-tugas perisikan di
seluruh tempat di negeri-negeri Melayu.

c) Kempetei
Merupakan pasukan tentera yang bertindak sebagai perisik-perisik yang menyelidik
masyarakat untuk memastikan sebarang bantahan dan rasa tidak puas hati orang ramai dapat
dibendung dan mereka yang dianggap berbahaya kepada pentadbiran Jepun ditangkap dan
dihukum. Di antara ketiga-tiga unit itu, Kempetei merupakan anggota keselamatan yang
paling dirasai kewujudannya dan ditakuti oleh orang ramai. Pasukan ini terdiri daripada
berbagai kaum tetapi kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Mereka mempunyai
kuasa yang tidak terbatas di dalam menyoal dan menghukum orang ramai yang dikatakan
bersikap anti kerajaan dalam sebarang bentuk perlakuan. Sikap anggota Kempetei bukan
bangsa Jepun ini kadangkala lebih ganas daripada orang Jepun. 

Jepun mengadakan Perkhidmatan Negara (nasional service) iaitu orang lelaki yang
dimestikan memasuki salah satu pasukan tentera iaitu samaada Giyugun, Boetai atau Heihas. Giyugun
ialah unit sukarela tempatan. Keahliannya terdiri daripada orang-orang Melayu. Hanya sebilangan
kecil terdiri daripada bangsa Cina dan India. Tugas pasukan ini ialah untuk menjaga dan
mempertahankan Malaya. Boetai merupakan pasukan yang diguna khas bagi menentang komunis
termasuklah MPAJA. Heihas pula dianggotai oleh orang-orang Melayu dan Indonesia. Tugas mereka
ialah untuk menjaga keamanan di mana-mana yang diperlukan.

4.4 Sistem Kesultanan

Selain itu dasar pemerintahan tentera juga adalah dalam bentuk dasar terhadap Sultan. Bagi mencapai
maksud ini, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu pada mulanya bertujuan meminta Sultan-sultan
menyerahkan hak kedaulatan mereka serta negeri-negeri mereka. Pihak Jepun tidak mahu mengiktiraf
mereka sebagai sultan. Pada bulan September 1942, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu telah
menukar dasarnya dan sedia mengiktiraf taraf Sultan-Sultan di Malaya. Namun demikian, elaun
bulanan mereka dikurangkan.30

Pada ahkir tahun 1942 markas tentera Jepun di Tokyo telah mengarahkan Pemerintahan
Tentera Tanah Melayu supaya lebih berhati-hati tentang sikap dan layanannya terhadap Sultan-sultan.
Pada 20 Januari 1943, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu telah mengadakan persidangan yang

30
http://www.pdfcari.com/BAB-1:-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-NEGARA-KITA.html

17
dihadiri oleh sultan-sultan dari negeri-negeri Melayu dan Sumatera di Singapura dan pihak Jepun
telah mengumumkan dasar barunya terhadap sultan-sultan. Kerajaan Jepun mengiktiraf hak raja-raja
Melayu menggunakan gelaran sultan dan mengesahkan kedudukan mereka sebagai ketua agama
Islam. Elaun mereka hendaklah dibayar sama banyak seperti sebelum perang dan mereka dibenarkan
menyimpan harta. Ketika pentadbiran tentera Jepun, putera sultan tidak dibenarkan memakai bendera
kerana dikhuatiri timbul kesamaran dengan bendera yang dipakai oleh pegawai Jepun. Dalam hal ini,
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pula diingatkan agar tidak menggunakan bendera kuning putih
kerana warna itu dipakai oleh jeneral Jepun. Kemudiannya pentadbiran tentera Jepun memberhentikan
jawatan menteri besar dan memansuhkan Majlis Mesyuarat Negeri. 31 

4.5 Sistem Kehakiman


Jabatan kehakiman juga ditubuhkan dan ada bulan April 1942, telah diadakan Mahkamah Tentera.
Mahkamah tersebut dikendalikan oleh Jeneral Yamashita yang mempunyai bidang kuasa atas hal-
ehwal politik, kehakiman, perbicaraan serta keselamatan negara. Hukuman dijalankan mengikut
undang-undang dan Hukuman Angkatan Tenteranya. Dengan adanya peraturan dan hukuman
tersebut, penduduk di Malaya takut dan masing-masing tidak mahu dibicarakan. Sekiranya tertangkap
kerana melakukan kesalahan dan dibicarakan, mereka tetap dihukum. Akibat daripada hukuman yang
tegas, penduduk-penduduk dikatakan benci dengan cara pemerintahan Jepun.

Dalam pentadbiran tentera Jepun, mahkamah juga mengalami perubahan. Misalnya


mahkamah Terengganu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Mahkamah Koto Hoin atau Mahkamah
Besar, Mahkamah Ciho Hoin atau Mahkamah Jajahan dan Mahkamah Kaikyo Hoin atau Mahkamah
Kadi. Tiap-tiap mahkamah diingatkan supaya meletakkan nama berdasarkan tempat masing-masing.
Misalnya Mahkamah Besar Negeri Terengganu di bawah pentadbiran tentera dan untuk mahkamah
jajahan pula, Gunseibu Terengganu Ciho Hoin. Di dalam tiap-tiap mahkamah hendaklah dinaikkan
bendera Nippon. 

4.0 KESIMPULAN

Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan sebagai zaman yang gelap
dan tidak disukai penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Pemerintah ketika itu dilihat cuba
untuk mengekang keadaan demi mengekalkan kuasa. Dasar-dasar yang dijalankan
menyaksikan lahirnya ketidakpuasaan hati rakyat. Keadaan sosial,ekonomi dan politik Tanah
Melayu berada ditahap sangat buruk dan mencetuskan pelbagai masalah yang akhirnya
31
Ibid.

18
membawa kesan yang kontra kepada masyarakat. Sungguhpun begitu tidak dapat dinafikan
bahawa zaman ini membawa beberapa kebaikan khususnya kebangkitan semangat
nasionalisme rakyat tempatan. Namun begitu, kesan negatif merupakan kesan yang terbesar
dimana kekejaman Jepun semasa penjajahannya masih diingati dan disebut hingga ke hari ini.

BIBLIOGRAFI

Buku

Abu Talib Ahmad. 1988.  Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan
Pelajar 1986-1987. Penang: U.S.M.

19
Abdul Halim Saad (et. all). 1991.  Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara Malaysia.

Ghazali Mayudin. 1978.  Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 . Selangor: UKM.

Kritioska, Paul H. dan Abu Talib Ahmad. 1988. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :
Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Siti Zawiyah Zakaria. 1996.  Zaman Pendudukan Jepun. Petaling Jaya: Penerbit Setia
Emas.

Wan Noraini Wan Ahmad. 1986.  Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di
Kelantan : kesan ke atas masyarakat Melayu. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Internet
http://openlibrary.org/books/OL1386549M/Pendudukan_Jepun_di_Tanah_Melayu_1942-
1945
http://2.bp.blogspot.com/_cV6zxjkvNsY/SXgLRUwuL_I/AAAAAAAAAH8/SCnfdRTe8-
g/s1600-h/IMG_0039a.jpg
http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm

http://perangjepun.blogspot.com/

http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=47396&p=3&topicID=34535560&page=1,

http://sallehderan.blogspot.com/

http://sjkckhuenhean.blogspot.com/2010/01/sejarah-sekolah.html

http://broraysflying.blogspot.com/2010/02/pendudukan-jepun-di-tanah-melayu.html
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760582/1/
http://www.pdfcari.com/BAB-1:-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-NEGARA-KITA.html
http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:W5GZ8OOS6WkJ:arts.anu.edu.au/suara/callinicos3.rtf+definisi+imperialisme&cd=
2&hl=en&ct=clnk&gl=my&source=www.google.com.my

20
http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf

21

Anda mungkin juga menyukai