Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
5. Cerpen “Melankoli di atas Rumput” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu mengetengahkan
unsur-unsur keagamaan sebagai pedoman dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim yang diredhai
Allah. Berdasarkan pernyataan ini;
(a) Huraikan unsur-unsur keagamaan yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan anda . [9]
(MARGA MUDA sedang duduk di bangku. Masuk MISA SAGARAGA dengan pembantunya diikuti oleh
pengikut-pengikut yang lain. ANAS SAMANDA berselisih dengan mereka. Dia memandang dengan
jelek).
ANAS SAMANDA: Lihat keangkuhan mereka! Kau sendiri lihat keangkuhan mereka.
MARGA MUDA : Banyak orang, aku salah seorang daripada mereka, lebih suka melihat daripada
campur tangan.
ANAS SAMANDA: Kau tahu apa yang baru mereka lakukan? Mereka datang ke rumah bapaku!
Mereka mahu menghalau bapaku dari rumah yang sudah didiaminya lebih 50
tahun!
MARGA MUDA : Kalau itu ganjaran yang disetujui. Adat berniaga, ada tawar menawar.
ANAS SAMANDA: Ini soal maruah, soal harga diri. Tanah itu nyawa kami, urat nadi ayahku,
1
SULIT*
(a) Huraikan tiga mesej yang terdapat dalam petikan di atas. [9]
(b) Berdasarkan drama “Asiah Samiah” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu huraikan empat
kepincangan hidup masyarakat. [16]
5.Cerpen “Melankoli di atas Rumput” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu mengetengahkan
unsur-unsur keagamaan sebagai pedoman dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim yang diredhai
Allah. Berdasarkan pernyataan ini;
(a) Huraikan unsur-unsur keagamaan yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan anda [9]
(b) Jelaskan nilai-nilai negatif yang meruntuhkan moral masyarakat. [16]
Skema Permarkahan
(a) Unsur keagamaan
1. Gambaran alam kubur (m/s 138 dan 139)
Bagi orang-orang yang tidak beriman digambarkan berada dalam sangat gelap, tiada
tingkap,tiada pelita, sempit, menghimpit menindih, tiada selimut, seorang diri. Manakala bagi
mereka yang beriman digambarkan berada dalam keadaan lapang, diterangi cahaya terang
benderang dan selesa.
P Rebut peluang untuk menjadi orang yang beriman iaitu melaksanakan suruhan Allah dan
meninggalkan laranganNya
2. Nama syurga
Firdaus,Naim,Adan,khuldi, Maqwa, Dares –Salam dan Darul Jalal (m/s 139 dan 140)
Banyak kelebihan yang Allah berikan kepada yang dimasukkan ke dalam syurga .
P Memohon doa agar ditempatkan ke dalam syurga Allah di akhirat nanti
5. Beriman
Menunaikan solat Subuh dan solat sunat iaitu , sunat Isyraq, Duha (m/s 148)
Membaca Al-Quran....penulis baca ayat dalam Surah al Fajr (m/s 1420, Surah al Isra (m/s
148)
P Mentaati perintah Allah
2
SULIT*
6. Bertanggungjawab
Tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak sehingga berjaya (m/s 144)
P Memberi didikan dunia dan akhirat
7. Simpati/pemurah/baik hati
Membeli katil kayu jati 150 000 Rp daripada tuan punya kedai perabut di Jakarta tanpa menawar
harga kerana simpati dan menyedekahkan 10 000 Rp kepada anak tuan punya perabut. (m/s 146)
P Menyemai sikap berperikemanusiaan
8. Bersyukur
Melahirkan rasa terima kasih dengan anugerah yang telah Allah berikan dalam kehidupan
(m/s 149)
P Sentiasa redha dan bersyukur dengan nikmat dan pemberian Allah
Pilih 3 isi
isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh)
3 isi = 3 x 3 =9 markah
1. Mementingkan dunia/kebendaan
Terpaksa menggadaikan maruah dan mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan sehingga
sanggup melakukan apa sahaja untuk kebendaan/keduniaan (m/s 142)
3. Melakukan zina
Berzina merupakan satu dosa besar yang dapat meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan
maruah serta harga diri dipandang rendah dalam masyarakat.
5. Perbuatan memftnah
Perbuatan suka memfitnah akan mengucar-kacirkan masyarakat, menimbulkan salah sangka,
mewujudkan sengketa , perpecahan masyarakat, hubungan renggang dan sebagainya
Pilih 4 isi
isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh)
4 isi = 4 x 4 =10 markah
Pembahagian markah
Bahagian a = 09 markah
Bahagian b = 16 markah
===========
Jumlah 25 markah
===========-
3
SULIT*
(MARGA MUDA sedang duduk di bangku. Masuk MISA SAGARAGA dengan pembantunya diikuti oleh
pengikut-pengikut yang lain. ANAS SAMANDA berselisih dengan mereka. Dia memandang dengan
jelek).
ANAS SAMANDA: Lihat keangkuhan mereka! Kau sendiri lihat keangkuhan mereka.
MARGA MUDA: Banyak orang, aku salah seorang daripada mereka, lebih suka melihat daripada
campur tangan.
ANAS SAMANDA: Kau tahu apa yang baru mereka lakukan? Mereka datang kerumah bapaku!
Mereka mahu menghalau bapaku dari rumah yang sudah didiaminya lebih 50 tahun!
MARGA MUDA: Kalau itu ganjaran yang disetujui. Adat berniaga, ada tawar menawar.
4
SULIT*
ANAS SAMANDA: Ini soal maruah, soal harga diri. Tanah itu nyawa kami, urat nadi ayahku, harga
diri keluarga kami.
(a) Huraikan tiga mesej yang terdapat dalam petikan di atas. [9]
(b) Berdasarkan drama “Asiah Samiah” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu huraikan empat
kepincangan hidup masyarakat. [16]
Skema jawapan:
Bagi Anas Samanda ,Misa Sagaraga adalah seorang tokoh yang angkuh dengan kekayaan,
pengaruh dan kuasa yang ada padanya.
2 Pengaruh dan kekuasaan yang disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri.
Misa Sagaraga merupakan seorang yang amat berpengaruh dan berkuasa, sebaliknya menyalah
guna pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan dirinya. Dengan pengaruh dan
kuasa yang ada padanya hak Anas Samanda dan Asiah Samiah dinafikan.
3 Sikap sesetengah orang yang tidak mahu mencampuri usuran orang lain.
Sikap Marga Muda yang tidak mahu terlibat dengan sengketa antara Anas Samanda dengan Misa
Sagaraga kerana tidak mahu peristiwa lama yang menghantuinya berulang lagi. Marga Muda
terkenang peristiwa ayahnya yang dihalau dan dipenjarakan lantaran perjuangan ayahnya untuk
menuntut haknya. Akhirnya yang menjadi mangsa perjuangan ayahnya ialah dirinya serta
adik-adiknya.
Wang ringgit boleh membeli segala-galanya hatta maruah sekalipun. Manusia akan menjadi
buta mata dan hati apabila berdepan dengan wang ringgit.
Maruah dan harga diri tidak harus dipermain dan diperkotak katikkan oleh orang lain.
Perjuangan untuk mempertahankan maruh dan harga diri tidak harus luntur walaupun dibayar
dengan wang ringgit. Begitulah sikap perjuangan Anas Samanda, maruah dan harga diri harus
dipertahankan dengan apa cara sekali pun.
6 Kepentingan tanah
Tanah merupakan harta yang paling berharga bagi sesetengah individu, kerana tanpa tanah
seseorang itu boleh merempat di laman sendiri. Ayah Marga Muda dan Anas Samanda berjuang
5
SULIT*
untuk mempertahankan haknya ke atas tanah yang didudukinya. Perjuangan ayah Marga
Muda ke atas tanah yang didudukinya selama 50 tahun menuntut pengorbanan yang tidak
sedikit.Ayah Marga Muda dipenjara manakala keluarganya hidup merempat. Bagi Anas Samanda
pula, tanah merupakan nyawanya sekeluarga, urat nadi ayahnya dan harga diri keluarganya.
Pilih 3 isi sahaja. 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian/ contoh)3 isi X 3 m= 9 markah
Sikap angkuh merupakan satu sikap yang boleh merosakkan keharmonian hidup masyarakat.
Lantaran sebagai seorang anggota masyarakat, sikap angkuh seharusnya tidak bertapak dalam diri
kita.Contohnya Misa Sagaraga adalah seorang tokoh yang angkuh dengan kekayaan, pengaruh dan
kuasa yang ada padanya.Sikap ini membawa penderitaan kepada Marga Tua Asiah Samiah
dan Anas Samanda. Sikap ini jelas sekali boleh dijadikan panduan kepada saya untuk berdepan
dengan anggota masyarakat.
Pengaruh dan kuasa yang kita miliki adalah untuk membentuk institusi keluarga dan masyarakat
yang harmoni, saling sayang menyangi, bertoleransi dan hormat akan hak orang lain.Jika kita
menyalah guna pengaruh dan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, maka institusi keluarga
dan masyarakat yang kita bina akan hancur dan musnah.Contohnya Misa Sagaraga.
4 Mementingkan kekayaan/wang
Wang ringgit boleh membeli segala-galanya hatta maruah sekalipun. Manusia akan menjadi buta
mata dan hati apabila berdepan dengan wang ringgit. Dengan wang ringgitlah Misa Sagaraga
mendapat pengaruh dan kedudukan dalam masayarakat. Dengan kekayaannya dia dapat
memiliki Asiah Samiah, dan seterusnya memusnahkan cinta Anas Samanda dan seluruh
kehidupannya. Sikap ini membawa keburukan dan kemusnahan hidup. Lantaran itu ianya boleh
dijadikan panduan kepada saya.
Sikap membazir dan mangaggung-aggungkan produk luar negara merupakan satu sikap yang tidak
bermaruah dan tiada harga diri. Misa Sagaraga misalnya, suka memakai pakaian luar negara
seperti jaket Brioni, tie Steffano, kasut Bruno Magli dan lain-lain jenama dari luar negara adalah
6
SULIT*
dianggap tidak mempunyai harga diri. Sikap ini harus dipinggirkan dari diri kita dan ianya
akan saya jadikan panduan dalam hidup saya.
Sikap mementingkan diri sendiri boleh menusnahkan hidup diri sendiri dan orang lain. Sikap Tuan
Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin yang mementingkan dirinya sendiri telah memusnahkan
hidup anak dan cucunya sendiri. Asiah Samiah menjadi gila dan Laila Anurisah menderita
dibuang oleh Misa Sagaraga. Sikap yang ditunjukkan oleh Tuan Setiawan Tanjung dan
Puan Suari Alimin akan saya jadikan panduan dalam hidup saya kelak.
Pilih 4 isi sahaja 1 isi 4 markah ( 1 markah fakta, 3 markah hur/ perbincangan)4 isi X 4 m= 16 markah