Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Segala puji pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw dan
keluarga serta para sahabat baginda sekalian..

Kami mefara’kan rasa syukur kepada Mu ya Allah, kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dalam majlis yang mulia dan bersejarah ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon rahmat dan
hidayah dari sisiMu, semoga dengan rahmat itu, engkau limpahkanlah hidayah dan petunjuk kepada
kami, engkau satukanlah pemikiran kami, engkau perkukuhkan perpaduan kami, engkau perbaikilah
urusan agama dan dunia kami. Mudah mudahan segala usaha yang kami rancang ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan memberikan impak yang berkesan dalam membentuk generasi
yang berguna pada masa hadapan.

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum..

Ya Allah Ya Farijal hammi wa kasyifal ghammi..

Berkatilah segala usaha kami ini..Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak anak didik kami.
Jauhilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran.

Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh, mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran semasa
dan dalam mengharungi pancaroba hidup di alaf baru.

Anda mungkin juga menyukai