Anda di halaman 1dari 4

Laporan Minggu Transisi Dan Guru Penyayang Tahun 2020

1.Nama sekolah : SJK(T) Ldg Coalfields

2.Kod sekolah : BBD 3055

3.Tarikh : 02 - 17.01.2020 (3 Minggu)

4.Jumlah murid tahun 1 : 19 Orang murid

5.Jumlah guru tahun 1 : 5 orang guru

6.Pengenalan :

Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang telah dirangka untuk membantu
murid-murid menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak
formal samada di rumah atau di prasekolah kepada pendidikan secara formal di Tahun
Satu di sekolah. Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu kanak-
kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi, persekitaran dan
pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran
secara formal.

7.Kekuatan pelaksanaan program:

Program Transisi dan Guru Penyayang ( PTGP ) Tahun 1 telah diadakan selama tiga
minggu berturut. Bermula pada 02 Januari hingga 17 Januari 2020.Program Transisi ini
telah berjalan dengan lancar kerana adanya komitmen dan kerjasama dari semua pihak
baik dari pihak pentadbir, guru-guru. Segala aktiviti yang telah dirancangkan dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Secara keseluruhannya, semua guru-guru yang mengajar
Tahun Satu telah didedahkan dengan kurikulum baru . Semua murid yang masuk ke
Tahun Satu bagi sesi 2020 telah bersedia untuk mendapat pendidikan di peringkat
prasekolah sebelum ini. Oleh yang demikian, murid-murid ini mudah menerima dan
memahami segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program transisi dan tidak ada
seorang pun murid meragam atau dijaga oleh ibu bapa mereka sepanjang sesi
persekolahan berlangsung. Mereka juga memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada
guru-guru yang mengajar
8. Kelemahan / Isu / Masalah pelaksanaan program

Sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang ini dijalankan tidak ada sebarang masalah
yang timbul kerana semua pihak telah berkerjasama. Baik di pihak pentadbir dan guru-guru
saling berbincang dari masa ke semasa untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang
dapat dilaksanakan. Cuma terdapat masalah teknikal di mana ada slot yang tidak dijalankan
dan digantikan dengan aktiviti lain.

9. Cadangan Penambahbaikan

Program Orentasi Tahun 1 ini dapat diperbaiki lagi untuk tahun hadapan dengan
menambahkan slot yang lebih menarik. Program Transisi dan Guru Penyayang ini patut
diteruskan kerana program ini dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan alam
persekolahan. Bagi pihak guru pula, melalui program ini dapat mengenal pasti tahap atau aras
setiap murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran.

10. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang yang berlangsung
selama tiga minggu tidak ada sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak guru mahupun
murid-murid. Kejayaan perlaksanaan program ini kerana ada kerjasama dari pihak ibu bapa
murid-murid dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru untuk membimbing
anak-anak mereka menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Program Transisi ini juga
banyak membantu murid-murid untuk mengetahui keadaan sekitar sekolah, suasana
pembelajaran dalam kelas. Matlamat dan objektif program ini tercapai dengan jayanya seperti
dirancang dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Guru-guru Tahun 1.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

………………………
Pn.V.Puvanesvari
Penyelaras Tahun
LAMPIRAN

Aktiviti – aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu Transisi dan Guru Penyayang

Anda mungkin juga menyukai