Anda di halaman 1dari 4

Penganalisis jenayah minta gadis selidik dulu tawaran pekerjaan atau disuruh bawa barang oleh orang tidak

dikenali

BERDASARKAN statistik polis, pada tahun ini saja, sebanyak 30 kes membabitkan wanita Malaysia di tahan di
luar negara kerana menyeludup masuk dadah ke negara lain. Kes sama membabitkan rakyat Malaysia Umi Azlim
Mohamad Lazim, 24 dan Raja Munirah Raja Iskandar, 22.

Terbaru Jumaat lepas akhbar ini melaporkan Irene Manggi, 22 tahun ditahan polis Sao Paolo, Brazil kerana
membawa kokain. Rakan mangsa yang didakwa `menjual' Tahun Melawat Malaysia dengan menawarkan Irene
untuk menjadi pemandu pelancong. Irene di bawa ke luar negara dan hanya menyedari diperangkap sindiket
pengedaran dadah antarabangsa selepas di tahan membawa bungkusan dadah.

Ketiga-tiga mangsa itu dikatakan terpedaya akibat helah sindiket yang mempergunakan mereka sebagai perantara
atau pembawa bahan terlarang untuk masuk atau keluar ke sesebuah negara. Tidak kira rakyat tempatan atau orang
asing, asal saja berpaksikan bahan terlarang, sudah pasti yang terperangkap menjadi mangsa.

Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim, berkata hakikatnya sindiket mempergunakan manusia sebagai
mangsa, wujud dalam organisasi sendiri atau antarabangsa dan ia bukanlah sesuatu yang asing pada peringkat
antarabangsa.

Katanya, sindiket mempergunakan kenalan, pelajar kolej dan university, orang tidak upaya, gadis, ibu
tunggal dan kanak-kanak, yang mana mereka digunakan bagi membawa keluar atau membawa masuk
bahan terlarang khususnya dadah ke mana-mana negara bermula sejak manusia mengenali dadah.

“Kalau di rantau kita ia bermula sekitar 1950 iaitu selepas Perang Vietnam, membawa ke kawasan segi tiga emas di
situ. Bermula dari situlah sindiket itu memikirkan bagaimana cara untuk menjual atau memasarkan bahan terlarang
berkenaan.

“Dalam terminologi antarabangsa, mereka yang memasarkan digelar keldai dan dalam terminologi undang-undang
mereka dikenali sebagai pembawa. Membabitkan keadaan sekarang ini, dan satu perkara yang pasti, membawa
dadah adalah satu kesalahan serta mana-mana negara dan orang yang didapati bersalah, akan tertakluk pada undang-
undang negara berkenaan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau mengulas mengenai sindiket dadah yang dikatakan memperalatkan wanita, antaranya kes Umi Azlim dan
Raja Munirah yang menjadi perhatian banyak pihak. Umi Azlim dijatuhi hukuman mati kerana menyeludup dadah
ke China. Beliau ditahan di China pada Januari lalu atas tuduhan membawa masuk heroin seberat 2,983 gram ke
negara itu dan dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu.

Raja Munirah pula ditahan di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo juga atas tuduhan menyeludup dadah. Mahkamah
Tinggi Tokyo bagaimanapun mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara tujuh tahun tiga bulan
dikenakan atas kesalahan cuba membawa masuk 690 gram syabu di Lapangan Terbang Narita di Tokyo tahun lalu.

Sementara itu kedutaan Malaysia di Sao Paolo memaklumkan Irene dibicarakan November lalu, dan kini sedang
menunggu keputusan hukuman.

Kamal berkata, yang menjadi masalah kepada kes seperti itu ialah apabila masyarakat dilingkari
perasaan simpati kepada mangsa yang tertangkap. Secara peribadi, beliau juga mengakui
bersimpati kepada ibu bapa wanita itu, tetapi secara realitinya masyarakat tidak boleh melihat
mereka sebagai mangsa.
“Kita perlu menghormati keputusan setiap negara walaupun kita memiliki perasaan kasihan khususnya melihatkan
keadaan ibu bapa mereka yang kesedihan, tetapi dari segi mangsa, sekiranya mereka kasihan kepada ibu bapa
mereka, sudah tentu mereka tidak melakukan perkara berkenaan.

“Realitinya mana-mana mangsa tidak boleh dibantu kecuali berhubung dengan Wisma Putra. Mengeluarkan mangsa
daripada tahanan adalah sesuatu yang tidak wujud. Kita perlu tahu perundangan setiap negara berbeza. Undang-
undang juga berbeza antara satu sama lain. Ada yang lebih tegas yang mana bukti digital tidak diterima sebagai
bahan bukti. Di Jepun misalnya pengakuan bersalah adalah bersalah,” katanya.

Kamal berkata, sebagai pengajaran individu mungkin boleh mengelak ia daripada berlaku dengan menanamkan
perasaan syak bila diarahkan membawa sesuatu khususnya ke luar negara, walaupun atas apa alasan termasuk
kenalan rapat, pekerjaan, perasaan cinta, percaya dan sebagainya, seperti kata pepatah, jerat tidak pernah mengenal
mangsa, ada kebenarannya.

“Mangsa selalunya tidak mengenal jerat walaupun hakikatnya jerat itu terlalu licik. Perkara sebegini boleh berlaku
kepada sesiapa saja dan di mana saja kerana sindiket ini boleh `menjerat' menerusi rakan sosial, internet, kenalan
rapat ataupun langsung tidak mengenali mangsa. Perlu kita sedari bahawa, sikap berhati-hati saja tidak boleh
mengubah apa-apa, kerana seseorang itu mungkin sudah kabur dengan janji ditaburkan oleh kenalannya
itu.

“Selidik tawaran kerja terlebih dulu dan apa yang pasti individu yang disuruh membawa sesuatu, terutama
melepasi pemeriksaan Kastam kita perlu syak dan usah melakukan perkara berkenaan. Sekiranya individu
berkenaan tahu akan membawa sesuatu ke sesuatu destinasi oleh orang yang dikenali, perlu menyiasat terlebih
dulu barangan yang dibawa. Sekiranya tiba di lapangan terbang pula usah sesuka hati menolong rakan mengambil
begnya. Kita perlu ada perasaan curiga mengelakkan berlaku sesuatu yang buruk melanda,” katanya
yang menyatakan penyiasatan boleh dilakukan dengan membuat aduan kepada Rakan Cop.

Menerusi pengalamannya antara barangan larangan dibawa masuk menerusi kompartmen sulit dalam beg berkenaan.
Sebagai contoh sekiranya beg berkenaan setebal 10 sentimeter, tetapi boleh dimuatkan hanya kedalaman lima
sentimeter, sudah pasti ada sesuatu disorokkan dalam beg berkenaan.

“Brief case, beg sukan, dan beg pakaian antara beg yang digunakan `melindungi' bahan terlarang dalam bahagian
tertentu seperti bahagian dasar dan sisinya. Sementara beg galas yang berkeadaan tebal dan menganjal apabila
ditekan (seperti span) menunjukkan ada sesuatu yang disorokkan.

“Mungkin juga ada yang ditipu menyatakan herba, tetapi suka saya menyarankan supaya kita jangan bodoh
sombong, kerana banyak pameran yang dijalankan oleh pihak kerajaan mengenai kenali dadah dan bahan terlarang,
ambil tahu untuk mengenal dan elak diri daripada menjadi mangsa sindiket seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, budi bahasa rakyat negara ini kadangkala boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa dan
realiti itu perlu kita sedari supaya ramai yang akan lebih berhati-hati.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju dengan saranan untuk menyediakan dana semata-mata membantu mangsa
seperti ini kerana ia adalah satu kesilapan besar.

Katanya, ia bukan saja tidak relevan sebaliknya satu pembaziran kepada duit rakyat dan paling penting sekiranya
kita tidak menggemari negara lain mencampuri perundangan negara, kita juga perlu menghormati perundangan
negara lain dengan tidak mencampurinya.

Katanya, berwaspada dan jangan mudah terpedaya adalah senjata utama, apatah lagi sindiket antarabangsa
ini, akan terus mencari mangsa seterusnya.
“Ia tidak akan berhenti sebaliknya akan berterusan dan mungkin menggunakan taktik yang berlainan seperti
memperalatkan golongan veteran, menerusi pakej percutian secara percuma, orang kurang upaya atau remaja dan
sebagainya, kerana bagi mereka yang penting adalah pengedaran dadah itu, dan bukannya nyawa orang yang
terbabit.

“Saya menyarankan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat laporkan kepada pihak berwajib.
Ia bukan saja dapat membantu mengehadkan aktiviti yang mungkin mereka sedang jalankan, tetapi juga membantu
mendapatkan maklumat yang sewajarnya.

“Pada masa sama pihak berwajib perlu menjalankan penguat kuasaan lebih kerap yang dijalankan secara
efektif, pada masa sama menyaring kemasukan warga asing,” katanya.

Populariti laman sosial Facebook di Malaysia, dikesan telah disalah gunakan oleh sindiket dadah antarabangsa
untuk mencari gadis-gadis tempatan bagi direkrut sebagai keldai dadah ke luar negara. Melalui laman sosial ini,
sindiket menggunakan ahli-ahli di kalangan lelaki tempatan akan mencari kenalan wanita dan memikat mereka
sehingga jatuh cinta. Wanita tempatan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, golongan
profesional dan ada juga di kalangan janda akan dilayan dengan baik sekali sepanjang tempoh bercinta apabila
diberikan hadiah barang-barang mewah serta dibawa melancong ke luar...

Orang ramai di Kedah dilaporkan masih tertipu dengan penipuan melalui internet yang dilakukan sindiket rakyat
asing.

terpengaruh dengan iklan di internet yang menawarkan jawatan dengan bayaran lumayan hanya untuk
penghantaran barangan.

menjanjikan pelbagai tawaran menarik seperti mendapatkan pekerjaan di luar negara dengan gaji lumayan
selain bersedia menjadi kekasih mereka.

 Hubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 sekiranya anda tahu ada sebarang aktiviti mencurigakan.

 Dapatkan maklumat terperinci sekiranya ditawarkan pekerjaan di luar negara kerana ia mungkin
bertopengkan sindiket.

 Rakan laman sembang, sosial dan teman rapat sendiri mungkin boleh menjadikan anda mangsa.
Oleh itu berhati-hati sekiranya diminta membawa sesuatu ke mana-mana lokasi.

 Jangan berbaik hati menawarkan khidmat pertolongan membawa bungkusan atau beg di mana-
mana lokasi sama ada kaunter kastam dan sebagainya kerana ia mungkin satu perangkap. Anda
perlu sentiasa beringat pepatah `perangkap tidak pernah mengenal mangsa' dan ia mungkin boleh
berlaku kepada sesiapa saja.

Itu adalah antara puluhan kes rakyat Malaysia yang terjebak dengan kegiatan berkenaan dan sepatutnya ia
menjadi teladan kepada semua masyarakat terutama remaja supaya tidak terjerumus dengan perangkap
seumpama itu kerana tidak ada jalan lain boleh dilakukan untuk membantu mereka kecuali mendapatkan khidmat
peguam untuk perbicaraan di mahkamah.

Mengikut rekod polis, pelajar kolej dan universiti menjadi sasaran pihak tertentu untuk dijadikan pengedar dadah
ke destinasi tertentu. Pelbagai taktik dipasang sebagai umpan bagi menarik pelajar itu, khususnya wanita.
Difahamkan ada sindiket dadah antarabangsa ini yang memasuki negara ini menggunakan visa pelancong
mengambil kesempatan mengumpan wanita menjadi pengedar dadah, menjanjikan pelbagai tawaran menarik
seperti mendapatkan pekerjaan di luar negara dengan gaji lumayan selain bersedia menjadi kekasih mereka.

Dengan perwatakan kacak dan gaya menawan sudah pasti gadis tempatan itu mudah terpedaya serta bersedia
untuk mengikut apa saja kemahuannya, tanpa mengetahui motif sebenar.

Kegiatan pengedaran dadah menggunakan wanita juga berlaku bukan saja di Malaysia, malah di luar negara dan
menjadi isu global. Berdasarkan perangkaan Polis India (New Delhi), seramai 97 wanita dikesan mengedar dadah di
negara itu pada 2006 berbanding 84 pada tahun sebelumnya. Ternyata, penggunaan wanita sebagai pengedar
dadah tidak kira di dalam atau luar negara adalah isu yang semakin serius.

Aktiviti pengedaran dadah berlaku seusia dengan sejarah kewujudan dadah itu sendiri. Wujud andaian, kononnya
wanita jarang menimbulkan syak wasangka di kalangan polis dan biasanya golongan itu bukan sasaran utama
mereka untuk ditangkap atas kegiatan jenayah. Selain itu, acap kali wanita jarang mempunyai rekod jenayah untuk
menyeludup dadah. Namun, andaian itu tidak tepat lagi. Di mana-mana juga di pelosok dunia ini, sama ada
menghisap, memproses, mengedar atau menyeludup dadah adalah kegiatan yang salah di sisi undang-undang. Di
kebanyakan negara, mereka yang sabit dengan kegiatan mengedar dadah boleh dipenjara.

Anda mungkin juga menyukai