Berdasarkan artikel yang diberi,terdapat beberapa peranan akidah
ketuhanan yang boleh dikaitkan dalam pembentukan
keperibadian.Antaranya,mengukuhkan keimanan terhadap tuhan.Akidah yang tersemat kukuh dalam hati seseorang individu dapat mengukuhkan keimanan terhadap tuhan.Melalui kepercayaan kepada tuhan,seseorang itu akan sentiasa hidup subur dalam hatinya mahupun di kehidupan luar.Hal ini kerana,individu tersebut sentiasa menyakini bahawa setiap perlakuannya dalam pemerhatian Allah.Oleh yang sedemikian,hidupan seseorang itu akan sentiasa terarah kepada kebaikan dan dalam masa yang sama akan menghindarkan diri daripada sebarang perbuatan yang bercanggah dengan ajaran tuhan.Melalui amalan akidah kepada tuhan ini,manusia akan lebih disiplin dalam mematuhi undang- undang dan lebih peka terhadap penguatkuasaan PDRM semasa musim Covid- 19.Hal ini supaya dapat menjaga keselamatan diri masing-masing daripada jangkitan ini terus merebak secara meleluas.
Selain itu,peranan akidah ketuhanan juga adalah mewujudkan perasaan
redha dalam diri manusia.Redha bermaksud menerima dengan hati yang lapang dan berbuka tanpa ada rasa tidak puas hati terhadap apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita.Perasaan redha bukan mudah dapat diemai dalam hati melainkan jika kita memiliki akidah yang kukuh kepada allah.Perasaan redha akan lahir apabila kita manusia meyakini bahawa setiap yang terjadi dalam hidup kita adalah ketetapn Allah dan di sebalik kejadian itu ada hikmat tersendirinya.Melalui peranan ini,manusia akan lebih memahami situasi MCO(Movement Control Order) ketika musim Covid-19 ini adalah untuk memastikan perjarakan sosial ataupun dikenali sebagai "social distancing" antara orang ramai.Masyarakat akan redha dan belajar hidup kesederhanaan dengan keluar membeli barang jika perlu sahaja Seterusnya,peranan lain adalah akidah ketuhanan dapat melahirkan ketenangan jiwa.Akidah mampu menundukkan seluruh pemikiran manusia dengan ketuduhan yang memuaskan akal,menepati fitrah insaniah kerana itu dapat mententeramkan hati manusia.Akidah Islam mengakui bahawa manusia memiliki Pencipta Yang Maha Bijaksana Lagi kuasa yang tidak dapat dicapai dengan indra dan tidak biasa disamakan dengan manusia.Dengan ini,mereka akan terdorong untuk mempelajari hukum-hukum tersebut dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka.Hal ini sedemikian kerana,masyarakat boleh membawa diri tenang walaupun duduk rumah akibat kuarantin.Mereka akan sabar dan tenang mengikut Undang-undang dan penguatkuasaan yang ditetapkan oleh PDRM dan KDNKA bagi keselamataan rakyat terjamin. Berikut adalah rumusan bagi peranan akidah ketuhanan dalam pembentukan keperibadian yang boleh dikaitakan dengan artikel.