Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan artikel yang diberi,terdapat beberapa peranan akidah

ketuhanan yang boleh dikaitkan dalam pembentukan


keperibadian.Antaranya,mengukuhkan keimanan terhadap tuhan.Akidah yang
tersemat kukuh dalam hati seseorang individu dapat mengukuhkan keimanan
terhadap tuhan.Melalui kepercayaan kepada tuhan,seseorang itu akan sentiasa
hidup subur dalam hatinya mahupun di kehidupan luar.Hal ini kerana,individu
tersebut sentiasa menyakini bahawa setiap perlakuannya dalam pemerhatian
Allah.Oleh yang sedemikian,hidupan seseorang itu akan sentiasa terarah kepada
kebaikan dan dalam masa yang sama akan menghindarkan diri daripada
sebarang perbuatan yang bercanggah dengan ajaran tuhan.Melalui amalan
akidah kepada tuhan ini,manusia akan lebih disiplin dalam mematuhi undang-
undang dan lebih peka terhadap penguatkuasaan PDRM semasa musim Covid-
19.Hal ini supaya dapat menjaga keselamatan diri masing-masing daripada
jangkitan ini terus merebak secara meleluas.

Selain itu,peranan akidah ketuhanan juga adalah mewujudkan perasaan


redha dalam diri manusia.Redha bermaksud menerima dengan hati yang lapang
dan berbuka tanpa ada rasa tidak puas hati terhadap apa sahaja yang berlaku
dalam kehidupan kita.Perasaan redha bukan mudah dapat diemai dalam hati
melainkan jika kita memiliki akidah yang kukuh kepada allah.Perasaan redha
akan lahir apabila kita manusia meyakini bahawa setiap yang terjadi dalam
hidup kita adalah ketetapn Allah dan di sebalik kejadian itu ada hikmat
tersendirinya.Melalui peranan ini,manusia akan lebih memahami situasi
MCO(Movement Control Order) ketika musim Covid-19 ini adalah untuk
memastikan perjarakan sosial ataupun dikenali sebagai "social distancing"
antara orang ramai.Masyarakat akan redha dan belajar hidup kesederhanaan
dengan keluar membeli barang jika perlu sahaja
Seterusnya,peranan lain adalah akidah ketuhanan dapat melahirkan
ketenangan jiwa.Akidah mampu menundukkan seluruh pemikiran manusia
dengan ketuduhan yang memuaskan akal,menepati fitrah insaniah kerana itu
dapat mententeramkan hati manusia.Akidah Islam mengakui bahawa manusia
memiliki Pencipta Yang Maha Bijaksana Lagi kuasa yang tidak dapat dicapai
dengan indra dan tidak biasa disamakan dengan manusia.Dengan ini,mereka
akan terdorong untuk mempelajari hukum-hukum tersebut dan
mengamalkannya dalam kehidupan mereka.Hal ini sedemikian
kerana,masyarakat boleh membawa diri tenang walaupun duduk rumah akibat
kuarantin.Mereka akan sabar dan tenang mengikut Undang-undang dan
penguatkuasaan yang ditetapkan oleh PDRM dan KDNKA bagi keselamataan
rakyat terjamin. Berikut adalah rumusan bagi peranan akidah ketuhanan dalam
pembentukan keperibadian yang boleh dikaitakan dengan artikel.

Anda mungkin juga menyukai