Anda di halaman 1dari 1

Isu pendemik Covid-19 menyebabkan penutupan sekolah memberi cabaran baharu kepada warga

pendidik untuk memastikan pelajar mereka terus dapat belajar. Pembelajaran dalam talian yang
diamalkan terbukti cukup membantu guru dan pensyarah selain aplikasi zoom bagi membolehkan
interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan. Semuanya ini untuk memastikan
pembelajaran pelajar tetap lancar walaupun mereka tidak berada di dalam kelas. Terdapat beberapa
kelebihan pembelajaran dan pengajaran (PnP) dalam talian.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelebihan pendidikan maya paling utama ialah
penyampaian ilmu cepat dan mudah. Hal ini demikian kerana mendapat maklumat berada dihujung
jari. Contohnya menggunakan aplikasi google meet, google classroom dan sebagainya. kita
hendaklah menuntut ilmu walau apa keadaan sekali pun.

Seterusnya, kita boleh memanfaatkan penggunaan e-buku. Hal ini kerana e-buku ini bukan
sekadar mudah digunakan tetapi juga menjimatkan kos. Misalnya, kita juga boleh menggunakannya
melalui peranti seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya. Kita dapat menmanfaat dari
penggunaan e-buku.

Selain itu, kita bolehlah menjimatkan kos pembelajaran. Hal ini demikian kerana segala urusan
pembelajaran dapat dilakukan daripada keselesaan rumah sendiri. Contohnya kita tidak perlu
mungguna kertas untuk menyalin kerja yang diberi oleh guru. Oleh hal demikian, kita dapat
menjimat pelbagai kos dengan penggunaan pembelajaran secara maya.

Akhir sekali, kita boleh menggunakan masa dengan cermat. Hal ini kerana, kita dapat
menggunakan masa lapang untuk belajar. Contohnya, membahagikan masa untuk belajar ketika
waktu lapang, menggunakan aplikasi secara maya dan sebagainya. Oleh demikian, kita tidak
membazirkan masa lapang untuk perkara-perkara yang negatif.

Kesimpulannya, kita hendaklah memanfaatkan kelebihan pembelajaran dan pengajaran (PnP)


dalam talian. Hal demikian kerana ia memberi kesan yang positif kepada kita. Kita hendaklah belajar
bersungguh-sungguh walau apa keadaan sekalipun. Peribahasa mengatakan ‘belakang parang kalau
diasah lagikan tajam’.

Anda mungkin juga menyukai