Anda di halaman 1dari 1

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬

ْ ‫ِب‬
‫س ْولِنَا األ ِميْنَ َو َعلَى‬
ُ ‫سالَ ُم َعلَى َر‬َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوال‬، ُ‫ـحات‬ َ ِ‫صال‬ َّ ‫ي بِنِ ْع َمتِ ِه تَتِ ّم ُال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ ال ِذ‬
. َ‫أجـ َم ِعيْن‬ ْ ‫أص َحاب ِه‬ ْ ‫َءألِ ِه َو‬
Ya Allah Engkaulah Pengurnia Kenikmatan dan Kesejahteraan,

Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu, dengan nikmat kesihatan dan

kesejahteraan-Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-Mu, sehingga kami dapat

menghadiri Majlis Perpisahan cikgu Norhashim bin Nordin, pada hari ini.

Allahumma Ya Badi’assamaawatiWal’ard

Jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi

dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan

yang penuh dengan kesejahteraan dan kenangan manis.

Allahumma Ya Syaafi Ya Kaafi,

Kurniakanlah kepada insan yang kami sedang raikan, keinginan dan kecenderungan untuk terus

menabur jasa dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang cemerlang,

gemilang dan terbilang.

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Jangan engkau siakan segala sumbangan budi dan bakti yang telah dicurahkan, tunjuk ajar dan

bimbingan berharga oleh insan yang diraikan selama beliau berkhidmat di SK Seri Aman ini.

Jadikanlah segala kerja buat beliau sebagai ibadah yang ikhlas dan mendapat perkenan redha-

Mu, sehingga layak mendapat ganjaran pahala-Mu yang tidak terbatas. Sampaikanlah segala hajat

hati beliau demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـ َـنَا ِمنْ بَ ْعـ ِد ِه تَفَ ُّرقـا ً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعــا َم ْر ُح ْو ًمــا‬
ِ ‫ َوالَ ت َْج َعـ‬، ‫صـ ْو ًما‬
‫ـل‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
. ‫شقِيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا‬

Doa Majlis Persaraan GB SKSA 1