Anda di halaman 1dari 1

Pegawat Kesihatan Daerah Bentong

Pejabat Kesihatan Daerah Bentong,

28700 Bentong.

JEMPUTAN MENGADAKAN TAKLIMAT LANGKAH KECEMASAN

Saya sebagai wakil Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Badan Beruniform SJKC Karak ingin menjemput
pihak tuan memberi taklimat langkah kecemasan asas (first-aid) kepada murid sekolah ini yang terdiri
daripada murid Tahun 4, 5 dan 6 pada 7 November 2009 (Sabtu).

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, slot masa yang disediakan untuk taklimat ini adalah selama 2
jam. Bilangan murid adalah seramai 80 orang. Pihak sekolah akan menyediakan kemudahan siaraya jika
diperlukan. Pihak kami menetapkan masa taklimat ini pada pukul 10 pagi, tetapi kami sedia berbicara
atas masa yang sesuai dengan keperluan pihak tuan.

3. Pihak kami amat memerlukan tunjuk ajar dan informasi profesional pihak tuan dalam
menyampaikan pengetahuan kecemasan. Pihak kami mempercayai bahawa dengan kehadiran pihak
tuan, murid-murid kami dapat meluaskan ilmu pengetahuan di samping dapat mempelajari langkah-
langkah kecemasan daripada pakar secara ‘hands-on’.

4. Segala jasa baik pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih. Kami berharap pihak tuan
dapat membalas berita baik secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

(AN SUN SUN)

Wakil Jawatankuasa Perkhemahan Badan Beruniform

Anda mungkin juga menyukai