Anda di halaman 1dari 26

ARKIB : 15/02/2011

Terlampau memuji Rasulullah SAW?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji Nabi-Nya. - Gambar hiasan

SEMPENA menyambut Mawlid al-Rasul SAW, kita tangguhkan sejenak siri perbahasan kita tentang tawassul dan
memilih untuk memetik satu tajuk lain iaitu batas pujian terhadap Rasulullah SAW.

Ini adalah kerana dalam keghairahan majoriti umat Islam memuji dan menjunjung Rasulullah SAW dalam
menyambut Mawlid Baginda SAW, terdapat juga suara-suara yang menimbulkan salah-faham dengan mendakwa
bahawa puji-pujian terhadap Rasulullah SAW adalah suatu yang melampau dan terpesong daripada ajaran Islam.
Antara sandaran utama golongan ini ialah sabda Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melampau-lampau memujiku
sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji Isa ibnu Maryam."

Sebahagian orang memahami sabda Nabi SAW di atas dengan makna melarang daripada memuji Baginda SAW
Mereka mengira perbuatan memuji Nabi SAW termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap berlebihan yang
tercela dalam agama, yang boleh mengakibatkan syirik. Mereka juga beranggapan, bahawa orang yang memuji Nabi
Muhammad SAW, mengangkat kedudukan Baginda SAW melebihi daripada manusia yang lain, menyanjungnya dan
menyifatkan Baginda SAW dengan apa saja yang membezakannya daripada manusia yang lain, bererti telah
melakukan bidaah dalam perkara agama dan menyanggahi Sunnah Penghulu segala Rasul SAW.
Ini adalah pemahaman yang salah dan buruk serta menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilai hadis
tersebut. Maksud sebenar hadis ialah Nabi Muhammad SAW melarang memujinya secara keterlaluan sebagaimana
yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa AS yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS itu adalah anak
Allah.

Adapun orang yang memuji Nabi SAW dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat
kemanusiaan, di samping meyakini bahawa Baginda SAW adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dan menjauhi
keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya tidak disyaki lagi merupakan orang ini adalah yang
paling sempurna tauhidnya.

Tepatlah madah Imam al-Busiri RH dalam qasidah Burdahnya yang menegaskan,

"Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Ertinya: Jangan katakan
Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda
SAW sesuka hati mu.

Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya
secara sempurna.

Kemuncak pengetahuan mereka tentang diri Baginda SAW mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda
SAW itu adalah seorang manusia, yang sebenarnya merupakan semulia-mulia di kalangan makhluk Allah
seluruhnya."

Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji Nabi-Nya,
melalui beberapa firman-Nya termasuk: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia. (al-
Qalam: 4)

Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi SAW sama ada ketika berbicara
mahupun menjawab panggilannya. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat
suaramu melebihi suara Nabi. (al-Hujuraat: 2)

Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan Nabi SAW sebagaimana kita berurusan dan
bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil Baginda SAW sebagaimana cara kita memanggil sesama kita.
Allah SWT berfirman: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau
panggilan sesama kamu. (al-Nur:63).

ARKIB : 08/02/2011

Kekeliruan yang ‘dipasarkan’


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI
SEMBILAN

KITA sentiasa menegaskan bahawa antara cabaran utama


umat Islam di zaman ini adalah untuk membetulkan
Penerbitan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang
kefahaman agama mereka. Ini kerana fikrah-fikrah yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan
tanggungjawab besar. -Gambar hiasan
mengelirukan boleh muncul di mana-mana sahaja.

Para penerbit buku agama misalnya, ada yang bersifat


terlalu komersial sehingga tidak berhati-hati memilih dan menapis bahan-bahan yang hendak dicetak dan
dipasarkan.

Sebab itu ada terjumpa di rak sebuah kedai buku beberapa buku kecil berkaitan isu-isu agama yang bertemakan
beramal menurut cara Nabi SAW.

Seperti yang dijangka, buku-buku itu turut mengandungi fikrah ‘beracun’ iaitu membidaahkan sesetengah amalan
seperti zikir dan selawat yang sebenarnya menurut sebahagian besar ulama Islam tidak bercanggah, malah selari
dengan perlembagaan al-Quran dan al-Sunnah.

Yang menariknya, bersebelahan dengan buku-buku itu, turut ditemui sebuah buku terjemahan karangan al-Marhum
Sheikh Dr. Abdul Halim Mahmud, bekas Sheikhul Al-Azhar berkenaan dengan galakan berzikir yang diterbitkan oleh
penerbit yang sama.

Dalam buku ini terdapat galakan mengamalkan zikir dan selawat yang dibidaahkan oleh buku-buku yang
sebelumnya. Maka apakah nasib yang bakal menimpa orang-orang awam yang dengan jujur mahu menambah
sedikit kefahaman agama mereka dengan membeli buku-buku ini?

Jika mereka tersalah pilih, bukankah mereka terdedah kepada kekeliruan dan fahaman yang salah yang akan
menjauhkan lagi mereka daripada ajaran Islam yang benar?

Malangnya, buku-buku itu diterbitkan oleh penerbit yang sangat aktif menerbitkan buku-buku agama bagi masyarakat
awam. Oleh kerana itu, buku-buku itu akan memasuki pasaran secara meluas dan akan mudah diperoleh.

Sepatutnya, penerbit-penerbit besar buku-buku agama harus lebih berhati-hati dalam menjalankan perniagaan.

Usaha menerbitkan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan
tanggungjawab yang besar di hadapan Allah SWT.

Mereka tidak boleh lewa dan cuai dalam memilih bahan-bahan agama yang hendak dilambakkan dalam pasaran.
Sebahagian masyarakat awam Islam pula mengambil jalan mudah dengan hanya mengambil ilmu agama mereka
daripada buku-buku dan bahan agama popular yang ada di pasaran tanpa merujuk kepada guru-guru yang boleh
dipercayai.

Ini adalah resipi-resipi yang boleh menyebabkan tersebarnya lebih banyak kekeliruan dan salah-faham agama di
tengah masyarakat. Semoga Allah SWT menjauhkan dan memelihara kita daripadanya.

Atas kesedaran bahawa masyarakat awam cenderung untuk memilih yang mudah dan ringkas, kami di Yayasan
Sofa berusaha dalam ruangan ini untuk mempersembahkan perbahasan dalam buku-buku yang lebih ilmiah dalam
bentuk yang lebih ringkas dan mudah.

Begitu juga dalam penerbitan buku-buku dan bahan rujukan agama lain yang kami terbitkan yang belum mampu
kami cetak dan pasarkan secara besar-besaran.

Pun begitu, masyarakat Islam sepatutnya disedarkan bahawa mereka tidak boleh terus-menerus bersikap bermudah
dan bermalasan dalam menimba kefahaman agama mereka.

Dalam membentuk kefahaman dan penghayatan Islam yang sahih sebenarnya tidak ada jalan pintas dan mudah.

Resipi utamanya adalah dengan menuntut dengan guru-guru yang benar-benar diperakui oleh para ulama dan boleh
dipercayai keilmuan dan penghayatan agama mereka.

Cara ini menuntut mujahadah dan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi akan lebih menjanjikan pembukaan ilmu
dan makrifah yang sebenar selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan mereka yang berjihad pada jalan
kami nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap bersama para Muhsinin.
(al-Ankabut: 69)

ARKIB : 18/01/2011

Tawassul menurut Imam al-Syaukani

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

IMAM al-Syaukani adalah seorang lagi tokoh ulama yang sering menjadi rujukan sebahagian daripada mereka yang
mendakwa mahu memperbaharui agama di zaman ini.

Tawassul pula menjadi salah satu amalan yang dituduh sebagai terpesong dan menjadi penghalang kepada
pembaharuan agama. Oleh itu wajarlah kita menyorot pandangan tokoh ini tentang tawassul.
Menurut al-Imam Sheikh Muhammad ibn Ali al-Syaukani di dalam risalahnya al-Dur al-Nadhid fi Ikhlas Kalimah al-
Tauhid: "Adapun bertawassul kepada Allah dengan perantaraan salah seorang daripada makhluk-Nya bagi suatu
permohonan yang dituntut oleh seseorang hamba daripada Tuhannya."

Sheikh 'Izzuddin Ibnu Abdul Salam pula menyatakan: "Sesungguhnya tidak harus bertawassul kepada Allah SWT
melainkan dengan kemuliaan Nabi SAW, sekiranya hadis mengenainya adalah sahih."

Berkemungkinan, yang dimaksudkan oleh Sheikh 'Izzuddin Ibnu Abdul Salam adalah hadis yang diriwayatkan oleh
al-Nasaei dalam Sunannya dan juga al-Tirmizi dan disahihkannya oleh Ibnu Majah dan lain-lainnya: Bahawa seorang
buta datang kepada Nabi SAW, lalu diajarkan dengan doa tawassul, maka beliau menyebut hadis tersebut.

Berkata Imam Syaukani: "Pada pandangan manusia tentang makna ini, terdapat dua pendapat:

Pendapat pertama: Bertawassul adalah apa yang disebut oleh Umar al Khattab r.a, sebagaimana katanya: Kami
apabila ditimpa musim kemarau, kami bertawassul dengan nabi kami kepada-Mu, maka Engkau menurunkan hujan
kepada kami, dan sekarang kami bertawassul kepada-Mu dengan kemuliaan bapa saudara nabi kami (Abbas r.a).
Hadis ini terdapat di dalam Sahih al Bukhari dan lain-lainnya.

Umar r.a telah menyebut, bahawa mereka bertawassul dengan nabi SAW semasa hidupnya supaya diturunkan
hujan. Kemudian mereka bertawassul pula dengan bapa saudara baginda SAW, Abbas r.a selepas kewafatan
baginda SAW.

Tawassul mereka adalah permohonan supaya diturunkan hujan ketika nabi SAW berdoa dan mereka juga berdoa
bersamanya.

Maka jadilah baginda SAW sebagai wasilah mereka kepada Allah SWT dan nabi SAW dalam hal seperti ini sebagai
pemberi syafaat dan orang yang mendoakan bagi mereka.

Pendapat kedua: Bertawassul dengan kemuliaan nabi SAW boleh dilakukan tidak kira semasa hidup Baginda SAW
dan selepas kewafatannya. Begitu juga ketika keberadaannya dan ketiadaannya.

Tidak tersembunyi lagi, bahawa telah sabit keharusan bertawassul dengan baginda SAW semasa hayatnya. Begitu
juga bertawassul dengan selain baginda SAW selepas kewafatannya berdasarkan ijmak sahabat iaitu ijmak sukuti.

Lantaran kerana tiada seorang daripada kalangan mereka yang mengingkari ketika Saidina Umar r.a bertawassul
dengan Saidina Abbas r.a.

Pada pendapat saya sendiri,sebenarnya tidak ada jalan untuk membataskan keharusan bertawassul hanya dengan
perantaraan nabi SAW sahaja, sebagaimana yang didakwa oleh Sheikh 'Izzuddin Ibnu Abdul Salam. Hal ini
disebabkan dua perkara:

1. Hujah ijmak sahabat sebagaimana yang kami kemukakan di atas.


2. Hakikat bahawa bertawassul kepada Allah dengan kemuliaan orang-orang yang mulia dan berilmu, sebenarnya
adalah bertawassul dengan amalan soleh dan keistimewaan mereka yang mulia.

Sebabnya, mereka tidak menjadi mulia melainkan dengan amalan-amalan yang telah mereka lakukan. Maka jika
seseorang berkata: "Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawassul kepada-Mu dengan orang alim fulan." Maka tawassul
ini dilakukan kerana keilmuan orang tersebut

ARKIB : 11/01/2011

Pensyariatan tawassul

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI


SEMBILAN

SHEIKH Ibnu Taimiyyah adalah antara tokoh yang sering


menjadi rujukan dan sandaran utama oleh kelompok yang
Baginda SAW dapat mendengar ucapan selawat dan salam
memandang serong terhadap tawassul dan beberapa isu
umatnya dan membalas ucapan tersebut. - Gambar hiasan
lain seperti bidaah hasanah dan fiqh bermazhab.

Mungkin atas sebab itu, Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi al-Maliki turut merujuk khusus kepada
pandangan beliau dalam kitabnya Mafahim (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan).

Berkata Sheikh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Qa’idah Jalilah fi al Tawassul wa al Wasilah (H: 5) ketika
membicarakan tentang firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan
carilah wasilah (jalan/perantara) untuk mendekatkan diri kepada-Nya. (al-Maaidah: 35),

“Mencari wasilah kepada Allah hanya berlaku bagi orang yang bertawassul kepada Allah dengan keimanan terhadap
Nabi Muhammad SAW dan ikutan terhadap Sunnahnya.

“Bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW, merupakan kefarduan bagi setiap individu
dalam setiap keadaan; zahir dan batin, tidak kira sama ada ketika Rasulullah SAW masih hidup atau selepas
kewafatannya, ketika kewujudannya atau ketiadaannya.

“Tidak jatuh kewajipan bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW daripada seseorang
makhluk dalam apa jua keadaan sekali pun setelah tertegaknya hujah. Bahkan, ia tidak akan gugur dengan apa pun
jua alasan.
“Tidak ada jalan untuk menuju kepada kemuliaan dan rahmat Allah, serta terselamat daripada kehinaan dan siksaan-
Nya, melainkan dengan bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW.

“Rasulullah SAW adalah pemberi syafaat kepada makhluk, pemilik makam yang terpuji yang amat dicemburui oleh
manusia yang terdahulu dan terkemudian. Baginda SAW adalah pemberi syafaat yang paling agung kedudukannya
dan paling tinggi pangkatnya di sisi Allah.

Allah telah berfirman tentang Musa a,d yang bermaksud: Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan yang
terhormat di sisi Allah. (al-Ahzaab: 69)

Allah juga telah berfirman tentang al Masih a.s: Dia merupakan seorang yang terkemuka di dunia dan akhirat.
(ali-‘Imran: 45)

Adapun, Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang paling tinggi pangkat dan kedudukannya daripada nabi-nabi
dan rasul-rasul yang lain, tetapi syafaat dan doa baginda SAW hanya dapat dimanfaatkan oleh orang yang
disyafaatkannya dan didoakannya.

Maka sesiapa yang didoakan dan disyafaatkan oleh Rasulullah SAW, barulah dia boleh bertawassul kepada Allah
dengan syafaat dan doa baginda SAW tersebut, sebagaimana para sahabat r.a bertawassul kepada Allah dengan
doa dan syafaat baginda SAW.

“Begitu juga sebagaimana manusia bertawassul kepada Allah pada hari Kiamat dengan doa dan syafaat baginda
SAW”.

Dalam al Fatawa al Kubra (1/140), Sheikh Ibnu Taimiyyah ditanya: Adakah harus bertawassul dengan Nabi SAW
ataupun tidak? Maka beliau menjawab: Alhamdulillah, adapun bertawassul dengan keimanan dengan Nabi SAW,
kasih dan ketaatan kepada Baginda SAW, bacaan selawat dan salam ke atas Baginda SAW, doa-doa dan
syafaatnya dan sebagainya yang merupakan perbuatan Baginda SAW dan hamba-hamba Allah yang sememangnya
diperintahkan menunaikan haknya, maka ia adalah disyariatkan dengan persepakatan kaum Muslimin

ARKIB : 28/12/2010

Sandaran tawassul lepas wafat Nabi SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

KITA menyambung bicara kita tentang tawassul dalam latar kehangatan beberapa isu-isu agama yang timbul dalam
masyarakat seperti penangkapan pengikut fahaman Syiah, ancaman faham Pluralisme Agama dan fatwa tentang
peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah.
Di samping, sikap dan pendirian majoriti umat yang tercermin antara lainnya dalam suara majoriti mufti-mufti,
kedengaran juga di sana-sana suara-suara sumbang dan syadz (ganjil/asing). Ada yang mempertikaikan
penggunaan undang-undang terhadap aliran menyeleweng malah ada juga ilmuwan yang bukan ulama yang cuba
menghujah bahawa Syiah bukanlah aliran yang bermasalah.

Suka kita mengambil kesempatan di sini untuk berpesan kepada diri dan para pembaca sekalian untuk berwaspada
terhadap pandangan-pandangan yang menyalahi majoriti umat ini. Khalayak awam yang punya tumpuan dan
kehidupan mereka masing-masing tidaklah dibebankan untuk meneliti setiap hujah dan dalil yang cuba dikemukakan.
Nanti terhenti dan terganggu pula kehidupan masyarakat. Inilah rahsianya prinsip-prinsip mengutamakan ijmak
ataupun suara majoriti umat (sawad al-a'zam) dalam Islam.

Umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat atas suatu yang batil. Bagi orang awam, cukuplah sandarannya
untuk menolak pandangan mereka ini dengan bersandar dengan sekian ramai para ulama dan ilmuwan Islam lain
yang bersama suara majoriti. Menganggap bahawa semua mereka ini jahil, leka, tersalah ataupun sudah dibeli oleh
kepentingan duniawi adalah suatu sikap prasangka yang melampau terhadap Islam dan umat Islam.

Mungkin dalam isu bertawassul ini juga suara-suara yang sama akan membangkang pandangan majoriti yang
sedang kami bentangkan. Semoga kita sentiasa ditawfiqkan untuk memakai pandangan yang terbaik.

Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW memang ada sandarannya. Antaranya, telah meriwayatkan Ibnu Abi al
Dunya di dalam kitab Mujabi al Du'a', katanya: "Telah menyampaikan kepada kami Abu Hasyim, aku mendengar
Kathir ibnu Muhammad ibnu Kathir ibnu Rifa'ah berkata 'telah datang seorang lelaki kepada Abdul Malik ibnu Sa'id
ibnu Abjar, lalu dia memerhatikan perutnya dan berkata, "Kamu mengidap satu penyakit kronik yang sukar untuk
sembuh." Katanya: "Penyakit apakah yang aku hidapi?" Jawabnya: "Al Dubailah, iaitu kanser dan bisul besar yang
tumbuh dalam perut. Biasanya, ia boleh meragut nyawa orang yang menghidapnya."

Beliau berkata: "Maka lelaki itu berpaling dan berdoa: "Allah, Allah, Allah adalah Tuhanku, aku tidak
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawajjuh kepada-Mu dengan Nabi-Mu;
Muhammad; Nabi pembawa rahmat SAW, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada
Tuhanmu dan Tuhanku agar Dia merahmatiku (dengan menyembuhkan) penyakit yang menimpaku."

Ibnu Rifa'ah berkata: "Abdul Malik ibnu Said menyentuh perut lelaki itu, lalu berkata, 'kamu telah pun sembuh dan
penyakit itu tidak ada lagi padamu'."

Berkata Ibnu Taimiyyah: "Doa ini dan doa lain yang sepertinya, telah diriwayatkan, bahawa ia telah digunakan oleh
Salaf. (Ibnu Taimiyyah, Qa'idah Jalilah fi al Tawassul wa al Wasilah H: 91)."

Kita sedia maklum, bahawa Ibnu Taimiyyah mengetengahkan hadis ini untuk menjelaskan maksudnya dan
memfokuskannya seperti mana yang dikehendakinya. Namun, yang penting bagi kita di sini ialah pengakuannya
bahawa Salaf telah menggunakan doa sedemikian dan terhasilnya penyembuhan dengan doa tersebut. Inilah
ketetapan daripada permasalahan ini yang penting bagi kita. Adapun ta'liq (komen)nya ke atas hadis ini, ia hanya
pendapatnya sahaja. Bagi kami, itu tidak penting kecuali adanya penetapan nas untuk dijadikan dalil atas apa yang
kami inginkan, dan Syeikh Ibnu Taimiyyah juga berhak menggunakan hadis tersebut sebagai dalil sebagaimana yang
diingininya.

Sebahagian daripada mereka berbunyi dan bersuara lantang mengenai hadis Tawassul Nabi Adam AS dan hadis
Uthman ibnu Hunaif RA dan lain-lainnya. Mereka beria-ia menolaknya dengan segala kekuatan, berdebat, berdialog,
berdiri dan duduk serta melakukan bermacam-macam cara. Semua yang mereka lakukan tidak ada faedahnya
kerana walau bagaimana hebat sekalipun usaha mereka untuk menolak hadis-hadis yang berkaitan dengan bab ini,
ulama besar terlebih dahulu telah pun mengemukakan pendapat mereka.

Ternyata ulama-ulama besar tersebut lebih sempurna akalnya, lebih luas ilmunya, lebih jauh pengalamannya, lebih
dalam kefahamannya dan lebih banyak cahaya, ketakwaan dan keikhlasannya daripada mereka. Misalnya, Imam
Ahmad ibnu Hanbal RH. Beliau berkata mengenai keharusan bertawassul sebagaimana yang dinaqalkan
daripadanya oleh Ibnu Taimiyyah dan al 'Iz Ibnu Abdul Salam. Ibnu Taimiyyah sendiri menyatakan di dalam salah
satu pendapatnya tentang keharusan bertawassul secara khusus dengan Nabi SAW. Kemudian diikuti pula, oleh
Muhammad ibnu Abdul Wahhab yang menafikan tuduhan bahawa dia mengkafirkan orang yang bertawassul.
Bahkan, jelas di dalam kitab Fatawanya, beliau menegaskan bahawa tawassul hanyalah menyentuh masalah
cabang agama dan bukannya berkaitan tentang masalah usul. Semuanya ini akan diperincikan di dalam kitab
Mafahim yang kita bentangkan sedutannya di sini, insya-Allah.

Dalam hal ini, Syeikh al Allamah al Muhaddith Abdullah al Ghumari telah menulis sebuah risalah khusus yang
membicarakan tentang hadis ini yang diberi tajuk, Misbah al Zujajah fi Fawaid Solat al Hajah. Beliau telah
mengupasnya dengan kupasan yang amat baik dan berguna, bahkan telah menghasilkan sesuatu yang mampu
menyembuhkan dan mencukupkan pelbagai keperluan. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan

ARKIB : 22/12/2010

Negeri Sembilan sasar jadi 'Lembah


Ilmu'

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL


pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 21 Dis. - Kecemerlangan pendidikan telah Mohamad Hasan bersama 10 graduan cemerlang yang
mengharumkan nama Negeri Sembilan selepas menerima
menjadi agenda utama kerajaan negeri sepanjang tahun ini insentif daripada Yayasan Negeri Sembilan pada majlis
Program Bicara Cendekia Bersama Menteri Besar di Dewan
dan ia akan terus dibangunkan pada tahun hadapan, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah baru-baru ini.
sesuai dengan harapan menjadikan negeri ini sebagai 'Lembah Ilmu' dan nadi mengeluarkan modal insan keperluan
negara.

Perkara ini dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam banyak ucapannya yang antara lain mahu
melihat benih kecil yang disemai di peringkat prasekolah menjadi pohon kukuh apabila insan berkenaan menduduki
dan menamatkan pengajian di peringkat universiti.

''Semua itu kita perlu tunjukkan kepada anak-anak kecil agar mereka boleh membuat imbasan dan mengingati
bangunan universiti dan kolej, pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang melata di negeri ini.

''Apabila mereka balik ke rumah kelak, akan wujud satu azam dalam diri mereka untuk belajar bersungguh-sungguh
dan memasuki pusat pengajian berkenaan, sekali gus mencapai sasaran kerajaan negeri untuk menjadi
penyumbang besar modal insan negara pada masa hadapan," katanya di sini baru-baru ini.

Mohamad berkata, banyak usaha telah dilakukan untuk melebarkan jajahan 'Lembah Ilmu' termasuklah menyediakan
jajaran jalan yang sempurna, selain melakukan pemasaran pendidikan bagi menjadikan kawasan Nilai, Sendayan,
Enstek, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah sebagai zon pendidikan.

Sebab itulah, pembinaan kampus di negeri ini memperlihatkan daya usaha tinggi sepanjang tahun ini untuk
mewujudkan zon pendidikan bertaraf dunia.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri aktif membangunkan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan
taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan
intelektual.

Selain itu, tumpuan juga telah diberikan kepada pembangunan teknologi dan sains serta kejayaan meningkatkan
kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat di sini.

''Sambutan yang menggalakkan ini didorong oleh pelbagai faktor seperti wujudnya kemudahan infrastruktur dan
kemudahan asas yang baik, bekalan air dan elektrik yang terjamin serta kemudahan ICT dan telekomunikasi maju,"
kata Mohamad.

Tambahnya, pelabur pendidikan kini telah melihat keistimewaan membina kampus mereka di negeri ini, apatah lagi
kawasan Nilai, Seremban dan sebahagian Port Dickson telah pun dimasukkan dalam bandar gabungan Kuala
Lumpur (Kuala Lumpur Conurbation).

''Ini bermakna, rancangan pembangunan yang diwujudkan di Kuala Lumpur itu akan juga tempias di kawasan yang
dinyatakan tadi, sekali gus ia dapat membangun dengan baik sebagai hab pendidikan serantau," tegasnya.

Ketika ini sudah banyak universiti dan kolej membuka kampus mereka di sini dan paling membanggakan Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) yang menjadikan kawasan Nilai, dekat sini sebagai kampus induk mereka.
Selain USIM, beberapa lagi universiti, pusat penyelidikan dan kolej turut dibuka iaitu Centre For Foundation Studies,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nilai; Inti International College, Nilai; Nilai University College, Nilai
dan Murni Nursing College, Nilai.

Turut dibangunkan di satu kawasan strategik di Bandar Enstek, Nilai bagi memastikan Lembah Ilmu ini benar-benar
berimpak besar, maka diwujudkan kawasan Kompleks Pendidikan Nilai untuk membangunkan pelbagai pusat
pengajian tinggi yang masih dalam pembinaan.

Di kawasan kompleks inilah terdapatnya Politeknik Nilai; Institut Aminudin Baki; Kolej Tunku Kurshiah (TKC); Institut
Pendidikan Guru Malaysia dan Pusat Latihan Bahasa Inggeris.

Juga dibangunkan di Bandar Enstek ini ialah Cempaka Ladies School selain International University College Of
Nursing, Bandar Seri Sendayan; PNC International College Of Nursing & Health Science, Kota Seriemas dan Kolej
Lagenda dan Kolej Pertama, Mantin.

Mohamad juga berkata, sepanjang tahun ini juga pelabur pendidikan yang menawarkan kursus sains, teknologi dan
bioteknologi seperti kejuruteraan, arkitek dan perubatan amat menggalakkan.

''Kawasan Nilai juga dikenali sebagai Lembah Bio dan tentulah fokusnya kepada bidang perubatan dan
farmaseutikal," katanya.

Ujarnya, sudah terdapat beberapa syarikat berkaitan seperti Inno Biologics Sdn. Bhd. yang mengeluarkan
'glycoproteins & antibodies' berasaskan produk biofarmaseutikal dan Institut Kanser Nilai yang memberi fokus
rawatan dan penyelidikan kanser.

Begitu juga Felda Argicultural Bioteknologi iaitu pusat penyelidikan bagi membangunkan tisu kultur daripada kelapa
sawit serta Stevian Biotechnology (M) Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk pemanis natural yang diekstrak
daripada daun stevia.

''Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan Universiti Malaya untuk menubuhkan fakulti Sains Biologi dan
Pertanian Moden di daerah kecil Gemas, di mana menempatkan lebih 2,000 pelajar.

''Di negeri ini juga sudah pun mempunyai banyak kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sedang membina
Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Perpustakaan dan Maklumat Negara, selain sedia ada Akademi Audit
Negara," ujarnya.

Di Rembau juga diwujudkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Latihan Perindustrian, serta Pusat
Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan di Mantin, Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan dan Kolej
Komuniti di Rembau, Jempol, Jelebu selain banyak Pusat GiatMara dan Kolej Mara Seremban serta Politeknik Port
Dickson.
Di sini juga terdapat Universiti Terbuka (Open University); Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan pusat pakar
serta banyak lagi.

Beberapa kolej swasta juga dibangunkan seperti Kolej Tafe Seremban; Kolej Negeri; Institut Logica; Kolej Uniti Port
Dickson; Institut Teknologi Seremban; Institut Teknologi Putra; Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL);
Kolej Karisma; Kolej Linton; East West College dan Institut Medical Sciences (IMM).

Dalam sektor pendidikan agama pula, beberapa kampus dan sekolah swasta juga dibangunkan termasuklah Sekolah
Tinggi Islam As Sofa, Rembau selain adanya usaha membawa cawangan Universiti Al Azhar kampus Malaysia di
negeri ini.

Jelaslah bahawa, sepanjang tahun ini agenda pendidikan dan mencari pelaburan dalam sektor ini semakin
membuahkan hasil, ditambah pula dengan keputusan cemerlang pelajar sekolah dalam ujian kebangsaan seperti
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Negeri Sembilan meninggalkan tahun 2010 ini dengan gagasan Lembah Ilmu yang menjadikannya sebagai
penyumbang terbesar modal insan negara, serta menjulang kembali kegemilangan pendidikan lampau dengan
lahirnya ramai ilmuan dan cendekiawan yang berasal dari negeri Adat Perpatih ini.

ARKIB : 21/12/2010

Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SESUDAH kita menghuraikan tentang bolehnya bertawassul dengan Nabi SAW sebelum hayat Baginda SAW, mari
pula kita melihat hukum tawassul semasa hayatnya dan selepas wafat Baginda SAW. Untuk itu marilah kita merujuk
kepada beberapa dalil utama yang berkaitan.

Diriwayatkan daripada Uthman ibn Hunaif RA berkata: Aku mendengar, seorang lelaki buta datang kepada
Rasulullah SAW, lalu mengadu tentang penglihatannya yang hilang. Dia berkata, "Wahai Rasulullah! "Doakanlan
keafiatan untukku." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Jikalau kamu mahu, aku akan lewatkannya (tidak
mendoakannya supaya dia dapat balasannya di Akhirat) dan jikalau kamu mahu, aku akan mendoakan keafiatan
untuk kamu." Lelaki itu menjawab "Doakanlah." Maka Baginda SAW menyuruh lelaki buta itu berwuduk dan
memperelokkan wuduknya serta melakukan solat dua rakaat, kemudian berdoa dengan doa ini:

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan bertawajjuh kepada-Mu dengan (hak) Nabi-Mu; Muhammad
SAW; Nabi pembawa rahmat, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanmu, agar
engkau tunaikan hajatku ini. Ya Allah! Syafaatkanlah dia untukku dan syafaatkanlah aku padanya."
Telah berkata al-Hakim: Hadis ini adalah sohih sanadnya dan tidak dikeluarkan oleh al Bukhari dan Muslim (Al
Mustadrak, Jld 1, H: 519). Telah berkata al-Zahabi tentang hadis ini: Ia adalah sohih. Telah berkata al-Tirmizi di
dalam bab-bab Berdoa di bahagian akhir kitab Sunannya: Ini ialah hadis hasan sohih gharib, kami tidak
mengetahuinya melainkan daripada wajah ini daripada hadis Abu Ja'far, dan dia bukan al Khatmi.

Aku berkata: Yang benarnya, Abu Ja'far ialah al Khatmi al Madani sebagaimana yang didatangkan dengan jelas di
dalam riwayat-riwayat al-Tabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi. Al-Tabrani menambah di dalam al Mu'jam al Soghir
bahawa namanya ialah 'Umair ibn Yazid dan dia adalah seorang yang thiqah (dipercayai).

Telah berkata al 'Allamah al Muhaddith Abdullah ibn Siddiq al Ghumari di dalam risalahnya Ittihaf al Azkiya': Tidak
diterima akal, para hafiz bersatu di dalam mentashihkan hadis yang ada di dalamnya sanadnya yang majhul,
terutamanya al-Zahabi, al-Munziri dan al-Hakim.

Telah berkata al-Munziri: Ia juga diriwayatkan oleh al-Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah di dalam Sohihnya.(al
Targhib wa al Tarhib pada kitab al Nawafil, bab al Targhib fi Solat al Hajah (Jld 1, H: 474).

Kesimpulan daripada kisah yang diberikan, Uthman ibn Hunaif RA yang merupakan periwayat hadis ini dan
menyaksikan kisah tersebut, telah mengajar orang yang mengadu kepadanya tentang kelewatan Khalifah Uthman
RA menunaikan hajatnya doa ini yang terkandung di dalamnya tawassul dengan Nabi SAW dan seruan kepada
Baginda SAW untuk meminta tolong dengan Baginda SAW selepas kewafatannya. Setelah lelaki itu menyangka
bahawa hajatnya terlaksana disebabkan pemberitahuan Uthman ibn Hunaif RA kepada Khalifah RA, lekas-lekas
Uthman ibn Hunaif RA menafikannya. Lantas beliau menceritakan kepadanya tentang peristiwa yang telah didengari
dan dilihatnya untuk menjelaskan bahawa hajatnya diterima kerana tawassul, doa dan istighathahnya dengan
Rasulullah SAW. Bahkan, dia menguatkan lagi hal tersebut dengan sumpahnya bahawa dia tidak memberitahu
khalifah tentang aduan lelaki itu. Maka jelaslah bahawa ada asas yang kukuh bagi membolehkan bahkan
menggalakkan bertawassul dengan Nabi SAW semasa hayatnya dan selepas wafat Baginda SAW.

ARKIB : 14/12/2010

Bertawassul sebelum adanya Nabi


SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI


SEMBILAN

Umat Islam mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah untuk


beribadat mengambil berkat wafat dan disemadikan Nabi
SAW di situ.
MENYAMBUNG perbicaraan minggu lepas, di dalam hadis tawassul dengan Rasulullah SAW sebelum kewujudan
baginda SAW, menunjukkan bahawa paksi kesahihan bertawassul adalah hendaklah orang yang ditawassulkan itu
mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT dan tidak disyaratkan hidup di dunia.

Daripada sini dapat diketahui, bahawa pendapat yang menyatakan bahawa bertawassul dengan seseorang itu tidak
sah melainkan sewaktu hidupnya di dunia merupakan pendapat orang yang hanya mengikut hawa nafsu. Bukannya
berdasarkan petunjuk daripada Allah.

Kesimpulannya, hadis ini telah disahihkan dengan hadis-hadis yang mendukungnya, dan ia telah dinaqalkan oleh
sekumpulan ulama besar, imam-imam ahli hadis dan para hafiznya; yang kesemuanya mempunyai kedudukan yang
sememangnya telah makruf dan pangkat yang tinggi.

Mereka juga adalah orang yang bersifat amanah terhadap Sunnah Nabawiyyah. Di antara mereka adalah al Hakim,
al Suyuti, al Subki dan al Balqini.

Selain mereka, al Baihaqi juga menaqalkan hadis ini di dalam kitabnya, Dalail al Nubuwwah; yang beliau syaratkan
tidak meriwayatkan hadis-hadis yang mauduk (palsu atau rekaan) di dalamnya, dan seperti yang dikatakan oleh al
Zahabi: “Hendaklah kamu berpegang dengannya kerana kesemua hadis yang terkandung di dalam kitabnya
merupakan petunjuk dan juga cahaya”. (Syarah al Mawahib Jld 1, H: 62.)

Ibnu Kathir pula menyebutnya di dalam al Bidayah. Sementara Ibnu Taimiyyah telah mendatangkan pendukung-
pendukung hadis ini di dalam kitabnya, al Fatawa. Adapun ulama yang berselisih pendapat mengenai hadis ini.
Sebahagiannya menolak dan sebahagian lagi menerimanya, bukanlah perkara yang ganjil kerana kebanyakan hadis
Nabi SAW tidak dapat lari daripada berlakunya khilaf ulama.

Malah terdapat lebih banyak daripada ini dan ia dikritik oleh pengkritik hadis dengan kritikan yang lebih hebat
daripada hadis ini.

Disebabkan perkara tersebut, lahirlah kitab-kitab karangan yang besar ini. Di dalamnya terdapat istidlalat (tunjuk
dalil), ta’aqqubat (menerangkan yang salah dan yang betul), muraja’at (munaqasyah) dan muakhazat (penerangan
mengenai perselisihan dalam menentukan darjat hadis).

Namun, perselisihan pendapat dalam sudut darjat sesuatu hadis tidaklah sampai melemparkan tuduhan syirik, kufur,
sesat atau terkeluar daripada iman. Hadis ini termasuk dalam kelompok hadis-hadis tersebut.

ARKIB : 07/12/2010

Dalil tentang bertawassul


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SETELAH melihat asas-asas kefahaman tentang tawassul atau mengambil wasilah di minggu lepas, kita
menyambung pula dengan meninjau dalil-dalil yang membolehkan tawassul.

Di antara dalil utama adalah firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan
carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepada-Nya. (al-Maaidah: 35)

Wasilah dalam ayat ini adalah semua yang dijadikan oleh Allah sebagai sebab untuk mendekatkan diri di sisi-Nya
dan penghubung atau penyampai kepada terlaksananya segala hajat daripada-Nya.

Paksi dalam perkara ini, hendaklah orang yang diwasilahkan itu mempunyai kedudukan dan kemuliaan di sisi Allah.

Lafaz wasilah dalam ayat ini berbentuk umum. Sebagaimana yang dapat dilihat, ia meliputi bertawassul dengan zat-
zat yang mulia daripada kalangan para nabi dan orang-orang soleh; sama ada ketika mereka hidup atau pun setelah
mati, dan juga dengan mengamalkan amalan-amalan soleh mengikut sebagaimana suruhan-Nya, dan bertawassul
dengannya setelah melakukannya.

Seterusnya, kita akan meninjau hadis-hadis dan athar-athar yang akan membuka kepada kita maksud ayat yang
umum ini dengan jelas. Maka dengarilah dan kita akan menjadi saksi terhadap kebenarannya.

Kita akan lihat, bahawa telah thabit hukum bertawassul dengan Baginda SAW; sebelum dan selepas kewujudannya
di dunia, selepas kewafatannya di alam barzakh, dan selepas kebangkitannya di Padang Mahsyar pada hari kiamat

ARKIB : 30/11/2010

Kefahaman tentang tawassul

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Di antara isu yang banyak menimbulkan salah faham dan membuka pintu tuduhan sesat sesama Islam adalah isu
tawassul. Oleh yang demikian, bermula minggu ini kami akan menjelaskan kefahaman tawassul yang sahih pada
penelitian kami.

Berikut adalah premis ataupun asas pendirian kami dalam isu ini:

1. Tawassul adalah salah satu daripada cara berdoa dan pintu untuk bertawajjuh (menghadapkan sesuatu
permintaan) kepada Allah SWT kerana tujuan asal tawassul yang sebenar ialah Allah SWT.
Orang yang dijadikan sebagai tempat bertawassul hanyalah sebagai wasitah (perantara) dan wasilah (jalan) untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru, sesiapa yang tidak beriktikad sedemikian adalah syirik.

2. Orang yang bertawassul tidak bertawassul dengan wasilah ini melainkan kerana perasaan kasihnya terhadap
wasilah tersebut dan kepercayaannya bahawa Allah SWT mengasihi wasilah tersebut.

Sekiranya tidak, sudah pasti orang yang bertawassul itu akan menjadi orang yang paling berusaha menjauhi dirinya
daripada wasilah tersebut dan paling membencinya.

3. Sekiranya orang yang bertawassul beriktikad bahawa orang yang dijadikan perantaraan itu boleh mendatangkan
manfaat dan mudarat dengan sendiri, seumpama Allah SWT, maka dia telah mensyirikkan Allah.

4. Amalan bertawassul bukanlah perkara yang lazim atau wajib. Termakbulnya permintaan seseorang itu tidak
terhenti kepada amalan ini, bahkan asalnya ialah dia berdoa kepada Allah secara mutlak.

Ia sebagaimana firman Allah SWT: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka
(beritahu kepada mereka), "Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)". (al-Baqarah: 186)

Tawassul yang disepakati ulama

Tidak seorang pun dari kalangan kaum Muslimin yang berselisih pendapat mengenai pensyariatan tawassul kepada
Allah melalui amalan-amalan soleh.

Maka orang yang berpuasa, mengerjakan solat, membaca al-Quran atau pun bersedekah, mereka bertawassul
dengan amalan puasa, solat, bacaan al Quran dan sedekah yang mereka lakukan.

Bahkan, ia adalah amalan yang paling diharapkan untuk termakbulnya suatu hajat dan sebesar-besar amalan untuk
tercapainya apa yang dihajati, tanpa diperselisihkan oleh mana-mana pihak.

Dalilnya, hadis mengenai tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua.

Salah seorang daripada mereka bertawassul dengan kebajikan yang dilakukan kepada kedua ibu bapanya.

Pemuda yang kedua, bertawassul dengan perbuatannya menjauhi perbuatan yang keji yang mampu dilakukannya
pada waktu tersebut.

Sementara itu, pemuda yang ketiga, bertawassul dengan sifat amanah dan penjagaannya terhadap harta orang lain
serta kejayaannya menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sempurna. Maka Allah melepaskan mereka
daripada kesusahan yang mereka hadapi.
Jenis tawassul ini telah diperinci dan diterangkan dalil-dalilnya (keharusannya) serta ditahqiq permasalahannya oleh
Sheikh Ibnu Taimiyyah di dalam kitab-kitabnya, khususnya di dalam risalahnya yang bertajuk: Qa'idah Jalilah fi al
Tawassul wa al Wasilah (Kaedah yang Besar dalam Bertawassul dan Wasilah).

ARKIB : 03/12/2010

DaQwaH lahirkan pewaris nabi

Oleh Ainol Amriz Ismail

SUATU perkembangan positif yang dapat dilihat dalam


masyarakat kita mutakhir ini adalah peningkatan minat
yang ketara terhadap al-Quran. Terutamanya aspek
Pelajar-pelajar meluangkan masa membaca ayat suci al-
hafalan, tajwid, tarannum dan bahasa Arab sebagai bahasa Quran di Darul Quran wal Hadith yang terletak di Taman Tun
Abdul Razak, Ampang, Selangor.
al-Quran.

Kecenderungan itu sedikit sebanyak disemarakkan lagi


dengan pengaruh pelbagai program-program berkaitan al-Quran di media elektronik.

Antara kesan sampingan fenomena itu ialah muncul dan suburnya institusi tahfiz dan ilmu-ilmu al-Quran selari
dengan permintaan yang semakin bertambah.

Dengan latar itu, kemunculan Darul Quran wal Hadith (DaQwaH), mungkin mudah disalahertikan sebagai sekadar
menambah satu lagi pusat tahfiz biasa, tiada bezanya dengan institusi tahfiz yang lain.

Namun, apabila kita berpeluang mendampingi lebih akrab dengan DaQwaH, ternyata sangkaan itu meleset.
Sebabnya, institusi tersebut merupakan satu usaha Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dan Masjid Darul Ehsan
Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor untuk melahirkan kader ilmu yang cemerlang dalam al-Quran dan
hadis.

Misi DaQwaH jelas, iaitu untuk melahirkan para pelapis ulama yang merupakan pewaris para ambia seperti maksud
salah satu sabda baginda SAW.

Oleh kerana itu, DaQwaH tidak hanya memfokuskan kepada agenda hafazan al-Quran tetapi turut
menggandingkannya dengan hafazan dan penguasaan hadis, regu kembar al-Quran sebagai sumber dan asas
agama Islam.
Maka tidak hairanlah nama DaQwaH itu sendiri memberi mesej yang jelas tentang komitmen terhadap penguasaan
hadis dan ilmu-ilmu berkaitannya.

Selain itu, di DaQwaH, penekanan secukupnya turut diberi terhadap pelbagai ilmu-ilmu Islam lain yang perlu dikuasai
oleh seseorang yang mahu benar-benar mencapai martabat ulama pewaris Nabi SAW.

Sesiapapun boleh mendakwa bahawa mereka mahu melahirkan para pelapis ulama, tetapi dalam kes DaQwaH, kita
boleh meletakkan lebih keyakinan bahawa ia bukan hanya gimik dan angan-angan kosong apabila mengenali tokoh
utama di balik tabir DaQwaH.

Pastinya, tokoh utama yang mencetuskan idea serta bersungguh-sungguh menjelmakan DaQwaH ialah Sheikh
Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki al-Ahmadi.

Beliau ialah tokoh ulama muda lulusan di bidang syariah daripada Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau turut mendapat perakuan sekian ramai gurunya daripada kalangan para ulama dunia Islam.

Pengerusi Lembaga Pengelola DaQwaH, Dr. Yusri Mohamad berkata, pelajar DaQwaH akan menyelesaikan hafalan
al-Quran dalam peringkat tiga tahun pertama yang digelar I’dadiy (persediaan).

“Di tahap ini mereka juga akan dilatih untuk menguasai teks-teks asasi (matan) ilmu-ilmu Islam yang utama seperti
bahasa Arab, Tajwid, Tafsir, Fiqh, Tasauf, Pengajian Hadis Bersanad, Mustalah Hadis, Sirah dan seumpamanya.

“Pada tahap kedua (Thanawi) selama dua tahun pula, para pelajar akan mula dilatih menguasai ilmu hadis dengan
lebih intensif selain mengulangkaji hafalan al-Quran serta mempelajari teks-teks klasik ilmu-ilmu Islam yang lain.

“Mereka akan dipecahkan kepada dua aliran iaitu al-Quran dan hadis,” katanya ketika ditemui Mega di Seremban,
baru-baru ini.

Tambah Yusri, apabila pelajar ini menamatkan pengajian, lulusan DaQwaH aliran hadis, insya-Allah turut menghafaz
al-Quran dan kitab hadis Riyadh al-Solehin (hampir 2,000 hadis) serta mengkhatamkan pembacaan kitab Sahih
Bukhari.

“Lulusan aliran al-Quran pula dimestikan menghafaz al-Quran, mengkhatamkan pengajian kitab Tafsir al-Jalalayn
dan menghafal kitab hadis Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah (hampir 300 hadis),” katanya.

ARKIB : 24/02/2011
'Baulu Kemboja' bawa sinar hidup
Ruzita

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID

APAKAH yang perlu dilakukan oleh seorang isteri kala


suaminya menderita kesakitan? Pihak hospital RUZITA Ismail dan Azman Ali tekad memasarkan kuih baulu
mengesahkan usus besar suami harus dipotong. Pada Kemboja mereka ke luar daerah Sabak Bernam.

masa yang sama, perbelanjaan keluarga, rumah sewa,


yuran sekolah dan segala keperluan lain terus mendesak.

Itulah secebis kisah kesempitan hidup Ruzita Ismail, 32, dan suaminya, Azman Ali, 40, yang bakal mengisi ruangan
Jejak Asnaf kali ini.

Kata Ruzita, peristiwa itu berlaku pada tahun 2006. Suaminya disahkan mengidap ketumbuhan di usus besar dan
doktor meminta bahagian yang dijangkiti itu dipotong.

"Sebelum itu, suami saya adalah pemandu bas kontrak dengan gaji kira-kira RM1,500 sebulan. Ditambah pelbagai
masalah lain, beliau terpaksa berhenti kerja.

"Bayangkanlah, sebagai suri rumah sepenuh masa kami tidak mempunyai pendapatan lain bagi menyara keluarga.
Mujurlah keluarga suami ada juga sedikit-sebanyak membantu. Namun, kehidupan amat rumit. Sukar rasanya
mengenangkan saat itu," katanya.

Ibu muda itu terdiam seketika. Rona wajahnya kembali mengenang kisah silam saat hidup mereka sekeluarga
dirundung kelam.

"Bayangkan, sewa rumah sudah tertunggak hampir setahun lamanya. Yuran tadika anak pun saya tidak mampu
jelaskan. Kami terpaksa meminjam daripada kawan-kawan bagi membayar bil elektrik dan air, jika tidak semuanya
akan dipotong.

"Saat itu, saya selalu menangis mengenang kesusahan diri dan keluarga. Tidak pernah saya bayangkan, kami akan
melalui kegetiran sehebat itu," katanya sayu.

Azman yang berada di sisi kala wawancara hanya mendengar isterinya berkisah tentang kenangan itu. Setelah
menjalani pembedahan, Azman tidak mampu melakukan kerja-kerja berat, kerana bimbang boleh menjejaskan kesan
luka di ususnya. Semuanya menambah parah, kerana beliau adalah nadi kepada keluarganya.

Menurut Ruzita, mujurlah pada tahun 2006 itu juga, mereka didatangi pihak jawatankuasa masjid berdekatan yang
dapat menghidu kesusahan lantas membuat bancian dan siasatan.
"Akhirnya, kami didaftarkan sebagai asnaf zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bermula dari saat itulah, sinar
kebahagiaan mulai memancar kembali dalam hidup kami sekeluarga.

"LZS banyak memberikan bantuan yang tidak kami jangkakan. Misalnya, rumah kami sekarang ini adalah hasil
bantuan LZS. Cukup memuaskan, dengan tiga bilik dan siap dengan kemudahan elektrik dan air. Dapatlah kami
enam beranak tidur dengan selesa tanpa memikirkan sewa lagi," jelasnya.

Penulis terpandangkan kelengkapan membuat kuih baulu Kemboja yang tersedia di sudut rumahnya. Ada dua mesin
pengadun dan sebuah ketuhar pembakar yang agak besar.

"Ketuhar dan mesin ini pun saya dapat daripada pihak LZS di bawah Skim Bantuan Modal. Saya memang berhasrat
menjalankan perniagaan.

"Alhamdulillah, pihak LZS telah membantu saya memenuhi impian itu. Di samping LZS, pihak kerajaan juga ada
memberikan bantuan tambahan," katanya penuh semangat.

Sebuah lagi mesin pengadun dan sebuah ketuhar yang lebih besar sudah pun disumbangkan oleh pihak kerajaan.

Kini, pasangan itu bercadang menambah sedikit lagi binaan di tepi rumah untuk menempatkan segala kelengkapan
membuat kuih.

"Lagipun, tidak selesa rasanya berkongsi ruangan dengan mesin. Nanti jika sudah ada bengkel, mudahlah jika LZS
nak membawa orang datang melawat," tambah Ruzita.

Kini kehidupan Ruzita dan suaminya Azman, bersama empat orang anak mereka, Adzwin, 11; Fauzan, 9; Fauzul, 7
dan Faizul, 5, kian teratur.

Ada senyuman yang menghiasi wajah mereka. Senyuman itu pastinya terbit daripada sebuah kegembiraan yang
bukan rekaan.

Kini, keluarga itu disantuni dengan wang zakat dalam pelbagai bentuk. Mereka diberi bantuan hari raya, bantuan
bulanan dan anak-anak mereka diberi bantuan persekolahan setiap tahun. Rumah mereka pula dibina pada tahun
2009 dengan kos RM38,000 oleh LZS. Modal bagi memulakan perniagaan pula berjumlah RM5,000.

"Kini, kuih baulu kami sudah menembusi pasaran di merata tempat. Bagi daerah Sungai Besar ini sahaja, ada 44
kedai yang menjadi pelanggan tetap kami.

"Hitung panjang, setiap bulan kami mengeluarkan sejumlah 2,400 keping baulu Kemboja dengan harga pasaran
RM3 setiap satu. Tetapi bagi pengedar, adalah keistimewaannya.

"Insya-Allah, kami dalam proses menambahkan lagi rangkaian pengedar. Sambutan memang positif. Tak menang
tangan kami berdua," katanya.
Menjelang hari raya, kata Ruzita, tempahan akan meningkat sekali ganda. Bahkan ada orang menjadikan produk
mereka sebagai oleh-oleh kenduri kahwin.

"Mereka kata, produk kami berbeza. Mungkin kerana resipi saya memang istimewa berbanding baulu Kemboja yang
lain," tambahnya.

Hari ini, Ruzita dan Azman boleh tersenyum bangga dengan titik peluh mereka. Pendapatan mereka juga kian
meningkat. Tidak mustahil dalam tahun ini, mereka sudah terkeluar daripada senarai asnaf di LZS.

"Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembayar zakat. Teruskanlah membayar
zakat kerana terbukti sudah, LZS benar-benar mengotakan amanahnya membela ummah," kata Ruzita.

Jika ada pembaca yang menempah atau menjadi pengedar kuih Baulu Kemboja keluaran Ruzita Ismail, sila hubungi
beliau di talian 013-3109337.

ARKIB : 24/02/2011

Jalan hidayah Catherine Heseltine

Susunan ZUARIDA MOHYIN

ADAKAH aku ingin menjadi seorang Muslim? Lebih-lebih


lagi, pada usiaku 16 tahun. Tidak sama sekali dan terima
kasih sahajalah. Manakan aku sanggup meninggalkan Pasangan
bahagia Catherine Heseltine dan Muhammad Ali.
nikmat dunia yang dikecapi selepas ini.

"Agamaku adalah minum-minum, berparti sepanjang


malam, malah aku selesa dengan teman-temanku yang ada."

Itu pengakuan Catherine Heseltine sambil menggeleng-geleng kepala kepada soalan yang dianggap tidak masuk
akal itu.

Dibesarkan di Chelsea, utara London, Catherine, 32, tidak pernah mengamalkan mana-mana agama pun di
rumahnya. Apatah lagi kehidupannya lebih kepada lingkungan kelas menengah terpelajar menyebabkan agama
dalam keluarganya adalah dianggap sesuatu yang kuno atau ketinggalan zaman serta tidak relevan.

Hingga pada suatu hari, guru tadika itu bertemu seorang pemuda bernama Syed. Pemuda itu, akui Catherine,
berbeza dengan kebanyakan lelaki yang dikenalinya.
"Dia mencabar segala prasangka saya terhadap agama. Orangnya masih muda, seorang Muslim, seorang yang
sangat percaya kepada Tuhan dan yang paling saya tidak berkenan, dia juga seorang yang normal atau dia sama
seperti pemuda-pemuda seusianya.

"Yang membezakan Syed dengan pemuda-pemuda Inggeris lain ialah dia tidak langsung minum minuman keras,"
katanya.

Bagi Catherine, perbincangan dengan Syed banyak membuatnya sering seperti ditampar.

Menurut Syed, seorang yang berpegang dengan fahaman agnotisme juga menyedari bahawa tanpa pegangan
agama itu juga sebenarnya satu pegangan atau keyakinan.

Agnotisme adalah orang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan
sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak mungkin.

Setahun kemudian, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Dalam diam-diam, Catherine jatuh hati kepada Syed dan
Islam. Yang peliknya, dia sendiri tidak tahu yang mana datang dahulu sama ada kepada Islam ataupun Syed.

Yang jelas, dia semakin tekun membaca buku-buku berkaitan Islam.

Apa yang paling menarik perhatian Catherine daripada semua bahan bacaan itu?

"Al-Quran. Kitab ini sangat menarik dari sisi intelektual, sisi emosional dan spiritual. Saya menyukai penjelasannya
tentang kewujudan alam semesta yang dikesan sejak 1,500 tahun yang lalu.

"Malah, Islam telah memberikan hak-hak kepada wanita yang tidak dimiliki di dunia Barat. Saya makin yakin bahawa
al-Quran itu adalah betul-betul sebuah wahyu," kata hatinya.

Namun, untuk menyatakan keislaman diri, dia masih belum sanggup.

Baginya, pengislaman diri bukan sekadar melakukan syahadah atau demi mendapatkan apa yang diinginkan.

Dalam konteks Catherine, apa yang berpusing di mindanya ialah untuk mendapatkan Syed sebagai suaminya.

"Agama ini benar-benar cool. Tapi selama tiga tahun saya menyimpan minat dalam Islam untuk diri sendiri," ujarnya.

Tidak lama kemudian, timbul keberanian untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika berada di tahun pertama
kuliah.

Pada tahun yang sama juga, atas alasan tidak mahu membina hubungan cinta yang panjang, mereka bersetuju
menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan agar bergelar suami isteri di segi syariat Islam.
"Reaksi awal ibu, dia mempersoalkan tidakkah kami sekadar hidup bersama tanpa perlu bernikah? Ini salah satu
tanda hatinya agak berat merestui perhubungan itu," kata Catherine.

Bagi ibunya, rumah tangga Muslim adalah rumah tangga yang banyak menindas kaum isteri.

Pada awal pengislaman, Catherine tidak terus memakai tudung, cuma pada acara-acara keagamaan sahaja. Namun
dalam rutin kehidupan seharian, dia lebih selesa mengenakan bandana atau sekadar bertopi untuk menutupi
rambutnya.

Alasannya, dia sengaja tampil demikian untuk menarik perhatian, waima ketika berada di rumah, sedang menikmati
hidangan, membeli-belah, ataupun sewaktu berada di luar rumah. Kalau orang bertanya, maka akan mudah baginya
untuk bercerita tentang Islam.

Beliau mahu orang ramai dapat mengadaptasikan ajaran Islam secara berperingkat-peringkat.

"Saya juga mahu mereka menghakimi diri saya pertamanya dari sudut kecerdasan dan karakter, bukan pada agama
saya. Inilah yang saya maksudkan sebagai syiar," katanya.

Ramai yang beranggapan pengislaman Catherine hanya untuk menggembirakan keluarga suami tetapi bukan atas
kerelaan, keikhlasan dan kepercayaan diri sendiri.

Tidak terkecuali juga kalangan teman-temannya termasuk ada yang terkejut bahawa Islam mengharamkan arak,
menyalahgunakan dadah dan tidak menggauli lelaki secara bebas.

Hal ini mengambil masa terutamanya kepada kawan-kawan lelaki di universiti seperti tidak boleh bercium atau
mengucapkan salam dengan menyentuh pipi dan banyak lagi.

"Saya terpaksa memberitahu mereka, minta maaf ini bukan cara orang Islam.

"Lama-kelamaan, saya sebenarnya beralih menjadi seorang yang lebih Islamik daripada suami. Hal ini menyebabkan
hubungan kami semakin renggang.

"Pada akhirnya, hati saya kuat mengatakan tanggungjawab suami dalam rumah tangga semakin berat dipikul
olehnya dan krisis ini berlanjutan sehingga kami semakin menjauh dan kian terasing. Jodoh kami cuma bertahan
selama tujuh tahun.

"Selepas berstatus janda, saya pindah ke rumah keluarga. Ramai yang pelik apabila mereka lihat saya masih lagi
bertudung. Sejak itu, dalam situasi ditinggalkan sendirian, menjadikan keyakinan dan keimanan saya semakin kuat.
Saya mula mencari kekuatan diri sebagai seorang Muslim dan mula berdikari," katanya.
Catherine akui, Islam banyak memberikannya petunjuk dan hala tuju dalam hidup ini. Dia mula melibatkan diri
dengan Muslim Public Affairs Committee. Beliau mengetuai kempen-kempen anti-Islamophobia, diskriminasi
terhadap wanita di masjid, kemiskinan dan situasi serta perjuangan rakyat Palestin.

"Apabila segelintir pihak memanggil kami kumpulan pelampau, saya rasa itu sesuatu yang tidak masuk akal.
Hakikatnya, terdapat terlalu banyak masalah dalam komuniti Muslim, tetapi apabila orang ramai rasa dikepung, ia
menjadikan jalan perubahan itu semakin berliku dan sukar.

"Saya masih sebahagian masyarakat kulit putih di Britain tetapi saya beragama Islam. Sebenarnya, ia mengambil
masa juga untuk saya menyesuaikan dua identiti itu agar serasi berganding," katanya

Bertawassul dengan makam Nabi SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

PADA minggu ini kita melihat pula perbuatan para sahabat yang bertawassul dengan makam
Nabi SAW. Perbuatan mereka ini boleh dijadikan sandaran bahawa ia bukanlah suatu kesalahan
dan menjernihkan lagi kefahaman kita tentang tawassul ini.

Berkata al-Imam al-Hafiz al-Darimi di dalam kitabnya al-Sunan, bab kemuliaan yang
dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW selepas kewafatannya: Pada suatu masa,
penduduk Madinah ditimpa kemarau yang dahsyat. Maka mereka mengadu kepada Sayyidah
Aisyah RA, lalu Sayyidah Aisyah RA berkata, "Perhatikanlah makam Rasulullah SAW. Maka
buatlah sebuah tingkap menghadap ke arah langit hingga tiada satu atap yang menghalang di
antara maqamnya dengan langit."

Aus ibnu Abdullah berkata: "Maka mereka pun membuat tingkap tersebut. Lalu selepas itu, kami
diturunkan hujan hingga rumput-rumput tumbuh dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk,
(seolah-olah) badannya pecah kerana banyaknya lemak. Maka tahun itu dinamakan Tahun al-
Fatq (binatang gemuk dan berlemak) (Sunan al-Darimi Jld 1, H: 43)."
Inilah yang dinamakan bertawassul dengan makam baginda SAW. Bukan kerana ia adalah kubur
semata-mata tetapi kerana di dalamnya disemadikan jasad makhluk yang paling mulia dan
kekasih Tuhan semesta alam. Maka ia mendapat kemuliaan kerana berhampiran dengan Baginda
SAW dan layaklah ia mendapat kedudukan yang mulia.

Jika dikaji sanad hadis ini maka kita dapati ia tidak mengapa (untuk digunakan). Bahkan di sisi
saya, sanadnya adalah amat baik. Ia telah diterima baik oleh ulama dan mereka telah menjadikan
sanad seperti ini sebagai pendukung kepada hadis yang lain, bahkan dengan sanad yang
mempunyai kriteria yang lebih rendah daripada itu.

Sebahagian ulama berkata bahawa athar ini mauquf (terhenti atau disandarkan) kepada Aisyah,
dan beliau adalah seorang sahabat, sedangkan perbuatan sahabat tidak boleh dijadikan sebagai
hujah.

Jawapannya ialah, sekalipun bertawassul dengan makam Rasulullah SAW hanyalah lahir
daripada idea Aisyah, namun beliau adalah seorang yang terkenal dengan keluasan dan kesaratan
ilmunya dan beliau melakukan perbuatan tersebut di Madinah, di tengah-tengah ulama yang
terdiri daripada sahabat yang hebat.

Kisah ini sudah cukup bagi kami menjadikan dalil bahawa Sayyidah Aisyah, Ummul Mukminin
mengetahui bahawa Rasulullah SAW tetap mengasihi dan memberikan pertolongan kepada
umatnya selepas kewafatannya. Orang yang menziarahinya dan memohon syafaat dengannya
pasti akan diberikan syafaat sebagaimana yang dilakukan oleh Ummul Mukminin.

Perbuatannya ini tidak termasuk di dalam kategori amalan syirik atau salah satu jalan menuju
kesyirikan sebagaimana anggapan salah golongan yang mempermudahkan urusan mengkafirkan
dan menyesatkan orang lain. Sesungguhnya Aisyah dan orang yang menyaksikannya bukanlah
orang yang buta dan jahil tentang kesyirikan.

Kisah ini membatalkan hujah mereka yang suka mengkafirkan dan menyesatkan golongan yang
mengharuskan bertawassul dengan Nabi SAW selepas kewafatannya. Kisah ini telah
menegaskan bahawa Nabi SAW tetap mengambil berat dan prihatin tentang keadaan umatnya di
dalam maqamnya sekalipun telah wafat. Telah diriwayatkan bahawa Sayyidah 'Aisyah RA
pernah berkata:

"Pada suatu ketika, aku masuk ke dalam rumahku yang terdapat makam Rasulullah SAW dan
ayahandaku di dalamnya dan aku tidak menutup auratku di situ, dan aku berkata tidak mengapa
kerana yang ada hanyalah suami dan ayahandaku.

"Setelah Umar ibn al Khattab dikebumikan di samping makam Rasulullah SAW dan
ayahandaku, maka demi Allah aku tidak pernah masuk ke dalamnya melainkan dalam keadaan
menutup aurat kerana malu dengan Umar RA." (riwayat Ahmad, al-Hakim dalam al-Mustadrak,
al-Haithami mengatakan dalam Majma' al-Zawaid bahawa rijalnya sahih).

Aisyah tidak melakukan suatu perkara yang batil. Tetapi dia mengetahui bahawa Nabi SAW dan
kedua orang temannya mengetahui siapakah insan yang berada di sisi kubur merek