Mendarabkan integer
Pendaraban suatu integer dengan integer positif adalah penambahan
yang berulang-ulang integer tersebut.
Peraturan untuk pendaraban integer.
Hasil pendaraban dua integer adalah positif apabila kedua-dua
integer mempunyai tanda yang sama seperti (a) dan (d) dalam
jadual di atas.
Hasil pendaraban dua integer adalah negatif apabila kedua-dua
integer mempunyai tanda yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam
jadual di atas.
Hasil pendaraban suatu integer dengan sifar (zero) akan sentiasa
sifar seperti (e) dan (f) dalam jadual di atas.
1
Contoh 1
Cari hasil darab yang berikut:
25 x (-4)
Jwb:
(+) x (-) = –
= – (25 x 4)
= -100
(-15) x (-6)
Jwb:
(-) x (-) = +
= + (15 x 6)
= 90
2
(-18) x 0
Jwb:
=0
4 x (-2) x (-3)
Jwb:
= 4 x [(-2) x (-3)]
(-) x (-) = +
=4x6
= 24
3
(-7) x 3 x (-4)
Jwb:
= [(-7) x 3] x (-4)
(-) x (+) = –
= (-21) x (-4)
(-) x (-) = +
= 84
4
Penyelesaian masalah yang melibatkan pendaraban integer.
Contoh 2
Paras air di empangan menurun 5cm setiap hari. Berapakah jumlah
penurunan paras air selepas 17 hari?
Jwb:
Tahap penurunan air dalam sehari = 5 cm [ditulis sebagai -5 cm]
Tahap penurunan air selepas 17 hari = 17 x (-5 cm) = -85 cm
Jumlah penurunan paras air selepas 17 hari adalah 85 cm.
5
Pembahagian integer
Pembahagian integer dengan integer positif adalah satu proses
perkumpulan yang sama atau perkongsian.
Pembahagian integer negatif oleh integer negatif adalah juga satu
proses perkumpulan yang sama.
Kaedah-kaedah bagi pembahagian integer.
6
Contoh 3
Cari hasil bahagi yang berikut:
(-30) ÷ 6
Jwb:
(-) ÷ (+) = –
(-30) ÷ 6 = -5
50 ÷ (-10)
Jwb:
(+) ÷ (-) = -50 ÷ (-10) = -5
(-84) ÷ (-7)
Jwb:
(-) ÷ (-) = +
(-84) ÷ (-7) = 12
7
Penyelesaian masalah yang melibatkan pembahagian integer.
Contoh 4
Harga satu saham jatuh dari 132 sen kepada 45 sen dalam 3 hari. Kira
purata kejatuhan harga saham setiap hari.
Jwb:
Kejatuhan harga dalam 3 hari = (132 – 45) sen = 87 sen
[perubahan harga = -87 sen]
Kejatuhan harga dalam 1 hari = 87 sen ÷ 3 = 29 sen
Oleh itu, purata kejatuhan harga saham setiap hari adalah 29 sen.
8
Operasi Bergabung – Integer
Melaksanakan pengiraan yang melibatkan penambahan,
penolakan, pendaraban dan pembahagian integer, termasuk
penggunaan kurungan.
Contoh 1:
Selesaikan yang berikut:
-52 ÷ 13 – 16 x 6
Jwb:
Kira dari kiri ke kanan: ÷ dan x dilakukan dahulu.
= -52 ÷ 13 – 16 x 6
= -4 – 96
= -100
9
63 ÷ (13 – 4) x (-2)
Jwb:
Pertama, selesaikan dalam kurungan dahulu. (13 – 4) dilakukan
terlebih dahulu.
= 63 ÷ 9 x (-2)
Selesaikan dari kiri ke kanan.
= 63 ÷ 9 x (-2)
= 7 x (-2)
= -14
15
Perpuluhan Positif dan Negatif
Perpuluhan (decimals) boleh ditandakan pada garis nombor (number
line).
Nombor perpuluhan positif adalah mengarah ke kanan daripada sifar
(0), manakala nombor perpuluhan negatif pula mengarah ke kiri
daripada sifar (0).
Melaksanakan penambahan, penolakan, pendaraban atau
pembahagian perpuluhan.
Kaedah-kaedah untuk menambah, menolak, mendarab dan
membahagi perpuluhan positif dan negatif adalah sama seperti
kaedah-kaedah yang digunakan untuk integer.
16
Contoh 1:
Kirakan yang berikut:
-8.4 + (-3.5)
Jwb: 17
+(-) = –
= -8.4 -3.5
= -11.9
-8.4 – (-3.5)
Jwb:
-(-) = +
= -8.4 + 3.5
= -4.9
Contoh 2:
Kirakan yang berikut:
-8.4 x (-2.5)
Jwb:
(-) x (-) = +
= 8.4 x 2.5
= 21 18
-8.4 ÷ 2.5
Jwb:
(-) ÷ (+) = –
Gerakkan titik perpuluhan satu tempat ke sebelah kanan.
= -84 ÷ 25
= -84/25
= -3.36
Pengiraan Melibatkan Nombor Berarah (Integer, Pecahan dan
Perpuluhan)
Kaedah-kaedah untuk mengira nombor berarah (directed number)
melibatkan gabungan operasi +, -, x, ÷ dan tanda kurungan (brackets)
adalah sama seperti kaedah-kaedah yang digunakan bagi integer.
Kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut:
1. Selesaikan operasi dalam kurungan (brackets) terlebih dahulu.
2. Kemudian, darab dan bahagi dari kiri ke kanan.
3. Akhir sekali, tambah dan tolak dari kiri ke kanan.
Contoh 1:
Kirakan nilai-nilai berikut.
-1/2 + (-0.37) – (-5)
Jwb:
Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
= -0.5 – 0.37 + 5
= -0.87 + 5
= 4.13
19
10 – (-13/4) x (-0.5)
Jwb:
Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
= 10 – (-3.25) x (-0.5)
= 10 – [(-3.25) x (-0.5)]
Lakukan operasi darab terlebih dahulu.
= 10 – (3.25 x 0.5)
= 10 – 1.625
= 8.375
20
0.6 + (-5/3) ÷ (4/15) – 2
Jwb:
= 0.6 + [5/31 x 155/4] – 2
= 0.6 + [-25/4] – 2
Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
= 0.6 + [-6.25] – 2
= 0.6 – 6.25 – 2
= -7.65
Nombor Berarah
DIRECTED NUMBER