Anda di halaman 1dari 2

STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI

Memartabatkan Bahasa Melayu


Strategi memartabatkan Bahasa Melayu meliputi perkara-perkara berikut:
·         Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu
·         Asas Berbahasa (Back To Basics)
·         Didik Hibur
·         Penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum
·         Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
·         Program Bacaan
·         Guru Bahasa Melayu Berkualiti
·         Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
·         Bahasa Melayu Bahasa Ilmu dan Komunikasi
·         Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Melayu di Universiti Luar Negara
·         Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi
* Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh
melalui pendekatan  
   modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
* Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan
sistematik. 
   Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang
menerapkan elemen 
   menyeronokkan dalam seni 
   bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu
dalam konteks.
* Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Melayu akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan
dan menarik melalui 
   pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan
disulam dengan dengan 
   aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
* Penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul
dalam mata 
   pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Melayu. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar
mesti dipantau agar tidak 
   menjejas standard dan mutu Bahasa Melayu itu sendiri.
* Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-
mel, laman sembang 
   dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan
diwujudkan untuk 
   menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik,
sasterawan, pelajar serta 
   pengguna Bahasa Melayu untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Melayu.
* Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), Buku
Sastera Sekolah 
   Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan
supaya pembacaan bahan 
   sastera dapat ditingkatkan.
* Guru Bahasa Melayu Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Melayu
untuk 
   memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan
profesionalisme yang memberikan 
   pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar
dari dalam dan luar 
   negara.
* Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan
keselamatan di sekolah 
   dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan
sekolah lebih kondusif 
   untuk P&P.
* Bahasa Melayu Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika
dan Asia perlu 
  diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Melayu dapat dipergiat,
seterusnya 
  menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Melayu juga mestilah
tekal dan mantap 
  dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Melayu terlaksana melalui identiti negara bangsa.
* Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Melayu di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang
mantap antara Melayu 
   dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Melayu di universiti luar negara.
* Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah
diwajibkan 
   mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Melayu sebagai syarat masuk.
MEMPERKUKUH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
Strategi memartabatkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut:
·         Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris
·         Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rend
·         Asas Berbahasa (Back to Basics)
·         Didik Hibur – Modul Language Arts
·         Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
·         Penetapan Model Bahasa Inggeris
·         Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
·         Sumber P&P – Makmal Komputer
·         Guru : Contact Time Berkualiti
·         Perkongsian dan Jaringan Guru
·         Kepimpinan Sekolah
* Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris – peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah
sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak
60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1
hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Melayun University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6
ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam.
* Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah – Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris
sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui
pendekatan modular.
* Asas berbahasa (Back to Basics) – Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan penguasaan
asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen
pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks
diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
* Didik Hibur – Modul  Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa
yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan
bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan
Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris
pelbagai genre.
* Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Kurikulum Bahasa Inggeris akan mengintegrasi
elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata
serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.
* Penetapan Model Bahasa Inggeris – model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya
setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.
* Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah – Transformasi Kurikulum Bahasa
Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul
P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar.
* Sumber P&P – Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut
berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui
penggunaan perisian yang sesuai.
* Guru – Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru – murid, seorang guru Bahasa Inggeris
gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yagn mengajar kelas berenrolmen besar (contoh: kelas
melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2.
* Perkongsian dan Jaringan Guru – sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman
dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan.
* Kepimpinan Sekolah – Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang peranan
mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa
Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan
Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Program seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan.

Anda mungkin juga menyukai