Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMIL DESA CEMERLANG

KERTAS CADANGAN

PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH

TARIKH :

22 MAC 2020

ANJURAN:

PRASEKOLAH SJK (T) DESA CEMERLANG

.
1.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh


kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang.
Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan fizikal
bagi murid-murid prasekolah. Dengan ini, guru pelatih major Pendidikan Awal
Kanak-Kanak dengan kerjasama guru pembimbing dan ibu bapa kanak-kanak
Prasekolah SJKT Kampar bercadang untuk mengadakan program sukaneka
prasekolah. Program ini melibatkan kerjasama ibu bapa atau penjaga murid
prasekolah.

Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta,


permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap
perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat
membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga,
ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani
yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan
pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu
pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,


persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan kanak-kanak danibu bapa.
Program ini merupakan sebahagian daripada tugasan projek dalam kerja kursus
PAKK 3303 yang diwajibkan kepada guru pelatih semasa menjalani internship di
sekolah. Program yang dirancang ini memberi fokus kepada sukaneka Prasekolah
SJKT Kampar.

Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-
kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif
dengan ibu bapa mereka. Tambahan pua, kanak-kanak juga dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dengan guru dan ibu bapa.

3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri kanak-kanak.

2. Merapatkan silaturahim dan memupuk kesefahaman yang jitu diantara ibu

bapa, guru dan kanak-kanak prasekolah.

3. Membentuk kanak-kanak agar sentiasa bersikap positif.

4. Memberi peluang kepada kanak-kanak dalam menunjukkan bakat masing

masing.

5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui

aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.

6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak seperti bekerjasama, rajin

dan bertanggungjawab.

7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam

penghasilan kertas kerja.

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 9 Mac 2018

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua warga prasekolah SJKT Kampar iaitu kanak-kanak Ibubapa, dan guru-guru
serta kakitangan sekolah yang berkenaan

6.0 JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT I
Puan Nagaletchumi A/P
Sundralegan

PENASIHAT II
Cik Gaiyathri A/P
PENAUNG Jayagopal
Encik Archunan A/L
Maniandi
PENGERUSI
Cik Sageetha Ganesh

NAIB PENGERUSI
Cik Kavipriya
Arumugam

7.0 ACARA SUKANEKA

A. Kategori ibu bapa : Acara “Hanging Bread”

B. Kategori kanak-kanak : Kumpulan

 Acara Berstesen

: Individu
 “Puzzle Game”

C Kategori ibu bapa bersama kanak-kanak : Mereka Pakaian kitar semula

8.0 PEMBAHAGIAN KUMPULAN

C. Kategori ibu bapa : 10 orang peserta

D. Kategori kanak-kanak : Kumpulan

 4 Kumpulan
 Lima orang peserta dalam setiap kumpulan

: Individu

 5 Tahun
 6 Tahun

9.0 SENARAI ALATAN

BI ALATAN KUANTITI
L

1 Roti Gardenia 1 buku

2 Kayu panjang 2 batang

3 Tali 1 Meter

4 Belon 1 bungkus

5 Baldi 4 buah

6 Gelung 8 gelung
7 Bola 4 biji

8 Tin susu (kosong) 40 buah

9 Bahan-bahan kitar semula -

10 kerusi 10 buah

11 Meja 5 buah

12 Wisel 2 biji

10.0 TENTATIF PROGRAM

MASA ACARA

8.00 pagi Kehadiran guru, murid-murid dan ibu bapa

8.20 pagi Menyanyi Lagu Negaraku, Lagu Sekolah

8.40 pagi Ucapan

9.00 pagi A. Kategori ibu bapa

B. Kategori kanak-kanak : Kumpulan dan


Individu

C Kategori ibu bapa bersama kanak-kanak

11.00 pagi Majlis penutup


1. Penyampaian hadiah

2. Jamuan makan
12.00 tengah hari Majlis bersurai

11.0 Anggaran Perbelanjaan

SUMBER PERUNTUKKAN : Peruntukkan ko-kurikulum prasekolah dan guru pelatih

Perkara Harga Seunit Jumlah


Bil Kuantiti
(RM) Harga RM

1 Hadiah acara kategori ibu


bapa
- Johan

- Naib Johan

- Ketiga

2. Hadiah acara kanak-kanak


– Johan
- Naib johan
- Ketiga
3. Hadiah acara ibu bapa
bersama kanak-kanak
- Johan
- Naib johan
- Ketiga

4. Makanan dan minuman

5. Peralatan sukaneka

Jumlah keseluruhan
12.0 PENUTUP

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang
baru kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat
melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini
dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia
juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sebagai bakal guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini,
kami dapat belajar mengenai pengurusan, pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di
sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini sedikit sebanyak dapat memudahkan
tanggungjawab kami apabila bergelar guru kelak. Selain itu, permainan ini juga
dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat
meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap
kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai