Anda di halaman 1dari 48

Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan

Strategi Pengajaran

Bab ini merangkumi subtopik-subtopik jenis pendekatan, strategi, kaedah, dan


teknik pengajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan
teknik pengajaran di samping mengemukakan definisi dan prinsip am setiap
pendekatan dan strategi, ciri-ciri utama, langkah-langkah pelaksanaan setiap
kaedah dan teknik juga ditekankan. Penganalisisan dan rumusan terhadap
kekuatan dan kekurangan setiap pendekatan serta strategi pengajaran turut
dibincangkan dalam bab ini.

Strategi dan Pendekatan


Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan Strategi

Induktif Eklektif Deduktif Pemusatan Pemusatan


Guru Murid
Tematik Integratif
Berasaskan Berasaskan
Bahan/Sumber Tugasan/Aktiviti

Rajah 8.1: Strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 149 2/22/16 4:38 PM


150 Murid dan Pembelajaran

8.1  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi


Pengajaran
Kerangka pengajaran dalam Rajah 8.1 bertujuan menggalakkan para guru
mengkaji amalan pengajaran masing-masing. Kerangka bermula dengan model
pengajaran yang diperincikan dalam bab lepas yang menjurus kepada pendekatan,
strategi pengajaran, kaedah, dan teknik.
(a) Pendekatan
Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-
langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas
(cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang).
Terdapat beberapa pendekatan yang akan dibincangkan, iaitu pendekatan
induktif, deduktif, integratif, eklektik, dan tematik.
(b) Kaedah pengajaran
Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan
menggunakan teknik, isi pelajaran, dan alat bantu mengajar bagi mencapai
objektif pengajaran.
(c) Teknik pengajaran
Teknik pengajaran ialah kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian
bahan pengajaran kepada murid melalui langkah-langkah dalam aktiviti.
(d) Strategi pengajaran
Kamus Dewan (1998) mentafsirkan strategi sebagai rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam pendidikan, strategi diertikan
sebagai kebijaksanaan memilih pendekatan dan kecekapan merancang
kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif
pelajaran yang telah ditentukan.

8.2  Definisi, Jenis, dan Prinsip-prinsip Pendekatan


Pendekatan bermaksud cara mendekati sesuatu dan merujuk kepada cara sesuatu
mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan
yang dapat digunakan di dalam bilik darjah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.2.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 150 2/22/16 4:38 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 151

Integratif Induktif

Pendekatan
Pengajaran
dan
Pembelajaran
Tematik Deduktif

Eklektif

Rajah 8.2: Jenis-jenis pendekatan pengajaran dan pembelajaran

8.2.1  Pendekatan Induktif


Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentaksir maklumat-
maklumat serta membuat generalisasi atau kesimpulan. Mengikut B. Seaton,
murid mengalami satu proses mental, iaitu mereka akan memerhati peristiwa
tertentu untuk memperoleh satu generalisasi. Guru akan memulakan pengajaran
dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu
prinsip yang sama. Murid dibimbing untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti,
dan mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan. Matematik,
bahasa, dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif.
Kaedah inkuiri merupakan penemuan diamalkan apabila mengajar subjek Sains.
Hal ini dapat dilihat seperti yang berikut:
(a) Contoh khusus: ikan emas, udang, sotong, berudu.
(b) Memerhati dan mengkaji: bernafas melalui insang.
(c) Mentafsir dan membuat generalisasi: haiwan yang hidup di dalam air
mempunyai insang untuk bernafas.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 151 2/22/16 4:38 PM


152 Murid dan Pembelajaran

Dalam pendekatan ini, pada akhirnya murid dikehendaki untuk merumuskan


dalam satu ayat tentang pemerhatian mereka. Dengan bimbingan guru, murid
akan membuat rumusan bahawa haiwan yang hidup di dalam air mempunyai
insang untuk bernafas. Guru dapat mengakhiri pelajaran dengan menggambarkan
generalisasi dalam bentuk pengurusan grafik atau gambar visual. Sekiranya
murid masih belum menguasai apa-apa yang diajar, guru seharusnya meminta
murid menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan yang diperoleh
sepanjang tempoh pembelajaran sehingga mereka berjaya menguasainya.
Cara pelaksanaan strategi pengajaran dengan pendekatan induktif adalah seperti
Jadual 8.1 yang berikut:
Peringkat Pelaksanaan Cara Pelaksanaan
Peringkat 1: • Menentukan objektif pelajaran
Perancangan • Menyediakan contoh-contoh
• Menyediakan soalan
• Menyediakan alat bantu mengajar
Peringkat 2: Pendedahan • Set induksi
• Mengemukakan contoh-contoh
• Memerhatikan contoh-contoh
Peringkat 3: • Mengenal pasti ciri-ciri
Pembentukan konsep • Menganalisis ciri-ciri
mentafsir ciri-ciri
Peringkat 4: • Merumuskan ciri-ciri
Pembentukan • Membuat generalisasi
kesimpulan • Menerangkan fungsi kesimpulan, hukum, prinsip,
teori atau teorem
Peringkat 5: Penutup • Membuat kesimpulan kognitif
• Membuat kesimpulan sosial
• Memberikan aktiviti susulan

Jadual 8.1: Cara pelaksanaan strategi pengajaran dengan pendekatan induktif

Antara kebaikan pendekatan induktif adalah seperti yang berikut:


(a) Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana disertai dengan
contoh-contoh yang baik dan munasabah.
(b) Murid-murid mempelajari melalui lisan, bacaan, dan karangan yang tidak
disampaikan sebagai tajuk pelajaran yang berasingan.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 152 2/22/16 4:38 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 153

(c) Bahan-bahan diterima secara tidak langsung dan dapat digunakan secara
praktik.
(d) Murid-murid mempelajari benda-benda yang berguna dan biasa ditemui
dalam bacaan dan karangan.
(e) Guru mudah menyusun pelajaran mengikut prinsip-prinsip kaedah kanak-
kanak belajar, iaitu daripada yang senang kepada lebih susah dan seterusnya.
(f) Tidak perlu menghafal kerana murid-murid akan faham setelah diberikan
contoh-contoh beberapa kali.
(g) Sesuai dengan kehendak ilmu pengajaran dan pendidikan, iaitu beberapa
amatan akan menjadi satu tanggapan.

8.2.2  Pendekatan Deduktif


Strategi pengajaran deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana murid perlu memperoleh kefahaman yang mendalam dan mencukupi
serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, dan peraturan yang telah
dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Pendekatan
ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt. Pengajaran dijalankan dengan
guru mengemukakan generalisasi dan diikuti oleh contoh-contoh. Jenis-jenis
pendekatan deduktif bertujuan seperti yang berikut:
(a) Menyelesaikan masalah
• Contohnya, setelah murid mempelajari imbuhan beR- mereka disuruh
membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan beR-.
(b) Membuat generalisasi baharu
• Contohnya, setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat,
mereka dibimbing menggunakan rumus tersebut untuk mendapatkan
rumus luas segi tiga bersudut tegak.
(c) Membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari
• Hal ini dapat digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau
hukum yang telah dipelajari.
• Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan
atas garis lurus, mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk
membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segi tiga.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 153 2/22/16 4:38 PM


154 Murid dan Pembelajaran

Cara pelaksanaan strategi pengajaran dengan pendekatan deduktif dapat dilihat


pada Jadual 8.2 yang berikut:
Peringkat Pelaksanaan Cara Pelaksanaan

Peringkat 1: Pendedahan • Guru memulakan pengajaran dengan menyediakan


murid lebih dahulu, kemudian memperkenalkan
tajuk, tujuan pengajaran, dan isi pengajaran.

Peringkat 2: • Guru menerangkan peraturan, rumus tatabahasa,


Mengemukakan generalisasi menerangkan pengertian, dan hukum yang
tertentu.

Peringkat 3: Menganalisis • Pengajaran guru tertumpu kepada usaha


konsep menjelaskan generalisasi kepada murid.
• Guru mewujudkan pelbagai aktiviti.

Peringkat 4: Mencuba • Dijalankan dalam bentuk berkumpulan.


generalisasi • Melihat kembali kebolehan murid menguasai
kemahiran tertentu.

Peringkat 5: Penutup • Guru membuat kesimpulan berdasarkan perkara-


perkara yang telah dipelajari.
• Guru memberikan aktiviti tambahan untuk
meningkatkan kefahaman.

Jadual 8.2: Cara pelaksanaan strategi pengajaran dengan pendekatan deduktif

Antara kelebihan pendekatan deduktif adalah seperti yang berikut:


(a) Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
(b) Menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat banyak persediaan.
(c) Pendekatan ini sesuai digunakan kerana secara tradisinya, guru patut
memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

8.2.3  Pendekatan Eklektik


Eklektik bermaksud bercampur. Pendekatan hasil gabungan kedua-dua
pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam proses pengajaran Sains dan
Matematik. Pendekatan ini menggunakan strategi berpusatkan guru, berpusatkan

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 154 2/22/16 4:38 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 155

murid, berpusatkan bahan atau berpusatkan tugasan, dan lazim digunakan dalam
aktiviti pemulihan dan pengayaan. Tujuan pendekatan eklektik adalah untuk
menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang,
berfaedah, dan berkesan. Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), ciri-ciri
pendekatan eklektik adalah seperti yang berikut:
(a) Menggunakan pelbagai kaedah.
(b) Menggalakkan daya usaha dan kreativiti guru.
(c) Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran.
(d) Menekankan pelibatan murid-murid secara aktif.
(e) Menekankan kemahiran kognitif.

Murid mengenal pasti


Guru menunjukkan
ciri-ciri yang terdapat
bentuk segi empat
pada bentuk segi
sama.
empat sama.

Memberikan huraian Meminta murid


yang lebih lanjut memberikan contoh
tentang ciri-ciri segi lain yang mempunyai
empat sama. ciri-ciri yang sama.

Rajah 8.3: Langkah-langkah strategi pengajaran dengan pendekatan eklektik

Antara kelebihan pendekatan eklektik adalah seperti yang berikut:


(a) Memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberikan banyak contoh, dan
penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid.
(b) Murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah
dan meyakinkan.
(c) Secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang
terdapat dalam pendekatan tersebut.
(d) Sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada murid-murid yang
mempunyai pelbagai kebolehan.
(e) Pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua/sebahagian daripada
ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 155 2/22/16 4:39 PM


156 Murid dan Pembelajaran

8.2.4  Pendekatan Tematik


Pendekatan tematik lazimnya digunakan dalam kebanyakan program pendidikan
awal kanak-kanak. Pendekatan ini dilaksanakan dengan merujuk kepada tema
yang terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan. Tema akan
disusun mengikut perkara atau isu yang biasa (keluarga saya) kepada yang
mungkin kurang biasa (adat resam kaum di Malaysia). Pengajaran menggunakan
tema dan disampaikan melalui konsep yang besar. Satu-satu tema dipecahkan
kepada beberapa komponen kecil. Tema dipecahkan kepada subtopik untuk
perbincangan sama ada kumpulan pelbagai kebolehan atau kumpulan sama
kebolehan.
Pendekatan secara bertema ini membolehkan murid menganalisis, membuat
generalisasi, dan mengaplikasikan pengetahuan. Penggabungan pelbagai idea
yang berkaitan dengan satu konsep yang lebih meluas atau tema membolehkan
murid menyatukan pelbagai fakta.

Pelibatan murid
secara aktif dalam
pengajaran dan
pembelajaran.
Kesinambungan
Guru dapat terpelihara (kesemua
mencetuskan idea aktiviti dikaitkan
yang menarik Tujuan dengan satu tema yang
untuk aktviti yang Pendekatan sama supaya murid
dirancang. Tematik dapat mengikuti aktiviti
dengan mudah).

Guru dapat mengambil kira Pelbagai aktiviti kemahiran


minat, tahap kebolehan, dan digabungjalinkan semasa
pengalaman kanak-kanak murid bermain dan
semasa merancang aktiviti. melakukan aktiviti.

Rajah 8.4: Tujuan pendekatan tematik

Prinsip-prinsip bagi pengajaran secara tematik adalah seperti yang berikut:


(a) Tema yang dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman
murid.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 156 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 157

(b) Tema haruslah berkait rapat dengan kehidupan harian murid.


(c) Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.
(d) Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti perkembangan
topik dengan lancar.
(e) Aktiviti pembelajaran yang dirancang berdasarkan tema harus merangkumi
pelbagai bidang kurikulum. Penggabungjalinan ini bertujuan menyumbang
dari segi aspek JERIS.
(f) Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pencetusan idea yang
banyak dan pelbagai.
Cara pelaksanaan strategi pengajaran dengan pendekatan tematik dapat dilihat
pada Jadual 8.3 yang berikut:

Peringkat
Cara Pelaksanaan
Pelaksanaan
Pilih satu tema • Tema perlu cukup luas untuk memuatkan maklumat
daripada banyak bidang bagi sesuatu mata pelajaran.
Bina jaringan • Membuat sumbang saran untuk membina carta atau peta
perancangan semantik yang meneroka pelbagai contoh timbulnya tema.
• Membuat jaringan bersama rakan akan menghasilkan
pemikiran yang divergen.
Pilih bahan • Perancangan bertujuan menyediakan bahan yang banyak.
Contoh: Bahan-bahan seni, sastera, masyarakat, dan
teknologi.
Rancang aktiviti • Memilih dan mereka bentuk aktiviti yang sesuai dengan
tema.
• Menggunakan bahan-bahan yang banyak dan menggalakkan
peningkatan prestasi murid ke arah pencapaian matlamat
pembelajaran.
Jadual 8.3: Cara pelaksanaan strategi pengajaran dengan pendekatan tematik

Antara kebaikan pendekatan tematik adalah seperti yang berikut:


(a) Meningkatkan taraf kecekapan berfikir murid.
(b) Motivasi belajar dapat ditingkatkan dan diperbaik.
(c) Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi murid sehingga hasil pembelajaran
dapat bertahan lebih lama.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 157 2/22/16 4:39 PM


158 Murid dan Pembelajaran

8.2.5  Pendekatan Integratif


Pendekatan integratif bertujuan mewujudkan persekitaran pengajaran yang
merangsang murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami
hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza, menghargai unsur
kepelbagaian, dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat
yang sama. Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada
kandungan dan kemahiran berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran
integratif berdasarkan langkah Hilda Taba (1962).
Jika guru menggunakan pendekatan integratif yang menggabungjalinkan
beberapa pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik, murid-murid akan lebih
mudah memahami perkara yang disampaikan. Guru juga akan sentiasa
berusaha mengintegrasi idea-idea baharu dalam unit-unit pengajaran sedia
ada supaya pembelajaran murid-murid bertambah menjadi lebih berkesan dan
berupaya mengaplikasikan perkara yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung seperti kuliah, iaitu murid-
murid dikehendaki untuk duduk dan dengar, pendekatan integratif memerlukan
murid untuk berfikir, mensintesis, dan memberikan gerak balas terhadap perkara
yang diajar.
Prinsip-prinsip bagi pengajaran secara integratif adalah seperti yang berikut:
(a) Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan murid.
(b) Penggunaan pembelajaran aktif.
(c) Peranan guru sebagai fasilitator.
(d) Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas.
(e) Peluang untuk kerja berpasukan.
(f) Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugas atau projek.
Cara pelaksanaan dengan pendekatan integratif dapat dilihat berdasarkan
Jadual 8.4 yang berikut:
Fasa Cara Pelaksanaan
Fasa I: Menghurai • Murid digalakkan untuk menghuraikan tentang ciri sesuatu
aspek yang dikaji. Contohnya, guru meminta murid
menghuraikan ciri-ciri katak dan diikuti dengan kodok.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 158 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 159

Fasa Cara Pelaksanaan


Fasa II: • Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, murid
Membandingkan diminta untuk membuat perbandingan antara kedua-dua
haiwan, iaitu katak dengan kodok.
Fasa III: • Setelah mengenal pasti persamaan dan perbezaan katak
Menerangkan dengan kodok, murid diminta menerangkan dengan lebih
terperinci tentang ciri-ciri katak dengan kodok.
Fasa IV: Hipotesis • Selepas menerangkan persamaan dan perbezaan, murid
diminta membentuk hipotesis.
Fasa V: Membuat • Murid diminta membuat rumusan tentang maklumat yang
generalisasi dikumpulkan dan membentuk satu atau lebih generalisasi.
Jadual 8.4: Cara pelaksanaan strategi pengajaran dengan pendekatan integratif

8.3  Strategi Pengajaran


Strategi pengajaran dan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai kebijaksanaan
memilih, merancang, dan menguruskan kaedah serta teknik pengajaran untuk
menghasilkan pencapaian yang optimum.
Klasifikasi bagi strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat seperti Rajah
8.5 yang berikut:

Pemusatan Guru

Strategi
Berasaskan Tugasan/ Pengajaran dan
Aktiviti Pemusatan Murid
Pembelajaran

Pemusatan Bahan/
Sumber

Rajah 8.5: Strategi pengajaran dan pembelajaran

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 159 2/22/16 4:39 PM


160 Murid dan Pembelajaran

8.3.1 Strategi Pemusatan Guru


Dalam strategi ini, guru bertindak mengawal keadaan dan berperanan sebagai
ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy
(1978), pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang
dan diurus. Kepimpinan guru bersifat autokratik, iaitu komunikasi dan interaksi
antara guru dengan murid adalah sehala. Contoh strategi pemusatan guru adalah
seperti syarahan, demonstrasi, dan bercerita.

Guru berperanan utama


dalam proses P&P Komunikasi sehala
Sifat-sifat sosial
kurang dipupuk Murid pasif dan
mendengar sahaja
Menekankan
ujian sumatif Guru mengawal
untuk penggredan Ciri-ciri Strategi dan mengarah
Pemusatan Guru pembelajaran

Murid kurang
berminat terhadap Murid kurang
penerangan guru kreatif dan tidak
berinisiatif
Kepimpinan
bercorak autokratik Mementingkan
Guru berkuliah
pencapaian objektif
pendidikan guru

Rajah 8.6: Ciri-ciri strategi pemusatan guru

Antara kebaikan strategi pemusatan guru adalah seperti yang berikut:


(a) Menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks mengikut
tahap keupayaan murid.
(b) Menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid. Contohnya,
pengalaman guru.
(c) Meningkatkan kemahiran dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai sesuatu topik. 

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 160 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 161

(d) Strategi ini digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan
perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan agar murid dapat mengaitkan
pengetahuan baharu dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu.
Strategi berpusatkan guru juga mempunyai kelemahan, iaitu:
(a) Penyalahgunaan strategi, iaitu banyak guru gagal untuk menyedari sepenuhnya
tentang batasan guru.
(b) Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya
terbatas dalam membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan
mereka untuk berfikir secara kritikal sekali gus membataskan keupayaan
murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan.
(c) Pengajaran kaedah ini hanya dapat dilihat dan diterima sebagai salah satu
strategi yang digunakan oleh guru ketika mengajar.

8.3.2  Strategi Pemusatan Murid


Strategi pemusatan murid bermaksud murid mengambil alih sedikit tanggungjawab
tentang perkara yang diajar dan kaedah untuk belajar. Strategi pemusatan
murid dapat menggalakkan murid bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi
membantu mereka memahami kaedah untuk belajar. Kajian menunjukkan
bahawa strategi pemusatan murid mempunyai kelebihan untuk memperkembang
kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan
motivasi, dan memperkembang peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial
kumpulan. Kaedah ini dapat dilakukan untuk mewujudkan iklim bilik darjah
yang dapat memperkembang kreativiti murid (Noriati, et. al., 2012). Bilik
darjah yang berpusatkan murid juga menunjukkan perkembangan kognitif pada
peringkat tinggi dalam kalangan murid.
Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri,
dan inkuiri-penemuan. Contoh kaedah dan teknik pengajaran dalam strategi
pemusatan murid adalah seperti projek, inkuiri-penemuan, perbincangan,
penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbang saran,
dan kumpulan kecil. Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang dapat digunakan.
Aktiviti Tahu – Perkara yang ingin diketahui – Dipelajari (K-W-L) adalah
proses untuk murid-murid mengingat kembali perkara yang mereka ketahui

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 161 2/22/16 4:39 PM


162 Murid dan Pembelajaran

tentang satu-satu tajuk, kemudian menyatakan perkara yang ingin diketahui dan
seterusnya perkara yang telah dipelajari. K-W-L adalah seperti yang berikut:
(a) K (Know): Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
(b) W (Want): Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
(c) L (Learn): Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?
Antara prinsip pendekatan strategi pemusatan murid adalah seperti yang berikut:
(a) Dedahkan murid membuat aktiviti pemerhatian, contohnya Sains dan
Matematik.
(b) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu
unit.
(c) Guru bertindak sebagai fasilitator.
(d) Murid bukan diibaratkan sebagai bekas kosong.
(e) Murid ada gaya pembelajaran tersendiri dan pembelajaran ialah proses aktif
dan dinamik.
(f) Murid membina makna masing-masing.
Pemindahan Murid minat
pembelajaran berlaku dalam pelajaran
Komunikasi
dua hala Naluri ingin tahu
dikembangkan
Murid aktif dalam
aktiviti pengajaran Kepimpinan
dan pembelajaran bercorak demokratik
Ciri-ciri
Sifat-sifat sosial Strategi Mementingkan
yang positif seperti Pemusatan perkembangan
bekerjasama dan Murid jasmani, emosi,
tolong-menolong rohani, dan intelek

Murid lebih kreatif Disiplin tidak terkawal

Pembelajaran bercorak Menekankan pencapaian


pengarahan kendiri objektif pembelajaran murid
Rajah 8.7: Ciri-ciri strategi pemusatan murid

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 162 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 163

Antara kebaikan strategi pemusatan murid adalah seperti yang berikut:


(a) Murid terlibat secara aktif dalam pelajaran.
(b) Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksa
oleh guru.
(c) Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator.
(d) Menggalakkan daya kreativiti murid seterusnya membantu murid membina
kemahiran menyelesaikan masalah.
(e) Pembelajaran berpusatkan murid membolehkan berlakunya pengalaman
pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.
Strategi pemusatan murid juga mempunyai beberapa kelemahan, iaitu:
(a) Lebih bersifat tumpuan pembelajaran.
(b) Tempoh pembelajaran mengambil masa yang lama.
(c) Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawal pembelajaran
murid-muridnya dan kemungkinan menimbulkan ketidakselesaan dalam
kalangan murid.
(d) Lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk
membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

8.3.3  Strategi Pemusatan Bahan/Sumber


Strategi pemusatan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti
buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat
sumber, pusat akses kendiri, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran.
Strategi pemusatan bahan meliputi cara yang luas bagi murid yang dibimbing
oleh guru sehingga murid yang belajar secara individu dapat belajar. Penggunaan
bahan-bahan harus berasaskan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran,
keperluan murid, strategi pengajaran, dan kebolehan murid. Kepelbagaian media
akan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan
pemikiran kritikal dan kemahiran mental.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 163 2/22/16 4:39 PM


164 Murid dan Pembelajaran

Antara sumber pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:


(a) Slaid dan jalur filem
(b) Projektor lutsinar
(c) Pita rakaman dan televisyen
(d) Model-model tiga dimensi (3D) seperti glob dan rangka manusia
(e) Modul terancang
(f) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer
Contoh penggunaan bahan/sumber sebagai strategi pengajaran adalah seperti
yang berikut:
(a) Komputer: digunakan untuk latihan, latih tubi, dan permainan pendidikan.
(b) Internet: membolehkan murid memfokus kepada isu-isu global.
(c) Slaid dan transparensi: memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat, dan
penanggapan.
(d) Gambar, peta, dan carta: menarik minat dan memahami sesuatu dengan lebih
jelas.
Ciri-ciri bagi strategi pemusatan bahan sumber pelajaran adalah seperti yang
berikut:
(a) Bahan pelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan
untuk mencapai objektif pengajaran.
(b) Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran.
(c) Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
diutamakan.
(d) Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih tentang
kemahiran, kefahaman, dan berdikari.
(e) Pengajaran bermakna, menarik, dan berkesan.
(f) Peluang interaksi antara murid. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk
melalui kaedah kumpulan kecil. Contohnya, uji kaji, projek, perbincangan,
dan sebagainya.
(g) Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan
pelajaran.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 164 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 165

(h) Kaedah dan teknik: komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan,
kamus, pita perakam, carta, peta, graf, spesimen, slaid, video, televisyen,
projektor, dan sebagainya.
(i) Demonstrasi: murid-murid membuat pemerhatian ke atas demonstrasi yang
ditunjukkan oleh guru.
(j) Aplikasi: murid-murid mengaplikasikan pengetahuan baharu.
(k) Pengaktifan: murid-murid mengaktifkan pengetahuan/pengalaman baharu.
(l) Integrasi: murid-murid menyepadukan pengetahuan baharu dalam kehidupan
seharian mereka.
(m) Pemusatan tugasan: murid-murid mengambil bahagian dalam strategi
pengajaran pemusatan tugasan.

8.3.4 Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti


Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan murid dalam
aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau
mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari (dalam proses memberikan bimbingan
dan strategi-strategi mempermudahkan tugasan atau bantuan atau scaffolding
yang membolehkan mereka menyempurnakan aktiviti dengan jayanya). Aktiviti
bermaksud gerak kerja atau tindakan. Menurut J. Dewey (1910), melalui aktiviti
murid, intelek, rohani, sosial, dan jasmani mereka dapat dikembangkan dan
murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara yang praktik. Contohnya,
aktiviti membaca, menulis, bermain, berbincang, dan lain-lain.
Antara kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah
seperti yang berikut:
(a) Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada maklumat utama topik yang
ingin diajar.
(b) Berdasarkan matlamat pengajaran, pelbagai aktiviti dapat disediakan.
(c) Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi,
bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu.
(d) Aktiviti juga harus berkait dengan peristiwa atau isu semasa.
(e) Aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika menginginkan
impak yang berkesan.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 165 2/22/16 4:39 PM


166 Murid dan Pembelajaran

Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuannya


agar murid melibatkan diri dalam aktiviti. Murid hendaklah jelas tentang
matlamat yang ingin dicapai. Apabila murid mula melaksanakan aktiviti,
guru memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua
tugasan perlu disusuli dengan refleksi atau perbincangan. Guru menyemak
dan memberikan maklum balas umum tentang prestasi dan mengukuhkan
idea-idea utama.
Dalam usaha meningkatkan keberkesanan tugasan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan tugasan aktiviti yang berikut:
(a) Proses penggunaan bahan pelajaran di dalam bilik darjah hendaklah
dirancang mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan.
(b) Proses tersebut termasuk set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan
penggunaan bahan pelajaran.
(c) Aktiviti menilai keberkesanan penggunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah
diadakan.
(d) Aktiviti mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian.
(e) Aktiviti juga bertujuan mengukuhkan pelajaran yang baharu disampaikan
dan membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan
bahan pelajaran.
(f) Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan objektif yang ditentukan lebih
dahulu.
(g) Kandungan hendaklah mengandungi fakta yang tepat dan sesuai digunakan
mengikut kebolehan murid.
(h) Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah
dibaca oleh guru lebih dahulu supaya kelemahan dalam kandungannya dapat
dikenal pasti, kemudian mengubah suai bahan mengikut objektif dan topik
pelajaran yang akan diajar.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 166 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 167

8.4  Kaedah dan Teknik Pengajaran


Kaedah dan Teknik Pengajaran

Sumbang Saran Theory of


Constraint
Perbincangan (TOC)
Bercerita
Demonstrasi
Simulasi

Main Peranan

Penyelesaian Masalah

Belajar sambil Bermain

Rajah 8.8: Jenis-jenis kaedah dan teknik pengajaran

Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan


menggunakan teknik, isi pelajaran, dan alat bantu mengajar untuk mencapai
objektif pengajaran. Teknik pengajaran pula ialah kemahiran atau cara
melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-
langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara khususnya, teknik merupakan
satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat
penanggapan murid.

8.4.1  Sumbang Saran


Sumbang saran merupakan aktiviti perbincangan, iaitu ahli dalam kumpulan
mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu
masalah. Setiap ahli digalakkan untuk memberikan idea dan idea tersebut akan
dikaji dengan teliti. Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan
perbincangan. Keputusan yang dicapai merupakan keputusan kumpulan.
Rumusan tersebut merupakan hasil daripada sesi sumbang saran. Sumbang saran
bertujuan melatih murid mengemukakan idea atau pandangan yang bernas.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 167 2/22/16 4:39 PM


168 Murid dan Pembelajaran

Osborn (1963) menyatakan bahawa terdapat dua tujuan sumbang saran, iaitu:
(a) Jangka panjang: menyelesaikan suatu masalah penting.
(b) Jangka pendek: mendapatkan seberapa banyak idea penyelesaian yang
mungkin tentang sesuatu masalah.
Persekitaran pembelajaran yang aktif adalah penting. Pelaksanaan persekitaran
pembelajaran aktif akan berlaku dengan membahagikan murid dalam kumpulan
kecil dan murid dapat berinteraksi serta belajar secara harmoni di samping
mewujudkan iklim pembelajaran, iaitu perkongsian idea/maklumat. Di
samping itu, guru dapat meningkatkan keyakinan murid untuk mengemukakan
pendapat di hadapan orang ramai dan memupuk semangat berkongsi idea serta
menerima pendapat orang lain. Hal ini juga dapat memupuk sifat-sifat sosial
dan menggalakkan perkembangan mental murid.
Prinsip-prinsip sumbang saran adalah seperti yang berikut:
(a) Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
(b) Suasana perbincangan harus kondusif dan tidak formal untuk menggalakkan
perbincangan.
(c) Murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau
pendapat.
(d) Murid dilarang membuat kritikan atau menilai idea semasa sumbang saran.
Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir.
(e) Semua pendapat/idea dicatat dan huraian daripada orang lain adalah
dibenarkan.
(f) Murid digalakkan untuk mengembangkan satu-satu idea agar melahirkan
pandangan yang baharu.
(g) Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal supaya ahli-ahli dapat
digalakkan berfikir secara pantas.
Pelaksanaan sumbang saran adalah seperti yang berikut:
(a) Melibatkan seluruh kelas tetapi jika tempoh masa untuk perbincangan adalah
pendek, bilangan murid di dalam kelas seharusnya kecil.
(b) Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 168 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 169

(c) Tajuk perbincangan dikemukakan kepada murid dengan jelas oleh ketua
kumpulan.
(d) Menentukan satu cara untuk merekod semua idea (grafik atau carta).
(e) Setiap murid diberikan peluang untuk mengemukakan idea secara giliran.
Pada peringkat ini, antara peraturannya adalah semua idea harus diterima
dan dicatatkan kecuali jenaka.
i. Tiada kritikan terhadap mana-mana idea/cadangan.
ii. Ahli kumpulan harus menambah idea rakan-rakan.
(f) Setiap idea atau pendapat dibincangkan.
i. Ketua kumpulan harus menggalakkan semua ahli untuk mengemukakan
idea dan memberikan peneguhan positif.
ii. Kualiti idea tidak begitu dipentingkan. Namun, ahli digalakkan untuk
berfikir secara kreatif dan berintelek.
(g) Rumusan idea dibuat hasil daripada persetujuan semua murid dalam
kumpulan.
Antara kelebihan sumbang saran dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
seperti yang berikut:
(a) Semua murid melibatkan diri dalam mengemukakan idea.
(b) Menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid.
(c) Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif.
(d) Nilai-nilai murni dapat dipupuk dan murid saling menghormati idea atau
pendapat orang lain.
Namun, sumbang saran kurang sesuai untuk murid yang lemah kerana mereka
tidak dapat memberikan idea. Mereka akan berasa kecewa dan rendah diri
jika idea mereka ditolak pada akhir sesi sumbang saran. Orlich, et. al. (2007)
menyarankan agar sumbang saran dijadikan sebagai satu proses pencetusan
idea dan harus dilanjutkan. Contohnya, idea yang dijana dalam sumbang saran
digunakan sebagai satu asas untuk perbincangan yang lain.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 169 2/22/16 4:39 PM


170 Murid dan Pembelajaran

8.4.2  Perbincangan
Perbincangan ialah satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid.
Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara murid secara bermakna
tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan,
kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini
dapat menggalakkan perkembangan mental murid supaya dapat menyumbangkan
idea dan pandangan secara sistematik dan tepat. Orlich, et. al. (2007) berpendapat
bahawa perbincangan merupakan teknik yang dapat meningkatkan kemahiran
dan pemikiran murid.
Antara tujuan perbincangan adalah seperti yang berikut:
(a) Murid dilatih berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang menarik,
mengemukakan pandangan dengan jelas, tepat, dan lojik.
(b) Peluang menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi,
memupuk, bekerjasama serta wujud interaksi sosial yang positif.
(c) Menguasai teknik perbincangan yang betul dan mengukuhkan kemahiran
lisan yang telah dipelajari.
Prinsip-prinsip dan pelaksanaan bagi sesi perbincangan adalah seperti yang
berikut:
(a) Pemilihan topik perbincangan.
i. Topik yang berasaskan pengalaman, kebolehan, dan minat murid-murid.
ii. Elakkan topik yang mengandungi isu sensitif.
iii. Skop harus jelas dan khusus serta sesuai dengan peruntukan masa.
(b) Tujuan harus jelas dan diberitahu kepada murid sebelum perbincangan
supaya murid dapat membuat persediaan dan mencapai matlamat pada sesi
akhir perbincangan.
(c) Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua (bertindak sebagai pengerusi)
dan pencatat yang dipilih dalam kalangan murid untuk mengendalikan sesi
perbincangan. Murid boleh bertukar-tukar untuk memegang peranan ini.
(d) Cara dan peraturan akan diberitahu lebih dahulu untuk memastikan aktiviti
berjalan lancar, teratur, dan tidak terpesong daripada tujuannya.
(e) Guru berperanan sebagai fasilitator, iaitu guru akan membimbing murid
dengan kemahiran, memberikan bahan, dan peluang kepada murid.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 170 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 171

(f) Guru juga perlu bergerak ke setiap kumpulan bagi mendengar, memerhati,
dan menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan.
(g) Murid digalakkan untuk mencatat idea-idea yang disarankan dari semasa ke
semasa.
(h) Idea yang dicatat dirumuskan sebagai pertimbangan asas kepada pengerusi
untuk membuat ulasan.
(i) Sedikit masa diperuntukkan kepada guru atau pengerusi untuk membuat
ulasan dan kesimpulan daripada hasil perbincangan supaya murid menyedari
pencapaian tujuan perbincangan mereka.
(j) Pujian perlu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada murid yang telah
menyertai aktiviti perbincangan.
Pelaksanaan Sesi Perbincangan

Proses dan Interaksi Peranan dan Kepemimpinan


Proses komunikasi Tanggungjawab Ketua kumpulan
• Pelibatan murid Guru • Kebolehan berfikir
• Fasilitator dan bercakap
• Bergerak di • Kemahiran sosial
dalam kelas untuk • Tahap pencapaian
memerhati akademik
• Memilih ketua • Populariti
kumpulan dan
pencatat
Rajah 8.9: Pelaksanaan sesi perbincangan

Gambar 8.1: Sesi perbincangan

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 171 2/22/16 4:39 PM


172 Murid dan Pembelajaran

8.4.3  Bercerita
Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-
perkara atau peristiwa-peristiwa sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar.
Strategi ini dapat meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati
kesusasteraan. Di samping itu, bercerita dapat memperkaya pengajian pelbagai
bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran
mendengar, dan memotivasikan murid untuk membaca.
Prinsip-prinsip teknik bercerita adalah seperti yang berikut:
(a) Sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Topik perlu berkaitan dengan
objektif pembelajaran.
(b) Suasana bilik darjah mesti kondusif.
(c) Bahan bantu mengajar dapat digunakan untuk menghidupkan suasana
penceritaan.
(d) Bahasa yang mudah digunakan agar murid dapat memahami pelajaran.
Soalan turut dikemukakan untuk mewujudkan interaksi.
(e) Gerak-geri dari segi isyarat lisan dan tanpa lisan hendaklah sesuai dengan
isi cerita.
(f) Aktiviti susulan dijalankan untuk berbincang tentang nilai-nilai murni yang
terkandung dalam cerita yang dipilih.
Menurut Noriati, Boon, dan Sharifah Fakhriah (2012), teknik bercerita dapat
dilaksanakan melalui beberapa cara, iaitu:
(a) Guru bercerita keseluruhan dan murid mencatatkan urutan peristiwa.
(b) Guru bercerita keseluruhan cerita dan murid menceritakan semula.
(c) Guru menceritakan awal cerita dan murid meramalkan kesudahan cerita.
(d) Murid membina permulaan cerita dan guru menceritakan bahagian akhir cerita.
(e) Murid diminta mendengar rakaman cerita dan murid menceritakan semula.
(f) Guru memberikan peluang kepada murid untuk bebas memilih cerita dan
bercerita secara lisan.
(g) Guru meminta murid membina cerita sendiri berdasarkan bahan rangsangan
dan menceritakannya.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 172 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 173

Langkah Pelaksanaan Teknik Bercerita

Persediaan Awal Semasa Bercerita Selepas Bercerita


• Sesuai dengan • Kemahiran verbal • Soalan
minat murid – Intonasi suara dikemukakan
dan objektif padan dengan untuk menguji
pembelajaran cerita kefahaman murid
• Mempunyai – Ayat yang mudah • Sesi perbincangan
saspens • Kemahiran diadakan
• Penyediaan bahan bukan verbal • Aktiviti susulan
bantu mengajar (menghidupkan – Meringkaskan
watak) cerita secara
– Gerak mata – lisan
situasi – Melakonkan
– Mimik muka – semula
emosi – Menulis semula
– Gerak badan cerita

Rajah 8.10: Langkah pelaksanaan teknik bercerita

Rajah 8.2: Sesi bercerita di dalam bilik darjah

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 173 2/22/16 4:39 PM


174 Murid dan Pembelajaran

8.4.4  Demonstrasi
Demonstrasi atau tunjuk cara ialah satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan
contoh atau membuat uji kaji. Kaedah tunjuk cara ialah satu kaedah yang
memerlukan pelibatan kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid melalui pengajaran
yang disampaikan secara praktikal. Guru dan murid akan sama-sama terlibat dalam
melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama atau berbeza. Kaedah ini
melihat kepada keupayaan murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka
membuat sesuatu secara sendiri berbanding dengan perkara yang mereka dengar
atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberikan peluang kepada murid
untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan dapat melakukan
perkara yang dipelajari secara praktikal.
Dalam proses demonstrasi atau tunjuk cara, terdapat komunikasi lisan yang
langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada murid. Biasanya
komunikasi tersebut adalah interaktif kerana guru dan murid sama-sama terlibat
dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif. Teknik ini bertujuan memberikan
peluang kepada murid agar benar-benar memahami perkara yang hendak
dipelajari melalui prosedur yang ditunjukkan. Di samping itu, teknik ini juga
membolehkan murid menguasai sesuatu perkara dengan lebih mudah dan dapat
meningkatkan ingatan murid terhadap sesuatu perkara.
Demonstrasi dapat digunakan seperti yang berikut:
(a) Menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan.
(b) Menimbulkan minat dalam sesuatu topik.
(c) Menyediakan model untuk kemahiran mengajar.
(d) Mengubah kadar pembelajaran murid.
Dalam kebanyakan aktiviti P&P, guru menunjukkan sesuatu perlakuan atau
aktiviti sebelum meminta murid melakukan aktiviti tersebut secara individu.
Bagi aktiviti yang melibatkan banyak murid, demonstrasi akan dilakukan
dengan menyediakan model-model atau contoh-contoh perlakuan dan membina
jangkaan-jangkaan. Hal ini demikian kerana demonstrasi yang baik memerlukan
objektif dan kandungan yang teliti, penerangan yang jelas, tumpuan daripada
murid, rumusan, dan aktiviti susulan dalam memperkukuh kefahaman murid.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 174 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 175

Terdapat tiga jenis model yang lazim digunakan, iaitu model hidup, model
simbolik, dan model persepsi.
Jenis Model Penerangan
Model hidup Demonstrasi pengajar dan murid yang telah menguasai
kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan
dengan menggunakan bahan maujud atau individu.
Contoh: Demonstrasi pengajar dalam pelbagai mata pelajaran
seperti Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani, dan
Pendidikan Seni.

Model simbolik Tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara


bertulis, bergambar atau arahan pengajar.
Contoh: Semasa pelajaran Kemahiran Hidup, murid melakukan
aktiviti memasak berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan
dalam resipi masakan yang ditunjukkan.

Model persepsi Penggunaan video yang menayangkan suatu demonstrasi


permainan.
Contoh: Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan
tangan semasa berlari 100 m secara perlahan-lahan menerusi
tayangan video.

Jadual 8.5: Model yang digunakan dalam demonstrasi

Dalam menjalankan teknik demonstrasi dengan berkesan, guru seharusnya


merancang demonstrasi tersebut dengan teliti termasuk membuat percubaan
atau latihan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan demonstrasi. Semasa
menunjuk cara, guru memastikan semua murid dapat menumpukan perhatian dan
mengajukan soalan-soalan kepada murid. Selain itu, murid diberikan peluang
untuk mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Selepas sesi praktis, sesi
perbincangan tentang perkara-perkara demonstrasi yang penting dilakukan.
Kemudian, guru membantu murid membuat rumusan tentang demonstrasi yang
dijalankan. Guru menyediakan aktiviti susulan untuk memperkukuh pemahaman
murid (Noriati, Boon, dan Sharifah Fakhriah, 2012). Guru meminta murid
mengulangi langkah dan murid akan mempraktikkan perkara yang dipelajari.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 175 2/22/16 4:39 PM


176 Murid dan Pembelajaran

Terdapat beberapa kelebihan penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan


pembelajaran, iaitu:
(a) Memperkenalkan bahan pembelajaran baharu kepada murid melalui
penglihatan dan pendengaran.
(b) Murid dapat menguasai kemahiran baharu.
(c) Memotivasikan murid kerana konsep dan prinsip ditunjukkan secara ilustrasi.

Rajah 8.13: Guru menunjukkan demonstrasi kepada murid

8.4.5 Simulasi
Simulasi ialah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal yang sengaja
diwujudkan dalam situasi yang sebenar. Melalui teknik ini, murid dapat
menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan
temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini,
murid digalakkan untuk memberikan pendapat, cadangan, membuat keputusan, dan
menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Kaedah
ini memberikan peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan,
terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Di samping itu, teknik
ini juga dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 176 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 177

Simulasi terbahagi kepada dua jenis, iaitu sosiodrama dan main peranan.
Jenis-jenis
Langkah-langkah Pelaksanaan
Simulasi
Sosiodrama • Berdasarkan suatu cerita yang menggambarkan suatu situasi atau
isu konflik.
• Guru akan menyediakan skrip berdasarkan tajuk yang dipilih.
• Kaedah ini membolehkan murid-murid menyatakan sikap dan
perasaan, menyusun idea, dan melatih mereka bertindak balas
secara spontan.
• Watak-watak dalam lakonan akan dianalisis dan rumusan akan
dibuat selepas sesi lakonan.
Main • Satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa
peranan menggunakan sebarang skrip.
• Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian
melakonkan situasi tersebut secara spontan.
• Masa yang diambil antara lingkungan 5 – 6 minit sahaja.
• Penilaian prestasi pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat
selepas sesi lakonan.
Jadual 8.6: Jenis-jenis simulasi

Penggunaan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa


tujuan, iaitu:
(a) Menguasai kemahiran
i. Melatih murid bertutur secara spontan
ii. Melatih murid tentang kemahiran menyusun ayat dan menggunakan
sebutan yang tepat
(b) Membina pemikiran secara analitis dan kritis
i. Murid berfikir dan menyusun idea secara teratur untuk menggambarkan
cara penyelesaian yang dilakukan
(c) Membina sikap positif
i. Konflik sosial dapat diselesaikan
ii. Sikap atau tingkah laku negatif dapat diubah dan sikap positif dapat
dibentuk
(d) Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif
i. Murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain melalui
lakonan berdasarkan Pendidikan Moral.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 177 2/22/16 4:39 PM


178 Murid dan Pembelajaran

(e) Membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah


i. Murid-murid dapat berlakon sebagai pengundi-pengundi dalam situasi
pilihan raya yang direka untuk menjelaskan konsep demokrasi.
(f) Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
i. Suatu teknik mengajar yang dapat membantu murid-murid
mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa yang berkesan.

8.4.6  Penyelesaian Masalah


Strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang
berdasarkan penyiasatan yang saintifik. Strategi penyelesaian masalah ialah suatu
proses inkuiri, iaitu murid mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada
mereka. Teknik ini berasaskan falsafah konstruktivisme, iaitu murid melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Kaedah dan teknik penyelesaian
masalah ini memerlukan murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang
telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah. Aktiviti
seperti membimbing murid memahami masalah mengingat semula pengalaman
lalu seterusnya memilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikannya. Peranan
guru dalam teknik ini adalah mewujudkan persekitaran yang membolehkan murid
mengambil bahagian dalam aktiviti kelas atau penerokaan Internet (Orlich, et.
al., 2007 dalam Noriati, et. al., 2012). Antara jenis kaedah penyelesaian masalah
adalah kaedah penyelesaian masalah sendiri, kaedah inkuiri, kaedah dapatan,
sumbang saran, dan teknik Theory of Constraint (TOC).
Menurut John Dewey, pembelajaran penyelesaian masalah melibatkan lima
peringkat, iaitu:
(a) Murid mengenal pasti masalah
(b) Mencari maklumat berkaitan dengan isu
(c) Membentuk hipotesis
(d) Menguji hipotesis
(e) Menilai idea dan membuat rumusan

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 178 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 179

Contoh pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan penyelesaian masalah


adalah seperti yang berikut:

• Sesi soal jawab dan perbincangan berdasarkan perniagaan.


• Aktiviti pengayaan sesuatu mata pelajaran.
• Aktiviti geografi dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai,
penempatan setinggan, dan tanah runtuh.

Theory of Constraints (TOC) merupakan satu daripada strategi penyelesaian


masalah yang sistematik dan dalam menguruskan perubahan. Teknik ini dapat
digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain. Tujuan
teknik ini adalah untuk menterjemahkan gerak hati kepada kaedah TOC yang
dapat dibincangkan secara rasional, menyoal dengan bebas, dan mengubah
suai kepada kefahaman situasi tersebut. TOC digunakan untuk penyelesaian
masalah di samping memudahkan komunikasi, kerjasama, dan persetujuan
dalam kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah tersebut. TOC
mesti menyokong salah satu daripada tiga objektif generik proses penyelesaian
masalah yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan, iaitu:

Objektif Teknik Pelaksanaan


Perkara yang Menentukan teras masalah atau konflik dan memberikan
akan diubah andaian-andaian yang rasional.
Perkara yang Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian strategi untuk
hendak diubah mendapatkan perkara yang diingini – preskripsi, membuat
keputusan, dan perkembangan penyelesaian.
Kaedah Pembinaan pelan yang terperinci dan idea ysang dapat
membuat menjelaskan perkara yang perlu berlaku dan menyelaraskan
perubahan usaha kumpulan untuk melaksanakan strategi – merancang dan
pembinaan pasukan.
Jadual 8.7: Objektif generik proses penyelesaian masalah

Matlamat TOC antara lain akan mengupayakan murid, pendidik, dan ibu bapa
dengan alat serta teknik yang memberikan kemahiran untuk:
(a) Mencapai matlamat
(b) Menyelesaikan masalah dengan berkesan

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 179 2/22/16 4:39 PM


180 Murid dan Pembelajaran

(c) Membuat keputusan


(d) Berkomunikasi
(e) Memperoleh pembelajaran sepanjang hayat
Dalam proses penyelesaian masalah, teknik ini menggunakan aplikasi yang
terdiri daripada langkah-langkah seperti yang berikut:
(a) Mengenal pasti isu
(b) Mengenal pasti faktor penyebab
(c) Menjana alternatif-alternatif penyelesaian
(d) Memilih dan melaksanakan satu alternatif penyelesaian yang dikenal pasti
(e) Menilai keberkesanan alternatif tersebut
(f) Memutuskan tindakan susulan yang perlu diambil
Teknik penggunaan peta minda atau mind map adalah antara alat yang digunakan
untuk menyatakan idea seperti teknik awam, cabang pokok atau pohon sasaran.
Alat ini membolehkan murid berfikir secara sistematik dalam menyelesaikan
sesuatu masalah dan sesuai untuk pemikiran kognitif atau beretika.

8.4.7 Belajar sambil Bermain


Konsep main dapat dijelaskan sebagai “tingkah laku dinamik, aktif, dan
konstruktif telah disebatikan dalam diri kanak-kanak. Konsep main merupakan
satu keperluan dalam alam kanak-kanak dari peringkat bayi hingga peringkat
remaja” (Brewer, 2001: 144).
Kebanyakan individu masih mengingati pengalaman bermain semasa di bangku
sekolah. Pengalaman tersebut masih meninggalkan perasaan kegembiraan,
kebebasan, dan emosi yang menenangkan jiwa. Sebenarnya dari perspektif
psikologi, kesemua perasaan ini memberikan kesediaan kognitif kepada individu
tersebut untuk belajar pada tahap optimum. Oleh itu, pendidik seharusnya
membawa keseronokan ini ke dalam bilik darjah.
Bermain merupakan aktiviti dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Melalui
bermain, kanak-kanak belajar tentang diri sendiri dan hubungan dengan
persekitarannya. Proses pembelajaran akan berlaku apabila kanak-kanak bermain

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 180 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 181

dan menjadi tugas pembelajaran bagi kanak-kanak untuk mempraktikkan konsep


main ini. Seseorang akan memahami perkara yang diperkatakan oleh orang
lain berdasarkan pengalaman mereka. Kanak-kanak mungkin mempunyai
pengalaman langsung yang terhad. Oleh itu, guru dan ibu bapa harus mengatur
peluang untuk kanak-kanak mengalaminya. Oleh itu, proses pembelajaran adalah
lebih berkesan bagi kanak-kanak yang masih pada peringkat perkembangan
operasi konkrit (7 – 12 tahun) untuk mengalami persekitaran pembelajaran yang
berunsurkan hands-on, pelibatan, dan pengalaman. Pengalaman langsung yang
paling asas dan semula jadi ialah bermain.
Contoh-contoh pengalaman langsung yang dapat diimplementasikan merentasi
topik dan bahan yang berbeza-beza adalah seperti yang berikut:

• Projek pembelajaran berkumpulan


• Pendidikan luar
• Kerja lapangan
• Amali
• Lawatan sambil belajar
• Drama

(a) Jenis-jenis permainan


Permainan di dalam kawasan sekolah dapat digambarkan sebagai
kesinambungan daripada permainan yang bebas kepada permainan yang
berpandu dan akhirnya kepada permainan yang diarahkan, iaitu:
i. Permainan yang bebas didefinisikan sebagai permainan apabila kanak-
kanak mempunyai pelbagai pilihan bahan dan mereka dapat memilih
cara untuk menggunakan bahan-bahan tersebut (terbatas, contohnya
mereka tidak boleh memukul rakan dengan menggunakan bongkah).
ii. Permainan yang berpandu bermaksud permainan apabila guru mempunyai
bahan-bahan terpilih yang dipilih oleh kanak-kanak untuk mengenal
sesuatu konsep. Jika matlamat permainan adalah untuk mengklasifikasikan
objek besar atau kecil, maka guru akan menyediakan beberapa set objek
untuk kanak-kanak ini bermain bagi mencapai matlamat tersebut.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 181 2/22/16 4:39 PM


182 Murid dan Pembelajaran

iii. Permainan yang diarahkan merujuk kepada permainan yang diarahkan


oleh guru dalam menyiapkan tugasan yang telah dikhaskan. Antara
contoh permainan yang diarahkan ialah menyanyi lagu, terlibat dalam
persembahan jari, dan bermain permainan bulatan (Bergen, 1988 dalam
buku Kepentingan Bermain dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak).
Menurut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain. Hal ini
demikian kerana:
i. Main memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea,
perasaan, dan emosi.
ii. Main dapat mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati.
iii. Main menyediakan saluran untuk kanak-kanak menggunakan tenaga
yang berlebihan.
iv. Main membolehkan kanak-kanak menyediakan diri ke arah kedewasaan
atau kematangan.
v. Main memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan
pelbagai bentuk masalah (kognitif, motor, dan sosial) yang menyumbang
kepada perkembangan intelek.
vi. Main membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang,
latihan, latih tubi, peniruan, penerokaan, penemuan, perkaitan, membuat
huraian, rumusan, mensintesis, dan menguji.
vii. Main membantu dalam pembentukan jati diri, keterampilan diri,
pemupukan nilai murni seperti motivasi intrinsik, pelibatan, ketahanan,
kemahiran interpersonal, keyakinan diri, dan berani bertindak.
(b) Bermain dalam persekitaran sekolah rendah (Brewer, 2001)
Konsep main dalam persekitaran sekolah rendah adalah berbeza dengan
persekitaran prasekolah. Kadang-kadang guru berpendapat bahawa peluang
pembelajaran akademik mungkin terjejas jika kanak-kanak sekolah rendah
menghabiskan masa untuk bermain. Sebenarnya, main membantu dalam
perkembangan kebolehan akademik mereka. Perkara yang penting adalah
kebijaksanaan guru untuk mengenal pasti pengalaman main yang bersesuaian
dengan peringkat umur kumpulan kanak-kanak tertentu.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 182 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 183

Kanak-kanak sekolah rendah belajar daripada aktiviti main seperti membuat


binaan daripada pelbagai bahan, mencipta alat atau mainan daripada bahagian-
bahagian terbuang, mereka robot dan model yang berbentuk penerokaan
serta pengujian hipotesis secara saintifik. Semasa bermain, kanak-kanak
berpeluang untuk berbual, memberikan pendapat, mempertahankan idea,
memujuk, dan memberikan penerangan. Pengalaman mainan patung atau
lakonan muzikal menyediakan kanak-kanak untuk memperkembang bahasa
lisan dan menyalurkan idea secara simbolik yang merupakan asas kepada
kemahiran membaca. Guru perlu memastikan terdapatnya peluang, masa,
bahan-bahan, dan juga peraturan yang bersesuaian untuk mengendalikan
aktiviti main sambil belajar.
Aktiviti bermain dalam persekitaran sekolah rendah dapat dilihat sebagai
satu kontinum yang bermula daripada main bebas kepada main terancang
kepada main terarah.
i. Main bebas (free play)
Main bebas merupakan tingkah laku yang dimotivasikan secara intrinsik,
aktif, menyeronokkan, dan tanpa matlamat nyata. Kanak-kanak memilih
daripada kepelbagaian bahan yang ada untuk main bebas. Peranan
guru adalah untuk menyediakan persekitaran yang memberangsangkan
dengan sekatan yang minimum.
ii. Main terancang (guided play)
Main terancang mempunyai unsur-unsur main bebas tetapi unsur-unsur
berkenaan telah dirancang oleh guru dengan rapi untuk mencapai
matlamat tertentu. Guru mengenal pasti bahan tertentu dan kanak-kanak
membuat pilihan. Aktiviti ini dijalankan di bawah bimbingan guru.
Contohnya, ketika pelajaran Matematik, guru menggunakan permainan
monopoli untuk memperkukuh pembelajaran konsep nombor, tambah,
tolak, dan kemahiran membuat keputusan.
iii. Main terarah (directed play)
Permainan ini ditetapkan oleh guru seperti yang diarah atau ditetapkan
mengikut peraturan atau undang-undang. Guru memberikan arahan dan
kanak-kanak menyempurnakan tugasan tersebut. Contohnya, nyanyian
sambil melakukan aksi seperti “Kalau rasa gembira tepuk tangan”,
mainan dalam bulatan seperti “Follow the leader”, dan sebagainya.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 183 2/22/16 4:39 PM


184 Murid dan Pembelajaran

(c) Peranan guru dalam proses main


Guru memilih pengalaman main untuk disepadankan dengan matlamat
program, iaitu:
i. Jika matlamat menekankan penemuan: mainan bebas
ii. Jika guru ingin murid mempamerkan kemahiran khusus: mainan terarah
Guru membuat pemerhatian tentang kelakuan murid dan memberikan
apa-apa bantuan jika perlu. Pada masa yang sama guru juga perlu:
i. Menyediakan persekitaran yang kaya dan aktiviti perlu ditukar serta
diubah susunannya dari semasa ke semasa.
ii. Merangsang main dengan menunjukkan minat dan sokongan terhadap
tindakan kanak-kanak.
iii. Bertindak balas terhadap minat kanak-kanak atau berkongsi pengalaman.
Hormati pemikiran kanak-kanak dan sistem peraturannya.
iv. Mengemukakan soalan-soalan fokus dan memberikan maklumat apabila
dikehendaki oleh kanak-kanak.
v. Mencelah pada masa yang sesuai. Mencelah bukan merupakan halangan
untuk mematikan semangat dan minat kanak-kanak.
vi. Menilai untuk mengesan perkembangan dan keperluan kanak-kanak,
merekodkan tingkah laku, pencapaian dan perkembangan kanak-kanak
dari aspek fizikal, emosi, intelek, sosial, dan bahasa. Data-data yang
diperoleh dijadikan asas perancangan bagi setiap individu.
Tujuan belajar sambil bermain adalah seperti yang berikut:
i. Bermain objek membentuk konsep abstrak, pembelajaran hukum, dan
prinsip.
ii. Membentuk kemahiran fizikal melalui main sensorimotor.
iii. Membentuk kemahiran sosial melalui main asosiatif dan permainan.
iv. Menguasai situasi kehidupan harian melalui main simbolik.
v. Menguasai kemahiran bertutur dan menggunakan bahasa yang sesuai
melalui main sosiodramatik.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 184 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 185

vi. Membentuk kemahiran literasi melalui permainan bahasa.


vii. Memperkukuh dan mengaplikasi kemahiran mengira melalui aktiviti
pengayaan.
Menurut Piaget (1962 dan 1983), keupayaaan adaptasi fizikal adalah
penting untuk perkembangan fizikal, manakala keupayaan adaptasi
psikologikal memastikan perkembangan struktur kognitif (proses asimilasi
dan akomodasi). Main mengukuhkan tingkah laku yang baharu dipelajari
dan main memudah cara pembelajaran. Langkah-langkah pelaksanaan main
dapat dilihat pada Jadual 8.8 yang berikut:

Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti

Perancangan • Penentuan jenis aktiviti permainan


• Penyediaan alat permainan
• Penetapan peraturan permainan
• Penetapan permainan

Permulaan • Penerangan tujuan, peraturan, dan masa permainan


• Penerangan cara permainan

Permainan • Murid-murid menjalankan aktiviti permainan


• Guru mengawas, memerhati, dan membimbing

Penilaian • Guru menilai hasil permainan


• Guru mengumumkan keputusan permainan

Perbincangan • Guru berbincang dengan murid-murid tentang aktiviti


permainan yang dijalankan
• Guru membimbing murid-murid membuat keputusan
tentang aktiviti yang akan dijalankan

Penutup • Murid-murid mencatat rumusan dalam buku nota


• Mengutip dan menyimpan alat permainan

Jadual 8.8: Langkah-langkah pelaksanaan main

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 185 2/22/16 4:39 PM


186 Murid dan Pembelajaran

8.5  Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan


Kaedah dan Teknik Pengajaran
Dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, terdapat
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang dapat digunakan oleh guru semasa
merancang pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memilih kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai agar penyampaian input kepada murid akan menarik dan
bermakna. Beberapa faktor yang perlu diberikan pertimbangan sebelum guru dapat
melaksanakan kaedah dan teknik dengan jayanya. Menurut Pierce dan Lorber
(1977), faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik mengajar
adalah seperti yang berikut:
(a) Objektif pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang guru untuk
memikirkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah
menentukan objektif, barulah guru menentukan kaedah yang paling sesuai
untuk mencapai sesuatu objektif. Penyediaan objektif mesti berdasarkan
isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan mata
pelajaran tersebut. Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar dan
bagi kelas yang pencapaian muridnya baik, maka jumlah objektif pengajaran
mungkin lebih daripada kelas yang pencapaian muridnya lemah.
(b) Jangka masa pengajaran
Dengan jangka masa yang telah ditetapkan, guru perlu memilih kaedah
yang sesuai untuk digunakan dalam jangka masa tertentu. Kebanyakan
sekolah menetapkan jangka masa pengajaran antara 30 minit hingga 40
minit atau 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajaran tersebut mengambil
dua masa yang berturutan. Berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan, guru
dapat memilih kaedah dan teknik yang sesuai untuk masa tersebut. Sebagai
contoh, jika dua waktu mengajar, teknik perbincangan adalah lebih sesuai
kerana memberikan peluang kepada murid untuk mengemukakan idea dan
berpeluang untuk membentang serta berkongsi pandangan dengan seluruh
kelas.
(c) Bahan pengajaran dan pembelajaran
Pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran yang
hendak disampaikan. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 186 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 187

disampaikan. Sekiranya isi pelajaran berbentuk kemahiran seperti


kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu
memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya murid dapat mempraktikkan
kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat
bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan kaedah
atau teknik yang dipilih.
(d) Latar belakang murid
Tahap keupayaan otak dan kemampuan murid yang berbeza-beza. Jumlah
murid dan susunan tempat duduk murid juga mempengaruhi kaedah yang
mahu digunakan. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah seperti
umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau keupayaan murid. Kaedah yang
rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah atau Theory of Constraints
(TOC) yang memerlukan murid mencari penyelesaian sesuatu masalah
adalah tidak sesuai bagi murid-murid pada Tahap 1. Teknik bercerita dan
bermain amat sesuai dipilih sebagai teknik pengajaran untuk murid-murid
sekolah rendah kerana berunsurkan pembelajaran yang menyeronokkan.
(e) Jumlah dan susunan murid
Jumlah murid dan susunan tempat duduk murid juga mempengaruhi kaedah
yang hendak dipilih dalam pengajaran. Bilik darjah yang mempunyai jumlah
murid yang banyak akan menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas
dan keberkesanan pengajaran. Guru perlu mengubah suai kaedah yang
digunakan supaya jumlah murid tidak menjadi halangan bagi memilih
kaedah. Contohnya, jika guru memilih kaedah permainan, murid dapat
dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap kumpulan menjalankan
aktiviti permainan masing-masing. Tempat duduk murid yang mudah
alih dapat membantu kaedah pengajaran. Selain di dalam bilik darjah,
guru juga dapat menggunakan tempat lain yang sesuai seperti di dalam
dewan, persekitaran sekolah atau padang sekolah jika kaedah yang dipilih
memerlukan ruang yang lebih luas.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 187 2/22/16 4:39 PM


188 Murid dan Pembelajaran

8.6 Modifikasi Kaedah dan Teknik Pengajaran dan


Pembelajaran untuk Kanak-kanak Berkeperluan
Khas
Tidak semua kanak-kanak dilahirkan normal. Sebahagiannya mempunyai ciri-ciri
istimewa, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka berbeza berbanding
dengan kanak-kanak normal. Pendidikan untuk mereka dikenal sebagai
Pendidikan Khas. Kaedah dan teknik P&P untuk mereka juga berbeza. Kanak-
kanak berkeperluan khas menghadapi masalah tertentu yang dikategorikan
kepada masalah fizikal, masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah
pertuturan, masalah tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal, dan
pintar cerdas. Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri perkembangan yang berbeza
berbanding dengan kanak-kanak biasa. Perbezaan mereka dapat dilihat dari
segi keupayaan kecerdasan kognitif, keupayaan fizikal yang terhad, kesukaran
berinteraksi, dan berkomunikasi.
Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam
urusan membekalkan pendidikan kepada kategori Murid Berkeperluan Khas
(MBK) yang mengalami kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran, dan
bermasalah pembelajaran. Kategori MBK bermasalah pembelajaran termasuk
kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan, masalah tingkah laku, lembab
(slow learner), sindrom Down, autisme ringan, Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD), terencat akal ringan, dan disleksia.
Program pendidikan untuk MBK diklasifikasikan seperti yang berikut:
(a) Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan
(b) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
(c) Program Pendidikan Khas Integrasi
(d) Program Pendidikan Khas Prasekolah
(e) Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional
(f) Program Pendidikan Khas Inklusif
MBK memerlukan perhatian sepanjang masa dengan belaian kasih sayang,
penjagaan yang khusus dengan kesabaran, dan komitmen guru yang ikhlas.
Dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru dapat mengubah
suai kaedah dan teknik P&P, masa dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 188 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 189

bahan bantu mengajar untuk memastikan tujuan serta matlamat Pendidikan


Khas tercapai. Pendekatan P&P untuk MBK perlu dimodifikasi melalui kaedah
dan teknik pengajaran berdasarkan kadar masalah yang mereka alami secara
individu. Modifikasi bermaksud cara mengubah bentuk sesuatu barang atau
perkhidmatan yang kurang menarik atau kurang sesuai menjadi lebih menarik dan
sesuai dengan situasi baharu tanpa menghilangkan fungsi asalnya. Selebihnya,
modifikasi dapat memberikan impak yang lebih baik daripada kaedah dan teknik
asal.
Faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam memilih kaedah dan teknik
P&P yang sesuai untuk MBK adalah seperti yang berikut:
(a) Tahap keupayaan dan potensi murid merujuk kepada aspek kognitif bagi
menyokong pencapaian akademik dan aspek sosial dan tingkah laku.
(b) Minat dan kecenderungan murid merujuk kepada aspek kekuatan murid,
iaitu perkara yang mereka suka lakukan berulang kali untuk membantu
aktiviti pengukuhan.
(c) Gaya atau stail pembelajaran murid, iaitu guru perlu merangka aktiviti
berdasarkan gaya dan cara murid belajar.
(d) Status kesihatan murid dengan mengambil kira dari aspek keselamatan,
keselesaan, dan kegembiraan serta kasih sayang agar tumpuan MBK dapat
dipertingkatkan.
(e) Jenis ketidakupayaan yang dialami oleh murid, iaitu jenis bantuan sokongan
dari segi peralatan khas atau pengurusan tingkah laku dan keperluan pelbagai
terapi untuk rehabilitasi.
Kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Khas dapat dijelaskan seperti yang
berikut:
(a) Kaedah kumpulan mengikut kebolehan
Pengajaran dapat dilaksanakan secara berkumpulan dengan berasaskan
strategi pemusatan murid. Murid dapat menguasai kemahiran berdasarkan
kebolehan masing-masing. Guru merancang P&P secara berperingkat-
peringkat. Murid dikumpulkan berdasarkan hasil pencapaian mereka selepas
dinilai. Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas seperti
membaca, menulis, dan mengira. Ahli dalam kumpulan boleh bertukar dan
jumlah ahli dalam kumpulan dapat berubah-ubah mengikut mata pelajaran.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 189 2/22/16 4:39 PM


190 Murid dan Pembelajaran

(b) Kumpulan pelbagai kebolehan


Kumpulan murid untuk sesuatu aktiviti dapat dibentuk dalam kalangan
murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Ada
murid yang cerdas, murid yang lambat, dan dalam kalangan pelbagai jenis
keperluan khas. Murid yang cerdas dapat membantu murid-murid yang
lambat. Pembentukan kumpulan seperti ini sesuai untuk menjalankan aktiviti
permainan, simulasi, uji kaji, perbincangan, dan projek.
(c) Pengajaran secara individu
Dalam kes-kes tertentu, kadangkala MBK memerlukan bimbingan secara
individu, iaitu seorang guru mengajar seorang murid sahaja. Murid yang
diajar dengan kaedah ini akan berasa lebih tenteram dan berfokus kerana
guru sentiasa ada di sisinya. Langkah-langkah pengajaran guru mengikut
urutan berdasarkan keupayaan MBK, diikuti dengan aktiviti pengukuhan
dan penilaian khas mengikut Rancangan Pengajaran Individu (RPI). MBK
sedang dibantu untuk mengembangkan potensi diri murid secara perlahan-
lahan dari aspek intelek, rohani, jasmani, dan sosial.
Cadangan modifikasi kaedah dan teknik P&P untuk MBK mengikut jenis
masalah dapat dilihat pada Jadual 8.9 yang berikut:
Jenis Masalah MBK Cadangan Modifikasi Melaksanakan P&P
Masalah pendengaran: • MBK separa pekak menggunakan alat pendengaran
• Separa pekak yang dipasang pada telinga untuk mengikuti pelajaran
• Pekak secara audio. Kadar kebisingan perlu dikawal kerana
alat pendengaran ini sangat sensitif. Elakkan daripada
meninggikan suara.
• MBK pekak menerima pelajaran menggunakan deria
lain, terutamanya deria penglihatan dan bahasa isyarat.
• Guru digalakkan berkomunikasi secara keseluruhan
yang melibatkan pertuturan, bersuara, pembacaan,
bahasa isyarat, dan bahasa badan.
• Guru menghadap murid semasa berkomunikasi kerana
mereka perlu melihat pergerakan bibir guru.
• Gunakan jari tangan untuk mengeja diikuti ilustrasi
grafik atau visual.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 190 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 191

Jenis Masalah MBK Cadangan Modifikasi Melaksanakan P&P


• MBK kerap meminta orang mengulang-ulang perkara
yang telah disebut, kerap salah faham, dan sukar
mengikut arahan. Oleh itu, guru harus peka dan sabar.
• Mereka perlu mendapat bimbingan peribadi.
Masalah pertuturan • MBK bermasalah dalam sebutan, gagap, masalah suara
(seperti sengau, nyaring atau terlalu perlahan), dan
masalah bahasa. Mereka kerap meninggalkan suku
kata atau mengubah bunyi perkataan asal. Guru perlu
memperbetul kesilapan dengan spontan.
• Gagap kerap berlaku apabila murid teruja untuk
menyatakan sesuatu dengan cepat.
• Masalah bahasa atau aphasia ialah MBK sukar
mentafsir bahasa dalam perbualan.
• Masalah pertuturan dapat menimbulkan perasaan
malu kepada MBK dan menyebabkan mereka kurang
selesa untuk bersosial. Guru dan rakan sekelas perlu
membantu MBK dengan memberikan masa untuk
mereka memberikan respons secara verbal atau bertulis
atau menggunakan pelbagai deria.
• Bantu MBK dengan terapi seperti aktiviti pemintal
lidah.
Masalah pembelajaran • Masalah pembelajaran dikaitkan dengan masalah
neurologi dan tidak dikaitkan dengan IQ seseorang.
Masalah MBK ialah mereka malas, tidak fokus, dan
kurang minat untuk belajar, lambat matang, dan mudah
lupa.
• Dari perspektif psikologi, otak mereka bercelaru
dan menjejaskan daya berfikir, mendengar, bertutur,
membaca, menulis, mengeja, mengira, dan sebagainya.
• MBK juga sering menimbulkan masalah tingkah laku
dan ketidakseimbangan emosi.
• Pembelajaran bahasa mereka lewat mungkin kerana
kurang perbendaharaan kata. Mereka sukar mengenal
pasti idea utama, sukar mengingat fakta, dan gagal
membuat rumusan.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 191 2/22/16 4:39 PM


192 Murid dan Pembelajaran

Jenis Masalah MBK Cadangan Modifikasi Melaksanakan P&P


• MBK sukar memegang pensel dengan betul dan selesa
menyebabkan tulisan mereka tidak kemas. Guru perlu
mendemonstrasikan cara memegang pensel dan menulis
dengan kemas.
• Mereka juga keliru dengan simbol Matematik,
akibatnya mereka kerap salah membaca nombor dan
silap dalam aktiviti mengira.
• Guru perlu memahami masalah spesifik MBK dan
mengajar mereka berdasarkan pendekatan pemulihan,
terutama untuk menguasai kemahiran bahasa dan
Matematik.

Disleksia • Disleksia merujuk kepada individu yang mengalami


masalah bahasa, iaitu kegagalan mengeja, menyebut,
membaca, dan menulis. MBK kerap membaca dengan
perlahan dan terhenti-henti, sebutan kurang tepat, dan
gemar mereka ayat sendiri berdasarkan gambar dalam
teks.
• Tulisan mereka tidak kemas, bercampur aduk, dan salah
ejaan.
• Mereka kurang berminat terhadap buku dan aktiviti
membaca.
• Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengalami disleksia
berbanding kanak-kanak perempuan.
• Guru dapat membantu MBK dengan mengaplikasi
kaedah multisensori, memupuk kepercayaan pada diri
sendiri, dan terapi.
• Modifikasi yang sesuai dilakukan oleh guru, iaitu:
– Menggunakan alat tulis pelbagai warna.
– Memberikan waktu istirahat selama 10 minit dari
setiap 20 minit belajar membaca.
– Memberikan masa lebih untuk aktiviti menulis dan
membaca.
– Menggunakan tulisan bersaiz besar dalam soalan atau
nota.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 192 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 193

Jenis Masalah MBK Cadangan Modifikasi Melaksanakan P&P


Attention Deficit • Murid ADHD sukar mengekalkan perhatian, pelupa,
Hyperactivity kerap gagal menyiapkan tugasan, dan sentiasa
Disorder memerlukan pengawasan guru.
(ADHD) • Mereka suka mengganggu perbualan dan aktiviti
pembelajaran tanpa memikirkan kesannya.
• Modifikasinya adalah seperti yang berikut:
– Guru memberikan arahan dan penerangan dalam
bahasa yang mudah dan singkat.
– Semasa sesi pembelajaran, tempatkan mereka di
sudut yang senyap dan kurang aktiviti supaya mereka
dapat memberikan perhatian.
– Khaskan tempat duduk murid ADHD berhampiran
tempat duduk guru.
– Amalkan prinsip menegur dengan cara positif
supaya mereka dapat bertingkah laku seperti yang
sewajarnya.
Masalah tingkah laku • Tingkah laku kanak-kanak memang tidak dapat
dijangka. Masalah tingkah laku seperti berbahasa kesat,
makan di dalam kelas, cepat marah, suka menyendiri,
hiperaktif, menipu, dan mencuri kerap ditonjolkan
sehingga menimbulkan masalah dalam hubungan sosial.
• Kaedah dan teknik modifikasi yang sesuai adalah
seperti yang berikut:
– Menegur secara positif sebaik sahaja mereka
bertingkah laku yang menyalahi norma.
– Segera memberikan pujian dan galakan apabila mereka
dapat melakukan tingkah laku yang baik dan betul.
– Aplikasi kaedah time-out, iaitu mengasingkan murid
daripada aktiviti bersama rakan untuk tempoh masa
tertentu.
– Guru berbuat tidak peduli atau tidak memberikan
respons kepada mereka apabila bertingkah laku
negatif.
– Murid bermasalah tingkah laku tidak boleh
disingkirkan daripada sesi pembelajaran, sebaliknya
guru perlu membimbing mereka dengan cara
mengawal emosi dan kemahiran mengurus diri.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 193 2/22/16 4:39 PM


194 Murid dan Pembelajaran

Jenis Masalah MBK Cadangan Modifikasi Melaksanakan P&P


Lembab • Murid ini lambat bertindak balas terhadap persekitaran.
(slow learner) Akibatnya mereka gagal mengikuti pengajaran guru
secara biasa.
• Modifikasinya adalah seperti berikut:
– Menggunakan bahasa yang mudah. Arahan guru jelas
dan diulang.
– Arahan berbentuk visual dan grafik yang ringkas dan
mudah diingat.
– Dalam aktiviti berkumpulan, guru menggalakkan
murid memberikan respons secara lisan dan rakan
lain melaporkan dalam bentuk tulisan.
– Memberikan tugasan yang kecil dan tampal pada
papan kenyataan bilik darjah sebagai peringatan atau
memberikan salinan kepada ibu bapa.
Sindrom Down • MBK mengalami terencat akal yang ringan, masalah
pertuturan, dan perkembangan psikomotor yang lambat.
• Masalah yang seiring ialah katarak mata, masalah
jantung, dan kecacatan usus.
• Mereka memerlukan penjagaan rapi kerana sering
mengalami masalah pernafasan dan sukar makan.
• Guru perlu banyak bersabar, sentiasa memerhati, dan
membantu serta mengajar mengikut kebolehan murid.
Guru memupuk sikap dan emosi positif mereka.
• Arahan guru perlu spesifik dan singkat. Contohnya, “Salin
ayat ini dan warnakan gambar ini dengan warna hijau.”
Autisme • MBK menghadapi masalah komunikasi kerana mereka
tidak suka bertentang mata dan sukar memberikan reaksi
kepada hal-hal yang berlaku di sekitarnya.
• Mereka lebih fokus kepada sesuatu permainan atau
aktiviti menggunakan alatan yang diminati.
• Guru perlu melatih MBK menguruskan diri dengan
menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan aktiviti
harian yang perlu dilakukan.
• Murid autisme sukar menerima sesuatu perubahan.
Mereka memerlukan latihan rutin dan mengulang-ulang
perkara yang telah dipelajari.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 194 2/22/16 4:39 PM


8.  Pendekatan, Kaedah, Teknik, dan Strategi Pengajaran 195

Jenis Masalah MBK Cadangan Modifikasi Melaksanakan P&P


Pintar cerdas • MBK berbakat dan berkebolehan tetapi memerlukan
bimbingan untuk menyerlahkan potensi dirinya.
• Mereka cepat mempelajari sesuatu, mempunyai
keinginan yang sangat tinggi, dapat memimpin, sangat
berempati, dan sangat bermotivasi tetapi akan cepat
bosan jika pesaingnya kurang mencabar.
• Modifikasi yang sesuai untuk mereka adalah seperti
yang berikut:
– Pengasingan, iaitu asingkan daripada rakan sebaya
dan mengikuti kurikulum khas berdasarkan
keistimewaannya.
– Pemecutan, iaitu mengeluarkan mereka daripada
kelas asal dan ditempatkan dalam kelas yang lebih
atas untuk sesuatu subjek yang tinggi penguasaannya
atau mereka mengikuti rancangan khas dan duduk di
dalam kelas yang sama.
– Pengayaan, iaitu melakukan aktiviti tambahan seperti
lawatan atau aktiviti projek yang memerlukan murid
meneroka maklumat mendalam tentang sesuatu topik.
Aktiviti ini dapat dijalankan secara bersendirian atau
berkumpulan.
Jadual 8.9: Cadangan modifikasi kaedah dan teknik P&P untuk MBK

Kesimpulannya, berdasarkan keperluan melakukan modifikasi dalam kaedah


dan teknik P&P untuk MBK seperti yang dinyatakan di atas, maka sikap ikhlas
guru sangat diutamakan untuk mendidik MBK. Guru perlu peka akan Murid
Berkeperluan Khas yang berbeza-beza. Dalam hal ini, guru dapat memupuk
kemahiran mengawal dan mengajar MBK melalui kursus dan pengalaman
seharian bersama insan pelbagai kategori berkeperluan khas. Kerjasama
guru Pendidikan Khas dan guru-guru lain sangat penting untuk memastikan
keselamatan dan kebajikan MBK dapat dipenuhi. Pelibatan ibu bapa perlu
lebih meluas. Maka, hubungan baik dan kerjasama dengan ibu bapa serta ahli
masyarakat sangat membantu untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik
MBK sehingga mereka berjaya menguruskan diri sendiri dan keluarga, berdikari,
dan dapat hidup bersama-sama dalam masyarakat serta menyumbang kepada
pembangunan negara.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 195 2/22/16 4:39 PM


196 Murid dan Pembelajaran

Latihan
1. Kemerosotan pencapaian akademik murid Cikgu Darwina sangat
merisaukannya. Beliau mendapati bahawa keadaan ini berlaku kerana
kelemahan daya ingatan muridnya. Oleh itu, beliau ingin mengaplikasikan
model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan oleh Gagne.
Berdasarkan model Pemprosesan Maklumat, bincangkan sejauh manakah
Cikgu Darwina dapat membantu muridnya untuk meningkatkan daya ingatan
mereka?
2. Menurut Bloom, pembelajaran masteri adalah berasaskan falsafah bahawa
semua murid menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik
dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang
mencukupi diperuntukkan untuk murid menguasai pembelajarannya.
Bincangkan sejauh manakah prinsip-prinsip pembelajaran masteri dapat
diaplikasikan secara berkesan bagi membantu kanak-kanak yang belum
menguasai 4M seperti yang terkandung dalam KSSR?
3. Cikgu Anessa mengajar di sebuah sekolah yang terletak di kawasan
pedalaman. Murid-murid di sekolah tersebut tidak berminat untuk belajar
dan beliau mendapati konsep main merupakan elemen penting dalam
merangsang minat pembelajaran murid.
Terangkan kaedah yang digunakan oleh Cikgu Anessa dapat mengaplikasikan
konsep main untuk membentuk seorang individu yang menyeluruh dan
seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

08 MURID DAN PEMBELAJARAN-BAB8-Ida(Chit) 1LP.indd 196 2/22/16 4:39 PM

Anda mungkin juga menyukai