Anda di halaman 1dari 7

Khutbah Aidilfitri 13 Mei 2021: “KEBESARAN AIDILFITRI” +

[Jabatan Agama Islam Perak] ‫ل‬

Amaran!
Pihak Jabatan Agama Islam Perak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain daripada kandungan khutbah yang dikeluarkan.

" KEBESARAN AIDILFITRI"


13 Mei 2021 / 1 Syawal 1442

‫ َا ُهلل‬،‫۞ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫۞ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫َا ُهلل أ ْك َ َُب‬
‫هللا بُ ْك َر ًة‬
َ ‫ َو ُس ْب َح َان‬،‫ َك َث ًريا‬1‫ َواحل َ ْمدُ َ ه َّلِل‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب َكب ًَريا‬. ُ‫۞ َو َ ه َّلِل احل َ ْمد‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫أ ْك َ َُب‬
‫ َوه ََز َم ال ْح َز َاب‬،‫ َوأ َع هز ُجنْدَ ُه‬،‫ََص َع ْبدَ ُه‬ َ َ ‫ َون‬،‫ َصدَ َق َو ْعدَ ُه‬،‫هللا َو ْحدَ ُه‬ ُ ‫ ََل ا َ ََل ا هَل‬،‫َوأ َص ًيًل‬
‫ َوأ ْشهَدُ أ هن َس يَدَ َنَ ُم َح همدً ا َع ْبدُ ُه‬،ُ‫يك ََل‬ َ َ ‫هللا َو ْحدَ ُه ََل‬
َ ‫َش‬ ُ ‫ أ ْشهَدُ أ ْن ََل ا َ ََل ا هَل‬.‫َو ْحدَ ُه‬
ْ َ ‫ َوعَ ََل أ َ ََل َو‬2‫ اللههُ هم َص َل عَ ََل َس َي َدَنَ ُم َح همد‬.ُ‫َو َر ُس ُوَل‬
‫َص َب َه َوالتها َب َع َني َوَتَ َب َع ْي التها َب َع َني لَه ُْم‬
‫ َح هق تُ َقا َت َه َو ََل تَ ُموتُ هن ا هَل َوأن ُ ُْْت‬3‫هللا‬ َ ‫هللا! َات ه ُق ْوا‬
َ ‫ فَ َيا َع َبا َد‬، ُ‫ أ هما ب َ ْعد‬.‫َب ْح َسان ا ََل ي َ ْو َم َال َين‬
:‫هللا تَ َع َاَل‬
ُ ‫ قَا َل‬.‫ون‬ َ ‫ُم ْس َل ُم‬
‫ﱫ ﱬﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴ‬
(Surah Asy-Syams ayat 9 - 10)4
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih
- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya
hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam
kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,


Alhamdulillah, diangkat lafaz syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kita
kesihatan dan ketabahan berupaya menyempurnakan ibadah puasa sepanjang Ramadan.
Berpuasa menguji kekuatan jasmani, kekuatan minda dan kekuatan rohani. Amalan puasa
telah menyemai disiplin, membimbing insan mengawal nafsu. Manusia sering tergelincir ke
lembah hina disebabkan gagal mengawal nafsu hingga bersifat tamak, bersifat haloba, bersifat
riak, bersifat sombong, melakukan pembaziran, mencetuskan persengketaan, merosakkan
kehidupan.

1 Memuji Allah
2
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
3 Pesan Taqwa
4 Ayat Al-Quran

1
Khutbah Aidilfitri 13 Mei 2021: “KEBESARAN AIDILFITRI”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Segala kerosakan dan kebinasaan berlaku kerana manusia didorong oleh hawa nafsu yang
tidak terkawal. Allah SWT berfirman dalam surah Yusuf ayat 53:

‫ﭐ ﱂ ﱃ ﱄﱅ ﱆ ﱇ ﱈ ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ‬

Ertinya: Dan aku tidak (mengatakan) diriku bebas (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya
nafsu itu selalu mendorong ke arah kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh
Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Semoga pelbagai ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan, di samping membantu


membersihkan rohani, turut membantu membina tubuh yang lebih sihat lagi cerdas. Ramadan
bulan mulia melaksanakan ibadah, bermula dengan ihsan Ilahi, diakhiri dengan kemerdekaan
yang dilimpahi keampunan menjelang Syawal.

ُ‫ َو َ ه َّلِل احل َ ْمد‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫َا ُهلل أ ْك َ َُب‬


Hari ini kita menyambut 1 Syawal, Hari Raya Aidilfitri, hari yang dianugerahi Ilahi kepada
para hamba Nya yang berjaya melalui dugaan mengawal nafsu. Islam mensyariatkan ummah
menyambut Aidilfitri. Kalimat fitri bermaksud fitrah, iaitu kejayaan manusia kembali kepada
fitrah yang asal; dilahirkan bersih daripada dosa dan noda; lalu Allah SWT menganugerahkan
satu hari istimewa yang dilimpahkan keriangan sebaik Syawal muncul di ufuk.

Rasulullah SAW menyeru agar Aidilfitri dijadikan hari untuk mengeratkan perpaduan.
Baginda mengisytiharkan Aidilfitri sebagai hari kedamaian - hari kegembiraan - hari keriangan.
Sambutlah Aidilfitri dalam suasana damai, gembira dan riang dengan mengeratkan
silaturahim; sambutlah Aidilfitri dengan menyemaikan rasa kasih sayang sesama insan. Syeikh
‘Usman Al-Khaubari menghuraikan kenyataan tersebut di dalam kitabnya Durratun Nasihin:

“Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Hari Raya Aidilfitri dengan bersedekah


dan amalan-amalan yang baik, yang bagus daripada solat, zakat, tasbih, tahlil kerana
sesungguhnya hari ini Allah SWT mengampuni dosa kamu, mengabulkan doa mu dan
melihat kamu semua dengan kasih sayang.”

ُ‫ َو َ ه َّلِل احل َ ْمد‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫َا ُهلل أ ْك َ َُب‬


2
Khutbah Aidilfitri 13 Mei 2021: “KEBESARAN AIDILFITRI”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Aidilfitri hendaklah disambut berlandaskan syariat dan ajaran Islam; banyakkan


bersedekah, terutama dalam kalangan kita yang telah dilimpahkan dengan pelbagai
keistimewaan nikmat dan kesenangan rezeki, hulurkan bantuan kepada fakir miskin,
limpahkan kasih sayang kepada anak yatim, muliakan orang tua kita yang semakin uzur
dimamah usia, tunaikan zakat harta dan zakat fitrah.

Menunaikan zakat ialah Rukun Islam yang berada di kedudukan kedua selepas solat;
beberapa ayat Al-Quran merangkaikan dua rukun ini, yang saling melengkapi dan tidak boleh
dipisahkan. Solat menjaga hubungan manusia dengan pencipta Nya, manakala zakat menjaga
hubungan sesama manusia. Maka dengan itu, difardukan kepada setiap orang menunaikan
zakat fitrah sekali setahun setibanya Aidilfitri.

ُ‫ َو َ ه َّلِل احل َ ْمد‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫َا ُهلل أ ْك َ َُب‬


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Sambutlah Aidilfitri mengikut lunas yang ditetapkan syarak, lunas yang memiliki nilai
ibadah, agar amal makruf yang dilakukan sepanjang Ramadan menjadi lengkap - menjadi
sempurna. Hindarkan perbuatan membazir, hindarkan perlakuan bermewah-mewah dan
hindarkan sifat bermegah-megah yang boleh mendorong kepada rasa riak. Kemuliaan Syawal
jangan dicemari dan kemuliaan Syawal jangan dinodai dengan perbuatan-perbuatan mungkar.
Marilah bersama-sama kita bertekad untuk membersihkan jiwa dan kembali kepada fitrah
Islam.

Sambutlah Aidilfitri dengan menyinarkan cahaya murni Islam melalui sifat baik sangka, sifat
bersaudara, sifat saling bermaaf-maafan dan sifat mempererat silaturahim.

ُ‫ َو َ ه َّلِل احل َ ْمد‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫َا ُهلل أ ْك َ َُب‬


‫هللا َ ِْل َولَ ُ ُْك َبلْ ُق ْر َء َان الْ َع َظ ْ َْي َون َف َع َ ِْن َوا هَّي ُ ُْك َب َما َف ْي َه َم َن ْال آ ََّي َت َو َال ْك َر الْ َح َك ْ َْي َوتَ َقبه َل‬
ُ َ‫َب َرك‬
َ ‫ َأ ُقِ ْو ُل قَ ْو َ ِْل ه ََذا َو َأ ْس َت ْغ َف ُر‬.‫الس َم ْي ُع الْ َع َل ْ ُْي‬
‫هللا الْ َع َظ ْ َْي َ ِْل َولَ ُ ُْك‬ ‫َم َ ِْن َو َمنْ ُ ُْك َت ًَل َوتَ ُه ِان ه ُه ه َُو ه‬
‫ات ْ َال ْح َيا َء َم ْْنُ ْم َو ْ َال ْم َو َات فَ ْاس َت ْغ َف ُر ْو ُه‬ َ َ‫ات َوالْ ُم ْؤ َم َن ْ َني َوالْ ُم ْؤ َمن‬ َ ‫َو َل َسائَ َر الْ ُم ْس َل َم ْ َني َوالْ ُم ْس َل َم‬
.‫ان ه ُه ه َُو الْ َغ ُف ْو ُر هالر َح ْ ُْي‬
ِ
3
Khutbah Aidilfitri 13 Mei 2021: “KEBESARAN AIDILFITRI”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Khutbah Kedua

. ُ‫ َو َ ه َّلِل احل َ ْمد‬،‫۞ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫۞ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫َا ُهلل أ ْك َ َُب‬
ُ ‫ أ ْشهَدُ أ ْن ََل ا َ ََل ا هَل‬.‫ َو َ َُل َما َِف الآ َخ َر َة‬،‫الس َم َاو َات َو َما َِف ال ْر َض‬
‫هللا‬ ‫ ه َالي َ َُل َما َِف ه‬5‫احل َ ْمدُ َ ه َّلِل‬
‫ اللههُ هم َص َل‬.‫َش‬ َ َ َ‫وَل َس يَدُ اخل ًََلئَ َق َوالب‬ ُ ُ ‫ َوأ ْشهَدُ أ هن َس َيدَ َنَ ُم َح همدً ا َع ْبدُ ُه َو َر ُس‬،ُ‫يك ََل‬ َ ‫َش‬ َ َ ‫َو ْحدَ ُه ََل‬
7‫ َات ه ُقوا هللا‬،‫هللا‬ ْ َ ‫ َوعَ ََل أ َ ََل َو‬6‫َو َس َ ّْل َو َب َركْ عَ ََل َس َي َدَنَ ُم َح همد‬
َ ْ َ ‫ فَ َيا َع َبا َد‬، ُ‫ أ هما ب َ ْعد‬.‫َص َب َه أ ْ َْج َع َني‬
َ ‫ك َو ْقت ل َ َعل ه ُ ُْك تُ ْف َل ُح‬
.‫ون‬ َ ُ ‫هللا َو َطا َع َت َه َِف‬ ْ ُ ‫ُأ ْو َص‬
َ ‫يُك َوا هَّي َي َب َت ْق َو ٰى‬
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Keghairahan menyambut Aidilfitri jangan sampai mengalpakan kita akan musibah yang
sedang melanda dunia ketika ini. Dunia sedang bergelut untuk menangani ancaman virus
Covid-19. Lebih 160 juta orang manusia telah dijangkiti mengakibatkan lebih 3.5 juta kematian.
Ramai yang hilang pekerjaan dan semakin ramai yang menjadi miskin. Virus Covid-19 semakin
mengganas. Hospital bertambah sesak, katil dan kemudahan semakin tidak berupaya
menampung bilangan pesakit yang semakin meningkat setiap hari.

Insaflah, ketika majoriti umat Islam berpeluang menyambut Hari Raya di rumah masing-
masing dengan berpakaian indah serta menikmati pelbagai juadah, para petugas barisan
hadapan, terutama para doktor, jururawat dan kakitangan hospital, sedang bergelut untuk
menyelamatkan para pesakit yang semakin meningkat. Sudah lebih setahun mereka tidak
mengenali erti rehat, sudah lebih setahun mereka menghadapi kepenatan yang kita tidak
merasainya. Semoga khidmat dan pengorbanan mereka diterima oleh Allah SWT sebagai
amal makruf yang dikurniakan keberkatan semasa di dunia, dilimpahi rahmat keselesaan
ketika di alam barzakh, dan diberikan timbangan amal ketika di Padang Mahsyar.

Mimbar menasihatkan para jemaah dan seluruh rakyat;

Pertama: Menyambut Aidilfitri dengan norma baharu, mematuhi peraturan-peraturan yang


ditetapkan oleh kerajaan.
Kedua: Tidak melakukan acara ziarah menziarahi dan kunjung berkunjung antara rumah ke
rumah.

5
Memuji Allah
6 Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
7 Pesan Taqwa

4
Khutbah Aidilfitri 13 Mei 2021: “KEBESARAN AIDILFITRI”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Ketiga: Menangguhkan hasrat menziarahi kubur ke waktu yang lebih sesuai apabila angka
jangkitan sudah lebih terkawal.

Keempat: Membantu meringankan tanggungan berat saudara-saudara kita yang kehilangan


pekerjaan atau sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dengan
menghulurkan sedekah dan bantuan.

Kelima: Tunjukkan simpati dan penghargaan kepada para petugas di barisan hadapan
dengan tidak berkunjung ke tempat orang ramai, sentiasa menjaga kebersihan dan memakai
pelitup muka, mendaftar diri dan tampil ke hadapan untuk menerima vaksin, di samping berdoa
kepada Allah SWT agar kita dilindungi daripada ancaman wabak Covid-19.

ُ‫ َو َ ه َّلِل احل َ ْمد‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫َا ُهلل أ ْك َ َُب‬


Mimbar menyeru para jemaah agar kita istiqamah berpegang kepada aqidah Islamiah
berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah, yang menjadi warisan Rasulullah SAW, sahabat dan
tabiin, hingga ke hari ini. Jagalah hubungan dengan Allah SWT dan sesama makhluk.
Imarahkanlah rumah Allah SWT dengan terus-menerus mengerjakan ibadah dan solat fardu
secara berjemaah.

8
‫ﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ‬

‫اللههُ هم َص َل عَ ََل ُم َح همد َوعَ ََل أ َل ُم َح همد َ َمَك َصل ه ْي َت عَ ََل ا ْب َرا َه ْ َْي َوعَ ََل أ َل ا ْب َرا َه ْ َْي َو َب َركْ عَ ََل‬
ِ ِ
.‫ُم َح همد َوعَ ََل أ َل ُم َح همد َ َمَك َب َر ْك َت عَ ََل ا ْب َرا َه ْ َْي َوعَ ََل أ َل ا ْب َرا َه ْ َْي َ ِْف ال َعال َم ْ َني ان َهك َ َح ْي ٌد َم َج ْي ٌد‬
َ ْ
ِ ِ9 ِ
‫ َو َأ ْصل ْح ذ َات بَيْْنَ َ ْم َو َأل ْف ب َ ْ َني ُقل ْوِبَ َ ْم‬، ‫ات َوالْ ُم ْؤمن ْ َني وال ُم ْؤمنَات‬
ُ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ‫اللههُ هم ا ْغ َف ْر َللْ ُم ْس َل َم ْ َني َوالْ ُم ْس َل َم‬
‫ اللههُ هم َأ َع هز اَل ْس ًَل َم‬.‫ َوثَب ْْتُ ْم عَ ََل َم ه ََّل َر ُس ْو َل هللاﷺ‬،‫َوا ْج َع ْل َ ِْف ُقلُ ْوِبَ َ ُم ْاَليْ َم َان َوالْ َح ْْكَ َة‬
ُ ُ ِ
‫َص ا ْخ َوان َنَا امل ْس َتضْ َع َف َني َِف‬ َ
ْ ُ ْ‫ َوان‬،‫َص اَل ْسًل َم َوامل ْسل َم َني‬ َ َ ُ ْ‫ اللههُ هم ان‬،‫َوامل ُ ْس َل َم َني‬
.‫ك َم َكن َو َز َمان‬ َ ُ ‫ وال َي َم َن َو َِف‬،‫الشا َم‬ ‫ وب ًََل َد ه‬،‫ َوا َلشيْشَ َان‬،‫ َو َأفْ َغا َن ْس َت َان‬،‫ـــــــــــــــــــــــط ْ َني‬
َ ‫فَلَ ْس‬
‫ َما َظه ََر‬،‫ َوال َف َ َت‬،‫ َوا َمل َح َن‬،‫ َوالغ ًََل َء‬، َ‫وصا َۏ ُير ْو َس ال ُك ُوروَن‬ ً ‫ خ ُُص‬،‫ َو َالو َب َء‬،‫اللههُ هم ا ْدفَ ْع َعنها ال َب ًَل َء‬
8 Ayat Al-Quran
9 Doa untuk Kaum Muslimin
5
Khutbah Aidilfitri 13 Mei 2021: “KEBESARAN AIDILFITRI”
[Jabatan Agama Islam Perak]

‫ َو ْار َح ْم‬، َ‫ اللههُ هم ا ْش َف َم ْرضَ اَن‬.‫ َو َعن َسائَ َر بُ ْ َلان عَا هم ًة‬،‫ َعن ب َ َ َلَنَ ه ََذا خ هَاص ًة‬،‫َم ْْنَا َو َما ب َ َط َن‬
ْ‫ َو ْاح َفظ‬،‫ات‬ َ َ‫الَصاع‬
َ َ ‫وب َو‬َ ‫ اللههُ هم َج َن ْب عَال َ َمنَا احلُ ُر‬.‫ َو ْاح َفظْ َأ ْو َطان َنَا‬، َ‫س ُأ ُم َورَن‬ ْ َ َ ‫ َوي‬، َ‫َم ْوَتَ َن‬
َ َ ‫ ََّي أ ْر َح َم هالر‬،‫ك َم ْك ُروه َو ُسوء‬
.‫اح َني‬ َ ُ ‫ َو ْاح َم َب ًَل َدَنَ َم ْن‬،‫َش َباب َنَا‬
Ya Allah, berkatilah hamba-hamba Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan
menghulurkan wakaf, kurniai mereka rezeki yang berlipat ganda, serta sucikanlah harta
dan jiwa mereka. Jauhkanlah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran serta
lindungilah mereka daripada kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, berilah kami kebaikan serta keberkatan di dunia dan di akhirat. Peliharalah kami
daripada seksa dan azab api neraka.

Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayah Mu ke atas Raja kami, Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfur-lah, dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja dan seluruh rakyat jelata.

.‫َربهنَا أ آ َتنَا َِف الُّ ن ْ َيا َح َس نَ ًة َو َِف ْالآ َخ َر َة َح َس نَ ًة َو َقنَا عَ َذ َاب النه َار‬
‫ﱡﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ ﱰ ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ‬ َ ‫فَ َيا َع َبا َد‬
،‫هللا‬
‫ َو ْاش ُك ُر ْو ُه عَ ََل َن َع َم َه‬،‫هللا الْ َع َظ ْ َْي ي َ ْذ ُك ْرُ ُْك‬
َ ‫ فَ ْاذ ُك ُر ْوا‬.‫ﱶ ﱷﱸ ﱹ ﱺ ﱻﭐﱠ‬
ُ ‫ َو‬،‫هللا َأ ْك َ َُب‬
.‫هللا ي َ ْع َ ُّل َما ت َْصنَ ُع ْو َن‬ َ ‫ َو َ َل ْك ُر‬،‫ َو ْاسأَلُ ْو ُه َم ْن فَضْ َ َِل يُ ْع َط ُ ُْك‬،‫يَ َزد ُ ُْْك‬
،‫هللا أ ْك َ َُب‬ ُ ‫ ََل ا َ ََل ا هَل‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫ َا ُهلل أ ْك َ َُب‬،‫َا ُهلل أ ْك َ َُب‬
ُ ‫هللا َو‬
. ُ‫َا ُهلل أ ْك َ َُب َو َ ه َّلِل احل َ ْمد‬

Anda mungkin juga menyukai