TUGASAN 1
1.0 PENGENALAN
Dalam Malaysia bergerak kearah menjadi sebuah negara maju, guru menjadi
individu yang amat penting dalam proses pembangunan manusia , masyarakat dan
negara. Tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar di zaman teknologi yang
serba maju dan canggih ini. Guru memainkan peranan penting untuk menjamin
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara agar dapat ditingkatkan dan
dikekalkan. Keharmonian dan kemakmuran ini dapat direalisasikan jika akauntabiliti
guru dilaksanakan seperti yang termaktub dalam kod etika perguruan.
Kerjaya sebagai seorang guru bermula sejak dahulu lagi apabila manusia mula
membaca dan menulis .Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar
dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud
orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk
kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan
dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat
belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru. Pekerjaan sebagai seorang guru merupakan satu pekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara . Pada
1
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
masa sekarang peranan guru semakin komplek dan mencabar. Tugas guru tidak hanya
terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja malahan
pembentukan modal insan juga perlu diberi perhatian. Hal ini kerana harapan terhadap
generasi muda tinggi supaya mereka dapat mengembangkan kemahiran dan
menyumbangkan ilmu, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan
negara.
Didikan yang betul akan melahirkan insan yang akan menjadi menjadi
warganegara yang dapat memberi sumbangan kearah kesejahteraan keluarga,
mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Perpaduan kaum dapat disemai apabila guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling
menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa atau agama. Hal ini, akan
dapat merealisasikan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri
Malaysia yang ke - 4 iaitu Tun Seri Dr.Mahathir Mohamad. Disamping itu, Malaysia
akan dapat melahirkan ramai pemimpin generasi baru yang berkualiti dari segi aspek
rohani, jasmani, intelek,emosi dan sosial.
Dari sudut Islam ,etika adalah akhlak yakni tingkah laku yang baik yang
dituntut oleh syarak . Manakala menurut Kamus Dewan (2010), etika ialah
prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan .
Menurut Institut Integriti Malaysia (2007) etika ialah himpunan nilai dan
moral yang menjadi piawai bagi tingkahlaku individu, organisasi dan
profesion.
Etika didefinisikan sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan
buruk sesuatu tindakan (Mackie,1977)
Menurut Velasquez, Andre, Shanks,dan Meyer (1987) pula mentakrifkan
etika sebagai standard salah atau betul yang harus dilakukan oleh manusia
untuk memastikan keadilan.
2
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) pula mendefinisikan etika sebagai satu set
peraturan tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dengan
jangan dibuat.
Kod etika profesion adalah peraturan bagi membantu guru yang professional
mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga profesion. Tiga fungsi
utama kod Etika Profesion :
Etika keguruan atau tatasusila profesion merupakan suatu garis panduan atau
kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya
sebagai pendidik dalam sistem di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagi kepada empat
bidang tanggungjawab iaitu pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara serta rakan
sejawat dan profesionnya sendiri. Bagi menyedarkan para guru mengenai
tanggungjawab dan akauntabiliti dalam profesion ini, Kod Etika Keguruan Malaysia
telah dijadikan satu dokumen. Ini bertujuan merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
3
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Selain itu seorang guru perlu sentiasa berusaha menguasai pedagogi kerana ia
merupakan faktor penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Penampilan seorang guru juga perlu sentiasa kemas, berdaya saing,
berbudi pekerti, sentiasa optimistik supaya boleh menjadi sumber inspirasi kepada
pelajar. Seorang guru juga harus mampu mengawal emosisendiri supaya membawa
ketenangan dan ketenteraman jiwa.
4
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan
modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat
profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap
amanah yang di berikan.
Salah satu daripada akauntabiliti guru adalah terhadap masyarakat dan negara.
Jadi adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memelihara imej dan profesion
keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi
kemajuan negara. Profesion keguruan adalah sangat penting kerana guru merupakan
arkitek kepada pembangunan negara. Murid pada hari ini merupakan bakal pemimpin
masa hadapan. Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang
berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas guru berperanan
untuk membina murid-murid yang akan menjadi ahli masyarakat yang mempunyai ciri-
ciri global, patriotik dan semangat cintakan negara. Pada hari ini ,guru memainkan
peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.
5
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Bagi Malaysia yang merupakan sebuah negara yang terdiri pelbagai bangsa, jadi
adalah menjadi tanggungjawab guru dalam memupuk sikap dan nilai murni ke dalam
diri pelajar sesuai dengan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. Apabila diri
setiap murid telah disemaikan dengan nilai murni , akan lahirlah insan yang mampu
untuk memimpin negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan
harmoni serta wujud persefahaman antara kaum. Guru juga hendaklah memenuhi
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas
dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru perlu mengeratkan persefahaman
dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.
Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti
sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak
menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah
sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing
mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih
tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping, itu guru hendaklah
menghormati masyarakat setempat dimana guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di
antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan
yang diterima oleh masyarakat. Guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh masyarakat setempat seperti gotong royong dan sebagainya. Dengan
ini dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan komuniti setempat. Apabila guru
dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, sudah pasti
akan lahir sebuah negara yang harmoni dan makmur.
6
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
3.0 Kesimpulan
Apabila seseorang guru telah memahami prinsip akauntabiliti, maka itu guru
akan dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Akauntabiliti haruslah di
hayati sepenuhnya oleh seseorang guru kerana ini akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri , murid-murid, masyarakat dan negara. Profesion keguruan akan
dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam
bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru itu.
Guru yang berkualiti dapat melahirkan modal insan yang dicita-citakan oleh
negara. Peranan yang disumbangkan oleh guru ke arah kemakmuran negara tidak
ternilai harganya. Hasil daripada peranan yang dimainkan oleh para guru ,
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan
didikan supaya setiap murid mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama, hormat-
menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang
tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam
semua bidang kehidupan dan seterusnya menjurus ke arah kemakmuran negara.
7
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Selain daripada itu guru-guru di sekolah dan institusi pendidikan di negara kita
perlu mewujudkan suasana yang kondusif di sekolah untuk membolehkan murid
daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaul sesama mereka dengan lebih mesra
dan akrab. Guru adalah insan yang perlu runtuhkan tembok prejudis yang tebal di
kalangan murid-murid. Guru perlu menggalakkan interaksi yang harmonis antara murid
pelbagai kaum. Pada masa yang sama, guru-guru mesti meneruskan usaha
memperkasa sekolah kebangsaan sebagai sekolah perpaduan dan memartabatkan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan rakyat.
8
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
TUGASAN 2
Anda dikehendaki meneliti artikel daripada jurnal yang berkaitan dengan faktor
guru merupakan penyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi sekolah.
Sediakan rumusan dengan memberi justifikasi dan contoh yang sesuai
berasaskan pengalaman anda.
1.0 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah tempat yang berfungsi untuk memberi ilmu kepada
pelajar atau sesiapa yang kepada sesiapa yang belajar di tempat itu. Sekolah sekarang
adalah berbeza dengan sekolah dahulu,dimana sekolah pada zaman sekarang banyak
dilengkapi dengan kemudahan seperti kemudahan teknologi maklumat (IT). Di sekolah
terdapat yang tenaga pengajar atau pendidik yang dipanggil guru untuk menyebarkan
ilmu pengetahuan disamping mendidik dan membimbing pelajar menjadi insan
berakhlak dan bermoral. Lazimnya jatuh bangunnya atau berjayanya sesebuah sekolah
banyak bergantung kepada kegigihan dan kesungguhan guru sekolah tersebut.
Disamping itu, sekolah yang berjaya mempunyai pucuk kepimpinan yang berkualiti.
9
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Selain daripada itu guru sentiasa komited dengan tugas yang diberikan tidak
kira waktu sama ada dalam kurikulum mahu pun kokurikulum. Pengalaman di sekolah
menunjukkan guru sanggup bertugas sehingga ke malam. Guru sanggup mengadakan
kelas tambahan UPSR di waktu malam . Kecemerlangan UPSR yang dicapai akan
meningkatkan kecemerlangan sesebuah sekolah. Tanpa guru yang bertungkus lumus
di manakah sekolah cemerlang. Begitu juga dalam aktiviti kokurikulum gurunya
berusaha untuk menjadikan sekolahnya cemerlang, gemilang dan terbilang.
10
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
guru memainkan peranan penting dalam memupuk nilai murni serta membangunkan
sekolah menjadi sekolah cemerlang.
Kecemerlangan sesebuah sekolah juga disebabkan guru yang bijak membuat
perancangan pengajaran agar mudah difahami pelajarnya. Guru begitu komited
melaksanakan perancangannya agar dapat membangunkan diri pelajar ke tahap
tertinggi agar kecemerlangan sekolah dapat dipertahankan selama-lamanya. Memimpin
dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan dengan mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
Selain daripada itu guru juga menjadi pakar rujuk, memberikan khidmat nasihat
dan membimbing rakan guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan. Elemen-elemen inilah yang menghasilkan kecemerlangan sesebuah
sekolah. Guru ialah pihak yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk diri
seseorang insan yang cemerlang di sesebuah sekolah. Selain ibu bapa di rumah,
gurulah pihak kedua yang begitu penting dan sangat diperlukan oleh masyarakat dalam
memastikan diri seseorang individu menjadi cemerlang. Individu cemerlang inilah yang
akan melonjakkan prestasi akademik sekolah.
Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terbatas di dalam bilik darjah
semata-mata, sebaliknya tugas guru adalah melebihi batasan dan sempadan sekolah.
Tugas dan tanggungjawab guru secara menyeluruh adalah untuk membentuk pelajar
cemerlang dan berakhlak mulia. Sebagai seorang yang profesional, guru tidak lokek
dengan pengetahuan yang dimilikinya. Hal ini bererti setiap ilmu yang dipelajari dan
dikuasai perlu disampaikan dan dipraktikkan di sekolah. Apabila ini dilakukan maka
sudah tentulah sekolah akan menjadi cemerlang.Kesimpulannya guru adalah faktor
yang terpenting dalam menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru ialah rol
model kepada murid-muridnya, apa jua yang disebut dan diajar akan membawa erti
kepada diri pelajarnya. Cemerlangnya seseorang guru itu akan membawa sinar yang
menerangi sesebuah sekolah. Tanpa guru apalah ertinya sesebuah institusi yang
bernama sekolah. Jadi kecemerlangan adalah kerana faktor guru adalah amat tepat
sekali kerana guru adalah lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
11
EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Penutup
Guru perlu sentiasa komited dengan tugas yang diberikan sama ada dalam
kurikulum mahu pun kokurikulum. Semua guru adalah guru disiplin serta harus memiliki
akhlak dan sahsiah yang tinggi yang akan menjadi contoh dan teladan kepada setiap
pelajar. Para pelajar harus dipastikan melibatkan diri dengan aktif dalam kegiatan
kurikulum dan kokurikulum. Pelajar mestilah menumpukan perhatian kepada akademik
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan pada masa sama menjalin
hubungan baik dengan guru, berakhlak dan berbudi pekerti tinggi.
Bagi memastikan tiada gejala negatif di kalangan pelajar, ibu bapa pihak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menjadi mata dan telinga kepada sekolah
bagi membendung masalah disiplin, ponteng dan penyalahgunaan dadah. Hubungan
yang baik di antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat memberi kejayaan dalam bidang
akademik dan kokurikulum seterusnya memberi kejayaan kepada sekolah. Sekolah
akan mencapai kejayaan sekiranya semua pihak bekerjasama dan saling ambil peduli
serta usaha yang berterusan oleh semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru,
kakitangan sokongan, pelajar, para ibu bapa dan pihak komuniti. Sehubungan itu, guru
memainkan peranan penting dalam memupuk nilai murni serta membangunkan
sekolah.
Nilai murni perlu disebarkan melalui pendidikan dalam bentuk amanat dan
pesanan dalam pelbagai perkara dan situasi. Kerjasama di dalam sesebuah organisasi
terutama guru merupakan salah satu faktor utama yang mendorong kepada
pencapaian yang cemerlang sesebuah sekolah.
12