Anda di halaman 1dari 3

PANITIA MATEMATIK 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MABUL


MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
BIL 1/2018

Tarikh : 4 Januari 2018

Masa : 2.00 - 3.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Pulau Mabul

Pengerusi : Amirhan bin Latuwo

Kehadiran :

1. En. Mad saif bin Katik


2. En. Mohd Jeffery bin Ibrahim
3. Amirhan Bin Latuwo

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kejayaan


dan kecemerlangan pelaksanaan program tahun 2017. Setiap usaha dan
kerjasama sepanjang program berlangsung adalah sangat dihargai.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh En.Mohd Jeffery .

Disokong untuk pengesahan oleh En. Mat saif.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

4.0 PEMBENTANGAN AHLI JAWATANKUASA & PERANCANGAN PENINGKATAN


SUBJEK Matematik BAGI TAHUN 2018

4.1 Pengerusi membentangkan ahli jawatankuasa Panitia Matematik


untuk sesi 2018.

4.2 Pengerusi membincangkan Prestasi UPSR 2018. Seperti yang diketahui,


format baharu yang digunakan untuk UPSR 2018 merupakan suatu
cabaran yang hebat bukan sahaja untuk para pelajar bahkan guru-guru
PANITIA MATEMATIK 2018

Matematik juga merasakan ia sebagai suatu transformasi yang perlu


dipandang serius. Keputusan Matematik tidak begitu mengecewakan.
Hanya 4 orang sahaja yang gagal matematik selebihnya lulus.

4.3 Pengerusi meminta rakan-rakan guru memberi pandangan mengenai


Strategi UPSR 2018. Cikgu Jeffery mencadangkan agar Kelas Gerak IQ
untuk subjek Matematik ditambah untuk subjek Penulisan
memandangkan ia merupakan subjek yang agak sukar buat
pelajar-pelajar. Ia turut disokong oleh Panitia dan diterima baik
oleh semua guru yang hadir.

4.4 Pengerusi membentangkan program-program yang akan dilaksanakan


pada tahun 2018. (Lampiran 1)

4.4.1 Pengerusi meminta semua guru untuk bersama-sama menjayakan


program tahun 2018. Beliau menasihatkan agar sentiasa
membimbing pelajar tidak kira sama ada mereka bijak atau
sederhana bijak. Sekiranya semua guru berganding bahu dan
sentiasa mengambil sikap terbuka apabila menerima kritikan dan
bersikap positif dalam segala aspek.

4.5 Persatuan Matematik

4.5.1 Guru penasihat bertanggungjawab membimbing murid-murid dalam


membuat laporan dan menjalankan aktiviti unit masing-masing bagi
mengasah bakat kepimpinan dikalangan murid. Mereka juga
merupakan pencetus kereatifan pelajar. Mereka tidak perlu terlalu
serius dalam masa persatuan dan boleh meminta pendapat dan
pandangan dari pelajar-pelajar mengeni perkara yang mereka
ingin lakukan dalam persatuan agar ia menjadi lebih menarik dan
bermakna.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pengerusi meminta guru-guru memastikan fail-fail berkaitan LINUS,


KSSR, dan PBS dikemaskini. Pemantauan akan sentiasa dilakukan dari
PANITIA MATEMATIK 2018

semasa ke semasa memandangkan sekolah menjadi tumpuan semua


pihak termasuk KPM, JPN dan PPD.

5.2 Pengerusi meminta guru-guru menyediakan Rancangan Pengajaran


Tahunan (RPT) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP).

PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan penetapan tarikh mesyuarat yang


berikutnya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

….…………………………… ………………………………….
(MAD SAIF BIN KATIK) (AMIRHAN LATUWO)
Setiausaha Ketua panitia
Panitia Matematik Panitia Matematik
SK pulau mabul SK Pulau Mabul

Anda mungkin juga menyukai