Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIMBANAK

KERTAS KERJA

PROGRAM ‘OH MY CLASSROOM’ III

ANJURAN BERSAMA:
UNIT HAL EHWAL MURID

MASA:
JANUARI-NOVEMBER 2014

DISEDIAKAN OLEH:
BRENDA ANN JAMES LAJINGAH (PK HEM)
KERTAS KERJA
PROGRAM ‘OH MY CLASSROOM’ II
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIMBANAK

1.0 PENGENALAN
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan
iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan, sekolah
mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria.
Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa
ke semasa. Salah satu cara mencapai tujuan ini, meja murid yang berconteng dan sudah
pudar warnanya amat sesuai dialas dengan linolium bagi memastikan murid selesa dan
seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa
bersih dan ceria tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin
murid. Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan
kemenjadian sahsiah murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intetek.

2.0 MATLAMAT
Memastikan bilik darjah bersih dan ceria serta lengkap dengan meja dan kerusi untuk setiap
murid supaya murid mengikuti proses PdP dengan berkesan. Disamping itu juga menjaga
meja masing-masing akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama di antara murid di
dalam kelas.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kesedaran murid untuk menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.
3.2 Mengurangkan pergerakan meja dari kelas ke kelas.

4.0 SASARAN
Semua meja murid.

5.0 TEMPAT
Semua kelas.

6.0 JANGKA MASA


Januari-November

7.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi I: Pn. Rafidah Haji Karaman
Tim. Pengerusi I: Cik Brenda Ann James Lajingah
Tim. Pengerusi II: Pn. Lourdes Mary Batin
Penyelaras: Pn. Cynthia Kwan
Pen. Penyelaras: Pn. Annilin Apat
AJK: Guru Penyelaras Kebersihan
Guru Penyelaras Keceriaan
Semua Guru Kelas
8.0 PROGRAM
Pihak pentadbir sekolah menyediakan alas linolium untuk alas meja murid yang sudah rosak.
Guru kelas akan memastikan semua murid dalam kelas mengalas meja mereka dan tidak
menconteng atau merosakkan alas meja tersebut. Jika alas meja didapati diconteng atau
koyak, murid berkenaan mesti membayar alas meja tersebut.

9.0 SUMBER KOS/BAHAN YANG DIPERLUKAN


1 gulung linolium = RM140.00
7 gulung X RM140.00 = RM980.00

10.0 PENUTUP
Program ini merupakan satu langkah positif untuk dilaksanakan demi memastikan murid-murid
sekolah ini dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Oleh itu, program ini memerlukan
kerjasama yang padu daripada semua pihak agar ianya dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan, sekaligus pihak sekolah dapat mengeluarkan modal insan yang memiliki kualiti
yang dapat menjamin kesejahteraan Negara.

Disediakan oleh,

(BRENDA ANN JAMES LAJINGAH)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Limbanak, Penampang

Diluluskan oleh,

(RAFIDAH BINTI HJ. KARAMAN)


Pengetua Cemerlang
SMK Limbanak, Penampang

Anda mungkin juga menyukai