Anda di halaman 1dari 3

UNIT HAL EHWAL MURID SMK LIMBANAK 201

3
KERTAS KERJA
PROGRAM SELAMAT PAGI PELAJAR
1.0 PENGENALAN
Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi
pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina
sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam
zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Pelaksanaan
Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Bagi fasa pertama
pelaksanaannya, salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru adalah mengalu-
alukan kehadiran murid ke sekolah. Sehubungan dengan itu Program Selamat Pagi Pelajar
dilancarkan bagi membudaya sikap penyayang dikalangan guru dengan mengalu-alukan
kehadiran pelajar ke sekolah.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
2.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
2.4 Mengurangkan kes pelajar merokok di luar kawasan sekolah (Kedai SPE)
2.5 Mengelak pelajar ponteng sekolah
3 TEMPAT
Pintu masuk pagar sekolah
Kedai SPE
4 MASA
Isnin-Khamis (Pengetua, PIBG, PK HEM, PK Petang, Ketua Guru Disiplin, Guru Disiplin,
Kaunselor, Guru Bertugas)
6.15 pagi (Sesi pagi)
11.45 pagi (Sesi petang)
Jumaat (Pengetua, PIBG, PK HEM, PK Petang, Ketua Guru Disiplin, Guru Disiplin, Kaunselor,
Guru Bertugas)
6.30 pagi (Sesi pagi)
12.30 tengah hari (Sesi petang)

1
UNIT HAL EHWAL MURID SMK LIMBANAK 201
3

5 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi: Puan Rafidah Binti Haji Karaman
Timbalan Pengerus 1: Cik Brenda Ann James Lajingah
Timbalan Pengerusi 2: Puan Lourdes Mary Batin
Setiausaha: Cik Brenda Ann James Lajingah
AJK: Semua Guru UBK
Semua Guru Disiplin
Semua Guru Kelas
AJK PIBG
6 SUMBER KOS
Peruntukan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
Sumbangan ikhlas guru-guru
7 KAEDAH
7.1 Menyambut kedatangan murid;
 Penampilan guru dan ibu bapa kemas dan ceria
 Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
 Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
 Memberikan hadiah (biskut/kek) kepada murid
7.2 Membuat sapaan;
Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah
7.3 Melaksanakan peraturan disiplin sekolah
 Memeriksa pakaian dan rambut pelajar
 Mengambil nama pelajar yang datang lewat
 Memeriksa beg sekolah pelajar yang lewat ke sekolah
8 PENUTUP
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan pelajar akan berasa senang hati datang dan
berada di sekolah kerana mereka merasakan diri mereka disayangi dan dihargai. Disiplin
pelajar juga dapat dikawal dengan baik.

2
UNIT HAL EHWAL MURID SMK LIMBANAK 201
3

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

__________________________ ____________________________
(CIK BRENDA ANN JAMES LAJINGAH) (PUAN RAFIDAH BINTI HJ KARAMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pengetua Cemerlang
SMK Limbanak Penampang SMK Limbanak Penampang

Diluluskan oleh,

_______________________
(ENCIK ISIDORE BIN LAJAWAH)
Yang DiPertua PIBG
SMK Limbanak Penampang

Anda mungkin juga menyukai