Anda di halaman 1dari 24

Topik  Pengajian

4 Akidah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan hubungan antara akidah, iman dan tauhid;
2. Menghuraikan hubungan akidah dan kerohanian;
3. Merumuskan asas dan ciri akidah;
4. Menyimpulkan kepentingan akidah Islam dan peranannya dalam
menyelesaikan krisis moral; dan
5. Menghuraikan peranan akidah dalam pembentukan modal insan
dan hubungannya dengan akhlak.

 PENGENALAN
Topik keempat ini meneruskan pembelajaran kita tentang akidah secara lebih
mendalam. Kita telah mempelajari bahawa akidah yang benar ialah akidah yang
berasaskan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmaÂ. Akidah menjadi asas pegangan
mukmin kerana akidah merupakan tunjang utama dalam kehidupan manusia.
Berdasarkan akidah yang sahih, individu yang benar-benar menghayati akidah
dalam kehidupan mereka mampu diwujudkan. Ini bersesuaian dengan sifat
akidah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti sosial, politik, ekonomi,
perundangan, akhlak, muamalah dan sebagainya.

Perbincangan dalam topik ini dimulakan dengan penjelasan mendalam tentang


akidah, iman dan tauhid. Ini diikuti dengan penjelasan tentang hubungan akidah
dan kerohanian. Seterusnya perbincangan tentang asas dan ciri akidah akan
diketengahkan disusuli dengan kepentingan dan peranan akidah Islam. Akhir
sekali, topik ini akan mengetengahkan penjelasan tentang akidah dalam
pembentukan modal insan dan hubungannya dengan akhlak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  61

Diharapkan pada akhir topik ini, anda dapat mengukuhkan lagi pegangan
akidah dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian anda.

4.1 AKIDAH, IMAN DAN TAUHID


Anda telah mempelajari secara ringkas maksud akidah dari sudut bahasa dalam
topik tiga. Masihkah anda ingat? Seterusnya, mari kita pelajari dengan lebih
lanjut lagi maksud akidah secara hissi, maÊnawi dan istilah dalam topik baharu
ini.

Jika dilihat secara hissi, akidah merupakan pecahan perkataan Âaqada, yaÂqidu,
Âaqdan yang bererti simpulan seperti yang dikatakan Âaqada al-hablaÊ
(menyimpul tali) dalam firman Allah SWT mengenai Nabi Musa a.s. yang
membuat permohonan kepada Allah SWT agar dihuraikan ÞsimpulanÞ ikatan
lidahnya untuk memberi kefasihan kepadanya. Firman tersebut adalah dalam
surah Taha ayat 25-28:

⎯ÏiΒ Zοy‰ø)ãã ö≅è=ôm$#uρ ∩⊄∉∪ “ÌøΒr& þ’Í< ÷Åc£o„uρ ∩⊄∈∪ “Í‘ô‰|¹ ’Í< ÷yuõ°$# Éb>u‘ tΑ$s%

∩⊄∇∪ ’Í<öθs% (#θßγs)øtƒ ∩⊄∠∪ ’ÎΤ$|¡Ïj9


Maksudnya:
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Lapangkanlah bagiku akan
dadaku, dan mudahkanlah bagiku akan tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari
lidahku, supaya mereka faham akan kata-kataku.

Pengertian akidah menurut maÂnawi pula (dengan menisbahkan kata asalnya),


Âaqada bermakna maÂquda ertinya yang terikat, Âaqada al-habla ertinya harga
yang tetap, Âaqada al-bai ertinya melakukan kontrak jual beli dan Âaqada al-Âahd
ertinya mempereratkan ikatan perjanjian yang teguh dan kuat. Ini dinyatakan
oleh Allah dalam surah al-MaiÊdah ayat 1:

4 ÏŠθà)ãèø9$$Î/ (#θèù÷ρr& (#þθãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-
perjanjian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

Setelah melihat kepada pengertian akidah secara hissi dan maÂnawi, apakah
yang dapat kita disimpulkan? Secara kesimpulannya, makna maÂnawi lebih
menepati kepada konsep akidah, yang mana akidah diibaratkan sebagai
simpulan tali yang kukuh yang tersemat dalam jiwa seseorang; tiada siapa yang
dapat merungkaikan atau memutuskannya dari jiwa manusia melainkan dirinya
sendiri dan Allah SWT.

Berdasarkan pengertian di atas, kita dapat lihat dengan jelas bahawa akidah
merupakan satu kepercayaan yang terikat dan tersimpul erat di dalam jiwa
seseorang. Dalam konteks ini, tiada seorang pun yang berhak memutuskan
ikatannya melainkan Allah SWT.

Seterusnya mari kita lihat akidah menurut istilah. Akidah menurut istilah ialah
perkara yang dibenarkan di dalam jiwa dan ditetapkan dalam hati dengan yakin
bahawa pegangan itu benar dan tidak ada keraguan. Berdasarkan maksud ini,
akidah merujuk kepada keputusan yang keluar dari hati nurani seorang tanpa
syak dan ragu. Keyakinan yang teguh dijadikan panduan untuk menentukan
hala tuju manusia.

Kita telah melihat tadi akidah ditakrifkan dengan pelbagai maksud mengikut sisi
tertentu. Namun yang pasti, kita boleh rumuskan bahawa akidah Islam merujuk
kepada iman atau keyakinan yang mantap dan mendalam terhadap Allah SWT,
malaikat, kitab, rasul, kiamat dan qadak dan qadar.

Selain itu, akidah juga membawa erti beriman dengan apa yang diturunkan oleh
Allah di dalam al-Quran dan mengikuti sunnah Rasulullah SWT yang sahih
dengan sepenuh hati. Sayyid Sabiq (2005) antara tokoh yang menyamakan
akidah dengan keimanan. Beliau menyatakan:

ִ◌ ‫اﻟﻌﻘﻴﺪة ﱓ اﻟﺘﺼﺪﻳﻖ ابﻟﴚء واﳉﺰم ﺑﻪ دون ﺷﻚ او رﻳﺒﺔ◌ִ ﻓﻬـﻲ ﲟﻌﲎ ا ٕﻻ ﳝﺎن‬


Maksudnya:
Akidah adalah keimanan yang jitu (al-tasdiq) terhadap sesuatu tanpa keraguan
dan syak, itulah dinamakan iman.

Berdasarkan maksud ini, akidah biasanya dirujuk kepada keyakinan yang jitu
terhadap Allah tanpa ragu. Lebih tepat lagi, akidah dimanifestasikan dalam
bentuk keyakinan dan keimanan yang tersusun seperti yang terkandung dalam
rukun iman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  63

Al-Quran juga turut mengungkap mengenai akidah dengan istilah iman


sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 9:

( öΝÍκÈ]≈yϑƒÎ*Î/ Νåκ›5u‘ óΟÎγƒÏ‰öκu‰ ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan
memimpin mereka dengan sebab iman (akidah) mereka yang sempurna itu...

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa akidah dan keimanan itu merupakan dua
istilah yang mempunyai konotasi makna yang sama, kedua-duanya boleh
digunakan dan membawa maksud yang sama.

Sekarang mari kita beralih kepada tauhid. Tauhid merupakan perkataan bahasa
Arab al-Tawhid (‫)التوحيد‬, daripada kata kerja wahhada (‫)وحّد‬, iaitu mengesakan
sesuatu serta menafikan berbilang-bilang. Dalam pengertian bahasa pula, ia
mempunyai beberapa maksud, antaranya ialah:

(a) Menetapkan sesuatu itu Esa;


(b) Mengakui bahawa sesuatu itu Esa atau mengesakan; dan
(c) Mengakui atau mengiktikadkan bahawa Allah SWT itu Esa.

Manakala dari segi istilah syarak, tauhid bermaksud:

(a) Mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT;

(b) Mengetahui, mengakui, menetapkan dan meyakinkan bahawa hanya Allah


SWT sahaja yang berhak disembah;

(c) Ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada dalil yang jelas
dan terang; dan

(d) Menafikan tandingan atau sesuatu yang setara dengan zat Allah SWT atau
dengan sifat-Nya atau perbuatan-Nya serta menafikan sekutu dalam sifat
ketuhanan-Nya dan dalam ibadat yang dipersembahkan kepada-Nya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

Ini dinyatakan oleh Allah SWT yang berfirman dalam surah al-Ikhlas, ayat 1-4:

…ã&©! ⎯ä3tƒ öΝs9uρ ∩⊂∪ ô‰s9θムöΝs9uρ ô$Î#tƒ öΝs9 ∩⊄∪ ߉yϑ¢Á9$# ª!$# ∩⊇∪ î‰ymr& ª!$# uθèδ ö≅è%

∩⊆∪ 7‰ymr& #·θàà2


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): Allah itu Esa, Allah tempat tumpuan bagi
segala keperluan makhluk-Nya, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan
tiada sesuatu yang setara dengan-Nya.

Apakah lawan perkataan tauhid? Lawan perkataan tauhid ialah syirik yang
bermaksud menyekutukan Allah SWT. Mana-mana keyakinan yang menetapkan
bahawa Tuhan itu berbilang pada zat-Nya, sifat-Nya dan perbuatan-Nya ialah
keyakinan syirik. Ini berlawanan dengan keyakinan tauhid iaitu keyakinan
tentang Allah SWT ialah zat yang satu (tunggal), sifat-Nya ialah satu (tersendiri
dan tiada yang lain menyamai sifat-Nya) dan perbuatannya adalah satu
(tersendiri dan tiada yang lain menyamai perbuatan-Nya).

Dari segi ilmu, tauhid bermaksud ilmu yang membicarakan tentang perkara
yang bersangkutan dengan akidah Islam yang dibuktikan dengan alasan yang
meyakinkan. Pengertian ini lebih luas daripada pengertiannya dalam bahasa
kerana ia meliputi segala ketentuan yang menentukan keyakinan yang sah,
meliputi perkara ketuhanan, kenabian, kerasulan, malaikat, samÊiyyat dan lain-
lain.

Ilmu ini dinamakan ilmu tauhid kerana ia mengandungi perkara yang jelas dan
nyata yang membezakan akidah Islam dengan fahaman agama lain iaitu tentang
keesaan Allah. Agama lain mengakui adanya Tuhan tetapi mereka
menyekutukannya dengan perkara lain atau benda lain sama ada pada zat, sifat
atau perbuatan. Contohnya, agama Yahudi berkeyakinan bahawa Uzair itu anak
Tuhan, manakala agama Kristian pula berpegang pada konsep triniti, iaitu
kepercayaan kepada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

AKTIVITI 4.1
Bincangkan kepentingan hubungan antara akidah, iman dan tauhid
dalam pembangunan komuniti Muslim bersama rakan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  65

4.2 HUBUNGAN AKIDAH DAN KEROHANIAN


Sedarkah anda bahawa hubungan akidah dan kerohanian tidak jauh bezanya
antara iman dan akidah? Apakah yang dimaksudkan dengan kerohanian?

Kerohanian secara amnya bermakna „intisari manusia dan ciri peribadinya‰


iaitu akal dan hati, fikiran dan iman.

Kerohanian meliputi ciri-ciri keadilan, tolong menolong, cinta, kasih sayang dan
nilai-nilai murni lain yang terdapat dalam diri manusia.

Sedarkah anda bahawa kerohanian merupakan lawan kepada kejasmanian? Jika


tindakan manusia terbentuk ke arah akhlak yang murni, ia sebenarnya dikuasai
oleh unsur kerohanian kerana unsur tersebut berjaya menundukkan hawa
nafsunya. Dalam kata lain, kerohanian adalah aspek dalaman yang menjadi
intisari kepada kemanusiaan.

Sebagai penutup, kita dapat simpulkan bahawa akidah dan kerohanian adalah
gabungan yang amat penting kerana akidah merupakan asas kemunculan aspek
kerohanian dalam kehidupan manusia. Dalam hal ini, akidah bertindak sebagai
asas atau tunjang kepada keyakinan seseorang manakala kerohanian pula
merupakan aspek kesediaan seseorang melakukan aspirasi terhadap akidahnya.
Jika seseorang itu enggan menghayati dan melaksanakan suatu tuntutan
akidahnya, maka aspek kerohanian itu tidak berfungsi. Kesimpulannya, akidah,
iman dan kerohanian merupakan satu simbiosis dalam kehidupan manusia.

4.3 ASAS DAN CIRI AKIDAH


Apakah asas dan ciri akidah? Mari kita lihat asas akidah dahulu. Antara asas
akidah yang perlu diketahui oleh individu Muslim ialah:

(a) Mengetahui fardu ain bagi setiap mukallaf, iaitu beriman kepada Allah
dengan mengiktikad sepenuhnya kewujudan Allah. Yakin Allah bersifat
dengan kesempurnaan dan tiada kekurangan. Beriman dengan apa yang
dibawa oleh Rasullullah SWT kepada umat manusia. Melaksanakan
ibadah, hukum halal dan haram, menjauhkan akhlak tercela serta
mengamalkan akhlak yang mulia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

(b) Memahami dengan mendalam maksud Islam, iman dan ihsan. Islam bererti
tunduk dan patuh serta menjunjung setiap apa yang dibawa oleh
Rasulullah SAW. Iman pula membenarkan apa yang dibawa oleh nabi
tanpa sedikitpun keraguan yang timbul. Manakala ihsan pula ialah
mencapai keikhlasan dengan bermuqarabah kepada Allah dalam setiap
keadaan dan urusan kerana sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa
melihatnya walaupun mereka tidak nampak di mana Allah berada.

(c) Percaya dan beriman kepada perkara yang ghaib/samiyyat seperti yang
dibincangkan dalam topik tiga.

Berdasarkan tiga asas tadi, kita dapati akidah bukan hanya tertumpu kepada
lisan, anggota badan dan mental seseorang. Malahan, ia merujuk kepada
pelaksanaan yang berlangsung pada peringkat rohani seseorang. Dalam kata
lain, akidah atau iman yang tulen itu mestilah mengandungi ciri berikut:

(a) Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berasaskan kefahaman minda dan
ilmu yang mantap iaitu ilmu diperoleh daripada sumber wahyu Ilahi.

(b) Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam keadaan yang teguh
sehingga hati manusia tidak menerima sebarang bentuk keraguan.

(c) Kepercayaan dan keyakinan itu mesti diikuti bersama dengan ketaatan dan
kepatuhan hati untuk mempraktikkan segala hukum atau suruhan dengan
rela.

(d) Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berupaya menjadi pencetus segala
aktiviti dan perlakuan pemiliknya, iaitu bersungguh-sungguh
melaksanakan amalan dan suruhan yang terkandung dalam akidah. Selain
itu, kita juga perlu beriltizam dalam melaksanakan akhlak murni.

Apabila ciri yang disenaraikan tadi disempurnakan, barulah akidah itu terangkat
menjadi akidah dalam pengertiannya yang sejati. Jika tahap amalan dan
pelaksanaannya tidak tercapai, maka akidah hanya mungkin dianggap sebagai
satu idea atau teori atau juga pandangan sahaja tanpa dipraktikkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  67

4.4 KEPENTINGAN AKIDAH ISLAM


Sedarkah anda bahawa akidah merupakan perkara asas dalam kehidupan?
Akidah umpama batang yang subur kepada sepohon pokok, semua dahan dan
ranting pokok amat memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk tumbuh
dan berkembang di atasnya. Oleh kerana itu, akidah menjadi asas kepada
manusia bagi membolehkan semua amal kebaikan yang dilakukannya mendapat
keredhaan Allah SWT.

Akidah yang terseleweng umpama „batang‰ pokok yang tidak subur dan kering
serta tidak mungkin boleh menumbuhkan dahan atau ranting. Dalam kehidupan
manusia, ini akan menyebabkan ia menjadi kafir dan Allah tidak akan menerima
segala amalan mereka sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat
217:

ôMsÜÎ7ym y7Íׯ≈s9'ρé'sù ÖÏù%Ÿ2 uθèδuρ ôMßϑuŠsù ⎯ÏμÏΖƒÏŠ ⎯tã öΝä3ΖÏΒ ÷ŠÏ‰s?ötƒ ⎯tΒuρ

$yγŠÏù öΝèδ ( Í‘$¨Ζ9$# Ü=≈ysô¹r& y7Íׯ≈s9'ρé&uρ ( ÍοtÅzFψ$#uρ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû óΟßγè=≈yϑôãr&

∩⊄⊇∠∪ šχρà$Î#≈yz
Maksudnya:
⁄dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam), lalu mati
sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasa amal usahanya
(yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka
di dalamnya⁄

Berdasarkan ayat ini, kita simpulkan bahawa akidah adalah sangat penting
dalam kehidupan seharian manusia kerana ia berfungsi sebagai pengukur segala
aktiviti serta amal perbuatan seseorang.

Selain itu, akidah juga mampu menanam keimanan dalam hati manusia sehingga
dapat membentengi diri individu Muslim daripada melakukan pelbagai maksiat.

SEMAK KENDIRI 4.1

Huraikan kepentingan akidah dalam kehidupan. Berikan contoh semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

4.5 PERANAN AKIDAH ISLAM DALAM


MENYELESAIKAN KRISIS MORAL
Akidah membentuk diri manusia di dunia dan akhirat kerana di bawahnya
tertakluk iman dan Islam. Iman membentuk hati dan meyakini Allah SWT.
Sementara Islam pula membentuk diri manusia dalam perkara zahir seperti
mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, puasa, menunaikan zakat
dan seumpamanya. Oleh itu, iman dan Islam tidak dapat dipisahkan kerana
kedua-duanya terletak di bawah akidah yang membentuk diri manusia
mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.

Akidah mempunyai peranan yang tersendiri untuk menyelesaikan krisis


keruntuhan moral pada hari ini. Antara peranan akidah ialah:

(a) Akidah boleh merangsang dan memotivasikan seseorang Muslim untuk


melakukan amalan baik dan mulia dalam hidupnya ă Peranan ini jelas
kerana akidah yang tersemat kukuh dalam diri individu Muslim akan
menggerakkan seluruh anggota untuk menterjemahkan secara praktikal
seluruh ajaran Allah yang diyakininya sebagai benar dan perlu dihayatinya
dalam kehidupan. Ini bertepatan sekali dengan firman Allah dalam surah
IÊbrahim ayat 24-25:

×MÎ/$rO $yγè=ô¹r& Bπt7Íh‹sÛ ;οtyft±x. Zπt6ÍhŠsÛ ZπyϑÎ=x. WξsWtΒ ª!$# z>uŸÑ y#ø‹x. ts? öΝs9r&

3 $yγÎn/u‘ ÈβøŒÎ*Î/ ¤⎦⎫Ïm ¨≅ä. $yγn=à2é& þ’ÎA÷σè? ∩⊄⊆∪ Ï™!$yϑ¡¡9$# ’Îû $yγããösùuρ

∩⊄∈∪ šχρã2x‹tGtƒ óΟßγ¯=yè9s Ĩ$¨Ψ=Ï9 tΑ$sWøΒF{$# ª!$# ÛUÎôØo„uρ


Maksudnya:
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan
kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya
(menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya manusia supaya
mereka selalu ingat.

(b) Akidah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadinya yang akan
mencorak dan mewarnakan suluk amali atau gerak laku amalan dan
perbuatannya sama ada dalam lingkungan individu mahupun dalam
lingkungan kemasyarakatan, seterusnya dalam lingkungan yang lebih luas
lagi demi melaksanakan tugas sebagai khalifatullah di muka bumi ă

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  69

Apabila manusia sedar tanggungjawabnya, manusia tidak akan melakukan


perbuatan yang sia-sia kerana akidah yang mantap telah menghasilkan
natijah yang positif dalam pelakuannya. Orang yang beriman dengan
kewujudan Allah akan sentiasa menyedari perbuatan dan perilaku
hidupnya tidak terlepas daripada nilaian dan kiraan-Nya. Seterusnya, sifat
ini akan membentuk satu kesedaran jiwa dalam dirinya. Dengan ini dia
akan sentiasa mempertingkatkan pencapaian akhlak tinggi dan mulia.

Ini adalah berbeza sekali dengan dasar kepercayaan dan nilai yang bersifat
sementara. Ia tidak dapat mendorong mereka melakukan amal soleh
selaras dengan nilai akhlak yang mulia, sebaliknya mendorong kepada
perlakuan yang sesuai dengan keinginan nafsu, yang semakin
menambahkan rasa kepentingan diri sendiri.

(c) Akidah juga melahirkan manusia yang berfikiran terbuka, berpandangan


jauh dan optimis dalam kehidupan ă Kepercayaan Muslim tentang
wujudnya Tuhan dan alam lain (alam barzakh) yang bakal ditempuhinya
kelak selepas meninggalkan dunia ini akan menjadikannya sebagai
manusia yang berpandangan jauh. Ini bermakna, individu akan melakukan
amalan berbentuk keduniaan dan akhirat secara seimbang dan menerima
ketentuan semasa hidup tanpa prasangka buruk terhadap Tuhan. Setiap
tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan keyakinan diri terhadap
prinsip akidah yang menjadi pegangannya. Individu tersebut akan menjadi
manusia yang tabah dan cukup berkeyakinan dalam hidup dan tidak akan
menyalahkan qadak dan qadar yang berlaku dalam hidupnya.

(d) Akidah boleh melahirkan masyarakat yang harmonis dan hidup dalam
keadaan aman dan sentosa ă Akidah yang menjadi pegangan setiap
individu mendorong mereka menghargai hak orang lain seperti hak jiran,
tetamu dan hak bagi semua orang termasuk hak setiap ahli keluarganya.
Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻗﺘﻴﺒﺔ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺃﺑﻮ ﺍﻷﺣﻮﺹ ﻋﻦ ﺃﰊ ﺣﺼﲔ ﻋﻦ ﺃﰊ ﺻﺎﱀ‬


‫ ”ﻣﻦ ﻛﺎﻥ‬: ‫ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬: ‫ﻋﻦ ﺃﰊ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻗﺎﻝ‬
‫ ﻭ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻳﺆﻣﻦ ﺑﺎﷲ ﻭ ﺍﻟﻴﻮﻡ‬،‫ﻳﺆﻣﻦ ﺑﺎﷲ ﻭ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻵﺧﺮ ﻓﻼ ﻳﺆﺫ ﺟﺎﺭﻩ‬
‫ ﻭ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻳﺆﻣﻦ ﺑﺎﷲ ﻭ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻵﺧﺮ ﻓﻠﻴﻘﻞ ﺧﲑﺍ ﺃﻭ‬،‫ﺍﻵﺧﺮ ﻓﻠﻴﻜﺮﻡ ﺿﻴﻔﻪ‬
.“‫ﻟﻴﺼﻤﺖ‬
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
70  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

Maksudnya:
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah
memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat, maka ia hendaklah memuliakan jirannya dan sesiapa yang beriman
dengan Allah dan Hari Akhirat, maka ia hendaklah berkata-kata dengan
sesuatu perkataan yang baik atau berdiam diri.

Selain daripada menghargai hak orang lain, akidah juga mendidik manusia
saling hormat menghormati, sayang menyayangi sesama makhluk, tidak
menzalimi saudaranya dan yang seumpama dengannya.

(e) Akidah juga dapat menyumbangkan bibit-bibit cahaya kepada hati


individu Muslim ă Ini dijelaskan dalam ungkapan Sayidina Ali bin Abi
Talib r.a.:

‫ﺍﻥ ﺍﻻﳝﺎﻥ ﻟﻴﺒﺪﻭ ﰲ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻧﻜﺘﺔ ﺑﻴﻀﺎﺀ ﻛﻠﻤﺎ ﺍﺯﺩﺍﺩ ﺍﻻﳝﺎﻥ ﺍﺯﺩﺍﺩ ﺫﻟﻚ‬
‫ﺍﻟﺒﻴﺎﺽ ﻓﺎﺫﺍ ﺍﺳﺘﻜﻤﻞ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﺍﻻﳝﺎﻥ ﺍﺑﻴﺾ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻛﻠﻪ ﻭﺍﻥ ﺍﻟﻨﻔﺎﻕ ﻟﻴﺒﺪﻭ ﰲ‬
‫ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻧﻜﺘﺔ ﺳﻮﺩﺍﺀ ﻛﻠﻤﺎ ﺍﺯﺩﺍﺩ ﺍﻟﻨﻔﺎﻕ ﺍﺯﺩﺍﺩ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﺴﻮﺍﺩ ﻓﺎﺫﺍ ﺍﺳﺘﻜﻤﻞ‬
‫ﺍﻟﻨﻔﺎﻕ ﺍﺳﻮﺩ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻛﻠﻪ‬
Maksudnya:
Keimanan itu di dalam hati nampak berupa titik-titik putih; setiap kali
bertambah keimanan, maka titik-titik putih akan bertambah putih. Apabila
seorang hamba telah dapat menyempurnakan keimanannya, maka seluruh
hatinya menjadi sangat putih. Sesungguhnya munafik itu nampak dalam
hati berupa titik-titik hitam, setiap kali bertambah sifat munafik itu, maka
titik-titik hitam pun bertambah pula. Apabila seseorang hamba itu menjadi
sempurna sifat munafiknya, maka seluruh hati menjadi sangat hitam.

Keputihan hati itulah menerbitkan cahaya yang akan menyumbangkan ke


arah keyakinan seseorang individu terhadap kebenaran akidah yang
dipegang. Secara tidak langsung, individu tersebut tidak akan melakukan
perkara yang boleh merosakkan akidahnya dan seterusnya tiadalah krisis
akhlak daripada individu itu.

(f) Akidah juga dapat melahirkan masyarakat cintakan ilmu dan menghindari
budaya hedonisme ă Kepentingan ilmu merupakan perkara pertama yang
Allah tekankan berdasarkan surah al-ÂAlaq. Begitu juga terdapat suruhan
Rasulullah SAW yang amat menekankan usaha penguasaan ilmu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  71

pengetahuan. Ilmulah yang akan melahirkan masyarakat bertamadun dan


unggul dari segi rohaniah dan jasmaniah. Dengan ilmu yang mencukupi,
manusia dapat menghindari perkara yang tidak bermoral dan dapat
berfikir sebelum mengeluarkan pendapat. Dalam konteks ini, al-Ghazali
menjelaskan dalam IhyaÊ ÂUlum al-Din yang bermaksud:

Adapun kekuatan ilmu, maka kebaikan dan kesesuaian (kewajaran)nya


berada pada keadaan di mana dengan kekuatan ilmu tersebut
memudahkan (pemiliknya) faham serta boleh membuat perbezaan antara
kebenaran dan kedustaan dalam kata-kata, (membuat perbezaan) antara al-
haq dan al-batil dalam akidah, (membuat perbezaan) antara baik dan buruk
dalam laku perbuatan. Apabila baik (sejahtera) daya kekuatan ilmu ini, ia
akan menghasilkan hikmah, dan hikmah itu pula merupakan pangkal
utama kepada pelakuan akhlak yang baik. Dan hikmah seumpama inilah
yang terungkap dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 269
yang bermaksud: „Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang
berguna) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut aturan yang
ditentukan oleh-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat kebijaksanaan
itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.‰

(g) Akidah jitu mampu menghindarkan diri daripada krisis ketagihan akhlak
dan budaya zina yang cukup serius berlaku kini ă Penulis percaya hanya
akidah yang mantap sahaja mampu menghindarkan seseorang daripada
krisis ini. Cuba kita hayati hadis berikut yang menerangkan bagaimana
akidah yang mantap dapat menghindarkan diri daripada zina kerana
terlalu takutkan Allah:

‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺳْﺒ َﻌ ﹲﺔ ُﻳ ِﻈﻠﱡ ُﻬ ْﻢ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ ﻓِﻲ ِﻇﱢﻠ ِﻪ َﻳ ْﻮ َﻡ ﻻ ِﻇﻞﱠ ﺇﹺﻻ ِﻇﻠﱡ ُﻪ‬
َ ‫َﻋ ْﻦ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱢﻲ‬

‫ﺸﹶﺄ ﻓِﻲ ِﻋﺒَﺎ َﺩ ِﺓ َﺭﱢﺑ ِﻪ َﻭ َﺭﺟُ ﹲﻞ ﹶﻗ ﹾﻠﺒُﻪُ ﻣُ َﻌﻠﱠ ٌﻖ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟ َﻤﺴَﺎ ﹺﺟ ِﺪ َﻭ َﺭﺟُﻼ ِﻥ‬
َ ‫ﺍ ِﻹﻣَﺎ ُﻡ ﺍﻟﹾﻌَﺎ ِﺩﻝﹸ ﻭَﺷَﺎﺏﱞ َﻧ‬

‫ﺐ َﻭ َﺟﻤَﺎ ﹴﻝ‬
‫ﺼ ﹴ‬
ِ ‫ﺕ َﻣْﻨ‬
ُ ‫َﺗﺤَﺎﺑﱠﺎ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺍ ْﺟَﺘ َﻤﻌَﺎ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭَﺗ ﹶﻔ ﱠﺮﻗﹶﺎ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺭﺟُ ﹲﻞ ﹶﻃﹶﻠَﺒﺘْﻪُ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃ ﹲﺓ ﺫﹶﺍ‬

‫ﻕ ﹶﺃ ْﺧﻔﹶﻰ َﺣﺘﱠﻰ ﻻ َﺗ ْﻌﹶﻠ َﻢ ِﺷﻤَﺎﹸﻟ ُﻪ ﻣَﺎ ﺗُْﻨ ِﻔﻖُ َﻳﻤِﻴُﻨ ُﻪ‬


َ ‫ﺼ ﱠﺪ‬
َ ‫ﻑ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ َﻭ َﺭﺟُ ﹲﻞ َﺗ‬
ُ ‫ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ ﺇﹺﻧﱢﻲ ﹶﺃﺧَﺎ‬

‫ﺖ َﻋْﻴﻨَﺎ ُﻩ‬
ْ ‫ﺿ‬
َ ‫َﻭ َﺭﺟُ ﹲﻞ ﹶﺫ ﹶﻛ َﺮ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ ﺧَﺎِﻟﻴًﺎ ﹶﻓﻔﹶﺎ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah R.A daripada Nabi Muhammad SAW beliau bersabda,
„Ada tujuh orang yang dinaungi Allah dengan naungan-Nya iaitu
pemimpin yang adil, seorang pemuda yang tumbuh membesar dalam
beribadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya terpaut di masjid-masjid,
dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul
kerana-Nya dan berpisah pun kerana-Nya pula, dan seorang lelaki yang
diminta berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi
cantik, tetapi mengatakan, „Sesungguhnya aku takut kepada Allah,
seseorang bersedekah secara tersembunyi-sembunyi sehingga tangan
kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya,
dan seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, lalu
matanya menitiskan air mata.‰
(Sahih Bukhari)

Hadis di atas membuktikan bagaimana akidah berperanan membentengi


diri daripada zina. Inilah bukti Muslim yang benar-benar Mukmin
sehingga Allah mengangkat martabatnya. Sementara itu, kekuatan akidah
untuk menjauhi daripada khamar pula dinyatakan seperti berikut:

‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ‬


َ ‫ﻱ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺳ ِﻤ ْﻌﺖُ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬
‫ﺨ ْﺪ ﹺﺭ ﱢ‬
ُ ‫َﻋ ْﻦ ﹶﺃﺑﹺﻲ َﺳﻌِﻴ ٍﺪ ﺍﹾﻟ‬

‫ﺨ ْﻤ ﹺﺮ َﻭﹶﻟ َﻌﻞﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ‬


َ ‫ﺽ ﺑﹺﺎﹾﻟ‬
ُ ‫ﺱ ﹺﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ َﺗﻌَﺎﻟﹶﻰ ُﻳ َﻌﺮﱢ‬
ُ ‫ﺨﻄﹸﺐُ ﺑﹺﺎﹾﻟ َﻤﺪِﻳَﻨ ِﺔ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻳَﺎ ﺃﹶﻳﱡﻬَﺎ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬
ْ ‫َﻳ‬

‫َﺳﻴُﻨْ ﹺﺰﻝﹸ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺃﹶﻣْﺮًﺍ ﹶﻓ َﻤ ْﻦ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ِﻋْﻨ َﺪ ُﻩ ﻣِﻨْﻬَﺎ َﺷ ْﻲ ٌﺀ ﹶﻓﻠﹾَﻴﹺﺒﻌْﻪُ َﻭﹾﻟَﻴْﻨَﺘ ِﻔ ْﻊ ﹺﺑ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻓﹶﻤَﺎ‬

‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹺﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ َﺗﻌَﺎﻟﹶﻰ َﺣ ﱠﺮ َﻡ‬


َ ‫ﹶﻟﹺﺒﹾﺜﻨَﺎ ﺇﹺﻻ ﻳَﺴِﲑًﺍ َﺣﺘﱠﻰ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ‬

‫ﺏ ﻭَﻻ َﻳﹺﺒ ْﻊ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬


ْ ‫ﺸ َﺮ‬
ْ ‫ﺨ ْﻤ َﺮ ﹶﻓ َﻤ ْﻦ ﹶﺃﺩْ َﺭ ﹶﻛﺘْﻪُ َﻫ ِﺬ ِﻩ ﺍﻵَﻳﺔﹸ َﻭ ِﻋﻨْ َﺪﻩُ ﻣِﻨْﻬَﺎ َﺷ ْﻲ ٌﺀ ﻓﹶﻼ َﻳ‬
َ ‫ﺍﹾﻟ‬

‫ﺴ ﹶﻔﻜﹸﻮﻫَﺎ‬
َ ‫ﺱ ﹺﺑﻤَﺎ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ِﻋْﻨ َﺪﻩُ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﻓِﻲ ﹶﻃﺮﹺﻳ ﹺﻖ ﺍﹾﻟ َﻤﺪِﻳَﻨ ِﺔ ﹶﻓ‬
ُ ‫ﻓﹶﺎ ْﺳَﺘ ﹾﻘَﺒ ﹶﻞ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  73

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah membenci minuman keras dan mudah-mudahan akan
segera menurunkan larangan tegas tentang itu. Sebab itu siapa yang masih
mempunyai sedikit hendaklah dijualnya atau dimanfaatkannya. Ini kata
Abu Said sebelum datangnya larangan yang tegas. Tidak lama kemudian,
Nabi bersabda: „Sesungguhnya Allah telah melarang minuman keras.
Sebab itu siapa yang sampai kepadanya ayat ini (yang berisi larangan
minuman keras dan tegas), dan dia masih ada minuman itu, maka tidak
boleh lagi diminumnya dan tidak boleh dijualnya‰. Kata Abu Said: „Lalu
ramai orang menumpahkan minuman keras masing-masing di jalan-jalan
kota Madinah‰.
(Sahih Bukhari)

Terbukti di sini peranan akidah/iman yang berjaya mengalahkan nafsu,


menundukkan kemahuan dan melawan keinginan. Sekiranya generasi kini
pegang teguh seperti akidah yang dinyatakan tadi, pastinya krisis moral tidak
akan berlaku.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Jelaskan peranan akidah Islam dalam menyelesaikan krisis moral.

2. Apakah yang akan berlaku sekiranya individu tidak mempunyai


akidah yang mantap?

4.6 AKIDAH DALAM PEMBENTUKAN MODAL


INSAN
Sedarkah anda bahawa modal insan ialah aset utama bagi negara untuk
meneruskan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai? Ini
kerana kesejahteraan negara banyak bergantung pada kualiti atau mutu
penduduknya. Oleh itu, sekiranya setiap rakyat memiliki keimanan yang teguh
dan berakhlak mulia, ia akan memudahkan proses menjana kecemerlangan
dalam segala bidang kehidupan.

Menyedari kepentingan modal insan inilah, maka tumpuan yang sewajarnya


harus diberikan pada proses pembinaan dan pembangunan modal insan. Sebagai
Muslim, pastinya usaha untuk membina dan membangunkan modal insan
adalah berteraskan Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

Allah SWT berjanji bahawa pintu rahmat dan keberkatan akan dibuka kepada
penduduk sesebuah negeri yang beriman dan bertakwa sebagaimana yang
dinyatakan oleh-Nya dalam surah al-AÊraaf 7, ayat 96 yang bermaksud:

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertakwa, tentukah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.

Akidah dalam pembentukan modal insan boleh dilihat dari sudut:

(a) Hubungan antara Akidah dan Modal Insan


Akidah amat berkait rapat dengan pembentukan modal insan. Maksud
modal insan dalam Islam tidak serupa dengan modal insan di Barat yang
lebih kepada sumber modal manusia yang mahir dan bijak tanpa
penekanan kepada aspek rohani. Kefahaman tentang maksud sebenar
modal insan dalam Islam ini perlu bagi menyedarkan kita agar kembali ke
landasan yang betul.

Ramai ahli masyarakat kita hari ini telah mempelajari akidah, syariat dan
ibadat sejak alam persekolahan lagi. Namun jika ditinjau kepada senario
persekitaran hari ini, didapati seolah-olah ada permasalahan kepercayaan
dalam kalangan masyarakat. Malah, kadangkala terdapat segelintir yang
sanggup mempermainkan aspek akidah, lantaran kurangnya asas akidah
mereka. Secara langsung, inilah faktor keruntuhan akhlak yang berleluasa
pada hari ini, meskipun pelbagai kempen dan agenda memantapkan nilai
moral dalam kalangan masyarakat dipergiatkan dari semasa ke semasa.

Akidah bukan sahaja suatu kepentingan dalam Islam, bahkan ia juga


merupakan perkara yang amat mustahak dalam hidup dan kehidupan
manusia sehari-hari. Mereka yang hidup di dunia ini tanpa akidah atau
jahil dalam akidah adalah seumpama orang buta yang tidak kenal keadaan
dan bentuk diri mereka sendiri. Seseorang yang hidup tanpa akidah tidak
tahu dan tidak dapat memahami pelbagai perkara, antaranya:

(i) Siapakah yang menjadikannya?

(ii) Kenapakah dia dijadikan?

(iii) Apakah hikmah atau rahsia dan falsafah hidup manusia di atas muka
bumi ini?

(iv) Bagaimanakah permulaan dan kesudahan hidupnya di dunia ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  75

(v) Ke manakah dia akan pergi selepas mati?

(vi) Adakah dia akan dihidupkan semula selepas mati?

Mereka yang tidak memahami perkara tersebut akan hidup dalam


kekufuran dan hidup mereka hanya untuk makan dan minum sahaja
seperti haiwan. Maka, tempat mereka pada hari akhirat kelak adalah di
dalam neraka seperti firman Allah SWT dalam surah Muhammad, ayat 12:

⎯ÏΒ “ÌøgrB ;M≈¨Ζy_ ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=ÏΗxåuρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# ã≅Åzô‰ãƒ ©!$# ¨βÎ)

ãΝ≈yè÷ΡF{$# ã≅ä.ù's? $yϑx. tβθè=ä.ù'tƒuρ tβθãè−FyϑtFtƒ (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$#uρ ( ã≈pκ÷ΞF{$# $pκÉJøtrB

∩⊇⊄∪ öΝçλ°; “Yθ÷WtΒ â‘$¨Ψ9$#uρ

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta
mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir
menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana
binatang-binatang ternak makan minum, sedangkan nerakalah menjadi
tempat tinggal mereka.

(b) Kaedah Dakwah Rasulullah SAW: Pemantapan Akidah Umat


Sekiranya ditinjau dari sudut sejarah, kita dapati kaedah dakwah
Rasulullah SAW dimulakan dan difokuskan dengan elemen akidah.
Sepanjang era Mekah, kita dapati kebanyakan ayat yang diturunkan adalah
berunsurkan pemantapan akidah. Ayat ini diturunkan sehinggalah dada
para sahabat diisi dengan akidah yang kukuh. Kemudiannya barulah
diturunkan ayat yang berbentuk ibadat dan akhlak ataupun hal ehwal
kehidupan.

Para sahabat Rasulullah SAW seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali,
Abdul Rahman bin Auf dan Khalid Al-Walid merupakan tokoh besar yang
terkenal dengan kecemerlangan diri dan peribadi unggul mereka. Kaedah
Rasulullah SAW mengutamakan pendidikan penerapan akidah ke dalam
dada para sahabat sehingga menjadikan mereka insan yang cemerlang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

Selain itu, akidahlah yang menjadikan khalifah ar-Rasyidin sebagai


pemimpin yang adil, menjadikan Abdul Rahman bin Auf ahli korporat
yang kaya, menjadikan Khalid al-Walid seorang panglima yang tangkas
dan berjaya dan lain-lain contoh lagi.

Malahan, kaum wanita pada zaman Rasulullah SAW tidak kurang


hebatnya dengan kejayaan penerapan akidah yang berkesan. Akidahlah
yang menjadikan masyarakat era Rasulullah dan sahabat sebagai era
terbaik sepanjang zaman. Sebaliknya, akidah yang lemah menjadikan kita
umat yang ketinggalan dan merosot.

Kesimpulannya, dengan penerapan akidah, pembentukan peribadi insan


yang cemerlang adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah yang
hanya menekankan soal peraturan. Sekiranya kita menelusuri kaedah
Rasulullah SAW ini, banyak pengajaran yang akan kita peroleh untuk
membina modal insan yang terbaik.

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Rumuskan kaitan antara akidah dengan pembentukan modal


insan.

2. Siapakah orang yang jahil? Apakah ciri orang yang jahil?

3. Nyatakan cara Rasulullah SAW berdakwah untuk memantapkan


akidah pengikutnya.

4.7 AKIDAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN


AKHLAK
Sebagai penutup, mari kita pelajari tentang akidah dan hubungannya dengan
akhlak. Anda tentu sedar bahawa kemelut moral masyarakat pada hari ini
adalah berpunca daripada krisis pegangan akidah. Orang yang mengalami krisis
pegangan akidah tidak takut dengan ancaman siksa hidup di akhirat dan tidak
pula tertarik dengan tawaran hidup di syurga. Dalam setengah keadaan, jenayah
agama dilakukan secara sewenang-wenangnya oleh masyarakat Muslim; seolah-
olah malaikat Raqib dan ÂAtid sudah „bersara‰ daripada tugas mereka. Kesemua
ini berlaku kerana akidah tidak dijadikan tunjang dalam kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  77

Sebagai Muslim, kita mengetahui bahawa iman dan akhlak merupakan dua
perkara penting yang perlu difahami oleh setiap Muslim. Kedua-duanya
merupakan gabungan yang bersifat fitrah daripada Islam itu sendiri.
Kepentingan memahami kedua-duanya bukan sahaja dari sudut agama, malah
dari segi usaha manusia yang mahu mencapai kehidupan yang aman dan
bahagia iaitu menjadi matlamat semua manusia. Ini dinyatakan oleh firman
Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 97:

( Zπt6ÍhŠsÛ Zο4θu‹ym …çμ¨ΖtÍ‹ósãΖn=sù Ö⎯ÏΒ÷σãΒ uθèδuρ 4©s\Ρé& ÷ρr& @Ÿ2sŒ ⎯ÏiΒ $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅Ïϑtã ô⎯tΒ

∩®∠∪ tβθè=yϑ÷ètƒ (#θçΡ$Ÿ2 $tΒ Ç⎯|¡ômr'Î/ Νèδtô_r& óΟßγ¨ΨtƒÌ“ôfuΖs9uρ


Maksudnya:
Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka
dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan...

Kita telah pelajari Islam ialah agama yang terdiri daripada akidah dan syariah.
Dengan kata lain, akidah maknanya keimanan dan syariah ialah amal perbuatan
(akhlak). Ini dibuktikan dengan hadis berikut:

‫ﹺﺇﻥﱠ ﺍ ِﻹﳝَﺎ ﹶﻥ ﻫُ َﻮ ﺍﹾﻟ َﻌ َﻤﻞﹸ‬


Maksudnya:
Sesungguhnya iman itu ialah amal.
(Sahih Bukhari)

Berdasarkan hadis tersebut, kita rumuskan bahawa hubungan antara iman dan
amal adalah sangat erat dan tidak mungkin dipisahkan. Amal ataupun akhlak
dimanifestasi daripada keimanan seorang Muslim. Oleh sebab itu, perkataan
iman dan amal sentiasa disebut secara bergandingan di dalam al-Quran.
Menurut ahli tafsir, iman dan amal (akhlak) disebut bersama sebanyak 730 kali
(Toriq Muiz Muhammad, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

Secara umum, iman dari sudut istilah diertikan sebagai membenarkan sesuatu
dengan hati, berikrar dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Di sini,
pengertian iman tidak hanya terbatas kepada pegangan atau kepercayaan hati
kepada sesuatu seperti yang difahami oleh sebahagian besar umat Islam, tetapi
merangkumi anggota lahir seperti lidah dan seluruh anggota. Contohnya apabila
disebut seorang itu beriman kepada sesuatu pegangan, maka pada dirinya tidak
akan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan tidak jemu mengerjakan
amal soleh seperti firman Allah dalam surah al-Tin ayat 4-6:

∩∈∪ t⎦,Î#Ï≈y™ Ÿ≅xó™r& çμ≈tΡ÷ŠyŠu‘ ¢ΟèO ∩⊆∪ 5ΟƒÈθø)s? Ç⎯|¡ômr& þ’Îû z⎯≈|¡ΣM}$# $uΖø)n=y{ ô‰s)s9

∩∉∪ 5βθãΨøÿxΕ çöxî íô_r& óΟßγn=sù ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=ÏΗxåuρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# ωÎ)

Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi
mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Maka di sini wujudnya satu hubungan yang erat antara hati dengan anggota
badan yang mana semua anggota rohaniah atau jasmaniah bersepadu
membentuk keimanan yang diyakini oleh seseorang. Hubungan erat ini dapat
dilihat daripada hadis Rasulullah SAW:

‫ﺍﻛﻤﻞ ﺍﳌﺆﻣﻨﲔ ﺍﳝﺎﻥ ﺍﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧﻠﻘﺎ‬


Maksudnya:
Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik
akhlaknya⁄
(Sahih Bukhari)

Keimanan yang sebenarnya bukanlah semata-mata berada di fikiran atau


percaya dalam hati, tetapi iman merupakan kepercayaan, kerja dan keikhlasan.
Akhlak tidak dapat dipisahkan daripada keimanan yang sempurna. Walaupun
iman bersifat ghaybiyyah, namun iman tidak terpisah dari realiti kehidupan.
Oleh kerana hakikat iman secara tabi´inya berkait rapat dengan realiti
kehidupan, maka iman merupakan sifat yang akan menjelma dalam setiap
lapangan. Hubungan antara iman dan akhlak ini juga terkandung dalam hadis
Rasulullah SAW:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  79

‫ ﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﺑﻦ ﺻﺎﱀ‬،‫ ﻭ ﳏﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﲰﺎﻋﻴﻞ ﻗﺎﻻ‬،‫ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺳﻬﻞ ﺑﻦ ﺃﰊ ﺳﻬﻞ‬


،‫ ﻋﻦ ﺟﻌﻔﺮ ﺑﻦ ﳏﻤﺪ‬،‫ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬،‫ ﺛﻨﺎ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﻣﻮﺳﻰ ﺍﻟﺮﺿﺎ‬،‫ﺃﺑﻮ ﺍﻟﺼﻠﺖ ﺍﳍﺮﻭﻱ‬
‫ ﻗﺎﻝ ﺭ‬: ‫ ﻗﺎﻝ‬،‫ ﻋﻦ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺃﰊ ﻃﺎﻟﺐ‬،‫ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬،‫ ﻋﻦ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺍﳊﺴﲔ‬،‫ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ‬
: ‫ﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ‬
( ‫) ﺍﻹﳝﺎﻥ ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺑﺎﻟﻘﻠﺐ ﻭ ﻗﻮﻝ ﺑﺎﻟﻠﺴﺎﻥ ﻭ ﻋﻤﻞ ﺑﺎﻷﺭﻛﺎﻥ‬
Maksudnya:
Daripada Ali bin Abi Talib katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ialah
pengakuan dengan hati, pengucapan dengan lidah dan pengamalan dengan
anggota.‰
(Riwayat Ibn Majah)

Iman adalah satu hakikat yang telah terukir dalam diri seseorang dan sudah
pastinya iman akan mencorakkan gerak laku seseorang dalam kehidupan. Ini
jelas terbukti melalui hadis ini:

ْ ‫صلَ َح ْال َج َس ُد ُكلﱡهُ َوإِ َذا فَ َس َد‬


‫ت فَ َس َد‬ َ ‫َوإِ ﱠن فِي ْال َج َس ِد ُمضْ َغةً إِ َذا‬
ْ ‫صلَ َح‬
َ ‫ت‬
ُ‫ْال َج َس ُد ُكلﱡهُ أَال َو ِھ َي ْالقَ ْلب‬
Maksudnya:
Ketahuilah bahawa dalam badan ada seketul daging. Apabila ia baik, maka
baiklah seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah itulah
dinamakan hati.
(Sahih Bukhari)

Iman itu bermula daripada hati yang menerima pegangan ataupun tidak. Oleh
sebab itulah hadis tersebut memberi penekanan fungsi hati dalam jasad manusia.
Hati yang akan membentuk tingkah laku atau budi pekerti. Selaras dengan itu,
al-Quran telah memperjelaskan kegiatan amal dalam kehidupan individu dari
pelbagai aspek mampu menggambarkan kekuatan iman seseorang. Iman dan
amal kedua-duanya merupakan dua jentera atau mekanisme yang mesti
digerakkan untuk memproses kesempurnaan dan ketinggian peribadi umat
manusia dan masyarakat umumnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

Kesimpulannya, iman dan akhlak saling menyempurnakan antara satu sama


lain. Pengasingan dua bidang tersebut merupakan satu „jenayah besar‰ kepada
hakikat Islam sebagai agama Allah.

Oleh itu, setiap individu mestilah memiliki iman yang sejati kepada Allah SWT
kerana imanlah yang mencorakkan amal perbuatan manusia (akhlak). Iman yang
jitu akan menghindarkan diri kita daripada perbuatan yang dilarang
sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis ini:

‫ﲔ ﻳَﺰْﻧﹺﻲ َﻭﻫُ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ ﻭَﻻ‬


َ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﻻ ﻳَ ْﺰﻧﹺﻲ ﺍﻟﺰﱠﺍﻧﹺﻲ ِﺣ‬
َ ‫ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ‬

‫ﺴ ﹺﺮﻕُ َﻭﻫُ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ ﻭَﻻ‬


ْ ‫ﲔ َﻳ‬
َ ‫ﺴ ﹺﺮﻕُ ِﺣ‬
ْ ‫ﺸ َﺮﺏُ َﻭﻫُ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ ﻭَﻻ َﻳ‬
ْ ‫ﲔ َﻳ‬
َ ‫ﺨ ْﻤ َﺮ ِﺣ‬
َ ‫ﺸ َﺮﺏُ ﺍﹾﻟ‬
ْ ‫َﻳ‬

‫ﲔ َﻳْﻨَﺘ ﹺﻬُﺒﻬَﺎ َﻭﻫُ َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ‬


َ ‫ﺱ ﹺﺇﹶﻟْﻴ ِﻪ ِﻓﻴﻬَﺎ ﹶﺃْﺑﺼَﺎ َﺭ ُﻫ ْﻢ ِﺣ‬
ُ ‫َﻳﻨَْﺘ ﹺﻬﺐُ ﻧُ ْﻬَﺒ ﹰﺔ َﻳ ْﺮﹶﻓﻊُ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬
Maksudnya:
Nabi Muhammad SAW bersabda : „Seseorang yang hendak berzina, tidak akan
melakukan zina semasa ia berkeadaan sempurna imannya, seseorang yang
hendak minum arak, tidak akan meminum arak semasa ia berkeadaan sempurna
imannya, seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan
mencuri semasa ia berkeadaan sempurna imannya, dan seseorang yang hendak
mengambil harta yang telah diamanahkan kepadanya, tidak akan melakukan
perbuatan tersebut semasa ia berada dalam keadaan sempurna imannya.‰

(Sahih Bukhari)

Jelas di sini kekuatan iman kepada Allah akan membuahkan akhlak yang baik
sejajar dengan tuntutan Rasululah SAW dalam merealisasikan insan kamil
berlandaskan konsep masyarakat rabbani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  81

 Akidah dan keimanan itu merupakan dua istilah yang mempunyai konotasi
makna yang sama, kedua-duanya boleh digunakan dan membawa maksud
yang sama.

 Tauhid merujuk kepada perbuatan mengesakan sesuatu serta menafikan


berbilang-bilang.

 Hubungan akidah dan kerohanian tidak jauh bezanya antara iman dan
akidah. Kerohanian bermakna „intisari manusia dan ciri-ciri peribadinya‰.
Kerohanian ialah akal dan hati, fikiran dan iman.

 Asas akidah Islam berbeza dengan agama lain. Antara asas akidah yang
perlu diketahui oleh individu Muslim ialah mengetahui fardu ain bagi setiap
mukallaf, memahami dengan mendalam maksud Islam, iman dan ihsan, dan
percaya dan beriman kepada perkara-perkara yang ghaib/samiÊiyyat.

 Antara ciri akidah ialah ilmu diperoleh daripada sumber wahyu Ilahi, tidak
menerima sebarang bentuk keraguan, mempraktikkan segala hukum atau
suruhan dengan rela dan bersungguh-sungguh melaksanakan amalan dan
suruhan yang terkandung dalam akidah.

 Akidah adalah sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia menjadi


asas yang membolehkan semua amal kebaikan yang telah dilakukan
mendapat keredhaan Allah SWT.

 Akidah mempunyai peranan tersendiri untuk menyelesaikan krisis moral


pada hari ini. Antara peranannya ialah boleh merangsang dan
memotivasikan seseorang Muslim untuk melakukan amalan baik dan mulia
dalam kehidupannya.

 Modal insan ialah aset utama bagi negara untuk meneruskan kesinambungan
kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai. Sebagai Muslim, pastinya
usaha untuk membina dan membangunkan modal insan adalah berteraskan
Islam. Allah SWT berjanji bahawa pintu rahmat dan keberkatan akan dibuka
kepada penduduk sesebuah negeri yang beriman dan bertakwa.

 Kemelut moral masyarakat pada hari ini berpunca daripada krisis pegangan
akidah. Kesemua ini berlaku kerana akidah tidak dijadikan tunjang dalam
kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH

 Islam ialah agama yang terdiri daripada akidah dan syariah. Dengan kata
lain, akidah maknanya keimanan dan syariah pula amal perbuatan (akhlak).
Kesimpulannya, iman dan akhlak saling menyempurnakan antara satu sama
lain.

 Kekuatan iman kepada Allah akan membuahkan akhlak yang baik sejajar
dengan tuntutan Rasululah SAW dalam merealisasikan insan kamil
berlandaskan konsep masyarakat rabbani.

Akidah Pembentukan modal insan


Iman Peranan akidah
Kerohanian Tauhid

´Abd Karim al-ÂAql. (t. t.). Mabahith fi Âakidah Ahl al-Sunnah wa al-JamaÂah (cet.
1). Saudi Arabia: Dar al-Watan.

Abd Latif Muda, & Rosmawati Ali. (1998). Pengantar ilmu tauhid (teks
komprehensif Pengajian Islam). Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Al-Sayyid Sabiq. (t. t.). Al-ÂaqaiÊdu al-Islamiyyah. Beirut, Lebanon: Dar al-Kitab
al-ÂArabi.

Al-Asykur, Sulayman. (1984). ÂAkidah fi Allah (cet. 5). Kuwait: Maktabah


al-Falah.

Hasan al-MasÂud. (1996). Al-muÂjam al-Âarabi al-maysir. Tunis, Tunisia: Alesco.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1983). Al-fawa´id (cet. 4). Beirut, Lebanon: Dar
al-NafaiÊs.

Imam Ghazali. (1977). Kejaiban hati (cet. 1) (Nurhickmah, Terj.). Singapura:


Pustaka Nasional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGAJIAN AKIDAH  83

K. H. M. Taib Thahir Abdul MuÊin. (1986). Ilmu kalam. Jakarta, Indonesia:


Penerbit Widjaya.

Lane, E. W. (1968). Arabic English lexicon (vol. 1). New York, NY: Federick
Ungar Publishing.

Mohd Fauzi Hamat. (2002). Peranan akidah dalam perancangan pembangunan


ummah: Satu analisis dalam konteks masyarakat kini. Jurnal Usuluddin, 16,
13-34.

Mohd Sulaiman Yasin. (1988). Pengantar aqidah. Kuala Lumpur, Malaysia:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zaidi Abdullah. (2000). Pegangan sejati Ahli Sunnah Wal-Jamaah: Suatu
keluhuran dan kemurnian pegangan hidup. Kuala Lumpur, Malaysia:
Syathariyah Niagajaya.

Muhammad Sulaiman Yasin. (1998). Pengantar tasawuf. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Uthman El-Muhammady. (1996). Sejarah dan konsep Ahli


Êas-Sunnah WaÊl-JamaÊah. Kuala Lumpur, Malaysia: Bahagian Hal Ehwal
Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Said Ibrahim. (1996). Aqidah Ahli Sunnah WaljamaÊah. Gombak, Malaysia: Darul
MaÊrifah.

Sayed Sabiq. (2005). Akidah Islam menurut al-Quran dan hadis. Kuala
Terengganu, Malaysia: Rangkaian Berkat.

Syaikh Muhammad Abu Zahrah. (t. t.). Aqidah Islamiah (bahagian pertama)
(Sayuti Farid, Terj.). Surabaya, Indonesia: Penerbit al-Ikhlas.

Toriq Muiz Muhammad. (2001). Hubungan hakikat diri dan dua kalimah
syahadah (cet. 1). Kuala Lumpur, Malaysia: Usnie.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai