Anda di halaman 1dari 6

Wahabi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

'Wahabi (Arab: Al-Wahhābīyya ‫)الوهابية‬
atau Wahhabisme merupakan satu fahaman/aliran dominan yang
diamalkan oleh ulama-ulamaHaramain/Mekah yang diasaskan
oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh
keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab
Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau
dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma.
Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

 Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka


sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu
Tuhan'.
 Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al
Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab
dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka
berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi
dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan
dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab
Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di
Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari
kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.
Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan
ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah.
Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia
dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.
Beliau memperkenalkan semula undang-
undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi
oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].
Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-
Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan
abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa
pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke
Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.
Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat
orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka
mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-
ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru
dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi
semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin
Ahmad Ma`mar membantunya, namun setelah mendengar fatwa-
fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan
Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi
berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-
syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka
ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi
pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-
syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa
banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di
hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang
datang jauh mengerjakan haji menziarahi makamNabi, berdosa
mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
Amalan kaum Wahabi menurut hadith
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari
1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti


Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan
lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana
hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di
Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir
Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa
kepada penyembaahan berhala.
3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap
situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata
kepada Allah.[2]
4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul
dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi
sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah
diamalkan oleh nabi sendiri.
5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam
hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar
suara.
6. Melarang membaca qasidah.
7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti
Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi
sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah
diamalkan oleh nabi sendiri.
9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab
Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan
sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada
Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua
ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus
kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Pandangan Siradjudin Abbas
Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam
buku '40 Masalah Ugama' . Beliau
adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep
Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul
wahab adalah seperti berikut :

1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut


fahaman Ibnu Taimiyah.
2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-
nampal Mazhab (Talfiq).
3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja
tanpa Ijma Ulama dan Qias.
4. Melarang keras umat
Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama
Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid
Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan
menziarahi maqam.
6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal
ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar
yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah
lama diruntuhkan.
7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi
seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil d
an sebagainya.
8. Melarangkan umat Islam merayakan dan
memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua
perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul
Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah"
dan lain-lain yang serupa itu.
10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal
Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan
lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan
lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus
saja.
13. Azan tidak boleh berlagu.
14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai
dilarang sama sekali.
15. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat
Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat
Saman dan lain-lain dilarang keras.
17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat
berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia
adalah amalan peribadi. [5]
Fahaman Wahabi di Malaysia
Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah
mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau
fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul
persoalan mengenai takwil (tafsiran).
Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak
pernah mempertikaikan amalan tidak
membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur
dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan
makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan
perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus
haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.
Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid
Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia
berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim
Bandar Baru).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti
pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein
Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Mungkin itulah
sebabnya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan
ceramah agama di televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul
Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun khabar angin
menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak
mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-
kurangnya 6 kali muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai
pihak sejak 1985 hingga 1998. Pertikaian terbaru dengan Mufti
Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu
seorang yang dikatakan pengamal wahabi juga.
Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran
Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap
Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996
menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan
diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah
orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina
golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam
kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan
adalah lebih baik. [6]

Anda mungkin juga menyukai