Anda di halaman 1dari 27

Islam Banker

APA ITU
SOLAT?
“SIAPA SOLAT, DIA BERJAYA”
MPU23052
SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK : SOLAT TIANG AGAMA


NAMA PENSYARAH :
NAMA AHLI KUMPULAN :-
1. MUHAMMAD FAIZ HAZIM BIN SAIFULLIZAM
(23DKM20F1081)

2. MOHAMAD AKMAL BIN MOHAMAD FADZLI


(23DKM20F1084)

3. SAYED SYAFIQ BIN SAYEED IBRAHIM


(23DKM20F1085)

4. MUHAMMAD HANIF BIN OTHMAN


(23DKM20F1086)

5. MUHAMMAD AFIQ NAQIUDDIN BIN KOBAH AZHAR


(23DKM20F1080)
ISI KANDUNGAN
BI PERKARA MUKA SURAT
L
1 PENGENALAN
PENGERTIAN SOLAT 1
SYARAT WAJIB & SAH SOLAT 2-3
RUKUN SOLAT 4
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 5
PERKARA YANG WAJIB & HARUS DIHENTIKAN 6
2 SOLAT WAJIB
SOLAT FARDHU 7-9
SOLAT QADA 10-11
SOLAT JUMAAT 11
3 SOLAT SUNAT
PENGERTIAN 12
SENARAI SOLAT SUNAT 13
SOLAT SUNAT AIDILFITRI 14
SOLAT SUNAT AIDILADHA 14
SOLAT SUNAT DHUHA 15
SOLAT SUNAT GERHANA 15
SOLAT SUNAT HAJAT 16
SOLAT ISTIKHARAH 16
SOLAT SUNAT JENAZAH 17-18
SOLAT SUNAT RAWATIB 19
SOLAT SUNAT TAHAJJUD 19-20
SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID 20
SOLAT TERAWIH 20-21
SOLAT SUNAT TASBIH 21
SOLAT SUNAT TAUBAT 22-23
SOLAT SUNAT WITIR 23
SOLAT WUDHU 23
Solat adalah tiang agama. Jika seseorang itu tidak solat,maka amalan lain seperti
puasanya,zakatnya dan hajinya tidak dipandang di sisi Allah.
“Yang pertama dihisab dari amalan kita pada hari kiamat adalah solat”
- Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah

PENGERTIAN SOLAT
- Solat dari segi bahasa ialah doa. Manakala dari segi istilah adalah beberapa ucapan dan
perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam mengikut syarat-syarat
tertentu.

1. SUBUH

5. ISYAK 2. ZOHOR
SOLAT-SOLAT
YANG WAJIB
DILAKUKAN
SEBAGAI
SEORANG ISLAM

4. MAGHRIB 3. ASAR

Solat Fardhu 5 waktu ini telah disyariatkan dalam Islam semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

1
SYARAT WAJIB SOLAT

B – Baligh
 Baligh = mencapai had umur yang mewajibkan seseorang melaksanakan semua
tuntutan ibadat wajib ke atasnya.
 Contoh ibadah wajib:
1. Solat fardu 5 waktu.
2. Puasa di bulan Ramadan.
3. Zakat
4. Haji bagi yang mampu.
 TANDA-TANDA BALIGH:

I – Islam
 Muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah.
 Tidak wajib bagi orang yang bukan Islam.
 Tidak wajib ke atas orang yang murtad.

2
A – Berakal
 Mempunyai fikiran yang waras dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk.
 Solat tidak wajib kepada seseorang yang dilahirkan dengan akal yang tidak sempurna
seperti:
1. Gila
2. Kecacatan otak
3. Pengsan
4. Koma

S – Suci
 Iaitu suci daripada haid dan nifas.
 Wanita yang didatangi haid dan nifas, tidak wajib solat ke atasnya sehinggalah dia
mengangkat hadas besar (mandi wajib).

SYARAT SAH SOLAT

Yakin masuk waktu solat.


W

Suci daripada hadas besar dan hadas kecil.


S

Anggota badan, pakaian dan tempat bersih daripada najis


B

Menutup aurat dengan sempurna.


A

Menghadap ke arah kiblat.


K

3
RUKUN SOLAT
Maksud rukun solat dari segi bahasa ialah asas atau tiang bagi sesuatu. Secara mudahnya, rukun solat
bermaksud perbuatan-perbuatan yang tersusun dimana solat tidak akan lengkap dan tidak sah
tanpanya.

Rukun solat ada berapa?


Terdapat 13 rukun solat.

Rukun solat tersebut adalah:


1. Niat
2. Berdiri tegak
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk Tahiyat akhir
10. Membaca Tahiyat akhir

11. Membaca selawat ke atas Rasulullah ‫ﷺ‬


12. Memberi salam
13. Tertib

Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat. Solat tidak sah apabila tertinggal mana-
mana satu rukun.
Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu
bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga
kamu rukuk dengan tomakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian
sujudlah sehingga kamu sujud dengan tomakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk
dalam tomakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tomakninah. Kemudian
bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tomakninah 
- Riwayat Bukhari-
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Meninggalkan rukun
- Meninggalkan salah satu rukun secara sengaja akan membatalkan solat tersebut. Sekiranya
terlupa,tidak terbatal.Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila teringat
kembali.
2. Berkata-kata
- Berkata-kata dengan sengaja dalam bahasa selain zikir, doa atau kalimah daripada Al-
Quran.
3. Berhadas
- Didatangi hadas, sama ada yang kecil atau besar ketika sedang solat.
4. Makan atau minum
- Menelan sisa makanan yang ada di celah-celah gigi akan membatalkan solat. Sekiranya rasa
ada sisa makanan dalam mulut,ianya perlu dibuang atau dikawal supaya tidak tertelan.
5. Melakukan pergerakan
- Melakukan pergerakan lebih daripada 3 kali yang tidak berkaitan dengan rukun atau
perbuatan solat.
6. Terkena najis
-Terkena najis pada badan, pakaian atau tempat solat.
7. Terbuka aurat
- Pada kadar yang lama, sama ada sengaja atau tidak sengaja.
8. Berpaling dari kiblat
- Berpaling dada dari kiblat selain daripada solat Khauf
9. Ketawa
10. Ragu-ragu / was-was
- Berasa ragu-ragu tentang suci daripada najis atau wuduknya. Was-was dengan niatnya .

5
PERKARA YANG MENYEBABKAN SOLAT WAJIB DIHENTIKAN
1. Untuk menyelamatkan nyawa manusia.
2. Untuk menjaga keselamatan diri atau harta.
3. Untuk menyelamatkan harta ketika berlaku kebakaran.

PERKARA YANG MENYEBABKAN SOLAT HARUS DIHENTIKAN


1. Berlaku kecurian barang, walaupun yang dicuri itu barang orang lain.
2. Ibu yang bimbang akan keselamatan anak kecilnya atau orang yang baru menyedari ada
masakan sedang dimasak dan bimbang masakan itu hangit.
3. Musafir yang bimbang gangguan pencuri dan perompak.
4. Rasa hendak buang air besar atau buang air kecil dan terpaksa keluar dari solat berjemaah
5. Menyahut panggilan ibu bapa ketika melakukan solat sunat. Sekiranya yang dilakukan itu
solat fardu, maka tidak boleh berhenti. Kecuali apabila panggilan ibu bapa itu jika dibiarkan
akan membawa kepada mudarat seperti mereka memanggil kerana kesakitan dan memerlukan
perhatian segera.

6
SOLAT FARDHU
WAKTU SOLAT

SUBUH
- Dilakukan Ketika terbitnya fajar
- Solat 2 rakaat, 1 salam
- Dilakukan beserta dengan doa Qunut pada rakaat kedua sebelum sujud

‫ْح َر ْك َعتَي ِْن اَ َدا ًء ِهللِ تَ َعالَى‬ َ ْ‫صلّى فَر‬


ِ ‫ض الصُّ ب‬ َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala

‫ْح َر ْك َعتَي ِْن َمأْ ُم ْو ًما ِهللِ تَ َعالَى‬ َ ْ‫صلّى فَر‬


ِ ‫ض الصُّ ب‬ َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

7
ZOHOR

- Solat Zohor dilakukan pada waktu tengah hari. Waktu Zohor bermula daripada gelincir matahari
dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya.

‫ت اَ َدا ًء ِهللِ تَ َعالَى‬ ُّ ‫ض‬


ٍ ‫الظه ِْراَرْ بَ َع َر َك َعا‬ َ ْ‫صلّى فَر‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaat kerana Allah Ta’ala

‫ت َمأْ ُم ْو ًما ِهللِ تَ َعالَى‬ ُّ ‫ض‬


ٍ ‫الظه ِْراَرْ بَ َع َر َك َعا‬ َ ْ‫صلّى فَر‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

ASAR

- Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir
matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut.

ٍ ‫ض ْال َعصْ ر ِاَرْ بَ َع َر َك َعا‬


‫ت اَ َدا ًء ِهللِ تَ َعالَى‬ َ ْ‫صلّى فَر‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala

‫ت َمأْ ُم ْو ًما ِهللِ تَ َعالَى‬


ٍ ‫ض ْال َعصْ ِراَرْ بَ َع َر َك َعا‬
َ ْ‫صلّى فَر‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

8
MAGHRIB

- Waktu Maghrib bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga


hilang cahaya kemerahan di kaki langit.

‫ت اَ َدا ًء ِهللِ تَ َعالَى‬ ِ ‫ض ْال َم ْغ ِر‬


َ َ‫ب ثَال‬
ٍ ‫ث َر َك َعا‬ َ ْ‫صلّى فَر‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala

‫ت َمأْ ُم ْو ًما ِهللِ تَ َعالَى‬ ِ ‫ض ْال َم ْغ ِر‬


َ َ‫ب ثَال‬
ٍ ‫ث َر َك َعا‬ َ ْ‫صلّى فَر‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

ISYAK

- Waktu Isyak bermula apabila hilang di kaki langit hingga terbit fajar.

- Waktu Isyak adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam

ٍ ‫ض ْال ِع َشا ِء اَرْ بَ َع َر َك َعا‬


‫ت اَ َدا ًء ِهللِ تَ َعالَى‬ َ ْ‫صلّى فَر‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu isyak empat rakaat kerana Allah Ta’ala

‫ت َمأْ ُم ْو ًما ِهللِ تَ َعالَى‬


ٍ ‫ض ْال ِع َشا ِء اَرْ بَ َع َر َك َعا‬
َ ْ‫صلّى فَر‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat fardhu isyak empat rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

9
SOLAT QADA

Qada solat ini bermaksud solat diluar waktunya atau secara mudahnya, menggantikan solat-
solat fardhu yang tertinggal. Mungkin dalam satu situasi itu,dimana kita tertidur atau
tersangkut di dalam kesesakan jalan raya dan menyebabkan kita terlepas salah satu waktu
solat fardhu.Jadi,kita wajib mengqadakan solat yang telah ditinggalkan itu.

NIAT QADA

SUBUH

Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat qada kerana Allah Ta’ala

ZOHOR

Sahaja aku solat fardhu zohor empat rakaat qada kerana Allah Ta’ala

ASAR

Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat qada kerana Allah Ta’ala

MAGHRIB

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat qada kerana Allah Ta’ala

ISYAK

10
Sahaja aku solat fardhu isyak empat rakaat qada kerana Allah Ta’ala

SOLAT JUMAAT

- Solat ini ditunaikan pada hari Jumaat dan ianya menggantikan solat Zohor. Ianya ditunaikan
di masjid dan wajib dilakukan secara berjemaah dengan jumlah sekurang-kurangya 40 orang.

- Solat ini mestilah didahului dengan dua khutbah dan diikuti dengan solat dua rakaat.

- Solat Jumaat ini wajib bagi lelaki muslim yang baligh dan tidak wajib ke atas perempuan.

- Solat Jumaat ini tidak wajib sekiranya seseorang itu dalam keadaan musafir.

NIAT SOLAT JUMAAT

Sahaja aku solat fardhu jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

SOLAT SUNAT

11
- Solat sunat ini ialah solat yang dilakukan secara sukarela. Ianya dilakukan untuk
mendekatkan diri kepada ‫ ﷲ‬dan meraih kasih sayangNya.

- Jika melakukannya, kita akan dapat pahala dan ianya tidak berdosa jika ditinggalkan.

- Sememangnya kita digalakkan agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.
SOLAT
SUNAT
AIDILFIT SOLAT
SOLAT
RI SUNAT
SUNAT
AIDILAD
WUDHUK
Menampung HA
Meningkatkan
SOLAT kekurangan solat SOLAT
SUNAT iman SUNAT
WITIR fardhu DHUHA

SOLAT
SOLAT
SUNAT Memperoleh SUNAT
TAWAF Mendekatkan diri GERHAN
ketenangan diri A
dengan Allah
dan perasaan

SOLAT SOLAT- SOLAT


SUNAT SOLAT SUNAT
TAUBAT Sentiasa mendapat
SUNAT HAJAT

rahmat dan
petunjuk dari Allah
SOLAT
SOLAT
SUNAT
SUNAT
ISTIKHAR
TASBIH
AH

SOLAT SOLAT
SUNAT SUNAT
TERAWIH JENAZAH
SOLAT
SUNAT SOLAT
TAHIYAT SOLAT SUNAT
UL SUNAT RAWATIB
MASJID TAHAJJU
D

SENARAI SOLAT SUNAT

12
SOLAT SUNAT AIDILFITRI

13
Solat sunat aidilfitri dilakukan pada pagi Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 1 Syawal.Solat sunat
hari raya ini adalah sunat muakkad. Solat sunat ini biasanya dilakukan di masjid atau surau
secara berjemaah.Waktu bagi solat sunat aidilfitri ini ialah sesudah terbit matahari,lebih
kurang jam 8 pagi Malaysia sehinggalah sebelum masuk waktu zohor.

LAFAZ NIAT

ْ ِ‫صلِّى ُسنُّةً ِع ْي ِد ْالف‬


‫ط ِر َر ْك َعتَي ِْن اِ َما ًما ِهللِ تَ َعالَى‬ َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat sunat Aidilfitri, dua rakaat sebagai imam kerana Allah Ta'ala

‫ط ِر َر ْك َعتَي ِْن َمأْ ُم ْو ًما ِهللِ تَ َعالَى‬


ْ ِ‫صلِّى ُسنُّةً ِع ْي ِد ْالف‬
َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat sunat Aidilfitri, dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta'ala

SOLAT SUNAT AIDILADHA

Solat sunat aidiladha dilakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10
Zulhijjah.Aidiladha ini jugak dikenali sebagai Raya Haji.Waktu bagi solat sunat ini ialah
sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8 pagi Malaysia sehinggalah sebelum zohor. Solat
sunat Aidiladha ini adalah sunat muakkad.

LAFAZ NIAT

‫صلِّ ْى ُسنَّةَ َع ْي ِد ْاالَضْ َحى َر ْك َعتَ ْينِإ ِ َما ًماهَّلِل ِ تَ َعالَى‬


َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat sunat aidiladha, dua rakaat sebagai imam kerana Allah Ta'ala

‫صلِّ ْى ُسنَّةَ َع ْي ِد ْاالَضْ َحى َر ْك َعتَي ِْن َمأْ ُم ْو ًمالَّ ِه تَ َعالَى‬


َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat sunat aidiladha, dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta'ala

14
SOLAT SUNAT DHUHA

Solat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu diantara solat subuh dan
zohor. Solat sunat dhuha boleh ditunaikan sebanyak dua, empat, enam atau lapan rakaat
dengan setiap 2 rakaat, 1 salam.

LAFAZ NIAT

َ ُ‫ا‬
‫صلِّى ُسنَّةَ َعا ُشو َرا َء َر ْك َعتَي ِْن ِهللِ تَ َعالَى‬
Sahaja aku solat sunat Asyura dua rakaat kerana Allah Ta'ala

SOLAT SUNAT GERHANA

Solat sunat gerhana ialah solat sunat yang dilakukan ketika berlaku gerhana bulan atau
gerhana matahari. Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf bagi bulan dan
Kusuf bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari. Solat sunat gerhana boleh
dilakukan secara bersendirian atau berjemaah. Solat ini ditunaikan sebanyak 2 rakaat 1 salam.

LAFAZ NIAT

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

‫ف ْالقَ َم ِر َر ْك َعتَيْن هَّلِل ِ تَ َعالَى‬ َ ُ‫أ‬


ِ ‫صلِّ ْي ُسنَّةَ لِ ُخس ُْو‬
Sahaja aku solat sunat khusuf dua rakaat kerana Allah Ta'ala

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

‫س َر ْك َعتَي ِْن ِهللِ تَ َعالَى‬


ِ ‫ف ال َّش ْم‬ َ ُ‫ا‬
ِ ‫صلِّ ْي ُسنَّةً لِ ُكس ُْو‬
Sahaja aku solat sunat kusuf dua rakaat kerana Allah Ta'ala

15
SOLAT SUNAT HAJAT

Solat sunat Hajat dilakukan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada ‫ﷲ‬.
Sama ada memohon kebaikan atau menolak keburukan.
‫ ﷲ‬berfirman:
Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu
Solat Hajat ini boleh dilakukan pada bila-bila kecuali selepas subuh dan asar.
Pohonlah hajat Ketika sujud terakhir. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya 2rakaat 1
salam dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat 6 salam

LAFAZ NIAT

َ ُ‫أ‬
‫صلِّي ُسنَّةَ ال َحا َج ِة َر ْك َعتَي ِْن هَّلِل ِ تَعاَلَى‬
Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

SOLAT ISTIKHARAH

Solat Sunat Istikharah ialah solat untuk memohon petunjuk daripada ‫ﷲ‬. Ia dilakukan apabila
seseorang itu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan atau tidak tahu menentukan mana
yang terbaik. Solat ini dilakukan supaya keputusan yang diambil nanti mendapat keredhaan
dan keberkatan ‫ﷲ‬.Solat ini wajar dilakukan untuk perkara sepeti pekerjaan dan perkara-
perkara yang menepati syarak.

LAFAZ NIAT

‫صلِّى ُسنَّةَ ْا ِال ْستِ َخا َر ِة َر ْك َعتَي ِْن ِهللِ تَ َعالَى‬


َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

16
SOLAT SUNAT JENAZAH

Solat sunat jenazah ini dilakukan ke atas jenazah seorang muslim setelah
jenazah tersebut sempurna dimandikan dan dikafankan. Jenazah seorang
muslim itu wajib disolatkan melainkan jenazah syahid. Solat jenazah ini
dilakukan oleh orang yang hidup ke atas orang yang meninggal dunia untuk
meringankan bebannya. Ini kerana dalam solat ini mengandungi banyak doa-
doa yang ke semuanya untuk kebaikan si mati. Hukum mendirikan solat
Jenazah adalah fardu kifayah untuk umat Islam di sesuatu kawasan.

RUKUN SOLAT JENAZAH

2. Berdiri tegak. ( Solat


jenazah dilakukan dalam
keadaan berdiri sahaja. 3. Takbir empat kali
1. Niat
Tiada rukuk dan sujud, termasuk takbiratulihram.
tiada azan dan iqamat
sebelum solat.)

5. Selawat kepada Nabi 4. Membaca al-Fatihah


6. Berdoa untuk jenazah
SAW selepas takbir selepas takbir yang
selepas takbir yang ketiga.
kedua. pertama.

7. Memberi salam selepas


takbir keempat.

LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH MAYAT LELAKI.

17
‫ض ِكفَايَ ِة هللِ تَ َعالَى‬ ٍ ‫ت أَرْ بَ َع تَ ْكبِ ْي َرا‬
َ ْ‫ت فَر‬ َ ُ‫أ‬
ِ ِّ‫صلِّي َعلَى هَ َذا ْال َمي‬
Sahaja aku solat keatas mayat lelaki ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala

LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH MAYAT PEREMPUAN

‫ض ِكفَايَ ِة هللِ تَ َعالَى‬


َ ْ‫ت فَر‬ َ ُ‫أ‬
ٍ ‫صلِّي َعلَى هَ ِذ ِه ْال َم ْيتَ ِة أَرْ بَ َع تَ ْكبِ ْي َرا‬
Sahaja aku solat keatas mayat perempuan ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala

LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH MAYAT KANAK-KANAK LELAKI.

‫هلل تَ َعالَى‬
ِ ‫ض ِكفَايَ ِة‬ ٍ ‫الط ْف ِل اَرْ بَ َع تَ ْكبِ ْي َرا‬
َ ْ‫ت فَر‬ ِ ‫ت‬ َ ُ‫أ‬
ِ ِّ‫صلِّى َعلَى هَ َذا ْال َمي‬
Sahaja aku sembahyang keatas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah
Ta’ala

LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH MAYAT KANAK-KANAK PEREMPUAN.

‫ض ِكفَايَ ِة هللِ تَ َعالَى‬ ٍ ‫الط ْفلَ ِة اَرْ بَ َع تَ ْكبِ ْي َرا‬


َ ْ‫ت فَر‬ َ ُ‫أ‬
ِ ‫صلِّى َعلَى هَ ِذ ِه ْال َم ْيتَ ِة‬
Sahaja aku sembahyang keatas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardhu kifayah kerana
Allah Ta’ala

LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH BAGI IMAM 

‫ض ِكفَايَ ِة إِ َما ًما هللِ تَ َعالَى‬ ٍ ‫تَ ْكبِ ْي َرا‬


َ ْ‫ت فَر‬
[Tambah (sebagai imam)]

LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH SEBAGAI MAKMUM

‫هلل تَ َعالَى‬
ِ ً ‫ض ِكفَايَ ِة َماْ ُم ْوما‬ ٍ ‫تَ ْكبِ ْي َرا‬
َ ْ‫ت فَر‬
[Tambah (sebagai makmum)]

SOLAT SUNAT RAWATIB

18
Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Ia
juga dikenali sebagai solat Qabliyyah dan Ba’diyyah.Solat ini juga adalah sunat muakkad.
Subuh – dua rakaat sebelum
Zohor – dua rakaat sebelum dan selepas
Asar- dua rakaat sebelum
Maghrib- dua rakaat selepas
Isyak- dua rakaat selepas

LAFAZ NIAT
Qabliyyah

‫ ال ِع َشا ِء قَ ْبلِيَةً َر َك َعتَي ِْن هلِل ِ تَعال َى‬/ ‫ب‬ ُّ َ‫صلِّي ُسنَّة‬
ِ ‫ ال َم ْغ ِر‬/ ‫الظه ِْر‬ َ ‫أ‬
Sahaja aku solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah
Ta’ala

Ba’diyyah

‫ ال ِع َشا ِء بَ ْع ِديَّةً َر َك َعتَي ِْن هلِل ِ تَعال َى‬/ ‫ب‬ ُّ َ‫صلِّي ُسنَّة‬
ِ ‫ ال َم ْغ ِر‬/ ‫الظه ِْر‬ َ ‫أ‬
Sahaja aku solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang dilakukan pada 2/3 malam (selepas 12 malam). Syarat
solat tahajjud ialah tidur. Tidurlah seketika walaupun tidur-tidur ayam.

“Solat tahajjud ini juga merupakan solat yang paling utama selepas solat fardhu. “

– Hadis Riwayat Muslim.

LAFAZ NIAT

َ ُ‫ا‬
‫صلِّى ُسنَّةً التَّهَجُّ ِد َر ْك َعتَي ِْن ِهللِ تَ َعالَى‬
Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta'ala

SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID

19
Solat sunat tahiyattul masjid ialah solat yang dilakukan ketika kita memasuki masjid.
sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat ini bagi menghormati
masjid.

ِ ‫صلِّى ُسنَّةً تَ ِحيَّةُ ْال َمس‬


‫ْج ِد َر ْك َعتَي ِْن ِهللِ تَ َعالَى‬ َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Sabda Rasulullah ‫ﷺ‬:

“Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk
sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”

- Hadis Riwayat Bukhari

SOLAT TERAWIH

Solat sunat tarawih ini lebih istimewa berbanding solat-solat sunat yang lain kerana ianya
dikhususkan untuk dilakukan pada bulan Ramadhan. ‫ ﷲ‬menjanjikan ganjaran istimewa
kepada mereka yang mengerjakan solat ini. Solat ini dilakukan selepas solat isyak
sehinggalah terbit fajar. Solat ini dilakukan dengan 2 rakaat 1 salam.

Bilangan rakaat solat tarawih?

Solat tarawih ini biasanya akan dilakukan sebanyak 8,20 dan 36.

LAFAZ NIAT

‫ْح َر ْك َعتَي ِْن إِ َما ًما ِهللِ تَ َعالَى‬


ِ ‫اوي‬ َ ُ‫ا‬
ِ ‫صلِّى ُسنَّةَ التَّ َر‬
Sahaja aku solat sunat tarawikh dua rakaat sebagai imam kerana Allah Ta'ala

Sebagai makmum:

‫ْح َر ْك َعتَي ِْن َمأْ ُم ْو ًما ِهللِ تَ َعالَى‬ َ ُ‫ا‬


ِ ‫صلِّى ُسنَّةَ التَّ َر‬
ِ ‫اوي‬
Sahaja aku solat sunat tarawikh dua rakaat sebagai imam kerana Allah Ta'ala

Sendirian:

20
‫ْح َر ْك َعتَي ِْن ِهللِ تَ َعالَى‬
ِ ‫اوي‬ َ ُ‫ا‬
ِ ‫صلِّى ُسنَّةَ التَّ َر‬
Sahaja aku solat sunat tarawikh dua rakaat kerana Allah Ta'ala

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat sunat Tasbih diberi nama sedemikian kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali
semasa mengerjakannya. Solat ini boleh dilakukan pada setiap malam.Jika tidak
mampu,boleh dilakukan sekali seminggu,sekali sebulan,sekali setahun atau setidak-tidaknya
sekali seumur hidup.

Cara mengerjakan solat tasbih:

RAKAAT PERTAMA

7. Duduk diantara dua


1. Niat ketika 6. Sujud dan bertasbih
sujud dan bertasbih
takbiratulihram. sebanyak 10 kali.
sebanyak 10 kali.

8. Sujud kedua dan


2. Membaca surah al- 5. Iktidal dan bertasbih
bertasbih sebanyak 10
Fatihah. sebanyak 10 kali.
kali.

9. Duduk istirahat
3. Membaca surah
sebelum bangun untuk
selepas al-Fatihah dan 4. Rukuk dan bertasbih
rakaat kedua dan
bertasbih sebanyak 15 sebanyak 10 kali.
bertasbih sebanyak 10
kali.
kali.

RAKAAT KEDUA

21
6. Duduk diantara dua 7. Sujud kedua dan
1. Membaca surah al-
sujud dan bertasbih bertasbih sebanyak 10
Fatihah.
sebanyak 10 kali. kali.

2. Membaca surah 8. Duduk tahiyat akhir


selepas al-Fatihah dan 5. Sujud dan bertasbih dan membaca tahiyat
bertasbih sebanyak 15 sebanyak 10 kali. dan bertasbih
kali. sebanyak 10 kali.

3. Rukuk dan bertasbih 4. Iktidal dan bertasbih


9. Memberi salam.
sebanyak 10 kali sebanyak 10 kali.

LAFAZ NIAT

2 Rakaat

‫ْح َر َك َعتَي ِْن هَّلِل ِ تَ َعالَى‬ َ ُ‫أ‬


ِ ‫صلِّ ْي ُسنَّةَ التَّ ْسبِي‬
Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat, kerana Allah Ta’ala

4 Rakaat

ٍ ‫ْح أَرْ بَ َع َر َك َعا‬


‫ت هَّلِل ِ تَ َعالَى‬ َ ُ‫أ‬
ِ ‫صلِّ ْي ُسنَّةَ التَّ ْسبِي‬
Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat rakaat, kerana Allah Ta’ala

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan apabila seseorang itu merasakan dirinya telah
berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada ‫ﷲ‬. Solat ini boleh dilakukan pada bila2 masa sahaja
kecuali selepas subuh dan asar.

Syarat-syarat taubat:
 Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu.
 Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut.
 Bercita-cita tidak akan mengulangi dan melakukan perbuatan tersebut.

LAFAZ NIAT

22
‫صلِّي ُسنَّةَ التَوبَ ِة َر َك َعتَي ِْن هَّلِل ِ تَعال َى‬
َ ‫أ‬
Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

SOLAT SUNAT WITIR

Solat sunat witir ini sebaiknya dilakukan selepas solat isyak, solat tarawih atau solat tahajjud
kerana ia dikira sebagai pelengkap dan penutup solat pada hari tersebut. Biasanya dilakukan
sebanyak 3 rakaat 2 salam. Iaitu 2 rakaat 1 salam dan kemudian ditambah lagi 1 rakaat 1
salam.

2 Rakaat Pertama

‫صلِّى ُسنًّةَ ْال ِو ْت ِر َر ْك َعتَي ِْن ِهللِ تَ َعالَى‬


َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta’ala

1 Rakaat Terakhir

‫صلِّى ُسنًّةَ ْال ِو ْت ِر َر ْك َعةً هللِ تَ َعالَى‬


َ ُ‫ا‬
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta'ala

SOLAT WUDHU

Solat yang dilakukan selepas mengambil wudhuk. Solat ini tergolong dalam solat sunat
muqayyad. Jadi solat sunat ini boleh dilakukan walaupun dalam waktu yang dilarang untuk
melakukan solat sunat.

LAFAZ NIAT

‫ُسنَّةَ ْال ُوضُو ِء َر ْك َعتَي ِْن هللِ تَ َعالَي‬


Sahaja aku solat sunat wudhu 2 rakaat kerana Allah Taala

23

Anda mungkin juga menyukai