Anda di halaman 1dari 34

PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

1.0 Pendahuluan
Persediaan Rancangan Mengajar sangat penting bagi seorang guru. Semasa
menyediakan sesuatu rancangan pelajaran, guru perlu mengkaji sukatan pelajaran
mata pelajaran yang ingin diajar secara mendalam. Guru perlu menguasai segala
konsep, strategi dan kemahiran yang mesti disampaikan kepada murid.
Guru juga harus menganalisis bahan pelajaran dan kemudian memilih isi
pelajaran, memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk
mencapai objektif pelajaran. Objektif yang ditulis perlu jelas serta boleh diukur
keberkesanannya.
Bahan bantu belajar yang sesuai dapat memudahkan pencapaian objektif
pelajaran jika bahan bantu belajar itu digunakan dengan berkesan. Peruntukan masa
untuk pelajaran itu perlu dibahagikan secara berpatutan, supaya tiap-tiap langkah
penyampaian boleh menjamin penglibatan murid secara aktif serta menjalankan
penilaian dan maklum balas. Segala pertimbangan dan perancangan perlu dibuat
dalam bentuk bertulis.
Persediaan mengajar merupakan dokumen yang merekodkan aktiviti-aktiviti
pengajaran guru. Oleh itu, ia dapat membantu guru menyemak apa yang telah
diajarkan supaya boleh merancang pengajaran selanjutnya. Ia juga boleh digunakan
untuk mengubal soalan ujian berdasarkan isi pelajaran yang telah dipelajari oleh
murid-murid.
Dengan adanya persediaan rancangan mengajar harian yang baik, guru
boleh mengajar dengan lebih berkeyakinan, lancar dan berkesan serta mengelakkan
kekecohan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kemahiran lisan secara amnya dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang
bertutur, berkomunikasi atau berinteraksi untuk menyampaikan idea, pandangan,
mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam keadaan tertentu, di
mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan
menerima, yakni memberi gerak balas atau respon tertentu. Ini bermakna dalam
proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang
pentingnya.
Dalam konteks ini,kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan

1
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk
mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan
seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan
memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga,
seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat
dan berkesan dalam interaksi tersebut.

1.2 Kemahiran Mendengar


1.2.1. Konsep Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal
tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum
kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada
pelbagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa
berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh,
mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya
daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya.
Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara
berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat
digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran
merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini
bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang
baik,cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar
yang baik mengikut standard tertentu.
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan
memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu
mendengar untukmenerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan,
perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru.
Manakala kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi
sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio,
televisyen, filem),memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan
televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog
dan kesusasteraan).

2
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
1.2.2 Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan
penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui proses mendengar dan
mengenali bunyi-bunyi bahasa. Proses ini mengutamakan kepekaan dan tanggapan
pendengar terhadap bunyi yang didengar.
Sementara proses yang kedua berlaku melalui mendengar dan memahami bunyi-
bunyi bahasa. Proses ini mengutamakan pemahaman maksud dan bunyi-bunyi yang didengar
oleh pendengar. Pendengar pula menggunakan mesej tersebut untuk membuat tindak balas
selanjutnya. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat
kurang diberi perhatian oleh guru.
Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Ada empat peringkat
proses mendengar:
(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap
gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan
menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan
pengalamannya. Proses menganggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan
berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan.
Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi
akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan
pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.
Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang
pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara
bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang
pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan
proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu
sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

3
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
1.2.3 Peringkat-peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar:
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas
dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada tiga peringkat .
a) Peringkat Awal
1) mengecam, mengajuk dan memilih bunyi
2) mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat
3) melakukan sesuatu yang disuruh
4) menjalankan perintah dan permintaan
5) bertindak terhadap soalan-soalan mudah
6) mengingat dan memadan ayat-ayat mudah secara tepat
b) Peringkat Pertengahan
1) mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci
2) mengenal maklumat khusus
3) mengesan urutan
4) mengenal sebab dan akibat
5) mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
6) mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap
c) Peringkat maju
1) mengenal isi-isi penting
2) mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap
3) mentafsirkan maksud orang yang bercakap
4) memberitahu fungsi tekanan dan intonasi
5) mencari jalan mengatasi masalah yang didengar
6) mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
7) mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.
Seseorang kanak-kanak atau murid yang telah menguasai kemahiran mendengar,
dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang
lain kepadanya dan boleh pula memahami maksud dan mentafsir apa sahaja yang
didengarnya itu dengan tepat.

Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih


berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak
sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal
pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.

4
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini,aspek-aspek pendengaran itu boleh
dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk,
antara lain proses mendengar secara pasif, secara bertelau-telau, tanpa tindak
balas, secara menebuk-nebuk, dengan beremosi, secara berhati-hati dengan
pengamatan, dan secara kritikal.

1.2.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Mendengar.


Ada beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar seseorang kanak-
kanak atau murid. Di antaranya ialah;
a) Fizikal
Kanak-kanak yang normal mempunyai deria pendengaran yang semulajadi sejak
dilahirkan. Walau bagaimanapun tahap pendengaran mereka adalah berbeza, iaitu
ada yang tajam, sederhana dan kurang, walaupun mereka tidak cacat pendengaran.
b) Jantina
Terdapat perbezaan kemahiran mendengar di antara kanak-kanak lelaki dan
perempuan. Contohnya, kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 9 tahun
lebih baik kefahaman mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak lelaki
yang seusianya.
c) Status sosioekonomi
Latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga, dan
emosi kanak-kanak mempengaruhi kemahiran mendengar mereka. Kanak-kanak
yang terganggu emosinya, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap segala yang
didengarinya.
d) Gangguan bunyi
Persekitaran memainkan peranan terhadap kemahiran mendengar kanak-kanak.
Bunyi bising mengganggu pendengar mereka berbanding dengan persekitaran yang
sunyi.

1.2.5 Aktiviti Kemahiran Mendengar

5
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Aktiviti mendengar boleh dilaksanakan dalan dua peringkat iaitu;
1) Mendengar untuk Mengenal Pasti Pelbagai Bunyi
Murid akan dilatih untuk mengenalpasti dengan betul bunyi-bunyi yang berbeza,
kombinasi bunyi dan intonasi, nada, tekanan serta jeda ayat. Seelok-eloknya guru
menggunakan bunyi, perkataan, frasa atau ayat yang mengandungi unsur-unsur
yang hampir sama bunyinya. Hal ini akan dapat membantu murid-murid mengenali
bunyi-bunyi yang berbeza.
a) Mendengar dan Menyebut Perkataan
Murid mendengar dan menyebut perkataan secara berulang kali. Perkataan yang
mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan
makna yang berbeza. Contohnya;
daki - laki, tari - lari, malu -balu, lori - lari, pandai - pantai,
b) Latih Tubi Pemintal Lidah
Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu
bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-
bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyebut
fonem /p/
Pandang pandan tepi pagar depan padang.
Pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.
c) Memadankan Perkataan dengan Gambar
Guru mengedarkan bahan yang mengandungi set perkataan yang mengandungi
perbezaan bunyi. Guru menyebut perkataan tersebut dan meminta murid
memadankannya dengan gambar.
Contoh;
Arahan: Dengar sebutan perkataan berikut. Tuliskan huruf A, B, atau C dalam ruang
gambar yang sesuai.
Soalan 1. A buku B duku C kuku

2. Mendengar untuk Memahami dan bertindak balas

6
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Murid akan diuji tentang pemahaman terhadap segala yang diperdengarkan dan
seterusnya bertindak balas. Antara aktivitinya ialah;
a) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang ringkas .
Contohnya, melakukan pergerakan mengikut arahan, menandakan BETUL atau
SALAH, menyusun gambar, mengisi jadual, mendengar dan memilih gambar,
melukis bahan grafik, memanda arah dan lokasi perjalanan dan lain-lain.
b) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama.
Contoh bagi aktiviti ini ialah menjawab soalan kefahaman, mencatat isi, mengulas
dan membuat ringkasan.
c) Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan.
Contohnya seperti mengkategorikan fakta dan menilai perwatakan. Aktiviti seperti ini
adalah langkah awal dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Murid perlu
berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis.

2.2.6 Pelaksanaan Kemahiran Mendengar


Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar ada tiga
peringkat.
1) Peringkat Pramendengar
Guru perlu mengikuti beberapa langkah untuk melaksana peringkat ini. Antaranya;
a) memberi tugsan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar
b) memberi gambaran menyeluruh tentang perkara yang hendak diperdengarkan
c) memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan
berkeadaan baik dan mencukupi
d) memastikan murid bersedia untuk mengikuti aktiviti.
2) Peringkat Semasa Mendengar
Pada peringkatini guru perlu:
a) memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan
b) mengatasi sebarang gangguan yang timbul semasa aktiviti mendengar dijalankan
3) Aktiviti Sesudah Mendengar
Pada peringkat ini guru mestilah;
a) menghuraikan segala perkara yang timbul dari bahan rakaman yang menyukarkan
pemahaman murid.
b) menekan aspek-aspek penting dalam bahan yang digunakan

7
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
c) memastikan murid menyelesaikan tugasan yang diberi dan memberi tugasan
untuk pengukuhan
d) menjalankan aktiviti tindakan susulan.

1.3 Kemahiran Bertutur


Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur,
seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur
prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat
dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses
mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas
tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan
mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan
melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan.

1.3.1 Konsep Pertuturan


(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
Misalnya bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];
(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar
dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan
otaknya;
(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada
aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

1.3.2 Aspek-Aspek Pertuturan


(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan
setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid
diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat
mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya
melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan

8
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan
/smak/ dan seumpamanya;
(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut
danmemberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata
tertentubagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu
pengucapan
;(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam
bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa
Melayu;
(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan
elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda
digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini
digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda
bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,
jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan
tembakkan!
(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun
atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar
berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunya iintonasi
menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujungayat.
(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketikasesuatu
perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada:
Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do
setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.
(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan
tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis
dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan
berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh
kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu
diguna pakai sebaik-baiknya;
(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid
bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak

9
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan
murid-murid.
(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur
dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut
perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;
(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran
murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin
ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh
berkomunikasi secara berkesan.

1.3.3 Peringkat Kemahiran Bertutur


Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut
situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa
perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni
peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah
sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan
demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi
mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.
Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;

10
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi
seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i) Memberi komen secara mudah; dan
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
prosesdan sebagainya;
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;(d) Bertanya
untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar
dan lain-lain;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi;
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

1.3.4 Aktiviti Bertutur

Aktiviti bertutur terbahagi kepada beberapa bahagian. Di antaranya ialah;

a) Aktiviti latih tubi untuk pertuturan yang betul.

Guru akan menggunakan alat bantu yang sesuai untuk melatih murid bertutur seperti
menggunakan gambar tunggal dan gambar bersiri. Di samping itu, kad imbasan
bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.

Contohnya:

11
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
i. Pak Abu seorang petani.
ii. Dia bekerja di sawah
iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.
b) Aktiviti menyanyikan lagu
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid.
Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi
memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang
tertentu. Contohnya;
Selamat datang.
Sila masuk ke dalam.
Mari kita duduk.
Apa khabar sekarang.
Sudilah minum.
Janganlah segan-segan.
Minum air kopi.
Makan kuih di pinggan.
c) Aktiviti kemahiran komunikatif
Bagi aktiviti kemahiran komunikatif pula, alat yang berkesan untuk aktiviti ini ialah
pita rakaman video, kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh-
contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa.
Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti
gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu
maksud. Misalnya:
(a) Guru menayangkan cerita ‘Peristiwa di Sebuah Pasar Raya’ tanpa suara kepada kelas.
Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut. Murid
kemudiannya berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan
menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui
bersama.Dialog kemudian dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan. Guru
menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh
membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman dan akhirnya setiap
murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.

12
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
d) Bertutur berdasarkan gambar
Bagi aktiviti ini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu
digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak
balas kepada soalan-soalan itu. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah
berdasarkan gambaran di atas.
Misalnya:

a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?


b) Apa yang sedang mereka lakukan?
c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu?
(soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih
kritis).
e) Aktiviti pengumuman lisan

Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah
terdiri daripada bahan-bahan yang ‘authentic’ ataupun bahan-bahan yang diambil
daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara,
forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau
televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini
penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan
yang perlu dicontohi oleh murid-murid.
Contohnya;
Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota
Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang
diminta masuk melalui pintu B3.

1.4 Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

13
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara
untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang
guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi
kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru
tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai.
Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang
tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai
sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan
oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik
latih tubi, bercerita, bersoal jawab, perbualan / dialog/ wawancara, perbincangan,
berbahas/ debat, main peranan dan simulasi, sumbang saran, drama atau lakonan,
melapor berita, permainan bahasa, pengajaran puisi, penyelesaian masalah dan
tunjuk cara.
a) Teknik Drama
Teknik drama digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif atau audiolingual. Teknik ini dapat
melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi)
dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, dan lain-lain) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa. Teknik ini juga mendorong murid untuk
menghubungkan perasaan dengan mata pelajaran yang dipelajari, bebas meluahkan
sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Teknik drama juga adalah sebagai bahan bantu mengajar. Teknik ini dapat
menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, selain
menyuburkan sahsiah murid.
b) Teknik Permainan Bahasa
Teknik ini adalah salah satu cara mempelajari bahasa. Penglibatan murid dalam
permainan bahasa memberi peluang untuk mereka mendapat latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Teknik permainan bahasa
melibatkan penggunaan pelbagai kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Teknik permainan bahasa dapat merangsang interaksi verbal
murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran,
mengikis rasa bosan, dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan.

14
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
c) Teknik Perbincangan
Teknik perbincangan didefinisikan sebagai aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu topik. Tujuannya melatih murid supaya mengeluarkan
fikiran dan pendapat dengan bernas. ( Kementerian Pendidikan 1990:85)
Ia berbentuk perbualan dan berlaku di kalangan murid di bawah penyeliaan
guru. Murid akan berbincang dan bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan
masing-masing mengenai perkara atau topik yang diberi. Contohnya bermesyuarat,
forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
Murid berpeluang bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan
sebegini akan mempertajamkan minda, kepetahan bercakap dan mengeluarkan
pendapat. Murid akan mengendalikan aktiviti. Guru hanya sebagai fasilitator.
Di antara langkah-langkah teknik perbincangan ini ialah guru akan menarik
perhatian murid kepada tajuk perbincangan. Murid kemudian dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua bagi memastikan aktiviti
perbincangan berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Ahli-ahli kumpulan
kemudiannya akan berbincang untuk mendapatkan maklumat. Guru akan bergerak
dari satu kumpulan ke satu kumpulan untuk memastikan perbincangan itu terarah
dengan betul. Setelah perbincangan tamat, guru akan meminta laporan dari setiap
kumpulan. Isi-isi penting akan dicatatkan. Akhirnya, aktiviti penulisan akan
dijalankan.
d) Teknik Bercerita.
Teknik bercerita sesuai untuk membina kecekapan berbahasa, menarik minat dan
perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan kepada murid. Penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis juga dapat ditingkatkan. Teknik bercerita mesti ada
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Suara memainkan peranan yang
penting, kerana suara yang mendatar akan mendatangkan kebosanan kepada
pendengar. Teknik persembahan, suara, gerak laku,dan kawalan mata perlu diberi
perhatian semasa persembahan.
Sebelum memulakan teknik bercerita, beberapa perkara mesti
diambilperhatian. Cerita yang dipilih mestilah sesuai dengan umur, kecerdasan dan
minat murid serta disesuaikan dengan isi pelajaran. Aspek-aspek bahasa mesti
dimasukkan. Contohnya, ayat seru. Hafazan hanya pada frasa atau isi-isi penting
sahaja. Berceritalah dengan keadaan yang selsesa. Bahan bantu mengajar seperti

15
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
gambar atau objek-objek sebenar boleh digunakan. Sediakan kad-kad perkataan,
frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak
disampaiakan.
e) Teknik Latih Tubi
Teknik latih tubi adalah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang telah
dipelajari. Tujuannya supaya murid semakin menguasai kemahiran dan kekal dalam
ingatan mereka. Teknik ini sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu iaitu kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat, atau mengingati fakta-fakta
penting. Melalui teknik ini, murid boleh mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan serta fungsi penggunaan perkataan tersebut. Pengajaran bahasa yang
berasaskan latihan dengar dan sebut digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Aspek-aspek penting dalam teknik latih tubi ialah sebut. Murid menyebut
patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi.
Penggunaan tatabahasa (grammer) mesti tepat mengikut hukum-hukum
bahasa dari semua aspek. Perbendaharaan kata (vocabulary) diluaskan dengan
penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya. Kefasihan (fluency)
menggunakan perkataan secara spontan tanpa memikirkan maksudnya. Kefahaman
(comprehension) iaitu latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang
sesuai juga diberi penekanan.
Kesimpulannya, teknik latih tubi juga dikenali sebagai teknik menghafaz. Hal
ini akan menghadkan kebebasan berfikir dan menumpulkan daya kreativiti murid.
Teknik ini sesuai untuk pengajaran isi kandungan yang memerlukan ikutan dan
ulangan.
f) Teknik Bersoal Jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia
adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas
yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir
disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

16
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan
berbahasa murid, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
kritis, dan mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.

1.5 Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


(a)Bahan yang sesuai
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, iaitu
mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan
berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu
(secara khusus kemahiran lisan) ,pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan
keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid.
Kesesuaian dengan perkara Penjelasan Objektif dan matlamat pengajaran seperti;
a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan
matlamat pengajaran
b)Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia
c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan
masyarakat tempatan.
Dari aspek pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pula, beberapa
perkara perlu diberi perhatian di antaranya adalah;
a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.
Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa
Melayu, mengambil kira latar belakang pendidikan, statussosioekonomi dan tahap
pencapaian pelajar.
b) Suasana pembelajaran; Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan
meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid. Elemen penting dalam suasana
pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan.
c) Kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong,
menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya.
d) Minat pelajar. Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan
minat dan kecenderungan murid-murid belajar.Selain menimbang aspek

17
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-
perkara berikut:
b) Bahan yang dipilih mesti mencabar
Tiga perkara penting dalam proses pengajaran ,iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan
tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan
dengannya, bahan yang pilihdalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri
yang boleh mencabar minda danmendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara
lain, mematuhi prinsip-prinsip berikut::
(i) bahan konkrit kepada bahan abstrak,
(ii) bahan mudah kepada yangkompleks,
(iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta
bersepadu,
(iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum,
(v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa
akandatang, dan
(vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi.
(c)Bahan yang menepati objektif pengajaran.
Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa
Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi
untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu
semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang
boleh diberi perhatian, ialah
(i)pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar
belakang, pengalaman murid-murid,
(ii) urutan susunan bahan perlu teraturmempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab
yang lain,
(iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa,
(iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid,
(v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan
(vi) bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.
(d) Bahan yang menarik minat murid-murid
Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku
itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;

18
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
(e)Bahan yang jimat dan murah
Perkara ini penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah)
(f) Bahan yang praktikal
Bahan yang praktikal dari segi boleh guna, ekonomik digunakan secara berulangkali,
bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;
(g)Bahan yang bersifat luwes
Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara
mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.
1.5.1 Penggunaan Bahan dalam Kemahiran Mendengar
Bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
bertutur terbahagi kepada dua iaitu;
a) Alat elektronik seperti pita rakaman, televisyen, perakam video, radia dan LCD
b) Bahan-bahan rangsangan seperti;
i) Bahan bentuk prosa seperti cerita, pesanan, iklan, peraturan,dialog, berita,
ucapan, perbahasan, laporan dan lain-lain lagi.
ii) Bahan bentuk puisi seperti pantun, syair, sajak, gurindam, seloka, nyanyian,
bahasa berirama.
iii) Bahan bentuk grafik seperti pelan, rajah, jadual, borang, gambar, graf, peta
dan carta.
Contoh pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar menggunakan
rakaman video ‘Hang Jebat’
(a) Murid menonton rakaman drama.
(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.
(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju
atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan
Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.
(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan
membuat tindakan sendiri.

1.5.2 Penggunaan Bahan dalam Kemahiran Bertutur


Bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur
seperti guru, murid dan bilik darjah. Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan
sebagai alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur.

19
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Penggunaan objek sebenar untuk mengaitkan konsep dengan bunyi yang
didengar dengan menggunakan radio dan pita rakaman. Penggunaan alatan audio
dan visual seperti televisyen, video dan filem untuk mengaitkan situasi dengan
pertuturan sebenar yang berlaku seperti pertuturan di pasar dan di majlis
perkahwinan. Bahan seperti menu, buku dan bunga juga boleh digunakan dalam
kemahiran bertutur.
Gambar tunggal dan gambar bersiri sesuai digunakan sebagai bahan
rangsangan untuk murid berlakon, berpuisi, berdialog dan sebagainya.
Bahan grafik seperti carta (carta pai, carta palang, carta organisasi), jadual
(jadual tugas, jadual perjalanan), pelan, dan peta (arah perjalanan, kedudukan
sesuatu tempat).
Kad-kad perkataan seperti untuk memperkenalkan perkataan baharu. Kad
arahan/kad peranan untuk aktiviti lakonan, main peranan dan simulasi.
Bahan nyanyian, puisi dan permainan juga boleh digunakan untuk kemahiran
bertutur. Murid melafazkan puisi dalam nada dan intonasi yang betul dan sesuai.
Permainan bahasa pula membolehkan murid bertutur secara bersahaja.
Alat dan bahan yang dibeli seperti perkakasan dan perisian dalam makmal
bahasa, filem dan komputer juga sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran bahasa.
Berikut diperlihatkan contoh bagaimana beberapa alat bantu mengajar
digunakan untuk menjalankan aktiviti bertutur.

Boneka
(a) Murid membaca dan memahami dialog Nana dan Nini
(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Nana, dan
satu kumpulan lagi membaca dialog Nini sambil guru memainkan boneka.
(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.
(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Nana dan Nini dan dua orang lagi
memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.
(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.

20
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita
tadi.
Kesimpulannya, penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan
sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat
pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif
dalam aktiviti yang dilaksanakan itu menggunakan bahasa dengan berkesan dan
berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis.
Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh
manakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang
melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar
itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan
bermakna.

1.6 Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Penilainan bagi kefahaman kemahiran mendengar sering dilakukan secara tidak
formal, iaitu ketika aktiviti lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Penilaian bagi kemahiran mendengar dapat dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu;
a) Penilaian terhadap keupayaan mendengar dan mendiskriminasikan komponen-
komponen linguistik. Pengujian terhadap kemahiran mendengar ini memerlukan
murid mengenal pasti bunyi sesuatu fonem atau sebutan fonem-fonem yang
dilambangkan oleh huruf-huruf tertentu, mengenal pasti perkataan-perkataan yang
mempunyai persamaan bunyi, mengenal pasti makna-makna perkataan mengikut
konteks, mengenal pasti jenis-jenis ayat berdasarkan intonasi yang berlainan,
mengasingkan perkataan mengikut golongan dan mengenal pasti morfofonem
tertentu yang hadir hasil daripada berlakunya proses pengimbuhan.
b) Penilaian terhadap kemahiran mendengar bagi tujuan-tujuan komunikasi. Guru
menguji kemampuan murid menguasai kemahiran mendengar dan memahami serta
menginterprestasikan sesuatu wacana yang diperdengarkan kepada mereka.

1.6.1 Contoh Penilaian Kemahiran Mendengar


1. Mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-perkataan
berpasangan minimal.
Pelaksanaan:

21
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
a) Beberapa pasangan perkataan berbentuk pasangan minimal dituliskan pada
manila kad.
b) Edarkan kad kepada setiap orang murid.
c) Guru menyebut salah satu daripada perkataan berpasangan itu.
d) Murid diminta menunjuk atau menandakannya pada kertas masing-masing.
Skala Penilaian:
GRED/MARKAH KRITERIA
A - Cemerlang - Jawapan murid sentiasa tepat
( 8 -10) - Murid memberi respon dengan pantas
B - Sederhana - Jawapan murid masih tepat
( 5 - 7) - Murid memberi respon sederhana pantas
C - Lemah - Jawapan murid tidak atau kurang tepat
(0 -4) - Murid lambat memberi respon.

Contoh Borang Penilaian Mengenal Pasangan Minimal.


Nama Murid: ...............................
Tahun: ....................
Tarikh: ....................
Tandakan ( √ ) perkataan yang disebut oleh guru.

Nombor Pasangan minimal


Soalan
1 lori lari
2 lagu laju
3 baru buru
4 lantai pantai
5 beri beli
6 masuk masak
7 ajuk ajak
8 galah kalah
9 ladang padang
10 tingkap singkap
JUMLAH: JUMLAH:

Jumlah Keseluruhan: ...........................


Gred : ................
2 Ujian Imlak

22
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Ujian imlak telah disarankan oleh Oller (1979) sebagai teknik ujian yang mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk menguji kefahaman mendengar
murid.
Pelaksanaan:
a) Guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk mendengar dengan
teliti.
b) Guru membacakan teks kali pertama untuk didengar dan difahami oleh murid
tanpa membuat catatan.
c) Guru membacakan teks kali kedua dan murid mancatat kandungan teks yang
dibaca.
d) Guru membacakan teks kali ketiga untuk murid menyemak catatan masing-
masing.
Skala Penilaian:
Markah penuh berdasarkan jumlah perkataan yang terdapat dalam teks.
Pengagihan markah seperti berikut:
1. 1 markah untuk setiap perkataan yang betul dan tepat dari teks asal.
2. ½ markah untuk perkataan yang tersilap ejaan tetapi masih mempunyai perkaitan
fonologi dengan perkataan asal, seperti ‘bilik’ ditulis ‘bilek’.
3. 0 markah bagi setiap perkataan yang salah ejaan.
GRED MARKAH
A - Cemerlang 28 -30
B - Baik 24 - 27
C - Sederhana 20 - 23
D - Lemah 0 - 19

Contoh petikan imlak:


Puteri Fatimah berterima kasih atas penjelasan yang telah diberikan oleh Datuk
Menteri. Dia kemudian mempersiapkan diri menyambut mereka. Satu jam kemudian
kedua-dua tetamu Puteri Fatimah tiba di hadapan pintu istana. ( 30 patah perkataan)

Contoh Borang Penilaian Imlak:


Nama: ........................................
Tahun: ...........................
Tarikh: ...........................
Tulis semula petikan yang dibacakan oleh guru dengan menggunakan tanda
baca yang betul. Gunakan satu petak untuk satu perkataan.

23
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Markah
Tajuk: ........................................................... ( / 30)

JUMLAH:
GRED:

1.6.2 Penilaian dan Pemarkahan Kemahiran Bertutur


Penilaian kemahiran bertutur difokuskan kepada sebutan dan pertuturan. Penilaian
melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan. Murid
perlu menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai
dengan konteks pertuturannya. Penilaian yang dilakukan perlu menyeluruh, bukan
terasing. Model skala kadar sembilan peringkat untuk menilai kemahiran bertutur
telah dibina oleh Carol (1980), seperti jadual di bawah.

PERINGKAT KRITERIA PERTUTURAN


Cemerlang Bertutur dan berkomunikasi dengan lancar dan berkesan.
Berbincang dengan fasih dan cekap. Tidak dipengaruhi
dialek dan gangguan bahasa lain.
Amat Baik Menggunakan bahasa dengan baik, berkeupayaan
menggunakan dialog dengan berkesan. Terdapat
kesilapan kecil yang tidak menjejaskan makna bahasa.
Baik Dapat memberikan sumbangan idea secara positif dalam
perbincangan dan dapat menutup beberapa kelemahan
dalam pertuturan. Terdapat kesilapan kecil yang tidak
ketara.

Sederhana Baik Secara keseluruhan dapat berinteraksi dengan berkesan.


Kadang kala terhenti sewaktu bertutur, mengulang-ulang
Dan melakukan kesalahan bahasa. Namun interaksi masih
lancar.
Sederhana Boleh menjawab soalan dengan menjelaskan isi-isi
penting secara sederhana namun masih boleh difahami.
Sumbangan idea masih menarik.
Sederhana Lemah Masih memerlukan ketika berinteraksi. Kesalahan ketara
dan kadang kala pertuturan sukar difahami dan
memerlukan bantuan.
Lemah Interaski sering terganggu. Soalan diulang dan
dipermudah. Jawapan kerap tidak tepat.

24
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

2.0 Kemahiran Membaca


2.1 Konsep Kemahiran Membaca
Menurut fahaman dahulu, membaca ialah kebolehan memindahkan tulisan kepada suara. Murid
yang lancar membaca dianggap pandai walaupun dia sebenarnya tidak memahami apa yang
dibaca. Oleh itu, kemahiran membaca hanya diajar dengan membaca kuat dengan tumpuan

25
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
kepada suara, kelancaran dan sebutan. Pemahaman murid tidak tentang kandungan teks atau
petikan yang dibaca tidak dihiraukan.
Kenedy (1980) mentakrifkan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam
bentuk visual, iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan,
menghubungkan bentuk tersebut dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya
memahami dan mengintegerasikan maksudnya.
Sebenarnya, kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling
melengkapi. Murid yang hanya pandai membaca tanpa memahami perkara yang dibaca, tidak
boleh dianggap sebagai pandai membaca. Kemahiran membaca ialah menyuarakan tulisan,
mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahami kandungannya. Mengajar membaca
bermaksud mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami
kandungan bacaan tersebut.
Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-
peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.
Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-
murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang
dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan
menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat
bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada
kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam
dalam bahan bertulis.

2.1.1 Jenis Bacaan


a) Bacaan Mekanis/Bacaan Nyaring
Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat
mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf
dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Murid
dapat menguasai ketrampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap untuk
membolehkan mereka mengenal dan memahami kata-kata dengan cepat. Bahan bacaan yang
digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.
b) Bacaan Mentalis/ Bacaan Akaliah
Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan
bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau

26
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
buah fikiran dalam teks yang dibaca. Bacaan ini menggalakkan murid mencari
memilih dan memajukan diri dalam program bacaan.
c) Bacaan Intensif/ Mendalam
Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan
tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang
dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan
dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan
intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi
penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji
ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan
serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. Anda perlu tahu matlamat anda
mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar.
d) Bacaan Ekstensif/ Meluas
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Bacaan ini menitik beratkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman
dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan
membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan
membaca dilakukan di luar kelas. Bahan bacaan perlu sesuai dengan murid. Bahan yang
berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

2.1.2 Peringkat Pengajaran Bacaan


a) Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan
sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan
seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu
peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas.
Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran
sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara
khusus dan berterusan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang
kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi
serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-
kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi
yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya
mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi

27
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan
terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi
keupayaannya mengingat apa yang telahdiberitahu dan kebolehannya menyatakan
semula apa-apa yang telah diketahuinya. Kesimpulannya, untuk membolehkan
kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini, guru hendaklah membimbing
kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka
mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.
b)
Prabacaan
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan
meliput ikemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti
koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa
pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga
membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh
mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan
dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi
kemahiran tersebut.
c) Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah
membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah
terus, bunyi kata danabjad atau mengeja.
d) Bacaan dan Kefahaman
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa
yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan
kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat
dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya
tentang apa yang dibaca.
2.1.3 Teknik Membaca
1) Bacaan Pantas
Bacaan pantas adalah kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan
yang tertentu. Tujuannya ialah untuk menjimatkan masa. Membaca pantas

28
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
melibatkan pergerakan mata dan berlaku dalam keadaan bacaan senyap. Membaca
pantas terbahagi kepada dua jenis iaitu skimming dan scanning.
a) Skimming
Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat
secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada
pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya
memerlukan maklumat penting sahaja.
Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan
untuk mendapatkan idea utama.

Langkah-langkah untuk Skimming:


(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang
pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;
(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan
seperti hujah, teknikal dan sebagainya;
(c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi
asas untuk skim;
(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks
petikan tersebut. Konteks ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar
kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap
pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk
secara umum dan signifikannya;
(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan dapati idea yang
penting dan fakta; dan
(f) Baca perenggan akhir dan teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan
dan rumusan.Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan
dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming
ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

b) Scanning
Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan
untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus.

29
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu
maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning
bergantung kepada penumpuan mental atau membaca secara sepintas lalu

Langkah-langkah untuk scanning:


(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.
(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada
maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.
(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara
cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.
(d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti indeks, daftar kata,
judul, bab, rangka kasar buku, bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan,
sinopsis, abstrak, tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic', yang mudah
dilihat.
(e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di
tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

2) Membaca untuk Kefahaman


a) Bacaan Analisis (SQ3R)
Teknik ini diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi iaitu Francis P. Robinson (1941).
Lynn Quitman (1978) menyatakan bahawa “ Bacaan serius anda akan bertambah
baik jika menggunakan rumusan SQ3R”.
SQ3R ialah akronim bagi survey (tinjauan), question (soalan), read
(membaca), review (meninjau semula), dan recite (menyatakan semula).
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar
menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks
tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut
menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan
tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari
jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-
soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin
juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan

30
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga
mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang
telah diperoleh.Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks
tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan
sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-
bahagianbuku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan
kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta
penting yang tertinggal.
b) Bacaan (KWLH)
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (know ) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want ) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned ) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how ) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan(untuk
membaca seterusnya).
Melalui teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa
yang telahdiketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui,
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari
pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu
membuat pembacaan seterusnya).Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang
telah diperoleh dari pembacaannya, danmenentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca
sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar
akan dibiasakan menggunakan borang teknik KWLH.
c) Bacaan (RADAR)
RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:
R (Read) - Membaca
A (Analogize) - Menganalogi
D(Discuss) - Berbincang
A( Apply) - Mengaplikasi
R(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik.

31
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan
pelajarmenghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.
Lima langkah RADAR ialah R Pelajar dikehendaki membaca petikan serta
mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat
daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain. A Pelajar
menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubung kait dan mempunyai
persamaan. D Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea
atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan
yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.
A Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. R
Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau
merumussemula apa yang telah dibincangkan. RADAR berfungsi untuk mengesan
pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui.
Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari
dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

2.1.4 Aktiviti Bacaan

5.0 PERSEDIAAN MENGAJAR

Persediaan Mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan oleh guru
untuk satu waktu pengajaran .Ia mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat
dan objektif yang ingin dicapai.

Guru perlu menyediakan persediaan mengajar kerana:

32
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
i. persediaan mengajar yang baik memberikan keyakinan kepada guru.
ii. Membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan
diajar sebelum mengajar.Kesukaran atau masalah yang dihadapi akan
dapat dijangka dan keputusan dapat dibuat untuk mengatasinya.
iii. Membantu guru merancang media pengajaran yang digunakan dalam
pengajaran.
iv. Memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan
dalam persediaan mengajar.
v. Memastikan guru sentiasa dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan.
vi. Memastikan langkah disusun mengikut urutan.
vii. Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah dan belum diajar.

5.1 Rancangan Pelajaran Harian


Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Sunlight
Bil Murid : 20 orang
Tema : Haiwan
Tajuk : Serigala Mendapat Pengajaran
Tarikh : 02 Februari 2012
Masa : 8:10 - 9:10 pagi
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran
murid- murid dapat :
i. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
ii. Menyenaraikan buah-buahan tempatan dan luar
negara yang terdapat dalam petikan “Membeli
Buah-buahan “.
iii. Membina ayat dengan penjodoh bilangan yang
diberi.
Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara
yang dibaca.
Aras 3

33
PPG JUN 2011 ________ BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi
yang

betul dan menarik.

Fokus Sampingan : 2.1 Bercerita menggunakan kata , frasa , ayat serta

sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 3

i. Bercerita tentang sesuatu perkara berdasarkan


sesuatu

situasi dengan menggunakan bahasa yang betul.

Kemahiran Bahasa : Mendengar , membaca dan menulis ,penjodoh


bilangan

Sistem Bahasa : Buah-buahan,tempatan ,luar


negara,epal,pisang,nanas

dan lain-lain

Ilmu : Pendidikan Seni Visual dan Sains

Nilai : Kerajinan, bersyukur

Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT)

Kemahiran berfikir : Mengkategori, inferens, menghubungkait

Kemahiran Belajar : Membaca secara intensif, mendengar secara akktif

Kecerdasan Pelbagai : Spatial .visual, verbal linguistik, naturalistik


BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pengetahuan Sedia Ada : i. Murid pernah makan dan melihat buah-buahan

tempatan dan luar negara.

ii. Murid telah belajar penjodoh bilangan pada pelajaran

yang lepas.

BBM : kad manila , lembaran kerja , komputer , LCD ,

petikan membeli buah-buahan

34

Anda mungkin juga menyukai