Anda di halaman 1dari 2

DASAR LUAR MALAYSIA (DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI)

Menjalinkan hubungan diplomasi dengan lebih erat antara negara – negara anggota.
Tujuannya adalah untuk:
i. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan
perkembangan kebudayaan melalui kerjasama serantau.
ii. Mendapatkan bantuan kemudahan latihan dan penyelidikan.
iii. Meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama pertanian, perusahaan, dan
perdagangan.
iv. Mengadakan hubungan yang erat lagi menguntungkan di kalangan
negara anggota.

Sebagai contoh, pada 13 Disember 2005 telah diadakan Majlis Perundingan


Ekonomi Asia Timur (EAEC) di Kuala Lumpur buat pertama kali. Ia dihadiri oleh
pemimpin 10 negara ASEAN bersama China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan
New Zealand. Cadangan penubuhan adalah atas inisiatif ASEAN dan dikemukakan oleh
mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, dalam Persidangan ASEAN dan
Ekonomi Dunia di Bali pada tahun 1991.

Tujuan EAEC ditubuhkan adalah untuk:


(a) menjadi forum perundingan isu – isu ekonomi
(b) memperjuangkan sistem perdagangan bebas dan terbuka
(c) mendapat kesepakatan sebelum berunding dengan G-8, dan AFTA.
(d) Mengalakkan perdagangan yang lebih giat sesama negara anggota.

Mewakili Pegerakan Negara – Negara Berkecuali (NAM) memperjuangkan kerjasama


dalam mengekalkan keamanan sejagat.
Menyertai Sidang Kemuncak Afro – Asia 2005 yang diadakan di Bandung, Indonesia
pada 22 April 2005. ia bersempena dengan ulan taun ke-50 Persidangan Afro – Asia 1955
yang melahirkan NAM.

Ketetapan yang dibuat:


(a) seruan untuk merombak fungsi dan struktur PBB
(b) bekerjasama untuk membantu mangsa tsunami
(c) memperjuangkan keamanan dunia

Menjadikan Malaysia sebagai satu negara tegas menuntut keadilan sejagat selaras
dengan kedudukannya sebagai ahli Persidangan Negara – Negara Islam (OIC)

Mengkritik Amerika Syarikat dan sekutunya kerana melancarkan perang terhadap


Iraq pada tahun 2003;perang itu menyebabkan perubahan corak pemerintahan Iraq dan
peningkatan kumpulan ektremis dan militant di Iraq.

Menjadi tuan rumah kepada persidangan tentang pencabulan hak rakyat Palestin
serta menyokong penyelesaian konflik politik alam Afghanistan secara aman.

Anda mungkin juga menyukai