Anda di halaman 1dari 56

DOA KANZIL ‘ARASY

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib
12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)
tanpa hakcipta – ilmu untuk semua

1
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
KANDUNGAN
Muqaddimah Doa Kanzil 'Arash 3
Al-Asma Al-Husna 8
Doa Kanzil 'Arash 13
Doa Qurani 40
Selawat 54
Segala puji adalah khusus bagi Allah. Kita memuji ZatNya dan kita meminta
pertolongan dariNya dan kita beriman denganNya dan kita bertawakal kepadaNya dan
kita berlindung dengan Allah dari segala kejahatan nafsu diri kita dan dari keburukan
amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah memberikan petunjuk kepadanya, maka
tiada sebarang penyesat yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang
disesatkan olehNya, maka tiada sebarang pemberi petunjuk yang dapat memberikan
petunjuk kepadanya. Kita bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berkuasa
atas segala sesuatu melainkan Allah dan kita bersaksi bahawa sesungguhnya Hadhrat
Baginda Sayyidina Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasalam adalah seorang hamba
Allah dan merupakan Rasul utusan bagiNya. Setelah memuji dan mengagungkan Allah
serta memuliakan RasulNya, hamba yang dhaif, faqir hina dina ini semoga Allah
mengampunkannya dan kedua ibu bapanya dan sekelian guru-gurunya dan seluruh
ummat Muslimin, ingin mempersembahkan kepada para pembaca suatu khazanah
yang agung dari perbendaharaan 'Arash yang mulia. Ianya berupa himpunan Nama-
Nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang tersusun dalam lafaz-lafaz yang indah dan
dinamakannya sebagai Doa Kanzil 'Arash yang bererti seruan doa dari Khazanah
'Arash. Seluruh Nama-Nama Allah adalah bagi menyatakan keagungan ZatNya. Allah
adalah Zat Yang Maha Sempurna dan Maha Agung KebesaranNya. Lafaz Allah adalah
nama bagi ZatNya manakala seluruh Nama-NamaNya yang lain adalah bagi
menyatakan kesempurnaan ZatNya, SifatNya dan PerlakuanNya. Allah adalah Zat yang
terhimpun padaNya segala sifat-sifat kesempurnaan dan terbebas dariNya segala sifat-
sifat yang lemah dan keji.

Amalan doa ini begitu masyhur di kalangan Ummat Islam di rantau Nusantara
khususnya Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja dan Filipina.
Ianya juga begitu masyhur bagi kalangan Ummat Islam di benua Hindi seperti di India,
Pakistan, Bangladesh, Afghanistan. Doa ini juga teramat masyhur di kalangan Ummat
Islam di seluruh rantau Negara-negara 'Arab dan bukan 'Arab. Kami telah menemui
fadhilat kelebihan membaca himpunan Nama-Nama Allah ini dalam dua buah kitab
yang masyhur lagi makbul di kalangan Ummat Islam iaitu Majmu' Syarif Melayu yang
mengandungi beberapa Surah dari Al-Quran yang menjadi amalan yang lazim dan juga
mengandungi doa-doa serta Istighfar dan juga amalan untuk mendekatkan diri dengan
Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kitab ini telah diterbitkan oleh Maktabah Wa Matba'ah
Darul Ma'arif, 173-C, Sungai Pinang Road, Pulau Pinang, Malaysia.

Sebuah lagi adalah kitab yang berjudul Majmu'ah Awrad Wa Wazaif yang mengandungi
beberapa Surah Al-Quran yang lazim diamalkan pembacaannya dan juga mengandungi
Hadits-Hadits Nabawiah. Kitab ini telah diterbitkan oleh Azad Publishers, No. 56, Urdu
Bazar, Karachi, Pakistan. Di dalam kitab ini terdapat sebuah riwayat yang menyatakan
bahawa pada suatu hari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam sedang berada di dalam masjid. Tiba-tiba Hadhrat Jibril 'Alaihissalam telah
datang dan mengajarkan Doa Kanzul 'Arash ini kepada Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan telah menjelaskan kepada
Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam tentang kelebihan yang tidak terbatas dan
keberkatannya.Betapa kemasyhuran doa ini sehingga ianya telah dimisalkan
seumpama pelita yang terang benderang di Dunia ini.

Sesiapa sahaja yang membaca doa ini, maka segala apa yang dihajatkan olehnya,
Insya Allah akan tercapai dan dia akan mendapat keberkatan dari amalan doa tersebut
sehingga ke anak cucunya dan dia akan mendapat kemurahan rezeki dalam
kehidupannya. Doa ini juga dinamakan sebagai Raja Segala Doa-Doa kerana ianya
mengandungi fadhilat kelebihan dan faedah yang tidak terhitung banyaknya.
Walaubagaimanapun, bukanlah maksud untuk mendapatkan segala kelebihan ini yang
sepatutnya menjadi matlamat utama, tetapi perkara yang paling penting dan utama
adalah kerana kecintaan kita terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan 'Aqidah
yang suci bersih dan tulus ikhlas, maka kita menyebutksn Nama-NamaNya yang mulia
ini semata-mata dengan niat untuk mencintaiNya dan mencari keredhaanNya.

Ada dinyatakan dalam kitab tersebut dalam meringkaskan nilai kelebihan doa ini dari
menyatakannya dengan panjang lebar dari sebuah Hadits yang panjang bahawa
Hadhrat Jibril 'Alaihissalam dalam menerangkan kelebihan doa ini telah bersabda
bahawa bagi sesiapa yang membaca doa yang diberkati ini maka Allah Ta'ala akan
mengurniakan kepadanya tiga perkara. Pertama, Allah memberikan keberkatan dalam
rezekinya. Kedua, Allah akan mengurniakan rezeki kepadanya dari sumber yang ghaib.
Ketiga, Allah akan menundukkan musuhmusuhnya dengan rasa rendah dan hina diri
terhadapnya.

Barangsiapa yang membaca doa ini atau menyimpan doa ini di sampingnya, maka
Allah Yang Maha Agung KebesaranNya akan melimpahkan Rahmat kepada orang
tersebut pada setiap masa dan jika dibawa ketika berperang dengan orang Kafir, maka
akan menang mengatasi orang Kafir dan mendapat pertolongan ghaib dari Allah
Subhanahu Wa Ta'ala. Jika doa ini dibawa ketika dalam perjalanan mahupun musafir,
maka dia sentiasa akan beroleh 'Afiat kesihatannya dan akan memperolehi kekayaan
harta dalam rumahnya.

Dengan keberkatan doa ini juga seseorang itu akan terpelihara dari kejahatan sihir dan
syaitan serta sebarang bentuk bala musibah di bumi mahupun di langit. Jika doa ini
ditulis lalu dibasuh dengan air hujan yang awal kemudian diberi minum kepada orang
yang terkena sihir, nescaya akan sembuh. Jika ianya ditulis sebagai azimat kemudian
dibasuhkan dengan air lalu diberi minum kepada orang yang berpenyakit sukar diubati
atau tidak ditemui jalan penyembuhannya, maka dengan kelebihan dan kurniaan dari
Allah Ta'ala nescaya penyakitnya akan sembuh. Jika pasangan suami isteri yang masih
belum mendapat sebarang zuriat, maka hendaklah dituliskan doa ini dengan dakwat
kasturi dan zakfaran lalu dibasuhkan dan diberi minum kepada pasangan tersebut
selama dua puluh satu hari, nescaya Allah akan mengurniakan zuriat kepada mereka
dengan kekurniaan dan kelebihan dari Allah.

Dengan berkat pembacaan doa ini, pada hari Qiyamat para pembacanya akan
dikurniakan ketinggian darjat sehinggakan orang lain juga akan turut mengharapkan
ketinggian darjat tersebut. Para pembacanya sekali-kali tidak akan menjadi sesat dan
tidak akan lupa tentang perjalanannya. Terdapat sebuah riwayat yang menyatakan
tentang kelebihan doa ini iaitu pada suatu ketika di Kota Madinah Munawwarah,
seorang yang layak dihukum pancung telah ditangkap dan dibawa mengadap kepada
hakim. Hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya. Sebagai hukuman,
beliau telah dipanah sebanyak tiga kali namun tiada sebarang kesan pada dirinya.
Kemudian beliau telah dibakar namun tidak terbakar dan direndam di dalam air namun
beliau tidak lemas sehingga berbagai-bagai kaedah dan cara telah dilakukan untuk
menghukum pesalah tersebut, namun segala usaha telah menjadi sia-sia. Hakim
menjadi agak teruja dengan keadaan ini dan telah bertanya kepada pesalah itu apakah
yang menyebabkan berlakunya keadaan yang sedemikian. Pesalah itu lalu berkata
bahawa pada dirinya terdapat Ta'widz Azimat Kanzil 'Arash dan menerusi
keberkatannya, tiada sebarang kesusahan musibah atau bencana akan datang
kepadanya.

Hakim pun lalu membebaskannya dan memberikan harta pampasan kepadanya dan
telah meminta beliau menuliskan doa Ta'widz dan sentiasa mengamalkan
pembacaannya. Sebenarnya terdapat banyak lagi kelebihan yang terkandung di dalam
pengamalan doa yang agung ini yang tidak dapat kami menukilkan kesemuanya. Jika
ketujuh-tujuh petala langit dan bumi ini dijadikan sebagai kertas dan sekelian pohon-
pohon di atas seluruh muka bumi ini dijadikan pena dan sekelian makhluk di langit dan
di bumi dari azali hingga ke abadi berkumpul untuk menuliskan kata-kata pujian
terhadap Zat Allah Yang Maha Agung, nescaya tetap tidak akan habis. Doa Kanzil
'Arash ini amat sesuai dijadikan wirid dalam kehidupan seharian bagi memohon hajat
dan melapangkan rezeki. Menerusi keberkatannya juga dapat memberikan
kemenangan ke atas musuh-musuh dan menyembuhkan penyakit orang-orang yang
sakit.
Untuk memperolehi keberkatan dalam hidup dan mencapai banyak kelebihan,
seseorang hendaklah mengamalkan pembacaan doa yang berkat ini kerana
sememangnya ia amat mujarab dan ampuh dengan syarat hendaklah membacanya
dengan hati yang ikhlas. Semoga Allah Ta'ala memberkati para pembaca doa ini yang
menjadikannya sebagai amalan pembacaan harian mahupun sekali dalam seumur
hidupnya dan orangorang yang menyimpannya dalam simpanan.

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf ayat 180,

4 r& šχρß t (#ρâ‘ ( $ ç $ 4o_ó¡ â ÿo


$sù
þ’Î ‰Åsù= Œs ρu κp ν ç ø:$# ôœ ρu
‾≈ϑy
û θ

∩⊇∇⊃∪ βt θè=y #( θ $tΒ tβ ã‹


ϑ÷è çΡ “t ™y
ƒt %x.
180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang
Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka
akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.

Nama-nama yang terbaik adalah bagi menunjukkan keagungan yang sesuai dengan
sifat-sifat Allah dan janganlah dihiraukan orang-orang yang menyembah Allah dengan
Nama-nama yang tidak sesuai dengan sifat-sifat dan keagungan Allah. Segala nama-
nama yang baik adalah dikhususkan hanya bagi Allah. Kita telah diperintahkan agar
menyeru dan memohon kepada Allah menerusi sebutan Nama-NamaNya yang baik
dan mulia. Nama-Nama Allah yang terbaik adalah begitu banyak dan tidak diketahui
jumlah bilangannya yang sebenar. Menurut sebuah Hadits yang sahih yang telah
diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa Allah
memiliki sembilan puluh sembilan nama-nama yang terbaik.

Di dalam surah Al-Isra ayat 110, Allah Ta'ala berfirman,

Ÿ ρu 4 _o ó¡ yϑó™ # ( θãã $¨Β $wƒ&r


tç $ s#
ω 4 ùs # ô‰s?
( ≈uΗ q 9$ (#θ $# #( ≅
È
z ÷ § # ãã θ

∩⊇⊇⊃∪ Wξ‹ ™y y7Ï9≡sŒ t t/ tFö $pκÍ ôMÏ Ÿωu Ÿξ| öyγ


ù$sƒ
/ 5 ρ7 ÁÎ/ øgBr
$#
ρu
110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman",
Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana
Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan janganlah Engkau
nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah Engkau perlahankannya,
dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara itu.
Maksudnya janganlah membaca ayat Al-Quran dalam Solat secara terlalu kuat atau
terlalu perlahan tetapi cukuplah sekedar dapat didengari oleh ma'mum. Begitu juga
dalam seruan doa terhadap Allah, tidak perlu diucapkan dengan sebutan yang terlalu
kuat. Yang sebaik-baiknya adalah dengan sebutan yang sederhana iaitu tidak terlalu
kuat dan tidak pula terlalu perlahan kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala
adalah Zat Yang Maha Mendengar dan Dia tidak tuli. Pendengaran Allah adalah Maha
Sempurna dan Dia dapat mendengarinya meskipun sesuatu yang diucapkan di dalam
hati.
Firman Allah dalam Surah Taha ayat 8,

∩∇∪ o_ tç â! #$ ( tµ≈s9Î) Iω


ø $yϑ !s θ
: u
8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama
Yang baik.

Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah ‘Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits di dalam
Sahih Bukhari menerangkan tentang Keesaan Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala; dari
Abul Yaman dan beliau meriwayatkan dari Shu’aib dan beliau meriwayatkan dari Abu
Az-Zinad dan beliau meriwayatkan dari Al-A’raj dan beliau meriwayatkannya dari
Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu

Telah diriwayatkan oleh Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, bahawa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya bagi Allah terdapat sembilan puluh sembilan Nama iaitu seratus
kurangsatu, barangsiapa yang memeliharaNya dalam hati akan masuk Syurga.”
Di dalam Hadits ini, Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallamtelah menyatakan bahawa bagi Zat Allah itu terdapat sembilan puluh
sembilan Nama. Yang dimaksudkan dengan sembilan puluh sembilan itu adalah Nama-
Nama Allah Yang Terbaik atau disebut sebagai Al-Asmaa Al-Husna.

Memelihara nama-nama tersebut di dalam hati bererti kita menghafalkannya dan


mengamalkannyasebagai zikir dan doa. Nama-Nama Allah ini mengandungi nilai
keberkatan yang amat besar kerana ianya merupakan Nama-Nama bagi Zat Yang
Maha Esa, yang terhimpun padaNya segala sifat-sifat yang sempurna dan Dia adalah
Maha Suci dari sebarang kekurangan dan kelemahan. Nama-Nama Allah ini
merangkumi Nama ZatNya, Nama Sifat-SifatNya dan Nama Af’alNya. Para ‘Alim ‘Ulama
menyatakan bahawa Allah Ta’ala memiliki lebih 3000 Nama. Sesungguhnya hanya
Allah sahaja yang Maha Mengetahui berapakah jumlah bilangan yang sebenar Nama-
NamaNya. Al-Asmaa Al-Husna yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Sembilan puluh sembilan Nama-Nama Allah Yang Terbaik itu seperti mana yang
masyhur dari Al-Quran dan Al-Hadits adalah seperti berikut:

1. AR-RAHMAN Yang Maha Pengasih


2. AR-RAHIM Yang Maha Penyayang
3. AL-MALIK Yang Maha Raja
4. AL-QUDDUS Yang Maha Suci
5. AS-SALAM Yang Maha Memberi Kesejahteraan
6. AL-MUKMIN Yang Memberi Keamanan
7. AL-MUHAIMIN Yang Maha Memelihara
8. AL-‘AZIZ Yang Maha Gagah
9. AL-JABBAR Yang Maha Perkasa
10. AL-MUTAKABBIR Yang Maha Memiliki Kebesaran
11. AL-KHALIQ Yang Maha Pencipta
12. AL-BARI Yang Mengadakan
13. AL-MUSAWWIR Yang Menciptakan Rupabentuk
14. AL-GHAFFAR Yang Maha Pengampun
15. AL-QAHHAR Yang Maha Memaksa
16. AL-WAHHAB Yang Maha Memberi Kurnia
17. AR-RAZZAQ Yang Maha Pemberi Rezeki
18. AL-FATTAH Yang Membuka Jalan Rahmat
19. AL-‘ALIM Yang Maha Mengetahui
20. AL-QABIDHZ Yang Menyempitkan
21. AL-BASIT Yang Melapangkan
22. AL-KHAFIDHZ Yang Merendahkan
23. AR-RAFI’ Yang Meninggikan Darjat
24. AL-MU’IZZ Yang Memuliakan
25. AL-MUDZILL Yang Menghinakan
26. AS-SAMI’ Yang Maha Mendengar
27. AL-BASIR Yang Maha Melihat
28. AL-HAKAM Yang Menetapkan Hukum
29. AL-‘ADL Yang Maha ‘Adil
30. AL-LATIF Yang Maha Halus
31. AL-KHABIR Yang Mengetahui Rahsia
32. AL-HALIM Yang Maha Penyantun
33. AL-‘AZIM Yang Maha Agung
34. AL-GHAFUR Yang Maha Pengampun
35. ASY-SYAKUR Yang Menghargai
36. AL-‘ALIY Yang Maha Tinggi
37. AL-KABIR Yang Maha Besar
38. AL-HAFIZ Yang Maha Pemelihara
39. AL-MUQIT Yang Maha Mencukupkan
40. AL-HASIB Yang Maha Menghitung
41. AL-JALIL Yang Maha Mulia
42. AL-KARIM Yang Memberikan Kemuliaan
43. AR-RAQIB Yang Maha Mengawasi
44. AL-MUJIB Yang Menjawab Semua Permohonan
45. AL-WASI’ Yang Maha Luas Kekurniaan
46. AL-HAKIM Yang Maha Bijaksana
47. AL-WADUD Yang Maha Pencinta
48. AL-MAJID Yang Maha Mulia
49. AL-BA’ITS Yang Maha Membangkitkan
50. ASY-SYAHID Yang Maha Menyaksikan
51. AL-HAQQ Yang Maha Benar
52. AL-WAKIL Yang Maha Memelihara
53. AL-QAWIY Yang Maha Kuat
54. AL-MATIN Yang Maha Kukuh
55. AL-WALIY Yang Maha Melindungi
56. AL-HAMID Yang Maha Terpuji
57. AL-MUHSI Yang Maha Menghitung
58. AL-MUBDI Yang Maha Memulai
59. AL-MU’ID Yang Mengembalikan Kehidupan
60. AL-MUHYI Yang Maha Menghidupkan
61. AL-MUMIT Yang Maha Mematikan
62. AL-HAYY Yang Maha Hidup
63. AL-QAYYUM Yang Maha Berdiri Sendiri
64. AL-WAJID Yang Maha Menemukan
65. AL-MAJID Yang Maha Mulia
66. AL-WAHID Yang Satu
67. AL-AHAD* Yang Maha Esa
68. AS-SAMAD Yang Menjadi Tempat Pergantungan Makhluk
69. AL-QADIR Yang Maha Menentukan
70. AL-MUQTADIR Yang Maha Berkuasa
71. AL-MUQADDIM Yang Maha Mendahulukan
72. AL-MUAKHKHIR Yang Maha Mengakhirkan
73. AL-AWWAL Yang Maha Awal
74. AL-AKHIR Yang Maha Akhir
75. AZ-ZAHIR Yang Maha Nyata
76. AL-BATIN Yang Maha Tersembunyi
77. AL-WALI Yang Maha Memerintah
78. AL-MUTA’ALI Yang Maha Memiliki Ketinggian
79. AL-BARR Yang Maha Memberi Kebaikan
80. AT-TAWWAB Yang Maha Menerima Taubat
81. AL-MUNTAQIM Yang Maha Penyiksa
82. AL-‘AFUW Yang Maha Pemaaf
83. AR-RAUF Yang Maha Pengasih
84. MALIKUL-MULK Raja Penguasa Segala Kerajaan
85. DZUL-JALALI WAL-IKRAM Yang Memiliki Kebesaran Dan Kemuliaan
86. AL-MUQSIT Yang Maha Adil
87. AL-JAMI’ Yang Maha Menghimpunkan
88. AL-GHANIY Yang Maha Kaya
89. AL-MUGHNI Yang Memberikan Kekayaan
90. AL-MANI’ Yang Maha Mencegah
91. ADH-DHARR Yang Memberikan Kemudharatan
92. AN-NAFI’ Yang Memberikan Kemanafaatan
93. AN-NUR Yang Maha Bercahaya
94. AL-HADI Yang Memberikan Petunjuk
95. AL-BADI’ Yang Memulakan Penciptaan
96. AL-BAQI Yang Maha Kekal
97. AL-WARITS Yang Maha Mewarisi
98. AR-RASYID Yang Maha Pembimbing
99. AS-SABUR Yang Maha Sabar
Di dalam Doa Kanzil 'Arash ini juga mengandungi Nama-Nama Allah dan ada di
antaranya yang tidak dinyatakan di dalam himpunan AlAsma Al-Husna yang sembilan
puluh sembilan. Kesemua Nama-Nama yang dinyatakan ini adalah merujuk kepada Zat
Allah Yang Satu, Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal. Menyebut Nama-Nama Allah
sememangnya adalah merupakan suatu kurniaan nikmat dari Allah kerana diberikan
Taufiq kepada kita menggerakkan lidah dan akal fikiran untuk menyebut dan
memikirkan tentang kebesaran dan keagunganNya. Mudahmudahan amalan ini akan
menguatkan 'Aqidah kita terhadap Ketuhanan Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan
menambahkan keyakinan kita terhadap kekuasaanNya.

Dalam buku kecil ini juga kami sertakan transliterasi Roman dan terjemahan Doa Kanzil
'Arash dalam Bahasa Melayu dan disertakan juga Doa Qurani iaitu himpunan doa-doa
yang dipetik dari Al-Quran dan amat bermanafaat untuk dijadikan amalan pembacaan
harian. Semoga sekelian para pembacanya beroleh manafaat darinya. Doa Kanzil
'Arash ini sesuai diamalkan pembacaannya setiap kali selepas menunaikan Solat
Fardhu ataupun sekurang-kurangnya dibaca sekali dalam sehari sama ada pada waktu
pagi ataupun petang.

Walaubagaimanapun, pembacaannya tiada batas sama sekali, ianya boleh dibaca pada
bila-bila masa sahaja yang sesuai untuk mengamalkan zikir dan doa. Insya Allah,
keberkatan dari pembacaan ini akan dapat dirasai oleh orang-orang yang membaca
dan mengamalkannya. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamu 'Alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

Al-Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi


1 Dzul Hijjah 1429 H/ 30 November 2008 M
DOA QURANI

Anda mungkin juga menyukai