Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ VOKALSIONAL JUASSEH

72500 JUASSEH,
NEGERI SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KERTAS PENERANGAN
PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOD DAN NAMA PROGRAM /
DBF 1153 PRINSIP PERAKAUNAN
PROGRAM CODE & NAME
PRINCIPLES OF ACCOUNTING

TAHAP / LEVEL SEMESTER 1, TAHUN 1 DIPLOMA

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
1.0 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1.1 DEFINISI PERAKAUNAN
1.1.1 DEFINISI DAN TUJUAN PERAKAUNAN
NO. DAN PENYATAAN
1.2 KONSEP DAN ASAS PERAKAUNAN
AKTIVITI KERJA /
1.2.1 MEMAHAMI KONSEP DAN ASAS PERAKAUNAN
WORK ACTIVITIES NO. AND
1.3 KITARAN PERAKAUNAN
STATEMENT
1.3.1 MEMAHAMI PROSES KITARAN PERAKAUNAN

1
DBF 1153
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 6
PRINCIPLES OF ACCOUNTING

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

1.1 DEFINISI PERAKAUNAN


1.1.1 DEFINISI DAN TUJUAN PERAKAUNAN

Perakaunan (Accounting) meliputi langkah merekod, mengklasifikasi, membuat rumusan,


membuat pelaporan dan membuat tafsiran untuk membantu pengguna dalaman dan pengguna
luaran membuat keputusan.

Simpan Kira (Bookkeeping) merupakan proses merekod urus niaga perniagaan dengan tepat dan
sistematik berdasarkan sistem catatan bergu.

Perakaunan

Merekod Mengklasifikasi Membuat Membuat Membuat Membuat


rumusan pelaporan analisis tafsiran

Simpan Kira
Rajah 1.1 Simpan Kira vs Perakaunan

TUJUAN PERAKAUNAN
Jadual 1.1
Tujuan Perakaunan

Pengguna Dalaman (Internal Users) Pengguna Luaran (External Users)


Pemilik Perniagaan (Business Owner) Pemegang Syer (Shareholders)
- Penyata Kewangan digunakan untuk - Pemegang Syer dapat menilai prestasi
membuat penilaian terhadap prestasi perniagaan sama ada boleh menjana
perniagaan pulangan modal atau tidak
Pihak Pengurusan Agensi Kerajaan (Government related
- Tahap pertengahan atau tahap autority bodies)
pengurusan tinggi, jabatan sumber - Penyata Kewangan digunakan untuk
manusia, jabatan pemasaran, jabatan menentukan jumlah cukai pendapatan
perancangan strategik yang harus dibayar
- Maklumat dalam Penyata Kewangan
digunakan untuk membuat perancangan
perniagaan
Pekerja Pembekal (Creditors)
- Pekerja dapat mengetahui prestasi dan - Penyata Kewangan digunakan untuk
kestabilan operasi perniagaan, menilai kemampuan perniagaan dapat
keupayaan perniagaan untuk membayar membayar balik hutang atau tidak
gaji dan sebagainya

Pihak Bank
2
DBF 1153
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 6
PRINCIPLES OF ACCOUNTING

- Penyata Kewangan digunakan untuk


menilai kemampuan perniagaan
membayar balik hutang dan faedah
pinjaman
Penganalisis (Analysts)
Masyarakat (Public At Large)

1.2 KONSEP DAN ASAS PERAKAUNAN


1.2.1 MEMAHAMI KONSEP DAN ASAS PERAKAUNAN

A) Kos Sejarah (Historical Cost)


- Setiap aset yang dibeli dan perbelanjaan yang ditanggung hendaklah direkodkan
mengikut harga atau kos sebenar aset tersebut.
- Kos ini akan tetap sama dalam rekod perniagaan walaupun harga pasaran telah
berubah.
- Contoh: Tanah bernilai RM76,000 yang dibeli pada 5 tahun lalu masih dilaporkan
sebagai RM76,000, sungguhpun nilai pasaran semasa adalah RM87,000.

B) Ketekalan (Consistency)
- Kaedah perakaunan yang sama digunakan untuk perekodan mesti diamalkan
dalam penyediaan laporan kewangan bagi setiap tempoh perakaunan.
- Contohnya kaedah penilaian susut nilai kenderaan adalah sama setiap tempoh
perakaunan.

C) Pemadanan (Matching)
- Hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi
tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan.
- Contoh, Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah
premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada tahun
berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu
jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.

D) Asas Perakaunan Akruan (Accrual)


- Untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu perniagaan, jumlah belanja yang
terlibat untuk memperoleh hasil bagi tempoh berkenaan mestilah ditolak daripada hasil
yang dilaporkan bagi tempoh itu.
- Hal ini bermakna setiap perbelanjaan yang berlaku bagi suatu tempoh perakaunan
mestilah direkodkan pada tempoh perakaunan tersebut walaupun peniaga belum lagi
menyelesaikan baki perbelanjaan tersebut.
- Dalam erti kata lain, keuntungan atau kerugian bagi sesuatu tempoh perakaunan
tidak dapat ditentukan pada masa wang diterima atau dibayar.
- Sebagai contoh, tempoh perakaunan Perniagaan Melati berakhir pada 31 Disember
2017. Sehingga tarikh tersebut Perniagaan Melati belum membayar gaji pekerja berjumlah
RM2,400. Maka, gaji RM2,400 yang belum dijelaskan itu perlu direkodkan sebagai belanja
perniagaan dalam tempoh perakaunan berkenaan semasa mengira keuntungan
perniagaan.
3
DBF 1153
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 6
PRINCIPLES OF ACCOUNTING

E) Materialiti (Materiality)
- Hanya butir yang dianggap material sahaja direkodkan dalam penyata kewangan.
- Sebagai contoh, bagi perniagaan bersaiz besar, pembelian mesin kira bernilai
RM300 mungkin bukan kebendaan (immaterial). Oleh itu, jumlah tersebut boleh direkodkan
sebagai belanja perniagaan dalam tempoh perakaunan tersebut. Namun, bagi perniagaan
kecil, pembelian mesin kira mungkin dianggap kebendaan (material). Oleh itu, jumlah
tersebut perlu direkodkan sebagai aset bukan semasa dan dikira susut nilai tahunan bagi
mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum.

F) Entiti Berasingan (Business Entity)


- Perniagaan diandaikan sebagai entiti ataupun badan yang berasingan daripada
pemilik perniagaan.
- Sebagai contoh, Puan Kavita, pemilik Butik Anggun membeli komputer bernilai
RM2,500 untuk anaknya dengan wang sendiri. Urus niaga ini tidak perlu direkodkan dalam
mana-mana buku perakaunan perniagaan kerana Puan Kavita tidak menggunakan wang
perniagaan. Namun, jika Puan Kavita menggunakan wang perniagaan, urus niaga tersebut
perlu direkodkan sebagai ambilan dalam buku perakaunan perniagaan.
G) Usaha Berterusan (Going Concern)
- Perniagaan diandaikan mempunyai hayat yang berterusan.
- Sebagai contoh, pemegang saham sesebuah syarikat berhad mungkin telah
berubah tetapi aktiviti perniagaan yang diuruskan oleh lembaga pengarah masih berjalan
seperti sedia kala.

H) Wang Sebagai Ukuran (Money Measurement)


- Setiap urus niaga mesti direkodkan dalam bentuk wang.
- Sebagai contoh, Kedai Buku Jeeven membeli 100 unit Buku Diploma Prinsip
Perakaunan berharga RM 20 seunit. Oleh sebab wang digunakan sebagai ukuran, jumlah
belian hendaklah dicatatkan dalam buku akaun sebagai RM2,000 dan bukan dicatatkan
dalam kuantiti 100 unit.

I) Tempoh Perakaunan (Periodicity)


- Sesebuah perniagaan perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh
perakaunan yang sama kerana hayat perniagaan diandaikan berterusan.
- Contoh, jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah setahun dan ia
bermula dari 1 Januari,maka ia akan berakhir pada 31 Disember.

J) Catatan Bergu
- Setiap urus niaga perlu direkodkan dalam dua akaun yang berasingan, iaitu
satu akaun didebitkan dan satu akaun lagi dikreditkan dengan amaun yang sama.
- Sebagai contoh, Perniagaan Erni menerima tunai RM850 daripada penghutang
Irfan. Dalam buku Perniagaan Erni, Akaun Tunai didebitkan dengan RM850 dan akaun
penghutang Irfan dikreditkan dengan jumlah yang sama.

1.3 KITARAN PERAKAUNAN


1.3.1 MEMAHAMI PROSES KITARAN PERAKAUNAN

4
DBF 1153
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 6
PRINCIPLES OF ACCOUNTING

1. Kitaran perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu
tempoh perakaunan.
2. Satu kitaran perakaunan mengambil masa satu tempoh perakaunan seperti setahun,
setengah tahun atau suku tahun.
3. Proses kitaran perakaunan boleh dibahagikan kepada lapan peringkat, seperti yang
berikut.

Dokumen Buku Pengeposan Penyediaan


sumber catatan ke lejar imbangan
pertama duga

Catatan Penyediaan Imbangan duga Pelarasan


penutup penyata selepas
kewangan pelarasan

Rajah 1.2 Kitaran Perakaunan


Kitaran Perakaunan Penerangan
Dokumen Sumber - Bukti bertulis sesuatu urus niaga telah
berlaku.
- Data perakaunan diambil daripada
dokumen-dokumen seperti invois, nota
debit, nota kredit, resit rasmi, baucar,
keratan cek, memo, dokumen perjanjian dan
lain-lain.
Buku Catatan Pertama - Maklumat yang diperoleh daripada
dokumen perniagaan akan dicatatkan ke
Buku Catatan Pertama.
- Terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas
dan Buku Tunai.
Pengeposan Ke Lejar - Catatan dalam Buku Catatan Pertama
akan dipindahkan ke buku Lejar.
Penyediaan Imbangan Duga - Imbangan Duga disediakan dengan
menyenaraikan baki-baki dalam akaun lejar
dengan tujuan menguji ketepatan catatan
bergu.
Pelarasan - Pelarasan harus dibuat ke atas baki
akaun seperti pelarasan hasil dan belanja,
susut nilai aset bukan semasa dan
peruntukan hutang ragu.
Imbangan Duga Selepas Pelarasan - Imbangan Duga disediakan semula
dengan menggunakan baki akaun yang
terselaras.

Penyediaan Penyata Kewangan - Penyata Pendapatan disediakan untuk


menunjukkan untung/rugi bersih perniagaan
bagi sesuatu tempoh perakaunan.
5
DBF 1153
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 6
PRINCIPLES OF ACCOUNTING

- Kunci Kira-kira disediakan untuk


menunjukkan kedudukan kewangan
sesebuah organisasi perniagaan pada akhir
sesuatu tempoh perakaunan.
Catatan Penutup - Semua catatan penutupan dibuat
melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar.
- Ia menutup akaun hasil dan akaun
belanja dengan memindahkannya ke
Penyata Pendapatan

RUJUKAN / REFERENCES:
1. Emmawati Misrun et al (2017). Principles of Accounting.Oxford Fajar.
2. Frank Wood (2004). Introduction to Accounting (12th Edition). Pearson Prentice Hall.
3. Frank Wood. (2005). Business Accounting 1. Pearson Educational Limited.

Anda mungkin juga menyukai