Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Islam merupakan agama dan cara hidup yang syumul atau menyeluruh, di mana semua
aturannya telah ditentukan dalam segenap aspek kehidupan manusia yang mencakupi
persoalan akidah, ibadah, akhlak, hinggalah kepada urusan kemasyarakatan dan kenegaraan
yang merangkumi domain ekonomi, pendidikan, politik dan sosial. Sumber hukum dari al-
Quran dan al-Sunnah merupakan pedoman yang terbaik kepada manusia di mana ia
merupakan wahyu Allah SWT yang mengandungi penjelasan hukum bagi setiap persoalan
dalam kehidupan seharian
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH Al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat
yang diturunkan kepada nabi Muhammad, ia diriwayatkan secara mutawatir, lengkap
merangkumi seluruh aspek kehidupan dan membacanya sahaja sudah dianggap ibadah.
Ianya sumber asas dan paling utama dalam pembinaan kehidupan dan
ketamadunan, ianya mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah
perkembangannya.
Firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran jalan yang amat betul
(agama Islam) dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan
amalan baik bahawa mereka disediakan pembalasan yang baik” (Surah al-Isra‟ : ayat 9).
قُ ۡلُو ۡ ٓاو اٰ َمنَّا بِال ٰلّ ِه َو َمٓا اُ ۡنِز َل اِلَ ۡنيَا َو َمٓا اُ ۡنِز َل اِ ٰلٓى اِ ۡبٰره ٖ َم
ِ واِ ۡسٰمعِ ۡيل واِ ۡس ٰحق وي ۡعُق ۡوب و اۡلاَ ب ۡس
اط َو َمٓا اُ ۡو تِ َى ُۡمو ٰسى َ َ َ ََ َ َ َ َ
َو ِع ۡي ٰسى َو َمٓا اُ ۡتِو َى النَّبِيُّ ۡوَن ِم ۡنَّرهِّبِ ۚمۡ اَل نُ َفِّر ُق بَ ۡي َن اَ َح ٍد
As-Sunnah merupakan sumber asas kedua selepas al-Quran, ianya adalah sesuatu
yang disandarkan kepada nabi Muhammad saw samada perkataan, perbuatan atau
pengakuan (persetujuan) ataupun sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan
selepas perlantikannya menjadi Rasulullah. As-Sunnah merupakan penguat dan
penyokong kepada apa yang terkandung di dalam al-Quran, penghurai dan pentafsir
apa yang umum di dalam al-Quran, mewujudkan bentuk-bentuk amali terhadap
prinsip-prinsip yang terdapat di dalam al-Quran merangkumi semua aspek.
ٰ ِ مَّٓا أَ َفٓا َء ٱهَّلل ُ َعلَ ٰى َرسُولِهِۦ مِنْ أَهْ ِل ْٱلقُ َر ٰى َفلِلَّ ِه َولِلرَّ س
يل َكىْ اَلِ ْن ٱلس َِّب ِ ِين َوٱب ِ ُول َولِذِى ْٱلقُرْ َب ٰى َو ْٱل َي َت َم ٰى َو ْٱل َم ٰ َسك
وا ٱهَّلل َ ۖ إِنَّ ٱهَّلل َ َشدِي ُد ۟ ون ُدولَ ۢ ًة َبي َْن ٱأْل َ ْغ ِن َيٓا ِء مِن ُك ْم ۚ َو َمٓا َءا َت ٰى ُك ُم ٱلرَّ سُو ُل َف ُخ ُذوهُ َو َما َن َه ٰى ُك ْم َع ْن ُه َفٱن َته
۟ ُوا ۚ َوٱ َّت ُق َ َي ُك
ِ ْٱل ِع َقا
ب
Firman Allah swt dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud : “...dan apa jua perintah
yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka terimalah serta amalkanlah dan apa jua
yang dilarangnya maka kamu patuhilah larangan”.