Anda di halaman 1dari 4

BERITA 11

Shares

Tajuddin: Umno perlu akur keputusan MKN jika


pemilihan tak dapat diadakan
Haspaizi Zain
Diterbitkan 19 May 2021, 9:28 am Dikemaskini 19 May 2021, 9:28 am

Umno perlu menerima ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekiranya
pemilihan parti itu tidak dapat dilangsungkan dalam masa terdekat.

Ia susulan khabar angin yang mendakwa bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN)
tidak membenarkan Umno mengadakan pemilihan ekoran penularan wabak Covid-19
ketika ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata MT Umno sebelum
ini telah membuat ketetapan untuk merujuk MKN terlebih dulu bagi mengadakan
pemilihan parti itu.

"Keputusan MT Umno sebelum ini bahawa kita akan merujuk MKN terlebih dulu bagi
mengadakan pemilihan. Kalau MKN kata tak boleh (adakan pemilihan) kita akur.

"Sebab kalau kita buat pemilihan ramai akan berkumpul, kita ada beribu cawangan
dan lebih tiga juta ahli.

"Kita merujuk MKN untuk mendapatkan garis panduan, kalau mereka kata tak boleh
maka kita akur," katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Pada mesyuarat MT Umno 25 April lalu, parti itu membuat ketetapan untuk merujuk
MKN terlebih dulu bagi mengadakan pemilihan parti.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah mengumumkan sebarang


penangguhan pemilihan.

Malah, segelintir pemimpin Umno mendesak agar pemilihan parti itu disegerakan
bagi menyelesaikan kemelut dalam parti.
Kali terakhir pemilihan Umno diadakan adalah pada 30 Jun 2018 dan tempoh itu akan
tamat pada Jun depan.

Namun, Umno masih boleh menangguhkan pemilihannya seperti ditetapkan di


bawah perlembagaan parti.

Dalam pada itu, sumber dalaman Umno memaklumkan Malaysiakini bahawa secara
dasarnya pemilihan parti itu tidak dapat diadakan Jun ini.

Katanya, hasil pertemuan dengan wakil Umno baru-baru, MKN tidak membenarkan
pemilihan diadakan kerana gelombang ketiga penularan Covid-19.

"Setakat ini secara lisan dan secara dasarnya MKN menolak permohonan Umno untuk
mengadakan pemilihan.

"Namun sehingga kini belum ada sebarang surat rasmi daripada pihak MKN,"
katanya.

Tambahnya lagi, sama ada pemilihan akan ditangguhkan ataupun tidak akan
diputuskan 6 Jun nanti.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Agung


Umno, Ahmad Maslan.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan
semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

LANGGAN DAN SOKONG MEDIA BEBAS

Bersatu sokong media bebas.

politik umno pemilihan umno covid-19 mkn


Sign up for Kini Morning Brief

Anda mungkin juga menyukai