Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH KERTAS 4 [9404/4]

PROPOSAL KAJIAN SEJARAH STPM 2017

1. TAJUK KAJIAN:

MAKTAB MAHMUD 1936 - 2000: PERANAN DAN SUMBANGANNYA SEBAGAI PUSAT


ILMU ( MARKAZUL ILMU) DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

2. PENGENALAN:

Kajian ini berkaitan dengan Al-Maahad Al-Mahmud atau lebih dikenali dengan Maktab Mahmud.
Tumpuan kajian adalah mengenai sejarah penubuhan , peranan dan sumbangannya. Sekolah ini
terkenal sebagai “Markazul Ilmu” di negeri Kedah kerana telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh
ilmuan Islam. Sejarah penubuhan Maktab Mahmud bermula tahun 1936 dengan perletakan batu asas
oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin dan dibuka secara rasmi oleh
DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

3. OBJEKTIF KAJIAN:

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejarah awal penubuhan Maktab Mahmud, siapakah
tokoh yang terlibat pada peringkat awal penubuhannya dan perkembangannya sehingga tahun 2000.
Selain itu pengkaji juga ingin menghuraikan maksud “Markazul Ilmu serta subjek yang ditawarkan.

Pengkaji juga ingin mengenalpasti pendekatan yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk memantapkan
prestasi akademik, juga untuk mengkaji sejauh mana pencapaian akademik dalam peperiksaan awam dan
tokoh-tokoh kelahiran Maktab Mahmud yang tersohor.

4. PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini ingin memperincikan mengapa Maktab Mahmud di tubuhkan, peranan dan sumbangannya
kepada masyarakat setempat dan luar negeri Kedah.

5. SKOP KAJIAN

Tahun 1936 dipilih sebagai tahun awal kajian kerana tahun ini bermulanya perletakan batu asas
penubuhan Maktab Mahmud. Maktab Mahmud dipilih sebagai lokasi kajian kerana Maktab Mahmud
banyak melahirkan cendiakawan Islam. Sementara tahun 2000 dipilih sebagai tahun akhir kajian kerana
pada tahun ini perkembangan Maktab Mahmud sudah mencapai zaman kegemilangannya. Sejarah
penubuhan Maktab Mahmud pada dasarnya mementingkan ilmu agama dan bahasa arab. Ia merupakan
Institusi yang pertama di Kedah yang memartabatkan Bahasa Arab pada masa dahulu.

6. SOROTAN KAJIAN:

Sebuah buku tulisan , Abu Bakar Haji Kassim bertajuk “ Sejarah Ringkas Maktab Mahmud Alor Setar”
diterbitkan pada tahun 1979, mengenai sejarah ringkas Maktab Mahmud. Berdasarkan kajian lepas usaha
penyebaran ilmu Islam telah dijalankan secara giat semasa pemerintahan Almarhum Tunku Mahmud Ibni
Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin. Baginda amat menitikberat terhadap perkembangan Maktab
Mahmud. Beberapa usaha telah dijalankan bagi memajukan pelajaran agama Islam dan Bahasa Arab ke
peringkat yang lebih tinggi.

Perubahan mata pelajaran di peringkat negeri menyebabkan Lembaga Pengarah Maktab juga menambah
mata pelajaran yang diajar daripada subjek agama dan bahasa Arab kepada bidang akademik berdasarkan
sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Subjek yang diajar ketika itu
ialah Ilmu Hisab, Sejarah dan Ilmu Kejadian. Tujuan dimasukkan subjek ini ialah untuk membolehkan
para pelajar menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia
dalam bahasa pengantar Melayu dan memberi peluang kepada lepasan Maktab Mahmud untuk
berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Masa kini Maktab Mahmud telah mempunyai cawangannya di setiap daerah di Kedah. Kini terdapat 12
cawangan Maktab Mahmud di Kedah. Tidak ada buku khas yang ditulis cuma maklumat dapat diperolehi
dari laman web rasmi Maktab Mahmud.

Buku kedua bertajuk Perkembangan Intelektual (Ulama ) Islam di Malaysia Dalam Pembentukan
Kebudayaan karya Muhammad Uthman El-Muhammady yang berkaitan kelahiran tokoh-tokoh ulama
tersohor dari lepasan institusi pendidikan pondok.

7. KAEDAH KAJIAN:

1. Sumber Primer:
- Temubual : Lembaga Pengarah Maktab Mahmud, Pengetua dan pentadbir.
- Temubual: Tokoh (bekas pelajar) Maktab Mahmud
- Majalah Sekolah , fail sekolah

2. Sumber Sekunder:
-Artikel, jurnal, buku
-Sumber arkib: gambar, buku.
-Laman web rasmi Maktab Mahmud
8. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pengenalan, isi
dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan pengkaji akan menjelaskan sejarah penubuhan Maktab
Mahmud Alor Setar dan maksud “Markazul Ilmu”.

Pada bahagian isi pula pengkaji akan mengupas bidang-bidang pengajian yang ditawarkan, dan program
peningkatan prestasi yang dijalankan oleh pihak panitia mata pelajaran. Sementara itu bahagian ini juga
akan membincangkan tokoh-tokoh cemerlang ditanah air yang belajar di Maktab Mahmud, serta
sumbangan Maktab Mahmud kepada masyarakat.

9. PENUTUP
Maktab Mahmud adalah sebuah institusi pendidikan yang berasaskan agama dan berjaya menjadi sebuah
institusi yang unggul di negeri Kedah. Kejayaan ini adalah kerana Maktab Mahmud telah mengubah
kurikulum dengan memasukkan subjek akademik di samping subjek berasaskan agama sehingga berjaya
melahirkan ramai tokoh agama dan ilmuan. Jadi , tidak dapat dinafikan bahawa Maktab Mahmud banyak
memberi sumbangan kepada masyarakat tempatan dan masyarakat luar negeri Kedah.

10 BIBLIOGRAFI:

1. Haji Buyung Adil, 1980, Sejarah Kedah , Kuala Lumpur, DBP


2. Abu Bakar Haji Kassim, 1979,” Sejarah Ringkas Maktab Mahmud, Kuala Lumpur, Persatuan
Sejarah Malaysia.
3. Halim Desa dan Khoo Khay Kim (ed), 1983, Sejarah Maktab Mahmud, Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia.
4. Jabatan Pelajaran Kedah, 1976, Sejarah Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah, Alor Setar,
Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
5. Muhammad Uthman El Muhamady ,Peranan Intelaktual (Ulama) Islam di Malaysia Dalam
Pembentukan Kebudayaan,Majalah Dewan Bahasa, Oktober, 1973.