Anda di halaman 1dari 2

Aplikasi Kandungan Buku Sebagai Seorang Pemimpin Sekolah.

Sebagai seorang pemimpin sekolah buku ini memberi panduan mengenai cara-cara
pengurusan dan pentadbiran di sesebuah sekolah mengikut panduan dari beberapa orang
guru yang pernah terlibat secara langsung di sekolah sebagai seorang pentadbir dan juga
sebagai seorang guru yang berpengalaman luas dibidang pendidikan.

Perkara pertama yang diutarakan oleh Sonia Nieto ialah berkenaan penerapan nilai-
nilai murni didalam mengurus sesebuah sekolah. Menurut beliau keperluan ini akan dapat
menarik minat murid untuk bersama-sama bertanggungjawab menjaga sekolah sebagai
rumah mereka sendiri..Perkara ini juga menjadi teras dalam aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu teras ke lima Etika dan Kerohanian dimana sistem
pendidikan akan dapat memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid mendepani
cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan
konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika
berada dalam situasi kritikal serta berani melakukan sesuatu perkara yang betul. Sebagai
seorang pemimpin saya berhasrat dapat membentuk individu guru dan murid penyayang
yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Penerapan nilai-nilai murni ini juga berkait rapat dengan cara pedagogi guru di dalam
kelas. Sebagai seorang pemimpin Instruksional saya akan memastikan semua guru dibawah
saya menerapkan nilai-nilai murni didalam pengajaran mereka. Tahap kompetensi yang
berkait rapat dengan perkara ini ialah berkomunikasi berkesan, berkepimpinan dan
berkeperibadian tinggi.

Perkara kedua yang diutarakan oleh Marilyn Cochran-Smith dan Rebecca Stern ialah
mengenai corak penyoalan di dalam kepimpinan seseoran pentadbir. Menurut beliau
seseorang pentadbir perlu belajar cara untuk memimpin, memimpin keseluruhan organisasi
dan perlu bertindak memahami keseluruhan organisasi dan bertindk sebagai role model
untuk dicontohi, Sebagai seorang pemimpin saya dapat rangkumkan penulis ingin
mengatakan bahawa corak komunikasi seorang pentadbir perlu dilakukan secara berkesan
di mana beliau perlu berkeupayaan untuk mendengar, menyampaikan idea secara lancar
dan meyakinkan secara lisan atau bertulis serta boleh menerima pandangan orang lain.

Perkara ketiga yang diutarakan oleh penulis Pamela Scott Williams,Joni M Lakin dan
Lisa A.W Kensler ialah mengenai Pengukuran Kesan Kepimpinan pentadbir. Menurut beliau
ada pertalian di antara corak kepimpinan dengan pencapaian murid. Sebagai seorang
pemimpin perkara ini ditunjukkan dengan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang dapat
memimpin organisasinya secara berkesan. Sebagai seorang pemimpin mestilah memiliki
kompetensi seperti berwawasan, berfikiran strategik, dapat menerajui perubahan dengan
membuat keputusan berdasarkan data-data yang dikumpul dan berupaya menyelesaikan
masalah dengan betul. Disamping itu pemimpin itu dapat mencemerlangkan organisasinya
dengan memimpin pembelajaran, membangunkan kapasiti dan dapat membina jalinan dan
jaringan untuk memastikan kemenjadian murid.

Perkara ke empat yang diutarakan oleh Elizabeth A Wilkins ialah mengenai peranan
pentadbir sebagai seorang mentor dan pembimbing bagi guru-guru dibawah subordinatnya.
Menurut beliau sebagai seorang pentadbir ciri-ciri yang diperlukan ialah keperluan sebagai
mentor yang berkesan, dan cara-cara berkesan menghadapi penolakan oleh seseorang
mentee. Sebagai seorang pemimpin berprestasi tinggi perkara ini harus dikuasai oleh saya
dalam bidang penyeliaan dan supervision .Seorang pemimpin harus menguasai teknik-
teknik membuat bimbingan dan penyeliaan mengikut model GROW untuk memastikan
pembangunan kapasiti guru dapat diurus dengan baik. Begitu juga dengan penggunaan
sumber-sumber yang ada disesebuah sekolah.

Perkara kelima yang diutarakan oleh Sue Lutz Weise ialah mengenai kesan seorang
pemimpin terhadap pelajar, guru-guru dan komuniti setempat. Sebagai seorang pemimpin
berprestasi tinggi perlu melibatkan keseluruhan sumber yang ada disekeliling organisasinya
untuk meneraju kecemerlangan dengan mendapatkan kerjasama dan sokongan terutama
dari pemegang taruh dan NGO seperti PIBG, Persatuan Alumni, IPT dan institusi pendidikan
berhampiran untuk sama-sama terlibat dalam memacu kecemerlangan sekolah.

Seorang pemimpin mestilah berkeupayaan membina,mengekalkan dan


memanfaatkan hubungan untuk berkongsi amalan terbaik dan sentiasa berusaha ke arah
matlamat yang sama dengan membina Jalinan dan Jaringan secara berkesan dan dapat
mendatangkan impak yang positif dimata masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai