Anda di halaman 1dari 2

Pemikiran naturalis

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

 Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan
itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia
tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

 Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi
segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun
yang lalu.

 Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya
bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang
tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya
usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

PEMIKIRAN EMOTIVIS

 Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.

 Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang
daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

 Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah oleh
pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , “Pensyarah itu aneh
betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!”

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian
ialah:

 Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta
Gedung Membeli Belah  Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak
tersebut.

 Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu
menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

 Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut

 Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

 Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan


INTUITIONIS
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

 Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan
pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

 Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman
hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki
hidung belang.

 Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian
mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis! Pensyarah itu memang tidak
suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.’

PEMIKIRAN RASIONALIS
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

 Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, maka Abu
adalah lebih berat daripada Seng Hui.

 Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

 Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua sudut tepat.

 Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang dengar dengan
baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang menunjukkan aliran pemikiran
rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah
gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya
tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.’

Bentuk – deontologisme,teleolgisme , intuisionisme

Anda mungkin juga menyukai