0 Pengenalan
Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil lagi kerana pada usia itulah
pelajar akan diberi pengetahuan untuk mengenal dan memahami pentingnya
konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan
memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam.
Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber
makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang bersih serta
ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan
keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar
dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.
2.0 Objektif Pendidikan Konservasi
Objektif yang seterusnya ialah sikap ‘attitude’. Nilai-nilai moral yang perlu
dipupuk adalah rasa prihatin yang mendalam terhadap alam, motivasi untuk turut serta
dalam usaha-usaha perlindungan alam sekitar serta semangat dalam manghargai alam
secara lestari yang harus ditanam dalam diri pelajar. Pembentukan sikap yang mesra
terhadap alam semula jadi akan menjadikan manusia lebih menghargai sumber-sumber
yang semakin kurang dan generasi yang akan datang tidak akan menghadapi masalah
kekurangan sumber.
Keterampilan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam
konservasi sumber daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan
konservasi. Objektif ini dapat mengembangkan etika konservasi dan memberikan
pengetahuan tentang cara dan kaedah yang betul serta tepat untuk menyelesaikan
masalah pencemaran di alam sekitar.
Air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Pencemaran
air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan
memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor
dan beracun. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar
akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kita perlu
menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk
digunakan.
Selain itu, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk
kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah
tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan
tidak stabil. Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti membenteras aktiviti
pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk
memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi.
Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh kita sebagai individu dan pelajar untuk
memelihara alam sekitar. Salah satu amalan yang boleh pelajar laksanakan di sekolah
adalah Kitar Semula. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Kitar Semula membawa
bermaksud kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah
digunakan supaya dapat digunakan semula. Kitar Semula bermaksud mengasingkan,
mengumpul, memproses dan menggunakan bahan yang telah dipakai dalam kehidupan
harian dan diguna atau diproses dengan menghasilkan satu produk baru.
Aktiviti kitar semula ini dapat menghindari pembaziran bahan yang masih boleh
digunakan, mengurangkan penggunaan bahan mentah, mengurangkan penggunaan
tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran) dan air (daripada
pemendaman tapak pembuangan sampah) dengan mengurangkan pembuangan bahan
lazim dan mengurangkan gas kesan rumah hijau, berbanding dengan proses
panghasilan produk menggunakan bahan asas. Kitar Semula adalah satu komponen
daripada pengurusan bahan buangan moden dan juga elemen ketiga daripada carta
buangan 3R; "Reduce, Reuse, Recycle".
Bahan yang boleh dikitar semula termasuk pelbagai jenis kaca (botol-botol kaca),
kertas (majalah, surat khabar), logam (tin minuman), plastik (botol atau bekas plastik),
tekstil dan barangan elektronik. Walaupun hasilnya sama, tetapi kompos atau proses
guna semula bahan buangan biodegrasi seperti makanan atau bahan buangan
berkebun adalah bukan dikategorikan kitar semula. Bahan-bahan yang akan dikitar
semula samada dihantar ke Pusat Kitar Semula oleh pengguna atau dipungut oleh
pihak Pusat Kitar Semula di kawasan yang tertentu mempunyai perkhidmatan tong
sampah kitar semula.
2.2.2 Kempen “Satu Pelajar, Satu Pokok”
Berikutan dengan aktiviti penebangan pokok yang semakin giat dijalankan dan
sukar dibendung, kuantiti hutan di dunia menjadi semakin berkurangan. Untuk
menimbulkan perasaan cinta akan alam sekitar, pihak sekolah boleh menganjurkan
kempen “Satu Pelajar, Satu Pokok”. Kempen ini dapat dilakukan dengan menjemput
seorang penceramah untuk menerangkan tentang kepentingan alam sekitar serta
kesan yang akan berlaku jika tidak menjaganya.
Oleh itu, guru juga perlu mempunyai ilmu berkaitan penanaman dan penjagaan
pokok. Guru juga dapat melakukan pemantauan dengan melawat rumah setiap pelajar
untuk melihat sendiri pokok yang ditanam oleh pelajar. Akhir sekali, ganjaran akan
diberikan kepada pelajar yang berjaya menjaga tanamannya dengan baik dan dalam
keadaan yang baik melalui markah yang diberi oleh guru berdasarkan pemeriksaan
terhadap setiap pokok pelajar.
Melalui kempen ini, setiap pelajar dapat memotivasikan diri mereka untuk
menjaga alam sekitar dan menyedari betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.
Pelajar juga dapat memahami bahawa tumbuhan merupakan sumber makanan dan
habitat haiwan. Jikalau pokok-pokok ditebang dan tidak ditanam semula, kehidupan
haiwan dan manusia akan terjejas.
2.3 Pendidikan alam sekitar
Badan beruniform dan dan persatuan pula menawarkan ruang dan peluang
untuk Pendidikan Alam Sekitar disepadukan sewaktu melaksanakan aktivitinya. Setiap
jenis badan beruniform dan persatuan yang terdiri dari Pengakap, Kadet Pandu Puteri,
Pasukan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah Dan St. John Ambulans
menekankan kepentingan aktiviti perkhemahan kerana wujudnya slot aktiviti
perkhemahan sebagai aktiviti yang wajib dilaksanakan. Hal yang sedemikian tidak
terjadi dalam bidang sukan/permainan. Menerusi peluang yang wujud dalam aktiviti
perkhemahan ini, penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam badan beruniform dan
persatuan dapat dilaksanakan.
Pokok puding atau Codiaeum variegatum yang juga disebut dengan nama biasa
seperti croton, puding emas, puding perak dan daun segenting adalah sejenis pokok
renek yang mempunyai pelbagai warna daun. Ia lazimnya membentuk sebahagian
lankskap. Pokok puding dikatakan berasal dari kepulauan Fiji, Australia dan Maluku. Ia
berasal daripada keluarga Euphorbiaceae bersama pokok getah dan ubi kayu serta
mempunyai 6 spesis.
Pokok itu tidak berbunga, tetapi daunnya unik dan berwarna warni yang cukup
sesuai untuk hiasan taman yang agak luas. Pokok itu memang mudah diurus dan
mampu menyerlahkan kecantikannya. Harganya murah dan cara menanamnya juga
mudah. Ia boleh ditanam sebagai hiasan dalaman dengan menggunakan pasu tetapi
memerlukan dedahan cahaya yang banyak.
2.4.1.2 Saiz tumbuhan
Tumbuhan ini terdiri dari batang lembut bewarna hijau dengan daun bertompok
kuning, putih dan hijau. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang tidak bercabang.
Batangnya berwarna hijau dengan belang atau bintik-bintik putih serta berair dan
mempunyai getah. Ketinggian biasa adalah antara 1.2 hingga 2.4 meter dan ada juga
yang tumbuh melebihi 3 meter tinggi. Ia berbentuk bujur dengan ukuran panjang 30 cm
dan lebar 25 cm. Ianya selalu digunakan sebagai pokok hiasan dalam dan luar rumah.
Puding yang mempunyai saiz daun yang lebar di bahagian hujung dan tepian yang licin
dikenali sebagai Platifilum. Daun yang berpintal-pintal, kerinting dan tepi daun yang
beralun dipanggil Krispum. Manakala yang berdaun kecil dengan urat daun utama yang
tertonjol adalah dari jenis Kornutum. Puding jenis Lobatum mempunyai daun yang
bercuping tiga dan lebar di bahagian tengah. Apaendikulatum pula dari jenis daun yang
berbentuk garisan di bahagian tengah.
Tumbuhan ini dapat bertahan lama jika ditanam di tanah yang sesuai serta
dengan penjagaan yang rapi. Oleh kerana cara penjagaannya yang mudah, tumbuhan
ini dapat bertahan sehingga melebihi 50 tahun.
Secara umumnya, puding gemar akan cahaya matahari penuh, lokasi terbuka
dengan edaran udara yang baik, kelembapan tinggi, bekalan air yang sederhana serta
tanah gembur yang peroi yang mempunyai zat makanan mencukupi, seimbang serta
lembap.
Pokok ini sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan dengan ditanam di dalam pasu,
atau sebagai pokok pagar atau ditanam secara berkelompok. Puding juga mempunyai
daun berwarna-warni, berbelang atau berbintik dan memiliki bentuk berputar, berjurai
serta berdaun genting. Oleh itu ia boleh memberi tekstur, iaitu bentuk yang diperlukan
untuk mengindahkan lagi taman sebagai tumbuhan hiasan. Spesies tumbuhan
berbatang ini hanya mempamerkan keindahan warna dan reka bentuk daunnya saja. Ia
turut sesuai ditanam secara kelompok sebagai tanaman tumpuan. Sekiranya teknik
kombinasi menjadi pilihan, ia bermanfaat sebagai latar belakang kepada pokok hiasan
lain.
Ia juga pernah digunakan dalam campuran sebagai racun anak panah, dan
dikatakan lebih berkesan sekiranya dicampurkan dengan ‘curare’ iaitu sejenis racun
yang boleh melumpuhkan. Diberitakan pada zaman dahulu, tumbuhan ini digunakan
untuk menghukum dan menyeksa hamba sahaya dengna menyapukan pada bahagian
mulut mereka. Terdapat juga laporan yang menyebutkan bahawa pihak Nazi juga
pernah menggunakan tumbuhan ini untuk menyeksa tawanan mereka semasa perang
dunia kedua dahulu.
Cara untuk merawat jika terkena racun tumbuhan ini ialah dengan
membersihkan saki baki tumbuhan dari anggota badan. Kemudian bersihkan dengan
air dan sabun jika terkena bahagian kulit. Berkumur dan minum air atau susu jika
tertelan kerana ia dapat melarutkan racun dalam tumbuhan ini. Menghisap ketulan ais
juga dapat mengurangkan kesakitan pada mulut. Dapatkan rawatan perubatan dengan
segera untuk keselamatan.