Definisi Teori Konstruktivisme menurut McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima
pengetahuan daripada orang lain. Manakala Briner, M. (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri
pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Teori konstruktif atau konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam
pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu pengetahuan dibina
oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan
melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan pelajar.
Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasi-
pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan
pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991).
Di dalam proses pembelajaran kontruktif, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri
secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada
untuk menyelesaikan sebarang masalah dan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Maksudnya
pelajar yang hadir ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai
individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang mereka bawa ke bilik
darjah. Premis asas konstruktivisme adalah:
murid membangun, meruntuh (deconstruct) , dan mambina semula pengetahuan mereka sendiri
murid meruntuh dan membina semula sesuatu makna, ialah pembelajaran
pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea yang sedia ada dengan
menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.
Teori ini juga mengenai pembelajaran yang terbentuk hasil daripada pembinaan pengetahuan
berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklmat dengan pengetahuan sedia
ada. Contoh dalam mata pelajaran perdagangan, manusia mempunyai keperluan dan kehendak. bagi
keperluan, Manusia perlu tahu keperluan utama dalam menjalani kehidupan (pengetahuan sedia ada)
seperti makanan.Makanan diperlukan oleh manusia untuk terus hidup.
Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa murid mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman
sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai
dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang
bakal diajar.
Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu dikehendaki
menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu.
Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah
membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak
boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan
dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang
berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) pula berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru
dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai
pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang
mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang
kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.
Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar
(learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-
masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar
guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.
Konstruktif boleh dilakukan dalam perbagai bentuk. Ia terdiri daripada Kognitif Bersituasi, Scaffolding,
Perintisan Kognitif, Tutoring, pembelajaran Koperatif dan juga Pembelajaran Kolaboratif.
__
Implikasi Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Di dalam P&P, mengikut Teori Konstuktivisme,peranan guru merupakan penolong, pemudahcara dan
perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran
Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara koperatif dan
kolaborasi
Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar.Interaksi dan pertukaran idea-idea antara pelajar
memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.
Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh
menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran pelajar-pelajar. Bahan-bahan pembelajaran yang
mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan.
Menurut Piaget yang lebih dikenali dengan teori cognitive constructivism melihat bagaimana murid dapat
memahami sesuatu perkara melalui empat peringkat utama pertumbuhan Kognitif yang bermula sejak
dilahirkan hingga berumur 14-16 tahun. Piaget percaya bahawa semua kanan-kanak dilahirkan bersama
kecenderungan dalaman untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Beliau merujuk cara atas
menyusun dan memproses maklumat sebagai struktur kognitif yang dinamakan sebagai skema. Skema
digunakan untuk meneroka persekitaran menggunakan deria sentuhan, perasaan, rasa dan pemerhatian.
Murid seterusnya akan berkembang melalui proses pengubahsuaian skema sedia ada melalui dua cara
iaitu asimilasi dan akomodasi.
Menurut Lev Vigotsky iaitu seorang ahli falsafah dan psikologi Rusia pada tahun 1930-an yang dikatakan
dengan teori konstruktivis sosial. Sosial Constructivisim menekankan bagaimana makna dan
pemahaman tentang sesuatu perkara itu dibina melalui interaksi sosial. Vygotsky menekankan pengaruh
konteks budaya dan hubungan sosial dalam pembelajaran serta menyokong model pembelajaran inkuri-
penemuan. Model ini menekankan peranan aktif guru manakala murid pula akan membina kebolehan
minda mereka secara nyata melalui penemuan maklumat-maklumat baru.
Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran
masalah
sosial
Vygotsky Vygotsky
akademik
objektif dalam
tingkahlaku kumpulan
pelajar terbuka
Pendekatan kontruktisvisme sosial tertumpu di dalam bilik darjah. Perubahan kea rah inovasi-inovasi
dilihat sebagai pemangkin dalam mewujudkan konteks social pembelajaran antara guru dengan pelajar
atau pelajar dengan pelajar yang lain. Ilmu pengetahuan dibina dan dikontruk bersama dengan
penglibatan orang lain. Dalam situasi ini, pelajar didedahkan kepada peluang-peluang untuk menilai dan
mengakomodasi maklumat dan ilmu pengetahuan kea rah pemahaman yang kukuh. Justeru, pendekatan
kontruktivisme social membantu pelajar kea rah perkembangan pemikiran pelajar. Dengan cara ini,
pelajar berkesempatan membina hubungan-hubungan social, belajar kemahiran pemprosesan informasi
untuk menguasai sesuatu ilmu pengetahuan yang dipelajari didalam situasi bilik darjah.