Anda di halaman 1dari 3

1.

       SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH


 
         Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah
         Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah
         Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab
         Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati
         Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim
         Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari
hasan bin ali, melalui beberapa syarat :
-          Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah
-          Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad
-          Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura
 
 
2.       SUMBANGAN KERJAAN BANI UMAYYAH TERHADAP TAMADUN ISLAM
 
         KETENTERAAN
         Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi
         Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :
1)                  Pasukan tengah
2)                  Pasukan sayap kanan
3)                  Pasukan sayap kiri
4)                  Pasukan hadapan
5)                  Pasukan barisan belakang
         Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan
perang moden.
         Angkatan tentera juga terdiri dari
1)                  Pasukan berkuda
2)                  Pasukan berkenderaan
3)                  Pasukan jalan kaki
         Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
         Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal
perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah
         Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar
menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat
         Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal
ketenteraan
         Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )
         PENDIDIKAN
-          Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan
-          Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh
ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu
-          Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
-          Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah
-          Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu
sejarah dan geografi telah mula dipelajari
-          Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan
pada zaman ini
         EKONOMI
-          Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan
-          Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan
penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini
-          Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan
-          Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun
-          Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll
-          Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara
-          Hasil negara ketika itu terdiri dari :
1)                  Kharaj
2)                  Jizyah
3)                  Zakat
4)                  Usyur
5)                  Fai'e
6)                  Zakat
7)                  Ghanimah
 
 
3.       FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH
 
         Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.
-          Semua pemberontak dapat ditumpaskan dan mereka bercita-cita tinggi untuk
meluaskan islam keseluruh dunia
         Penguasaan ilmu pengetahuan.
-          Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendekiawan, ekoran
dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam
kehidupan
         Ekonomi yang stabil.
-          Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak
kemudahan untuk rakyat dapat diberi
         Kekuatan tentera
-          Semangat untuk mempertahankan negera disamping menyebarkan dakwah
islam begitu kuat dalam jiwa setiap tentera umaiyah, hingga dapat meluaskan
islam ke India, afrika utara dll
         Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
-          Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti
jalan raya, hospital secara percuma
         Semangat jihad yang tinggi
-          Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan islam sebagai aagama penyelamat
umat manusa. Ini mendorong mereka untuk berjihad, mendalami ilmu
pengetahuan dan perlbagai jenis kemahiran
 
 
4.       KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ
 
         Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya
         Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya
yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafak ar-rasyidin
         Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat
         Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan
muwali
         Melaksanakan hukuman dengan adil
         Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam
         Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang
pendidikan untuk rakyat
 
 
5.       FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH
 
         Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam
         Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung
jawab kepada negara
         Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah
         Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling
tadah menyokong gerakan abbasiyah
 
 
6.       PERANAN GENERASI SEKARANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KERAJAAN SERTA
NEGARA ISLAM
 
         Mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan islam yang pernah dicapai pada
masa dahulu
         Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang 
demi meninggikan taraf umat islam
         Berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab
dan amanah dalam menjalankan tugas
         Mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam mengendalikan sesuatu perkara untuk
mengelakkan berlakuknya perselisihan faham dan pertelingkahan.

Anda mungkin juga menyukai