Anda di halaman 1dari 29

KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang
menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping
penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara
paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi,
nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan
badan. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan
atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi. Oleh sebab itu, model-model yang diperdengar
haruslah model-model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.

Beberapa konsep pertuturan

 
(a) Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
(b) Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar
dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
(c) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur.
(d) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya.
(e) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktutr,
intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

Berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Melayu, kemahiran lisan melibatkan kemahiran yang
berkaitan dengan aktiviti yang berikut:

(a) Berkaitan dengan kemahiran mendengar dan menyebut atau mengajuk bunyi dan suara.
(b) Kemahiran yang berhubung dengan arahan dan permintaan terutama yang berkaitan dengan diri
dan masyarakat setempat.
(c) Pengucapan yang berunsur sosial dan bermoral.
(d) Soal jawab dengan tujuan untuk berinteraksi, sosialisasi dan berkomunikasi.
(e) Bercerita sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman dan perasaan individu.
(f) Berita dan laporan iaitu kemahiran melahirkan semula pengalaman dan pengamatan secara lisan
dalam struktur ayat dan frasa yang baik.
(g) Kemahiran bersyarah dengan menggunakan bahasa, intonasi, gaya di samping suara yang baik
dan jelas maksudnya.
(h) Lakonan dan puisi iaitu kemahiran menyampaikan pendapat dalam gaya yang menarik dan
serentak.
(i) Perbincangan dan perbahasan iaitu kemahiran mengeluarkan pendapat di samping
mempertikaikan pendapat orang lainsecara serentak.

Aspek-aspek penting dalam kemahiran bertutur


(a) Sebutan
(b) Tekanan
(c) Mora (panjang-pendek)
(d) Jeda (persendian)
(e) Intonasi
(f) Nada
(g) Tatabahasa
(h) Kelancaran
(i) Kefasihan
(j) Laras bahasa

Tujuan bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran
dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbbagai keadaan perhubungan seperti perbualan
dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai
kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan
betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.

Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid;


(a) Menyebut dengan jelas.
(b) Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi.
(c) Menunjukkan arah.

(d) Bertemu ramah.


(e) Memberi penerangan dan memberi alasan.
(f) Membina soalan untuk mencari maklumat.
(g) Bertukar-tukar pendapat dan maklumat.
(h) Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat.
(i) Bertutur secara bertatasusila.
(j) Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur

Aktiviti Peringkat Awal

(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.


(b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
(g) Memberi arahan.
(h) Membuat ayatr-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
(i) Membuat ayat-auyat daripada gambar.

Aktiviti Peringkat Pertengahan

(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.


(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
(e) Membaca iklan dan peraturan.
(f) Memberi ucapan pendek dan mudah.
(g) Memberi komen secara mudah.
(h) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa
bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
(i) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Aktiviti Peringkat Maju


(a) Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya

(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.


(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
(g) Memberikan ceramah atau syarahan.
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain.
(i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
(j) Mendeklamasi puisi.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran.


i.  Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama.
ii. Peringkat kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa
dan ayat

Peringkat Pertama: 
Menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama.
Contoh:

b-p

bagi pagi kibas kipas

baba bapa betis petis

jambi jambi bajak pajak

bawang pawang lobak lopak

d-l

dari lari daki Laki

ladang lalang dayang layang

dentum lentum dagu lagu

s-t

beras berat sari tari

kelas kelat surat tulat

keras kerat kabus kabut

g-k

gali kali tegak tekak

geli keli guli keli

garang karang gaya kaya

Peringkat Kedua:
Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat

Pemahaman tentang bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap
pendengar itu. Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur
kefahaman yang berikut;
(a) Pengetahuan tentang sistem bahasa.
(b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
(c) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar
serta bagaimana bahasa digunakan.

Kemahiran mendengar boleh juga dibahagikan kepada tiga peringkat mengikut perkembangan
individu tertentu iaitu:
i.   Peringkat Pertama (Peringkat Awal) 
ii.  Peringkat Kedua (Peringkat Pertengahan)
iii. Peringkat Ketiga (Peringkat Maju) 

Peringkat Pertama

Peringkat pertama dikenali sebagai peringkat awal. Pada peringkat ini beberapa kemahiran
mendengar yang perlu dikuasai ialah;
(a) Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
(b) Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
(c) Melakukan sesuatu yang disuruh.
(d) Menjalankan perintah dan permintaan.
(e) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
(f) Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Kedua 

Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan. Pada peringkat ini beberapa kemahiran yang perlu
dikuasai ialah;
(a) Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.
(b) Mengenal maklumat khusus.
(c) Mengesan urutan.
(d) Mengenal sebab dan akibat.
(e) Mengenal perhubungan orang–orang yang berinteraksi.
(f) Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

Peringkat Ketiga

Peringkat ketiga ialah peringkat maju. Pada peringkat ini kemahiran yang perlu dikuasai ialah;
(a) Mengenal isi-isi penting.
(b) Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap.
(c) Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
(d) Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
(e) Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.
(f) Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
(g) Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur tatabahasa.

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar


Dalam melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan pengajaran berjalan dengan berkesan. Perancangan boleh dilakukan
mengikut tiga peringkat yang berikut:
1. Peringkat Pramendengar
2. Peringkat Semasa Mendengar
3. Peringkat Selepas Mendengar

Peringkat Pramendengar
• Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar.
• Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan ringkas tentang apa yang hendak
diperdengarkan.
• Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam
keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti berkenaan.
• Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia untuk mengikuti aktiviti.

Peringkat Semasa Mendengar


• Guru memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
• Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin semasa
aktiviti mendengar dijalankan.

Peringkat Selepas Mendengar


• Guru menghuraikan tentang apa yang dikemukakan oleh murid dalam bahan rakaman yang
mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
• Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
• Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.
• Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti berkenaan.

KEMAHIRAN LISAN

Kemahiran mendengar ialah kemahiran lisan yang paling asas dan kemahiran ini berlaku pada
peringkat penerimaan. Seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dengan baik
biasanya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula
memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengarnya.

Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan. Proses mendengar
merupakan satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses
memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan,
kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang itu memahami apa
yang didengarnya dan membuat tindak balas yang sesuai.
KONSEP PENTING DI DALAM PENDENGARAN

Beberapa konsep penting tentang pendengaran, iaitu;


(a) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya.
(b) Pendengaran merupakan gabungan daripada segala yang didengar difaham dan diingat.
(c) Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran.
(d) Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.
(e) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
(f) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan.
(g) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah-
hujah dan bukti-bukti.
(h) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.
(i) Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan
dan lain-lain aspek seni dan estetika.

JENIS DAN PROSES MENDENGAR

Mendengar adalah satu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
Mendengar melibatkan dua proses, iaitu;

(a) Membuat jangkaan


Apabila kita mendengar kita akan membuat jangkaan dalam fikiran terhadap apa yang akan kita
dengar seterusnya.
Contohnya, apabila kita mendengar berita tentang banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur, kita akan
membuat jangkaan tentang kemungkinan lain yang berkaitan dengan peristiwa tersebut.

(b) Menentukan Tujuan


Untuk menjadi pendengar yang berkesan, seseorang itu perlu mempunyai tujuan tertentu untuk
mendengar. Tujuan mendengar mungkin untuk mendapat hiburan, pengetahuan dan maklumat.
Sekiranya kita mendengar tanpa tujuan, apa yang didengar itu tidak bermakna.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LISAN

Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat iaitu:


(a) Peringkat persediaan
(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti
(c) Peringkat susulan dan penilaian
Peringkat Persediaan
Tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru ialah;
(i) Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk cara serta
memberi contoh.
(ii) Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti.
Contohnya, kad kiu, bahan stensilan dan peralatan lain yang mungkin diperlukan.
(iii) Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

Peringkat Pelaksanaan Aktiviti


Dua perkara yang berlaku semasa peringkat pelaksanaan aktiviti iaitu;
(i) Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.
(ii) Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil bahagian.

Peringkat Susulan dan Penilaian

Dalam sesuatu waktu pengajaran dan pembelajaran, aktiviti susulan dan penilaian perlu dilakukan
oleh guru untuk mendapatkan maklum balas bagi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid.
Penilaian yang dimaksudkan bukanlah dalam bentuk penilaian formal tetapi lebih merupakan
penilaian berterusan. Contoh aktiviti susulan dan penilaian yang boleh dijalankan ialah seperti
mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberi maklum balas tentang prestasi dan
pencapaian murid. Sebagai pengukuhan guru digalakkan memberi kerja rumah yang berkaitan untuk
aktiviti susulan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur, guru digalakkan membentuk kumpulankumpulan


kecil supaya ramai murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Kemahiran
bertutur ini harus digabung jalin dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan
satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting dijalankan untuk mengukuhkan
pembelajaran murid.

Beberapa aktiviti yang boleh dirancang dalam kemahiran bertutur ialah;


(a) Aktiviti berbual
(b) Dalam melaksanakan aktiviti ini guru menyediakan beberapa tajuk yang sesuai dengan tahap
kebolehan berbahasa serta persekitaran murid. Guru juga boleh melaksanakan aktiviti dengan
secara berdua ataupun secara berkumpulan.
(c) Aktiviti bercerita
(d) Guru memberikan garis panduan bagi memudahkan murid bercerita, misalnya tema dan masa
yang diperuntukkan. Guru juga boleh menyediakan tempat yang sesuai supaya aktiviti itu menjadi
menarik dan dapat menggalakkan murid untuk bercerita.
(e) Aktiviti berlakon
(f) Aktiviti berlakon dapat meningkatkan kemahiran lisan murid. Oleh itu, guru perlu menggalakkan
murid mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Aktiviti berlakon boleh dijalankan di dalam kelas
ataupun di luar kelas. Sekiranya aktiviti itu dijalankan di luar kelas, misalnya di dewan sekolah, maka
murid akan membuat persediaan yang lebih rapi dan bersungguh-sungguh.
(g) Aktiviti berpuisi
(h) Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu ataupun kumpulan. Guru menyediakan puisi sama ada
puisi moden ataupun puisi tradisional dan meminta murid membacanya. Aktiviti ini menjadi lebih 
menarik sekiranya tajuk puisi yang digunakan itu dimaklumkan lebih awal kepada murid. Langkah ini
dapat memberi peluang kepada murid untuk berlatih, iaitu membaca dan menghayati puisi
berkenaan.
(i) Aktiviti bercakap berdasarkan gambar
(j) Aktiviti ini dijalankan mengikut prestasi murid. Guru boleh menyediakan pelbagai gambar yang
menarik minat murid untuk bercerita atau menerangkan sesuatu perkara yang terdapat dalam
gambar berkenaan. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menggunakan gambar tunggal ataupun
gambar bersiri.
(k) Aktiviti melaporkan berita
(l) Guru meminta murid melaporkan sesuatu berita tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang
mereka pernah terbaca, melihat, alami atau mendengar daripada orang lain.

(m) Aktiviti berbahas atau bersyarah


(n) Guru memberi tajuk syarahan atau perbahasan kepada murid. Syarahan boleh dijalankan secara
individu sementara perbahasan dijalankan secara kumpulan. Guru menjelaskan syarat-syarat
syarahan dan bahasa kepada murid.
(o) Aktiviti menyanyi
(p) Pada kebiasaannya,murid-murid berasa seronok apabila guru menjalankan aktiviti menyanyi.
Dalam aktiviti ini, guru boleh menyanyikan lagu kanak-kanak yang mengandungi perkataan yang
mudah untuk disebut dan difahami bagi kanak-kanak pada peringkat rendah. Aktiviti menyanyi boleh
meningkatkan kebolehan murid dalam sebutan dan intonasi.
(q) Aktiviti perbincangan
(r) Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan bagi murid yang berada di sekolah menengah ataupun bagi
murid tahap dua di sekolah rendah. Perbincangan boleh dijalankan secara kelas ataupun secara
kumpulan. Guru membahagikan murid mengikut kumpulan tertentu dan perbincangan bermula
dengan membincangkan sesuatu tajuk dalam kumpulan masing-masing. Langkah seterusnya ialah
hasil perbincangan itu akan dilaporkan oleh ketua kumpulan kepada kelas untuk disoal jawab.

Memilih dan Menggunakan Bahan Pengajaran Kemahiran Lisan

Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria yang
berikut;
(a) bahan yang sedia ada
(b) kesesuaian dengan objektif pengajaran
(c) keberkesanannya.

Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu;
(a) Guru, murid dan bilik darjah
Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran, misalnya;
(i) guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakkan kepala bagi menunjukkan
perbezaan intonasi dalam pertuturan .
(ii) Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.
(iii) Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh
murid apabila bertutur.

(b) Objek Sebenar


Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran yang berkesan,
untuk membolehkan murid;
(i) Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air
dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman.
(ii) Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku.
Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar.
Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual seperti televisyen, video,
filem dan transperansi.
(iii) Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah,
kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur.

(c) Gambar
Guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai
bahan rangsangan untuk murid-murid bercerita, berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar
yang digunakan hendaklah sesuai dari segi saiz, terang dan jelas.

(d) Grafik
Pelbagai grafik boleh digunakan sebagai bahan rangsangan yang baik untuk bertutur, seperti;
(i) Pelbagai jenis carta misalnya carta pai, carta palang, carta lingkaran dan carta organisasi seperti
carta keluarga.
(ii) Jadual yang mengandungi maklumat untuk aktiviti pertuturan, misalnya jadual waktu, jadual
perjalanan dan jadual tugas.
(iii) Pelan dan peta yang menunjukkan arah perjalanan atau kedudukan sesuatu tempat.

(e) Kad
Pelbagai jenis kad boleh digunakan sebagai bahan rangsangan, seperti;
(i) kad perkataan- untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru dan penting bagi digunakan
dalam pertuturan. Penggunaan kad sebagai alat dan bahan bantuan mengajar akan lebih licin dan
kemas sekiranya guru menggunakannya di atas papan flanel dan carta poket.
(ii) Kad arahan atau kad peranan – mengandungi arahan tentang peranan yang harus dimainkan oleh
murid dalam situasi tertentu semasa berlakon atau main peranan.

(f) Bahan nyanyian, puisi dan permainan


Bahan ini dapat mewujudkan suasana gembira dalam kalangan murid. Penggunaannnya harus
diawasi supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tidak diabaikan. Permainan bahasa yang
dirancang secara teliti akan dapat membantu pencapaian objektif bertutur. Melalui permainan
murid dapat menggunakan kemahiran bertutur dalam keadaan bersahaja. Permainan bahasa dapat
menambah kepelbagaian situasi pembelajaran, memberi motivasi dan peluang kepada murid
mempelajari bahasa.

(g) Alat dan bahan yang dibeli


Alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kategori ini terdiri daripada perkakasan dan
perisian. Alat dan bahan ini agak mahal dan penggunaannya bergantung pada kemudahan fizikal
yang disediakan di sekolah. Contohnya;
(i) makmal bahasa untuk melatih murid dari segi sebutan, intonasi dan perbualan.
(ii) Filem, rancangan televisyen dan plastik lutsinar/ transperansi.
(iii) Komputer.

Penilaian

Ujian bertutur boleh dilakukan melalui;


(a) Tugasan dalam ujian bertutur

(i) Memadankan

• memadankan objek dengan tulisan


• memadankan gambar dengan tempatnya
• memadankan harga dengan objek

(ii) Mengelompok
• Mengelompokkan haiwan mengikut jenis dan habitatnya.
• Mengelompokkan pelbagai jenis warna.
• Mengelompok dan menerangkan jenis-jenis kenderaan dankegunaannya.

(iii) Menyusun dan melengkapkan


• Menyusun maklumat mengikut saiz,  umur dan kepentingan serta melaporkan dalam bentuk
pertuturan.
• Menyusun semula perkataan sehingga menjadi ayat dan seterusnya menjadi sebuah cerita yang
diperdengarkan semula.
• Mencari perkataan dan idea yang sengaja ditinggalkan dan menyusun sehingga menjadi cerita
yang lengkap untuk disampaikan kepada rakanrakan.

(iv) Menyelesaikan masalah


• Menerangkan cara untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan selamat.
• Berbincang dan membuat keputusan tentang apa yang perelu dilakukan, seperti kehilangan adik di
pusat membeli-belah.
• Berbincang untuk memilih orang yang paling layak bagi memikul sesuatu tugas, seperti memilih
ketua darjah.

(v) Berinteraksi

• Berinteraksi menggunakan telefon


• Berinteraksi dalam perbincangan tentang sesuatu rancangan televisyen.
• Berinteraksi menyampaikan maklumat yang berupa pesanan, arahan dan
permintaan.

(vi) Simulasi
• Bermain peranan sebagai pemandu dan penumpang teksi.
• Berbincang untuk membeli-belah bagi mengadakan jamuan hari jadi.
• Menyambut tetamu di rumah.
 

(vii) Projek
• Berbincang untuk mengelolakan satu persembahan kelas bagi majlis
Penyampaian Hadiah sekolah.
• Berbincang bagi menyediakan rancangan siaran radio kanak-kanak.
• Berbincang untuk mengelolakan lawatan kelas ke kilang.

Pengendalian Ujian Bertutur

(a) Ujian secara kumpulan


• Terdiri daripada 4 – 6 orang murid
• Panjang masa perbualan tidak lebih dari 30 minit.

(b) Ujian secara individu


• Panjang masa menguji yang sesuai.
• Dilaksanakan secara ringkas.

##################################################################################

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA


1. Kesediaan Membaca

Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan
murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan
tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid
yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga
serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan
mereka kemungkinan tidak sama. 

Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh
membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar,
kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca
apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah
memberi perhatian kepada dua perkara yang berikut;
(a) perasaan murid
(b) bahasa murid

Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca.
Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut;

1. Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh
menimbulkan keyakinan mereka.

2. Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi
pengalamannya yang sedia ada.

3. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.

4. Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.

Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah:

1. Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya
yang menarik hati.

2. Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara
yang tidak formal.

3. Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa
secara tidak langsung.

4. Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya
supaya murid mahu bertutur.

Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah
bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab
soalan-soalan yang berikut;

1. Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya?

2. Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya

3. Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan
lain-lain.

4. Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya?

5. Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik?

6. Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya?

7. Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?

Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

1. Keadaan fizikal

 penglihatan

 pendengaran

 pertuturan

 umur

 jantina

2. Pengalaman dan persekitaran

 pendedahan bahan bacaan di rumah

3. Emosi dan motivasi

 adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?

 adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?

 adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial?

 adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif

 daya kecerdasan

 kebolehan mental secara keseluruhan

 adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar?


 adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

2. Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia
sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan
persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk
memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,

 Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan
aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.

 Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda
semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada
bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

  

3. Aktiviti prabacaan

Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah;

1. mengenal gambar yang berlainan 

2. mengenal bentuk yang berlainan.

Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang
kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa
menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman,
iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan
kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid
membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
 

4. Mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat
mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang.
Tujuan bacaan mekanis ialah;

1. Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan jelas.

2. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada
tempat berhenti yang betul.

3. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.

4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.

5. Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.

Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut;

1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan
kebolehan dan umur murid.

2. Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama
ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu. 

3. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

4. Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.

5. Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir.

6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji
kefahaman mereka.

Contoh aktiviti
Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad
imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di
bawah;

1. Kad huruf

Kad Huruf

2. Kad Suku Kata

Kad Suku Kata

3. Kad Perkataan

Kad Perkataan

4.  Kad Frasa
Kad Frasa

5. Kad Ayat

Kad Ayat

5. Membaca dan Memahami

Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk;
(a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca.
(b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca.
 

Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak
disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan bacaan dan
kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa
kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut;

1. Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid akan
dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta
mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama.

2. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian antara
perkataan dan menggunakannya dalam konteks.

3. Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi.

4. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara bebas.
Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru.

5. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui
perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat.

Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan kelancaran sahaja
tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Dalam hal
ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk
menangkap maksud isi muridan yang dibaca. Guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-
perkara yang berikut;

1. Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh
mengecam perkataan, suku kata dan huruf.

2. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas


membaca. 

3. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti Sejarah,
Geografi, Sains dan sebagainya.
4. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.

5. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca.

Kategori kefahaman bacaan

Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman
inferensi dan kefahaman kritikal.

1. Kefahaman literal 

 makna perkataan

 makna ayat

 huraian isi

 idea utama

 urutan idea

 perbandingan

 hubungan sebab dan akibat

2. Kefahaman inferensi 

 membuat kesimpulan

 mengeluarkan idea utama

 membuat perbandingan

 menunjukkan hubungan sebab dan akibat

 membuat jangkaan

 memahami dan menghuraikan bahasa kiasan

3. Kefahaman kritikal 

 membezakan kenyataan daripada fantasi

 membezakan fakta daripada pendapat

 menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis

 menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang

 menentukan tujuan penulis


Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif.
Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita
merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza
dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya membaca untuk mengingati dan
mengulang. 

Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis.


 

Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung
kepada input pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui
pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata
yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita
baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang
terhad. 

Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa kita serta
pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak akan dapat
memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan menggambarkan
pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau kita untuk memahami
masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau kita maka kita fikir kita telah
tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat kesimpulan.
 

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama yang kita buat mungkin salah. Ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara yang
bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah.
Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan.

BACAAN INTENSIF

Pada peringkat ini murid dapat mengembangkan kebolehan meneliti, memaham dan
mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat.

Beberapa tujuan bacaan intensif adalah;

1. Untuk membolehkan murid membaca dengan baik iaitu betul dari segi sebutan, intonasi,
lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

2. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan
mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. 

3. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca.

4. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

5. Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.


6. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca dan sebagainya.

7. Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

Bacaan intensif akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru membuat persediaan yang
rapi sebelum bacaan intensif dilaksanakan. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
oleh guru ialah:

1. Bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh murid dalam kelas, kadang-
kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.

2. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji
perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua, latihan perkamusan, hari ketiga
latihan meneka maksud mengikut konteks, hari keempat membaca dengan laju dan
sebagainya.

3. Murid-murid patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan
tatabahasa.

4. Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah
betul, bentuk lisan atau bentuk jawapan bertulis.

5. Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

BACAAN EKSTENSIF

Pada peringkat ini bacaan ekstensif menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar
kelas. Bacaan ekstensif mempunyai beberapa tuajuan, antara tujuannya ialah;

1. Membolehkan murid membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung
daripada orang lain.

2. Untuk membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping dapat pula menghiburkan


hati.

3. Membolehkan murid membaca dengan fasih dalam bahasa yang dimuridi oleh mereka.

4. Untuk membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik dalam kalangan mereka.

5. Untuk memperkaya bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain.

6. Memberi peluang kepada murid terutama mereka yang cerdas untuk meluaskan bacaannya
dan membina daya kreatifnya.

7. Untuk membentuk tabiat gemar membaca dan mendapatkan kebiasaan membuat rujukan
dan menggunakan perpustakaan.
8. Untuk menambah minat membaca.

9. Untuk mempertingkat mutu dan kepantasan membaca.

10. Untuk memperluas dan mempertingkat tahap pengausaan bahasa.

11. Untuk mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa.

12. Untuk memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam bentuk prosa
atau puisi.

Bacaan ekstensif boleh dilakukan mengikut teknik pengajaran yang berikut;

 Mengkaji kandungan bahan.

 Dalam teknik ini, murid akan mengkaji bahan bacaan secara umum terlebih dahulu sebelum
mereka mendapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.

 Buat soalan

 Murid akan membina sendiri soalan-soalan berdasarkan bahan yang dikaji. Cara ini akan
membantu murid membaca dengan lebih mendalam.

 Baca

 Teknik seterusnya ialah murid membaca dengan kadar yang termampu dilakukan iaitu selaju
yang mereka boleh.

 Menerangkan

 Pada akhir setiap bahagian, murid membuat kesimpulan dengan menerangkan pada dirinya
sendiri isi-isi penting, dengan tujuan untuk menyatukan semua maklumat yang dibacanya
itu.

 Mengkaji semula 

 Setelah selesai tugasan membaca, murid perlu mengkaji semula seluruh bahan bacaan
ekstensifnya supaya mereka dapat memastikan bahawa mereka tidak tertinggal apa-apa
dalam menyatukan semua isi tadi.

Panduan semasa melaksanakan program bacaan ekstensif 

1.   Melibatkan seberapa ramai murid.


Halangan atau masalah yang dihadapi dalam melaksanakan program bacaan ekstensif ini hendaklah
diatasi bagi menentukan program ini berkesan. Buku-buku hendaklah disediakan, dipamer dan
kemudiannya dikumpulkan pada akhir sesuatu program. Sistem inventori dan rekod perlu disediakan
secara sistematik bagi mengemaskinikan tajuk dan jumlah buku yang dibaca oleh murid. Selain
daripada membaca, murid juga dapat dilatih dalam aspek pengurusan dan pentadbiran terutamanya
yang berkaitan dengan rekod dan laporan program.
2.   Menemu bual pembaca/murid
Perbincangan antara guru dengan murid amat penting bagi menggalakkan murid membaca.
Pemantauan boleh dilakukan secara berkesan terutramanya bagi memantau perkembangan setiap
murid serta menggalakkan murid meluaskan bacaan mereka.

3.   Membaca kuat kepada murid di dalam kelas


Guru menunjukkan cara, sebutan dan intonasi yang betul kepada murid-murid. Sebutan dan bacaan
yang betul akan menjadi model kepada murid untuk dicontohi. Melalui cara ini, guru juga,
menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti bacaan khususnya yang melibatkan
bacaan kuat di dalam kelas.

4.   Persembahan murid


Persembahan murid yang dilakukan berdasarkan bahan yang dibaca memainkan peranan penting
untuk menilai pemahaman murid. Selain daripada itu, persembahan juga dapat meningkatkan
kemahiran lisan dan menggalakkan murid berfikir dan berhujah. Walaupun persembahan itu pendek,
murid masih berpeluang untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)
terutamanya untuk merealisasikan bahan yang dibaca dalam persembahan mereka.

5.   Aktiviti penulisan berdasarkan bahan bacaan


Aktiviti penulisan hendaklah dirancang bersesuaian dengan bahan yang dibaca. Aktiviti seperti ini
dapat meningkatkan kemahiran menulis. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menulis sinopsis
buku, membuat laporan, menulis maklumat buku atau pengarang dan sebagainya.

6.   Elakkan daripada menguji murid


Program bacaan ekstensif ini hendaklah dijalankan tanpa memberi tekanan kepada murid. Ini
bermakna guru hendaklah mengelak daripada menguji murid. Walau bagaimanapun, tugasan atau
aktiviti yang tidak begitu membebankan murid boleh juga diberikan .

##################################################################################

CIRI-CIRI PENDEKATAN BACAAN EKSTENSIF

1. Murid membaca seberapa banyak buku yang termampu. Bacaan boleh dilakukan di dalam
atau di luar kelas.

2. Menyediakan bahan bacaan yang pelbagai topik. Perkara ini penting bagi menggalakkan
murid membaca dengan pelbagai tujuan dan pelbagai cara.

3. Murid memilih sendiri bahan untuk dibaca dan seterusnya murid juga dibenarkan
menghentikan bacaan sekiranya bahan bacaan berkenaan didapati tidak menarik.

4. Matlamat membaca untuk keseronokan, mendapat maklumat dan pemahaman secara


umum. Matlamat ini dikenal pasti melalui keaslian bahan dan minat murid.

5. Membaca dilakukan mengikut kehendak murid itu sendiri. Dalam hal ini, latihan yang sedikit
ataupun tidak ada latihan diberikan selepas bacaan.
6. Bahan bacaan bersesuaian dengan ketrampilan berbahasa murid khususnya dari pada aspek
kosa kata dan tatabahasa. Penggunaan kamus sebaik-baiknya dielakkan bagi memastikan
bacaan berjalan lancer tanpa gangguan.

7. Bacaan dilakukan bersendirian secara senyap dan mengikut kemampuan sendiri. Murid akan
menentukan di mana dan bila mereka akan membaca.

8. Kelajuan bacaan ditingkatkan terutamanya apabila menmbaca bahan bacaan yang mudah
difahami.

9. Guru memandu murid ke arah mencapai matlamat program, menjelaskan kaedah,


memastikan bahan yang dibaca oleh murid dan membimbing murid agar mendapat manfaat
daripada bacaan berkenaan.

10. Guru menjadi model kepada murid dengan menunjukkan manfaat yang diperoleh daripada
bahan bacaan.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA 1

Kesediaan Membaca

Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan
murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan
tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid
yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga
serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan
mereka kemungkinan tidak sama.

Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh
membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar,
kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca
apabila mereka berada di sekolah.

Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua
perkara yang berikut:
(a)    perasaan murid
(b)    bahasa murid

Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca.
Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut:

(a) Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan
keyakinan mereka.
(b) Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi
pengalamannya yang sedia ada.
(c) Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.
(d) Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.

Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah:
(i) Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya yang
menarik hati.
(ii) Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang
tidak formal.
(iii) Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa secara
tidak langsung.
(iv) Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya
murid mahu bertutur.

Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah
bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab
soalan-soalan yang berikut:
(a) Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya?
(b) Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya
(c) Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-
lain.
(d) Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya?
(e) Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik?
(f) Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya?
(g) Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?

Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca:

1. Keadaan fizikal
(i) penglihatan
(ii) pendengaran
(iii) pertuturan
(iv) umur
(v) jantina

2. Pengalaman dan persekitaran


(i) pendedahan bahan bacaan di rumah

3. Emosi dan motivasi


(ii) adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?
(iii) adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?
(iv) adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial?
(v) adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?
4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif
(i) daya kecerdasan
(ii) kebolehan mental secara keseluruhan
(iii) adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar?
(iv) adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA 2

3. Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai
dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini
merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan.

Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka
dilahirkan. Antaranya:

• Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan
aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.

• Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda
semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada
bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

Contoh:

Bangun pagi-pagi,
Terus pergi mandi,
Sambil gosok gigi,
Gigi putih berseri.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA 3

3.   Aktiviti prabacaan

Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah:


a. mengenal gambar yang berlainan

Arahan: Bulatkan gambar yang tidak sama.

b. mengenal bentuk yang berlainan


Arahan: Bulatkan bentuk yang sama.

Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang
kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa
menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman,
iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan
kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid
membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

##################################################################################

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA 4

4.   Mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat
mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang.
Tujuan bacaan mekanis ialah:

(i) Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas.
(ii) Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat
berhenti yang betul.
(iii) Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.
(iv) Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.
(v) Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.

Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut:
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan
dan umur murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada
dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.
(e) Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman
mereka.

Contoh aktiviti:

Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad
imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di
bawah:

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA 5

Membaca dan memahami

Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk:

1. mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca.

2. Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca.

Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak
disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan bacaan dan
kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata.

Pengajaran kosa kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut:

1. Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid akan
dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta
mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama.

2. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian antara
perkataan dan menggunakannya dalam konteks.

3. Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi.

4. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara bebas.
Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru.

5. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui
perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat.

Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan kelancaran sahaja
tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Dalam hal
ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk
menangkap maksud isi muridan yang dibaca.

Guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang beriku:

1. Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh
mengecam perkataan, suku kata dan huruf.

2. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas


membaca.

3. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti Sejarah,
Geografi, Sains dan sebagainya.

4. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.

5. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca.

Kategori kefahaman bacaan

Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman
inferensi dan kefahaman kritikal.

1. Kefahaman literal
(i) makna perkataan
(ii) makna ayat
(iii) huraian isi
(iv) idea utama
(v) urutan idea
(vi) perbandingan
(vii) hubungan sebab dan akibat

2. Kefahaman inferensi
(i) membuat kesimpulan
(ii) mengeluarkan idea utama
(iii) membuat perbandingan
(iv) menunjukkan hubungan sebab dan akibat
(v) membuat jangkaan
(vi) memahami dan menghuraikan bahasa kiasan
3. Kefahaman kritikal
(i) membezakan kenyataan daripada fantasi
(ii) membezakan fakta daripada pendapat
(iii) menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis
(iv) menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang
(v) menentukan tujuan penulis

Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif.
Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita
merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza
dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya membaca untuk mengingati dan
mengulang. Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis.

Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung
kepada input pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui
pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata
yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita
baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang
terhad. Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa
kita serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak
akan dapat memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan
menggambarkan pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa

lampau kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau
kita maka kita fikir kita telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat kesimpulan.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama yang kita buat mungkin salah. Ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara yang
bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah.
Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan.