Anda di halaman 1dari 3

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER (1979)

 Ahli psikologi Urie Bronfenbrenner telah memperkenalkan Teori Pembangunan


Sistem Ekologi.
 Teori Ekologi yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner (1979) merupakan teori yang
sesuai untuk memahami bagaimana persekitaran yang melingkungi kehidupan
kanak-kanak mempengaruhi perkembangan psikologi kanak-kanak.
 Teori yang diasaskan oleh Bronfenbrenner menekankan pengaruh persekitaran
terhadap perkembangan manusia.
 Terdapat lima sistem yang digariskan oleh Teori Ekologi dalam mempengaruhi
perkembangan psikologi kanak-kanak atau seseorang individu. Lima sistem tersebut
ialah Mikrosistem (Microsystem), Mesosistem (Mesosystem), Ekosistem
(Exosystem), Makrosistem (Macrosystem) dan Kronosistem (Chronosystem).

GA
MBAR : TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER (1979)

 (Gambar 1) yang menggariskan impak penglibatan ibu bapa di sekolah dalam


mempengaruhi pembangunan seorang kanak-kanak.

MIKROSISTEM
 mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat yang mana kanak-kanak
mempunyaiinteraksi berlaku dalam persekitaran yang kecil. Contoh interaksi
kanak-kanak dalam keluargaseperti interaksi antara ibu dan anak. Interaksi
antara rakan sebaya, jiran tetangga.
 Individu yang terlibat dalam pembentukan sosialisasi peringkat awal di
sekeliling kanak-kanak sangat penting dalam perkembangan minda, fizikal
dan emosi.

MESOSISTEM
 Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan
mikrosistem yang lain.Sebarang perkara yang berlaku dalam satu
mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.
 Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan
personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Sistem meso bagi
seseorang dewasa ialah hubungan di antarakeluarga, kerjaya serta
kehidupan sosialnya. Manakala, bagi golongan kanak-kanak pula
sistemmesonya terdiri daripada perhubungan dengan individu di rumah, jiran
dan sekolah.
EKOSISTEM
 Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan murid secaralangsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepadakanak-kanak atau orang dewasa
yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
 Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu
akanmempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif
akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di
kelas.
MAKROSISTEM
 Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh
norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.
 Contohnya, di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan
dantanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang
pelajaran dan pekerjaan- pekerjaan yang penting berbanding kaum
perempuan.
 Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-
murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan
menerangkan bahawataraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam
mendapat pendidikan.

KRONOSISTEM

 Kronosistemberkaitan dengan perubahan sesuatu keadaan dalam


suatutempoh masa. Keadaan ini selaras dengan arus perubahan serta
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dicapai oleh
sesebuah negara.
 Contohnya, kanak-kanak pada zaman globalini lebih berfokus kepada
permainan yang diperolehi daripada media elektronik seperti komputer dan
video games. Berbanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka
lebih terdedahdengan permainan berunsurkan tradisional seperti congkak,
layang-layang, gasing dan sebagainya.
 Pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada
perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek.
https://www.academia.edu/3548155/Teori_Ekologi_Bronfenbrenner

Anda mungkin juga menyukai