Anda di halaman 1dari 28

Tinta Guru

13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

TAJUK : DAYA INSAN dan PROKLAMASI MINDA


OLEH :
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN
PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

1. MEMBINA INSAN DENGAN ILMU

Manusia dijadikan oleh Allah untuk menjadi hamba kepadanya. Sebagai hamba,
kita diwajibkan menyembahnya. Untuk menyembah Allah, manusia perlukan ilmu
sebagai kompas petunjuknya. Tanpa ilmu, manusia menjadi pengikut yang buta
banyak perkara. Buta agama, buta konsep ibadah, buta hati, buta perasaan dan
buta aspirasi diri. Tiga kata kunci menjadi manusia bertakwa dan mulia iaitu
kepercayaan kepada Allah, kecintaan menimba ilmu dan kecintaan sesama
manusia.

Di dalam Islam, manusia diasuh agar ilmu dilihat sebagai proses


pembelajaran sepanjang hayat iaitu dari dalam buaian hinggalah ia menuju ke liang
lahad (kubur). Budaya menuntut ilmu bermula daripada rumah, sekolah, masyarakat
dan Negara. Dunia mengambil maklum negara maju seperti Amerika Syarikat,
Great Britain, Jepun dan Itali dikenali seluruh dunia berhubung budaya tamadun ilmu
dalam kalangan rakyatnya. Sikap memuliakan ilmu ditunjukkan pada sikap
bagaimana Imam Syafiei dan Imam Abu Hanifah pernah semasa remajanya menjadi
murid dan belajar pelbagai ilmu agama dengan Imam Malik. Guru hebat
menghasilkan murid yang hebat juga.

Budaya ilmu membawa maksud keadaan sesebuah masyarakat melibatkan


diri secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan
dalam pelbagai keadaan, masa dan tempat. Sikap membudayakan ilmu menjadi
kunci kepada segala kebaikan untuk membina sebuah negara bangsa yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Justeru, masyarakat dalam kalangan kepimpinan masyarakat, ibubapa


(PIBG), ahli kariah masjid, remaja dan belia mesti peka akan rasional kepentingan

1
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

ilmu kepada diri, keluarga, bangsa dan negara. Tamadun ilmu sesebuah negara
merupakan khazanah keilmuan yang telah dibina sedari generasi zaman dahulu, kini
dan selama-lamanya hingga terbitnya hari kiamat.

Adanya ilmu menjadikan manusia dihormati. Tanpa ilmu manusia tidak


mampu berkerjaya maju macam jurutera, doktor, akauntan dan guru. Ilmu menjana
karektor seseorang menjadi berminda kelas pertama (high order thinking), kreatif,
kritis dan futuristik. Semua manusia, semua agama, semua para nabi dan rasul di
muka bumi ini bersetuju bahawa ilmu asas untuk maju dan berjaya di dunia dan
akhirat (ukhrawi).

Kita sebagai rakyat Malaysia kini dikenali seluruh dunia kerana keilmuan
dalam kalangan rakyatnya. Hingga kini, kita melahirkan dengan bangga beberapa
karektor tersohor yang bukan sahaja dikenali di Asia malah dunia mengenali
mereka. Antaranya Pendeta Za’aba, Profesor Diraja Ungku Aziz, SN Usman Awang,
Tan Sri Dr. Zetty Akhtar Aziz, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas dan ramai
lagi. Jika menelusuri sejarah perkembangan pendidikan Malaysia, kita dapat melihat
betapa evolusi kemajuan bidang keintelektualan rakyat Malaysia melalui lima frasa
perkembagan tamadun ilmu yang begitu lancar, iaitu:

1. Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957)

2. Zaman Pasca Merdeka (1957 – 1970)

3. Zaman Dasar Ekonomi Baharu (1971 – 1990)

4. Zaman Dasar Pembangunan Negara ( 1991 – 2000)

5. Zaman dasar wawasan 2020 ( 2001 – 2020)

Fokus gagasan penuntutan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia telah


berubah daripada fokus kepada bidang pertanian kepada bidang industri dan
teknologi komunikasi. Nampak jelas bahawa kemajuan dalam negara dan luar
negara banyak bersandarkan kepada ledakan ilmu bidang sains dan teknologi.
Penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan berkeluarga dan bekerjaya dalam
kalangan rakyat Malaysia kini banyak berubah menjadi lebih positif kerana kerajaan
Malaysia banyak menyokong agar semua rakyat dapat menggunakan kemudahan
2
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

internet untuk pengurusan bidang kerjaya, perniagaan dan pendidikan. Kini,


teknologi maklumat dan komunikasi ternyata menjadi teras ke arah merancakkan
lagi kecemerlangan pendidikan, ekonomi dan kemajuan negara.

Cabaran utama dalam mengejar dan menguasai ilmu ialah sejauhmana


kalangan kita menguasainya berpaksikan kepada niat suci, ikhlas dan ihsan. Bukan
untuk kepentingan diri, kemaksiatan dan kesombongan. Ilmu dan keilmuan
memerlukan karektor yang unggul, seperti yang ditamsilkan dalam pepatah menjadi
umpama resmi padi, semakin berisis semakin tunduk. Semakin banyak ilmu,
semakin kita tawadhuk. Tanamkan azam dengan slogan diri untuk mencari dan
menguasai ilmu - untuk membantu diri dan orang lain.

“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu


pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka
menjadi bangsa yang bepekerti mulia, mempunyai hemah tinggi,
berjiwa besar, cintakan Negara dan mereka juga mempunyai
kekuatan jasmani dan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat uang
cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja
dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang
mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi” – (Perutusan
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena perutusannya pada
hari kemerdekaan Malaysia ke – 48 : 2005)
Gambaran untuk menterjemahkan kemenjadian modal insan dalam kalangan rakyat
Malaysia adalah bersandarkan kepada gambarajah di berikut:

3
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

2. INSAN BERKEMBANG DAN BERDAYA MAJU

Seorang ahli psikologi bernama Arnold l. Gesell (1961) telah menyatakan bahawa
perkembangan insan berlaku berasaskan jadual berikut:

UMUR CIRI-CIRI
1. Perkembangan emosi : mulai usia 1 bulan dengan
isyarat tangisan atau senyuman untuk nyatakan
kehendak / 4 bulan ketawa apabila merasa gembira.
2. Perkembangan fizikal : bermula pada usia 4 bulan
dengan pergerakan mata / 6 bulan boleh duduk,
0-1 tahun
merangkak, memegang objek / usia 1 tahun boleh berdiri
atau memegang kerusi.

(Bayi menggunakan mekanisme kawalan kendiri)

1. Perkembangan mental dan fizikal meningkat –


kemahiran menggunakan perkataan yang mudah seperti
nak, abah, mama dan susu.
1-2 tahun
2. Perkembangan fizikal semakin bertambah – mula
hendak berjalan dan berlari.

1. Mula menunjukkan sikap berdikari – ingin dapatkan


makanan, minuman dan seumpamanya.
2. Mula girang menggunakan ayat yang mudah seperti
2-3 tahun
“Mama nak mamam -makan” – “Papa nak itut – ikut” dan
seumpamanya.

1. Menunjukkan perkembangan fizikal dalam permainan


3-4 tahun
2. Menunjukkan keupayaan melaksanakan tugasan harian
1. Menunjukkan perkembangan emosi
4-5 tahun 2. Menunjukkan perkembangan kognitif

• Masa transisi, keperluan untuk bersekolah tadika,


mempunyai rakan sebaya dan proses penerimaan
5-6 tahun
peraturan.

• Masa untuk proses penyesuaian alam persekolahan


7-10 tahun
• Masa memasuki alam baligh, alam konflik kendiri dan
11-14
membina imej kendiri remaja
tahun
• Masa persediaan awal memasuki alam dewasa dan
14-16
membina cita-cita kerjaya
tahun

4
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Seterusnya, menurut seorang sarjana psikologi bernama Robert Havighurst


(1952) pula menyatakan bahawa perkembangan manusia dari kecil hingga dewasa
seiring dengan pembinaan personalitinya. Manusia menurutnya memiliki peringkat-
peringkat perkembangan iaitu membina kemahiran, sikap, kefahaman kendiri dan
menuju pencapaian matlamat masing-masing. Menurutnya lagi, proses
perkembangan penting untuk insan setiap insan membina kebahagiaan, kepuasan,
dorongan dan menentukan kejayaan untuk melaksanakan agenda kendiri (matlamat
hidup) seterusnya yang ingin dicapai. Beliau berpendapat bahawa perkembangan
personaliti insan dipengaruhi nilai, norma dan budaya masyarakatnya. Faktor lain
yang menyumbang kepada personaliti insan ialah dari aspek biologi, sosialisasi dan
psikologi.

Sikap untuk mencuba jaya memang telah diamalkan oleh setiap insan sejak
awal bayinya lagi. Setiap insan berhak dan layak jadi berjaya. Untuk berjaya, kita
wajib membuat perancangan dalam pelajaran dan cita-cita kerjaya. Kalangan
ibubapa dan kepimpinan masyarakat harus berganding bahu dengan warga guru di
setiap sekolah untuk merancang kecemerlangan sahsiah dan akademik kanak-
kanak di sekolah. Akta perlembagaan kanak-kanak di Malaysia menyatakan setiap
mereka yang berumur bawah 18 tahun adalah kanak-kanak. Kanak-kanak adalah
pewaris pemerintah negara pada masa depan.

Sigmund Freud (1939), seorang pakar psikologi dan psikoterapi terkenal di


dunia menyatakan setiap insan mengalami ingatan tidak sedar yang berfungsi untuk
lindungi kesedaran insan ketika menghadapi konflik emosi dan tekanan hidup.
Menurutnya, perkembangan emosi adalah mempunyai kaitan rapat dengan
perkembangan fizikal.

5
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Ciri-ciri Perkembangan Emosi - Fizikal Manusia menurut beliau ialah


merujuk kepada jadual berikut:

PERINGKAT
CIRI-CIRI PERKEMBANGANNYA
UMUR

1. Bayi memperolehi kepuasan daripada menghisap,


Peringkat 1
menggigit dan menelan selepas berumur 8 bulan
(0 – 18 bulan –
2. Suka kepada objek permainan
Peringkat bayi)
3. Mula membentuk personaliti melalui pengalaman yang
dialami
Oral
4. Kanak-kanak yang tidak suka menggigit dan menghisap
(Suka menggigit
akan berpersonaliti agresif dan suka mengejek orang
dan menghisap)
lain.

1. Kepuasan diperolehi daripada aktiviti membuang najis


2. Mengawal pembuangan air kecil dan air besar untuk
Peringkat 2
menarik perhatian penjaganya
(18 bulan – 3 tahun
3. Boleh dibentuk menjadi pembersih, kemas dan berjimat
- peringkat awal
jika dibimbing dengan kaedah yang baik dan sesuai
kanak-kanak)
4. Menjadi seorang yang berpersonaliti pemarah jika
dilatih dengan garang dan terlalu tegas semasa di
Anal
dalam tandas
(Dubur)
5. Akan menjadi seorang yang berpersonaliti baik dan
bertolak ansur jika dilatih dengan berhemah ketika
membuang air dalam tandas.

1. Peringkat kanak-kanak memperolehi keseronokan


daripada organ jantinanya
Peringkat 3
2. Berlaku konflik Oedipus = anak lelaki tertarik kepada
( Umur 3 – 6 tahun
ibunya
- peringkat kanak-
3. Konflik Elektra = anak perempuan tertarik kepada bapa
kanak)
4. Kanak-kanak mula belajar dan mengimplimen
mekanisme bela diri untuk tujuan tertentu
Phallic
5. Proses identifikasi dengan ibubapa mula berlaku
(Falik)
6. Kanak-kanak mula belajar meniru karektor ibubapa dan
ahli keluarganya

6
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

1. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula mencuba untuk


Peringkat 4 mengambil tahu tentang rakan sebayanya
(Umur 6 – 12 tahun 2. Kanak-kanak mula belajar dan menyerap nilai moral ke
– peringkat kanak- dalam hidupnya
kanak) 3. Mula mempunyai perasaan kasih sayang terhadap
orang lain.
Latency 4. Mula adanya perasaan sensitif dan menjauhkan diri
(Pendaman) daripada ahli keluarganya dan wujudnya konflik
terhadap orang lain.

1. Mula menaruh minat kepada rakan sebaya yang


berlainan jantina
Peringkat 5
2. Id didorong oleh tenaga Libido yang memotivasikan
(Umur 12 – 19
tingkahlaku
tahun – peringkat
3. Remaja mula bersosialisasi dengan rakn sebaya dan
remaja)
suka melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan
4. Remaja mula memilih kerjaya yang ingin diceburinya
Genital
selepas tamat persekolahan
(Kejantinaan)
5. Remaja mula berfikir akan perkara yang berkaitan
dengan perkahwinan

Personaliti insan menurut beliau pula adalah terbentuk daripada id, ego dan
superego – nya. Makna id, ego dan superego adalah seperti jadual dibawah:

PERKARA MAKSUDNYA

Ianya ialah merupakan bahagian personaliti tidak sedar yang


mengutamakan kepuasan atau keseronokan yang tinggi. Ianya
Id
didorong oleh satu tenaga yang dipanggil Libido (tempat
menyimpan desakan asas dalam diri).

Ianya tumbuh ketika kanak-kanak masuk berumur 6 bulan.


Merupakan bahagian personaliti yang realistik, logik dan tersusun.
Ego
Berfungsi untuk mengawal keinginan id supaya tidak melanggar
nilai atau norma masyarakatnya.

Ianya merupakan bahagian personaliti yang bermoral dan


berkembang hasil daripada didikan agama dan moral.
Superego
Perkembangannya berlaku beransur-ansur semasa kanak-kanak
menerima nilai akhlak dan moral daripada ibubapanya.

7
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

3. INSAN DAN PENCAPAIAN

Insan adalah hamba Allah yang sangat hebat dari segi modus operandi
penciptaan. Jelasnya, Allah Taala telah berfirman dalam Al Quran ( Al A’raaf : 129)
maksudnya:
“Menjadikan kamu (insan) sebagai khalifah di buminya, maka
Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu”

Walaupun hakikatnya insan itu hebat, namun takat hebatnya berbeza. Ia


berbeza berlandaskan perkara berikut:
1. Berbeza dari segi iman dan amalnya
2. Berbeza dari segi minat, bakat dan motivasi diri
3. Berbeza dari segi pencapaian ilmu dan akademiknya
4. Berbeza dari segi status sosio ekonomi dan spiritualnya
5. Berbeza dari segi mantik fikir dan fokus pembacaan
makalahnya
6. Berbeza dari segi imej kendiri, daya kepimpinan dan
semangat patriotiknya

Prestasi korelasinya usaha. Usaha tangga kejayaan. Kejayaan tanpa tangga


usaha, ianya jadi angan-angan MAT JENIN semata-mata. Kita mahu jadi umpama
angan-angan mantan Perdana Menteri ke 4 dan ke 7 Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir
bin Mohamad. Jelasnya, beliau merealisasikan angan-angannya dengan tindakan
yang nyata. Contohnya beliau berangan ingin menulis buku biografinya. Maka
hasilnya ialah kejayaan beliau menulis buku biografinya setebal 981 halaman yang
bertajuk Doktor Umum “Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad’. Bahawa Allah telah
berfirman dalam Al Quran ( An Najm : 53) maksudnya:

“ Bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain


apa yang telah diusahakannya”

8
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Falsafah pendidikan negara ialah suatu “Hasrat mewujudkan insan yang


seimbang pada keseluruhannya berkembang secara jasmani, emosi,rohani,
intelek, sosial dan kreatif”. Tugas guru sangat penting dan berperanan besar
untuk melahirkan modal insan yang selari dengan matlamat falsafah pendidikan
kebangsaan kita. Menyedari akan kepentingannya, kerajaan telah memastika agar di
sekolah, perjawatan dan peranan guru-guru mempunyai skop bidang tugas seperti
di bawah:

GURU BIDANG

Guru Sukan Jasmani

Guru
Emosi
Kaunseling

Guru Agama
Rohani
Dan Moral

Guru
Intelek
Matapelajaran

Murid-murid sekolah dengan sokongan ibubapa dan guru wajarlah


mengambil peluang daripada sistem pendidikan yang ada untuk menguasai
pelbagai pengetahuan. Kita mendapat pendidikan rendah dan menengah percuma
antara yang terbaik di dunia. Berbanding negara maju dan membangunkan yang
lain, Malaysia satu-satunya negara yang ada sistem adu disiplin melalui talian hot
line 1 800 88 4774. Semua pihak boleh mengadu dan mencadangkan apa sahaja
masalah dan idea untuk kemajuan pendidikan negara. Selain itu, Malaysia miliki
sistem perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah yang terbaik di Asia dan
antara paling maju di dunia (Unicef, 2009). Semua kanak-kanak (murid sekolah)
rendah dan menengah boleh mendapat bimbingan dan maklumat pendidikan
kerjaya pada bila-bila masa daripada guru bimbingan dan kaunseling sepenuh
masa di sekolah. Sistem pengurusan kepimpinan instruksional di sekolah Malaysia
juga sangat cemerlang dan ditunjuk pandu dengan penuh profesional dan berdaya
maju oleh Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Sektor

9
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Pengurusan Akademik di seluruh Jabatan Pelajaran Negerinya. Pelbagai bantuan


pelajaran juga disediakan untuk semua murid sekolah kita. Bantuan pelajaran
bukan sahaja ada diperingkat rendah dan menengah, malah juga hingga ke
peringkat Phd.
“Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang mandi biarlah sampai basah. Alang-alang menuntut ilmu, biarlah
sampai dapat ijazah”. Gambarajah dibawah adalah satu panduan yang saya
garap untuk memotivasi kalangan sidang pembaca yang ingin berjaya.

Teori BERJAYA
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN, 2020

Bersembahyang = sejauhmana taatnya dia


B menyembah Allah Taala.

Empati = sejauhmana empati dirinya


E terhadap diri sendiri, orang lain dan
makhluk Allah yang lain.

Rajin = sejauhmana rajinnya dia


R mencari ilmu dan beramal dengan
ilmunya.

Jujur = sejauhmana jujurnya terhadap


J amanah yang telah manusia berikan
kepadanya.

Amanah = sejauhmana amanahnya


A dia terhadap semua tanggungjawab
yang telah Allah kurniakan kepadanya.

Yakin = sejauhmana yakinnya dia


Y akan keesaan dan bantuan Allah
kepadanya.
Asertif = sejauhmana sikap asertifnya
A dia kepada diri sendiri dan orang lain.
10
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Sama ada yakin atau tidak, keyakinan tidak dapat diatasi oleh perasaan ragu-ragu.
Orang yang selalu ragu adalah kerana:

1. Tidak banyak latihan


2. Tidak berani mencuba
3. Tidak nampak potensi diri
4. Tidak ada keyakinan kendiri
5. Tidak banyak membaca dan pengalaman

Semua latihan, berani mencuba, suka berfikir dan gigih membaca akan
menghasilkan keyakinan dan karisma untuk maju ke depan. Orang tidak ada
pengetahuan selalu dirundung rugi, alpa dan gagal dalam kerjaya. Asas atau ibu
segala potensi, keyakinan dan konsep kendiri unggul ialah ilmu. Motivasi adalah
ilmu. Komunikasi adalah ilmu. Kesenian adalah ilmu. Konsep beribadat adalah ilmu.
Orang berilmu hidupnya tidak rugi dan kecundang, dengan syarat dianya beriman
dan beramal soleh. Allah Taala berfirman dalam Al Quran (Al Mujaadalah : 11)
maksudnya;

“Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dari


golongan kamu dan begitu pula dengan orang-orang yang
dikurniakan ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah
maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”

4. INSAN DAN ILMU

Di dalam Islam, ilmu adalah pelita hidup. Tanpa ilmu, hidup manusia ibarat berjalan
malam tanpa lampu atau pelita. Bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda
maksudnya;
“Menuntut ilmu pengetahuan ialah wajib di atas setiap
orang Muslim” – (Riwayat Ibnu Abdulbarr).

Ilmu dalam Islam terbahagi dua jenis iaitu Ilmu Naqliah dan Ilmu Aqliah. Huraian
maksud ilmu berkenaan ialah:

1. Ilmu Naqliah : merupakan ilmu Fadhu Ain berdasarkan ilmu wahyu


iaitu yang mengandungi isi kandungan ajaran di dalam Al Quran, Hadis Nabi
Muhammad SAW dan kitab-kitab agama Islam yang telah didokumentasi

11
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

secara empirical oleh para ulama Islam yang diiktiraf oleh Jumhur Ulamak
muktabar seluruh dunia. Di dalam Kitab Imam Al Ghazali berjudul Bimbingan
Muimin, Jilid 1, pustaka Nasional Singapura (1983) dinyatakan oleh-nya:

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW maksudnya:

“Termasuk ilmu yang dikatakan Fardhu Ain ialah ilmu


pengetahuan yang bakal mengenalkan asas tauhid
(mengesakan Allah) yang dengannya pula dapat
diketahui Zat Allah dan sifat-sifatnya. Juga ilmu
pengetahuan yang dengannya dapat dituntut cara-
cara beribadat dibezakan antara yang halal dan yang
haram, dan mana satu yang dilarang oleh agama dan
mana pula yang dibolehkan dalam urusan hidup
sehari-hari.

Termasuk juga ilmu yang Fardhu Ain ialah ilmu yang


mengenalkan hal ehwal hati, mengenalkan sifat-sifat
terpuji seperti bersabar, bersyukur, bermurah hati,
berakhlak tinggi, bergaul baik, berkata benar dan
ikhlas. Begitu juga dengan sifat-sifatnya yang terkeji
seperti balas dendam, dengki, meninggi diri, riya’,
marah, berseteru, membenci dan kikir. Maka
mengetahui apa-apa yang harus ditinggalkan dari
sifat-sifat yang pertama dan apa-apa yang harus
ditinggalkan dari sifat-sifat yang kedua itu adalah
fardhu Ain., sepertimana hukumnya membersihkan
hal-hal mengenai kepercayaan atau mua’amalat” –
(Riwayat Bukhari)

2 Ilmu Aqliah : merupakan ilmu yang membincangkan tentang bidang-


bidang pengajian yang lebih menggunakan akal (intelek) dan menumpukan
perhatian kepada perkara-perkara keduniaan seharian. Tujuannya ialah
supaya kita ummat Islam memahami, membaiki, merancang dan
mengekalkan kestabilan alam sekitar ini supaya kekal menjadi ekosistem
kehidupan yang selamat, aman, harmoni dan cantik. Bidang Ilmu Aqliah ini
sangat penting untuk kemaslahatan ummat manusia misalnya bidang
bioteknologi, kejuruteraan, satelit, maritim, automatif, elektrikal dan
perubatan.

12
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

5. INSAN DAN PEMIKIRAN

Di dalam ilmu mantik, manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia boleh
berfikir. Manusia ada minda. Minda adalah hasil cerminan otak. Pemikiran yang sihat
datangnya daripada tubuh yang sihat. Pemikiran sihat ialah suatu proses minda
yang menghasilkan ide, maklumat, impresi, ingatan, gambaran dan hasrat sama ada
untuk membina andaian, alasan atau bukti untuk menetapkan keputusan,
membentuk keyakinan sistem kepercayaan serta membuat penilaian yang
berdasarkan kriteria yang dipersetujui..

Untuk memiliki sifat berhikmah, manusia memerlukan proses bagi menjalani


latihan penajaman minda dan pembersihan akal dan qalbu. Manusia yang bertindak
tanpa menggunakan ketajaman akal dan qalbu yang bersih boleh
menjerumuskannya ke dalam kancah kemaksiatan dan nafsu kehaiwanan. Sejarah
kemajuan ilmu yang berakar umbikan amalan caragaya berfikir di dunia ini telah
melalui proses perkembangan yang berzaman. Misalnya adalah seperti berikut;

Zaman Socrates (Abad ke 16)

Pada zaman Socrates insan dilatih untuk menggunakan keberkesanan soalan


untuk menilai dan meningkatkan kebolehan seseorang menjana dan member buah
fikiran yang bijaksana dan berkualiti. Buah fikiran yang bernas tidak semestinya
dihasilkan oleh seseorang yang mempunyai daya kuasa pemerintahan atau
kedudukan yang terhormat dalam kalangan masyarakatnya. Kaedah penyolalan
dalam caragaya pemikiran zaman ini dikenali sebagai “Socratic Questioning”.

Zaman Moden (Abad ke 19)

Pada zaman Moden, insan menjana kemahiran berfikir berlandaskan Domain


Kognitif. Tokohnya ialah Benjamin Bloom. Manakala Domain Afektif pula diasaskan
oleh Krathwohl. Seorang lagi tokoh pemikiran yang terkenal dalam zaman Moden

13
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

ialah Daniel Goldman. Beliau menjelaskan 80% kejayaan insan dalam kerjaya
bergantung kepada kecerdasan EQ dan bukan IQ nya.

Kemahiran berfikir sangat penting bagi insan. Justeru, ada banyak kursus
kemahiran berfikir dilaksanakan untuk pelbagai golongan masyarakat oleh tenaga
pakar motivasi kerana asas kejayaan manusia dalam kerjaya ialah hasil pemikiran
bijaknya. Kemahiran berfikir konotasi maksudnya ialah keupayaan seseorang
menggunakan potensi otaknya dan hatinya sebagai landasan untuk membina
keyakinan dan tindakan dalam profesionalisme.
Banyak teknik berfikir dalam kalangan insan. Dua teknik pemikiran yang
hebat ialah Teknik Berfikir Kritis dan Teknik Berfikir Kreatif. Pemikiran yang kritis
merujuk kepada kemahiran seseorang menggunakan mindanya untuk menilai
keesahan atau kebaikan sesuatu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh member
respon kepada orang lain berdasarkan kepada bukti dan penyebab berlakunya
sesuatu perkara.

Ciri kemahiran pemikiran kritis ialah;

1. Membuat tekaan
2. Membuat andaian
3. Membuat ramalan
4. Membuat inferensi
5. Membuat penaakulan
6. Membuat perbandingan
7. Membuat pengkategorian
8. Membuat korelasi atau perkaitan

Kategori pemikiran kreatif pula ialah merujuk kepada kebolehan seseorang


menggunakan mindanya dalam menjana ide-ide atau kemungkinan atau ciptaan
yang baharu bersandarkan kepada keaslian dalam penghasilan sesuatu tugasan
dalam kerjaya seseorang.

14
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Ciri kemahiran pemikiran kreatif ialah;

1. Mereka cipta
2. Menjana idea
3. Membuat analogi
4. Membuat sintesis
5. Membuat ramalan
6. Membuat hipotesis
7. Menghubungkaitkan
8. Menghubung kaitkan
9. Membuat gambaran mental
10. Membuat inferen atau ramalan awal

Sebenarnya terdapat banyak model pemikiran kreatif di dunia ini. Pemikiran kreatif
sangat penting dipelajari dan dikuasai, khususnya kepada kalangan murid di
sekolah, mahasiswa di universiti dan semua kalangan pekerja sama ada di sektor
swasta mahupun kerajaan. Contoh maklumat berhubung model pemikiran kreatif
adalah seperti dibawah;

MODEL PEMIKIRAN CIRI-CIRI


1. Penerimaan
2. Mencari idea
CREATIVE PROBLEM SOLVING 3. Mencari fakta
4. Mencari fakta
5. Mencari penyelesaian
1. Asli
2. Imaginasi
3. Ingin tahu
4. Sumbangsaran
CREATIVE DIVERGENT
5. Pengembangan
6. Fleksibiliti
7. Mengambil risiko

15
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

1. Adaptasi
2. Meluaskan
3. Mengecilkan
4. Menghubungkan
PROCTOR
5. Tukar ganti
6. Kombinasi idea
7. Penyusunan semula idea

1. Fokus
2. Alternatif
3. Sensitif
LATERAL EDWARD DE BONO
4. Idea baharu
5. Pemikiran radikal
6. Keluar dari kepompong biasa
1. Analogi
ROBERT GARDNER 2. Sintesis
3. Imaginasi

Terdapat 8 konsep penting dalam kemahiran berfikir. Ianya adalah merujuk kepada
gambarajah di bawah;

Sumber : Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, 2020

Adapun Pemikiran Kreatif mengandungi konsep pemikiran yang tersendiri.


Orang yang berfikir kreatif melihat ancaman dan tekanan sebagai peluang besar
16
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

baginya untuk menjadi lebih kuat, matang dan berdaya saing. Nick Vujicic (2019)
seorang insan (rakyat Australia) yang cacat tegar tidak berkaki dan bertangan
berjaya menjadi usahawan, penulis, motivator dan penyanyi yang kaya dan terkenal
di dunia pada masa kini kerana dia miliki kemahiran berfikir kreatif yang berminda
kelas pertama. Jelasnya, huraian ringkas berhubung konsep pemikiran insan ialah;

1. Membina persepsi : Pemikiran yang memberi penekanan kepada apa yang


kita alami dari segi penglihatan, pendengaran dan pembacaan. Seterusnya,
memberi makna kepada apa yang telah kita tanggapi melalui deria kita.
2. Mengenalpasti ciri sesuatu benda atau ide: Pemikiran untuk mengenalpasti
apakah persamaan dan perbezaan antara dua objek atau perkara.
Seterusnya akan memberi nilai kepada kriteria berkaitan sesuatu benda atau
perkara.
3. Mengelaskan ide kepada kategori : Pemikiran membuat pengelasan
berdasarkan cirri-ciri persamaan dan perbezaan dan memberikan definisi
pengelasan ke atas sesuatu idea atau benda.
4. Membentuk generalisasi : Pemikiran yang memberikan penekanan kepada
role, peaturan dan hokum. Menggunakan prinsip untuk meramalkan kejadian
pada masa depan.
5. Membuat keputusan berasaskan andaian yang releven : Pemikiran yang
mengumpul maklumat untuk membina andaian. Seterusnya membuat
keputusan selepas memilih antara alternative dan konsekuennya.
6. Membuat analisis secara kritis : Pemikiran yang memecahkan sesuatu benda
atau ide kepada beberapa komponen asas. Seterusnya, membuat penelitian
dan kajian terhadap setiap pecahan komponen yang telah dipisahkan untuk
mendapatkan maklumat yang terbaik.
7. Membina sintesis secara kreatif : Pemikiran untuk memilih komponen yang
relevan daripada beberapa bahagian. Ianya akan menghasilkan suatu produk
dan tindakan yang unik, menarik dan berguna.
8. Menyelesaikan masalah : Pemikiran menggunakan kesemua perkara di atas
untuk mengenalpasti punca sesuatu masalah. Seterusnya, pemikir membuat
keputusan dan pemilihan yang terbaik daripada beberapa alternatif keputusan
tindakan yang telah dikenalpasti.
17
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Dengan menggunakan konsep pemikiran yang teratur, kreatif dan kritis, akan
menghasilkan manusia yang ternama, berjasa, berwibawa dan menghiburkan
generasi bangsanya. Misalnya di Malaysia, kita ada nama tokoh yang berjasa
diantaranya Pendeta Za’aba, Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang,
Profesor Diraja Ungku Aziz, Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Chef Wan,
Dato’ Dr. Afifi al Akiti, Allahyarham P. Ramlee dan Tan Sri Syed Mokhtar al
Bukhary. Mereka menghasilkan produk kerja yang menjadi teladan dan
mencorak persekitaran hidup rakyatnya dalam pelbagai bidang yang diceburinya.
Jelasnya, sumbangan hasil tindak fikir dan kerja mereka amat berguna kepada
rakyat Malaysia daripada dahulu, kini dan selamanya. Benarlah kata pepatah,
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Sembari itu, dunia Islam pula telah melahirkan manusia yang hebat dan
terkenal kerana kepintaran manusia itu berfikir. Di antara tokoh muslim dunia
yang banyak berfikir, berilmu dan hasilnya memberi impak besar kepada insan di
dunia ialah;

1. Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Ar Razi Masehi


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 864 – 930. Merupakan seorang
pakar sains berbangsa Iran. Orang Barat menggelarnya Rhazes. Lahir di
daerah Rayy, Teheran, Iran. Beliau merupakan seorang cendikiawan dan
ilmuwan tersohor pada zamannya hinggalah kini dalam bidang Matematik,
18
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Falsafah, Kimia, Perubatan dan Kesusasteraan. Beliau adalah manusia


pertama di dunia yang menemui aspek penyakit alergi asma, alergi dan
imunologi dalam bidang sains perubatan.

2. Abu Ali Muhammad Al Hassan Ibnu Haitham


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 965 – 1039 Masehi. Merupakan
seorang pakar sains berbangsa Arab. Orang Barat menggelarnya Alhazen.
Lahir di Basra, Iraq. Beliau merupakan seorang cendikiawan dan ilmuwan
tersohor pada zamannya hinggalah kini dalam bidang Sains, Falak, Geometri,
Perubatan dan Falafah. Beliau adalah manusia pertama di dunia yang
membuat penyelidikan yang empirikal tentang tenaga cahaya. Melalui hasil
penyelidikannya menjadi asas kepada rujukan Kepler dan Bacon di Barat
untuk menghasilkan formula membina mikroskop dan teleskop.

19
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

3. Abu Musa Jabir bin Hayyan


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 721 – 815 Masehi. Merupakan
seorang pakar sains kimia berbangsa Arab. Orang Barat menggelarnya
Gebert. Lahir di daerah Kufah, Iraq. Beliau merupakan seorang cendikiawan
dan ilmuwan tersohor pada zamannya hinggalah kini dalam bidang
Matematik, Falsafah, Kimia, Perubatan dan Kesusasteraan. Beliau adalah
manusia pertama di dunia yang menemui kaedah penyempurnaan proses
kristalisasi, distilasi, kalsinasi, sublimasi dan penguapan serta pengembangan
instrumen untuk melakukan proses-proses kimia untuk kemaslahatan ummat
manusia di dunia ini.

20
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

4. Abu Yusuf Ibnu ishal Al Kindi


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 801 – 873 Masehi. Merupakan
seorang pakar sains kimia berbangsa Arab. Orang Barat menggelarnya Al
Kindus. Lahir di daerah Kufah, Iraq. Beliau merupakan seorang cendikiawan
dan ilmuwan tersohor pada zamannya hinggalah kini dalam bidang Logika,
Matematik, Falsafah, Muzik,Farmasi, Perubatan dan Kesusasteraan. Beliau
adalah manusia berjasa di dunia yang menghasilkan sejumlah 241 buku
ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu khusunya dalam bidang perubatan,
falsafah Arab dan Yunani Kuno.

5. Abul Hakam Umar bin Abdurrahman Al Kirmani


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 936 – 1013 Masehi. Merupakan
seorang pakar logika dan geometri berbangsa Arab. Lahir di daerah Kordoba,
21
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

Sepanyol. Beliau merupakan seorang cendikiawan dan ilmuwan tersohor


pada zamannya hinggalah kini dalam bidang Logika, perubatan dan geometri.
Beliau adalah manusia berjasa di dunia yang menghasilkan teknik praktik
bedah amputasi dan kauterisasi yang tersohor di dunia.

6. Abul Qasim Khalaf Ibnu Al Abbas Az Zahrawi


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 936 – 1013 Masehi. Merupakan
seorang pakar kedoktoran bidang kelahiran anak dan pergigian. Beliau
berbangsa Arab. Orang Barat menggelarnya Abulcacis. Beliau lahir di daerah
Kordoba, Sepanyol. Beliau merupakan seorang cendikiawan dan ilmuwan
tersohor pada zamannya hinggalah kini dalam bidang kedoktoran, pergigian
dan penglahiran anak. Beliau adalah manusia berjasa di dunia dalam bidang
pembedahan dan perubatan.

22
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

7. Muhammad Ibnu Muhammad Almaturidi


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 853 - 944 Masehi. Merupakan
seorang pakar dalam bidang ilmu Kalam. Beliau berbangsa Arab. Beliau lahir
di Basrah, Iraq. Sumbangan keilmuan beliau ialah berkaitan Muktazilah,
Qarmati dan Syiah.

8. Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad – Ibnu Rushd


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 1126 – 1198 Masehi. Merupakan
seorang pakar dalam bidang Perubatan, matematik, Teologi, Ahli Fikah
Mazhab Maliki, Astronomi, Geografi dan Sains. Beliau berbangsa Arab.
Orang Barat menggelarnya Averroes. Beliau lahir di negara Sepanyol. Beliau
diiktiraf sebagai cendikiawan terunggul Islam dalam bidang falsafah.
23
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

9. Abu Raihan Al Biruni


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 973 – 1048 Masehi. Merupakan
seorang pakar dalam bidang Matematik, Astronomi, Fizik, ensiklopedia,
Pengembaraan dan farmasi.. Beliau berbangsa Persia - Iran. Beliau diiktiraf
dunia sebagai cendikiawan unggul Islam dalam bidang perubatan.

10. Muhammad Ibnu Musa Al Khawarizmi


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 780 – 850 Masehi. Merupakan
seorang pakar dalam bidang Matematik dan dikenali dunia sebagai Bapa
Algebra Beliau berbangsa Iran. Orang Barat menggelarnya Algorisma. Beliau
diiktiraf sebagai cendikiawan terunggul dunia dalam bidang Matematik. Dunia
hingga kini menamakan ilmu penemuannya dan menggunakannya dengan

24
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

nama Al Jabar, mengambil daripada tajuk buku ilmu Matematik tulisannya


yang sangat hebat dan berjasa bernama Al Jabar Wal Muqobalah.

11. Muhammad Ibnu zakaria Al Razi


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 864 – 930 Masehi. Merupakan
seorang pakar perubatan,ilmu kimia dan falsafah. Beliau berbangsa Iran.
Beliau dilahirkan di daerah Rayy, Iran. Beliau lahir di negara Sepanyol. Beliau
diiktiraf sebagai salah seorang cendikiawan unggul dunia dalam bidang
perubatan.

12. Abu Nasir Al Farabi


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 872 – 951 Masehi. Kepakaran
keilmuwannya ialah dalam biang Falsafah, Muzik, Sosiologi, Logika,
Psikologi, Pendidikan, Metafizik, Kosmologi dan Fizik. Orang Barat
menggelarnya Alpharabius. Lahir di daerah Khorasan, Khazakhtan.

25
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

13. Abu Ali Al Hussein Ibnu Sina


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 986 – 1037 Masehi. Diberi
jolokan oleh negaranya sebagai Syeh Al Rais kerana ketinggian ilmunya
dalam bidang perubatan. Orang Barat menggelarnya Avicenna. Beliau
berbangsa Parsi. Beliau lahir di Bukhara, Iran. Beliau seorang yang sangat
menyumbang kepada khazanah ilmu di dunia dalam bidang Perubatan, Fizik,
Mineralogi, Matematik dan Astronomi.

26
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

14. Omar Al Khayyam


Beliau hidup antara tahun 1048 – 1131 Masehi. Beliau dilahirkan di Nishapur,
Iran. Beliau seorang pakar dalam bidang penulisan puisi yang dikenali dunia
sebagai Rubaiyat Omar Khayyam.

15. Ibnu Khaldun


Tokoh ilmuwan Islam ini hidup antara tahun 1332 – 1406 Masehi. Beliau
dilahirkan di Tunisia. Dikenali sebagai Bapa Pendiri Ilmu Historiografi. Beliau
adalah tokoh cendikiawan Islam yang ulung dalam bidang Sosiologi, Falafah
Sejarah dan Ekonomi dan Pendidikan. Karyanya yang terkenal sekali ialah
kitabnya Muqaddimah (Pendahuluan)

27
Tinta Guru
13 Disember 2020 Penyuluh Ibu Pertiwi

KONKLUSI

Sebagai insan, sebagai anak Melayu, sebagai bangsa Malaysia yang


bertanggungjawab, menjadi kebaikan untuk kita memahami konsep modal insan
berasaskan kepada dapatan ilmu yang benar, kefahaman yang jitu dan kesedaran
yang mendalam terhadap masyarakat majmuk, kepelbagaian anutan agama dan
pegangan hidup dalam kalangan rakyatnya. Begitu juga akan kepentingan sejarah
Membina Negara Bangsa Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara Dan
Kedudukan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Rasmi Negara. Apabila kita telah
menguasai perkara teras berhubung semangat kenegaraan dan patriotisme itu,
maka selayaknya kita menjadi role model dalam kalangan masyarakat kita untuk
boleh pula menunjuk pandu kepada generasi muda dan rakan sebaya supaya
berusaha untuk sama-sama berganding bahu memaju dan menjaga negara kita.
Semuanya bermula dengan ilmu dan ilmu kunci kejayaan insan. Pesan Imam Al
Ghazali (Ihya Ulumuddin, Jilid 1, Pustaka Nasional, 1981) katanya;

“Bagi ilmu pengetahuan ada lima keadaan. Pertama mencari,


kedua berusaha dan ketiga menghasilkan, yang tidak
memerlukan lagi kepada pertanyaan. Keempat meneliti iaitu
berfikir mencari yang baharu dan mengambil faedah
daripadanya. Kelima, keadaan memberi sinar cemerlang
kepada orang lain. Dan inilah keadaan yang semulia-mulianya.
Maka barangsiapa berilmu, beramal dan membimbing orang
lain, maka dialah yang disebut orang besar dalam alam
malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan
cahayanya kepada orang lain dan menyinarkan pula kepada
dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa keharuman
kepada orang lain dan dirinya sendiri juga harum”.

Sekian, Haraplah Selagi Bernafas.

Maafkanlah Saya.

Akhukum Fillah,

Dr. Ahmad Kamal Bin Ariffin


13 Disember 2020
28

Anda mungkin juga menyukai