Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK MAHMUD Kod Sekolah: CEB 6026

1. Nama Guru
SUHAIDAH BINTI MOHAMAD YUSOP
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan
2. Judul Positif 3. Bidang: Motivasi

Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,


4. Tarikh Pembentangan Hj Muhammad Zakaria dan Husna 5. Muka surat: 104
Hassan
6. Tempat Pembentangan
Telaga Biru sdn. bhd
7.
Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu
cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak
bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat
penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
              Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat
al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga
doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah
SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8.
Nilai Pengetahuan/Pengajaran :
     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif.
Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-
cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang
teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk
memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.
9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

 Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih
di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah.
Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ .......................................................
.(SUHAIDAH BT MOHAMAD YUSOP ) ( )

Anda mungkin juga menyukai