Anda di halaman 1dari 30

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)


SEMESTER 1 TAHUN 2 (2016)

Nota
ELMK3053
KURIKULUM, PENTAKSIRANDAN
PENGURUSAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
FOO SU YI
MEI 2016
ISI KANDUNGAN
BAB 1: Perkembangan Pendidikan Moral BAB 3:Pentaksiran Pendidikan Moral
di Malaysia  Jadual Spesifikasi Ujian
 Sejarah Pendidikan Moral  Pembinaan Item dan Instrumen
 Pengenalan KBSR dan KSSR  Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS)
 Perbandingan antara Kurikulum o Modul Perekodan Perkembangan
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Pembelajaran murid
dan Kurikulum Standard o Pelaporan Pentaksiran
Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Moral
 SPI Bil 2/2010 Pelaksanaan KSSR  Isu-isu Pentaksiran
Tahap 1 Mulai 2011 o Sukar diukur secara Afektif
o Kaedah Penilaian masa yang
BAB 2: Kurikulum Pendidikan Moral panjang
di Malaysia o Penilaian yang subjektif
 Kurikulum Standard Sekolah Rendah o Masalah Pertukaran Guru Moral
o Dokumen standard
Pendidikan Moral
o Matlamat
o Objektif BAB 4: Pengurusan Mata Pelajaran
o Rangka Konsep Pendidikan Moral
 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 4/
o Standard Kandungan
o Standard Pembelajaran 1986
 Panitia pendidikan Moral
o Standard Prestasi
 Tugas dan tanggungjawab Guru
 Dokumen Standard
kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral
o Matlamat  Kod Etika Penguruan
o Objektif  Peranan Guru Pendidikan Moral dalam
o Rangka Konsep merealisasikan PPPM
o Standard Kandungan  Peranan Guru Pendidikan Moral dalam
o Standard Pembelajaran
merealisasikan Aspirasi Negara
o Standard Prestasi
o Wawasan 2020
o Tahap Penguasaan
o Rukun Negara
o Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia

1.1 Sejarah Pendidikan Moral

Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Pendidikan Moral konsep-konsep moral yang


dikenalpasti telah pun dimasukkan dalam pelajaran Sivik – 1974.

Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral
serta menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia.
Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras kebersihan, baik hati,kesederhanaan, kerajinan,
kesyukuran, kejujuran, keadilan, kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat bermasyarakat.
Tiga lagi nilai teras diperkenal, iaitu nilai kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua
sekolah rendah.

20 Julai 1981 - Dua belas nilai yang dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral
Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah seperti berikut:

(a) Sikap bersih dari segi (b) Sikap belas kasihan (c) Sikap sederhana
fizikal dan mental
(d) Sikap rajin (e) Sikap berterima kasih (f) Sikap jujur
(g) Sikap adil (h) Sikap kasih saying (i) Sikap hormat-menghormati
(j) Sikap bermasyarakat (k) Sikap tidak angkuh (l) Kebebasan

1.2 Pengenalan KBSR dan KSSR

Perbandingan KBSR KSSR


Reka bentuk Berasaskan lima bidang, iaitu Berasaskan enam tunjang:
kurikulum nilai berkaitan dengan:  Komunikasi
 Perkembangan diri  Kerohanian, sikap dan nilai
 Diri dan keluarga  Kemanusiaan
 Diri dalam masyarakat  Perkembangan fizikal dan estetika
 Diri dan alam sekitar  Keterampilan diri
 Diri dan negara  Sains dan teknologi

o Linear o Modular
Bahan  Sukatan pelajaran  Dokumen kurikulum
Kukurikulum  Huraian sukatan pelajaran o Standard kandungan
 Buku teks o Standard pembelajaran
o Buku teks
Organisasi Tahap 1 & 2 Tahap 1 (1,2 &3)
Kurikulum (1,2,3,4,5, &6)  Modal teras asas
Mata pelajaran teras  Modul teras tema
wajib dan tambahan  Modul elektif
Tahap 2
Mata pelajaran teras dan elektif
Elemen KBKK  Kreativiti dan inovasi
 Keusahawanan
 ICT
Kandungan 13 nilai 14 nilai
Lajur 4 lajur 2 lajur
Fokus (3M) (4M)
Membaca, menulis, mengira Membaca, menulis, mengira, menaakul
Pentaksiran  Lebih bersifat sumatif  Lebih bersifat formatif
 Pelbagai jenis pentaksiran
 Bersifat authentik dan holistik

Prinsip Pendidikan Moral KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan
kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip
tersebut adalah seperti berikut:

1) Pendekatan Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur


Bersepadu pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sosial.

2) Perkembangan KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan


individu secara untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sosial.
menyeluruh Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

3) Pendidikan saksama KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid
untuk semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh
dan seimbang.
4) Pendidikan seumur KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh
hidup semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan
seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
1.3 Perbandingan antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah diperkenalkan hingga tahun 2011 apabila KSSR diperkenalkan.
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR hanya diperkenalkan untuk tahun 5 dan athun 6 sahaja,
sementara tahun 1 hingga tahun 4 telah menggunakan Standard Kurikulum KSSR.

KBSR KSSR
 Program Pendidikan Moral bertujuan Matlamat  Kurikulum Standard Pendidikan Moral
untuk membentuk individu yang Pendidikan bermatlamat membentuk insan berakhlak
berperibadi mulia dan Moral mulia, berintegriti, yangberpegang teguh
bertanggungjawab melalui kepada nilai universal berasaskan prinsip
pemupukan, penghayatan, dan amalan moral danmenyumbang ke arah
nilai murni masyarakat Malaysia. kesejahteraan negara serta masyarakat
global.
( Sukatan Pelajaran KBSR,
Pendidikan Moral, 2000) ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah,
Pendidikan Moral, 2012:2)
 Menyedari dan memahami norma Objektif  Memahami dan menghayati nilai-nilai
dan nilai murni mayarakat Malaysia Pendidikan universal
 Menghayati nilai murni dan Moral  Menghayati dan mengamalkan budi
menggunakannya sebagai asas pekerti mulia
membuat sesuatu pertimbangan  Melaksanakan tanggungjawab moral dan
dalam kehidupan harian sosial bagi mengekalkan kesejahteraan
 Menyatakan sebab yang diri dengan keluarga, sekolah, jiran,
musnasabah dalam membuat masyarakat dan negara
sesuatu keputusan dan tindakan  Mengembangkan dan mengplikasikan
 Mengamalkan tabiat dan perlakuan penaakulan moral, perasaan moral dan
yang bermoral dalam kehidupan perlakuan moral dalam membuat
seharian pertimbangan dan keputusan.
(Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 1, KSSR,
2010)

Perincian Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR dan KSSR

i. Perincian Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR terdiri daripada empat lajur iaitu:

 Nilai
 Kandungan akademik
 Hasil pembelajaran
 Cadangan aktiviti pembelajaran
Contoh perincian- Bidang pembelajaran 1: Nilai berkaitan dengan perkembangan diri

Nilai Kandungan Hasil Cadangan aktiviti


Akademik Pembelajaran Pembelajaran
1.1 Kepercayaan kepada Agama penyeluh Menghormati i. Bercerita tentang
Tuhan kehidupan anutan agama agama yang dianuti
Keyakinan wujudnya Tuhan Masyarakat di orang lain ii. Menerangkan
sebagai pencipta alam dan Malaysia menganut identiti agama yang
mematuhi segala suruhan-Nya pelbagai agama dianuti
berlandaskan pegangan agama  Ketahui dan
masing-masing selaras dengan kenali anutan
Prinsip Rukun Negara agama orang lain

ii. Perincian Huraian Sukatan Pendidikan Moral KSSR

Kandungan KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh dan
tahap persekolahan.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid Satu penetapan kriteria atau petunjuk
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian
tempoh persekolahan merangkumi aspek yang boleh diukur bagi setiap standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai. kandungan

Contoh perincian

Standard Standard Pembelajaran


Kandungan Tahun 1
1. Kepercayaan Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
kepada Tuhan  Menyatakan keadaan alam di kawasan tempat tinggal
 Menceritakan kepelbagaiaan ciptaan Tuhan
 Menghargai alam ciptaan Tuhan
 Melibatkan diri dalam menjaga keindahan alam
 Mengamalkan sikap menghargai alam ciptaan Tuhan

1.4 SPI Bil 2/2010 Pelaksanaan KSSR Tahap 1 Mulai 2011

(Refer to the paper that Mr Zhidi gave)


Bab 2: Kurikulum Pendidikan Moral in Malaysia

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran
membentuk insan berakhlak mulia dan Matlamat membentuk insan berakhlak mulia dan
berintegriti yang berpegang kepada nilai berintegriti yang berpegang kepada nilai
universal berasaskan prinsip moral dan universal berasaskan prinsip moral dan
menyumbang ke arah kesejahteraan menyumbang ke arah kesejahteraan
negara serta masyarakat global. negara serta masyarakat global.
 memahami dan menghayati nilai-nilai Objektif  Kurikulum merangkumi Kandungan,
universal; Pedagogi dan Pentaksiran.
 menghayati dan mengamalkan budi
pekerti mulia;
 melaksanakan tanggungjawab moral  Membantu untuk memudahkan guru
dan sosial bagi mengekalkan melaksanakan pentaksiran dalam
kesejahteraan diri dengan keluarga, proses PdP.
sekolah, jiran, masyarakat dan
negara;
 mengembangkan dan
mengaplikasikan penaakulan moral,
perasaan moral dan perlakuan moral
dalam membuat pertimbangan dan
keputusan.
*Rujuk ke bawah Rangka
Konsep
- Pelaporan • Tidak secara dalam talian
tahap • Menggunakan aplikasi ms excel
penguasaan • Guru perlu membuat pentaksiran
murid sehingga lengkap satu kelompok
standard kandungan dan pembelajaran
• Rekod disimpan di sekolah untuk:
- tindak susul
- pelaporan kepada pihak
berkepentingan

Standard kandungan: Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard pembelajaran: Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi Standard Kandungan

Standard Prestasi: Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai
petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai (indicator of success)

Tahap penguasaan: Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan
standard pembelajaran yang ditetapkan
Rangka Konsep KSSR dan DSKP
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan satu
bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep-konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Terdapat enam tunjang yang telah dikenal pasti yang mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang
tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Komunikasi Ia memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa


dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus
kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis,
serta nilai tambah menaakul.
Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses
pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang
lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat
pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah BM, BC, BI dll.
Perkembangan Ia memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
Fizikal dan kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.
Estetika Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Perkembangan kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk
melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
Kemanusiaan Ia memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang
Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan
Keterampilan Ia memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui
Diri aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum.
Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan
sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai
pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Sains dan Ia memberi penekanan kepada penguasaan:
Teknologi a) pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
b) pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
c) pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah
Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
Kerohanian, Ia memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada
Sikap Dan penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam
Nilai tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral
bagi murid bukan Islam.
2.2 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Sekolah Dalam Melaksanakan KSSR
Kumpulan Pengurusan
Terdiri daripada pentadbir iaitu guru besar dan penolong kanan.
Dalam konteks KSSR guru besar dan guru-guru hendaklah memahami reka bentuk KSSR.
Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang member focuskepada 4M iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul.
Pentadbir dan guru juga mendapat kefahaman yang jelas mengenai elemen-elemen KSSR

Pihak Guru
Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR.
Menghadiri kursus orentasi yang dianjurkan oleh pada peringkat negeri oleh jurulatih utama
melalui mata pelajaran masing-masing.
Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan,kemahiran dan nilai
murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolahkebangsaan (SK) dan sekolah jenis
kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah.
Standard kurikulum ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai.
Standard pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diakui bagi setiap standard kandungan.
Pendekatan modular ialah merujuk kepada kedua-dua standard kandungan danstandard
pembelajaran yang diorganisasikan dalam bentuk bahagian-bahagianyang diasingkan dalam
bentuk modul iaitu modul dengar tutur, modul membaca,modul menulis, modul tatabahasa dan
modul seni bahasa.
Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur ialah berbentuk serampang duamata dimana
pembelajaran kemahiran berbahasa diutamakan dan pembelajaranyang menyeronokkan
melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.
Dalam sistem penilaian KSSR tiada peperiksaan dijalankan ianya digantikan dengan sistem
BAND bagi menilai pencapaian dan prestasi seseorang murid dan pelajar di sekolah.

Pihak murid
Keterlibatan murid yang semakin aktif selari dengan perkembangan duniateknologi kini.
Persediaan P&P guru untuk memenuhi keperluan murid yang semakin matangdan mahir ICT.
Pandangan dan penerimaan ibu bapa terhadap pelaksanaan KSSR khususnya unsur didik hibur
serta kemahiran seni bahasa kerana ibu bapa lebih bertumpukepada peperiksaan.

Bahan bantu mengajar


Dalam KSSR, bahan bantu mengajar dalam bentuk modular dimana kandungan pembelajaran
disediakan dalam bentuk unit kenduri lengkap (self-contained) yangdinamakan sebagai modul.
Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilaiyang telah
dikenal pasti untuk dikuasai murid.
Bagi tahap satu, kandungan kurikulum diorganisasikan dalam modul teras asas,modul teras dan
modul elektif
Aspek kawalan bilik darjah
Mewujudkan susana bilik darjah yang mesra budaya.
Aspek fizikal pula terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan bolehdiubah suai
mengikut keperluan aktiviti. Selain itu, mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik,
keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran.
Sudut-sudut pembelajaran dan aktiviti dapat membantu perkembangan intelek murid seperti
sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan

2.3 Cara yang digunakan Oleh Sekolah Dalam Melaksanakan KSSR


 guru kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelaksanaan KSSR
o Guru pelatih – Kemaskini kurikulum PISMP dari semasa ke semasa agar bersesuaian
dengan kehendak pendidikan semasa (Hariah Munip & Chin, 2010).
o Program latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) perlulah distruktur dan dibentuk mengikut
keperluan semasa. Kurikulum untuk guru pelatih haruslah menekankan penguasaan
pengetahuan dan kemahiran pedagogi, pada masa yang sama nilai-nilai keguruan harus
diterapkan dalam diri setiap guru pelatih (Yeam, 2007).
 guru besar
o memimpin guru-guru dalam pelaksanaan PBS agar tugas pentaksiran tersebut tidak
menyimpang dari matlamat asal Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).
o memimpin guru-guru dalam pelaksanaan PBS dengan memberi pendedahan yang lebih
banyak kepada mereka.
o menghantar guru untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang berbentuk
‘hands-on’ selain daripada memberi taklimat.
o Guru-guru haruslah diberi lebih banyak peluang untuk menghadiri kursus dan bengkel yang
berbentuk ‘hands-on’ agar kemahiran yang diperoleh boleh dipraktikkan dalam kelas.
 memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur
tinggi yang bersepadu dan sambunganInternet serta makmal computer
o teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti
penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
o ICT digunakan bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) serta menyelaras aktiviti dan program.
o Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian
Microsoft Access dan Microsoft Excel.
o ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan, persediaan pengajaran dan
kandungan pengajaran. Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.
 menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah
o guru tidak perlu dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga
mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik.
o Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti PdP, guru perlu diberikan banyak masa untuk
merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar.
o Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama guru
dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru
Bab 3: Pentaksiran Pendidkan Moral
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 )
Kurikulum kebangsaan
suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
Kurikulum: Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan
pembelajaran yang dihasratkan
Kandungan
• Isi mata pelajaran
• Matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran
tersebut.
Pedagogi
• Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui menerusi teknik dan kaedah yang berkualiti ke
arah mencapai objektif pembelajaran.

• Susun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran. (PPK
2001)

Pentaksiran : Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif
pembelajaran telah dicapai
Apakah kepentingan pentaksiran kepada guru?
• Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid
• Menilai keberkesanan PdP
• Membantu memperbaiki PdP
• Membantu perancangan tindakan susulan

Apakah kepentingan pentaksiran kepada murid?


• Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran mereka
• Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri
• Memaklumkan murid tentang tindak susul

Pelaksanaan PBS adalah (King & Brathwaite, 1991):


i. ia menaksir sesuatu objektif yang tidak dapat ditaksir melalui ujian bertulis biasa.
ii. ia memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan atau kemahiran yang
mereka kuasai. Maka dengan ini perlunya guru dan pelajar beri penumpuan penuh kepada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kualiti pentaksiran mencapai
piawaian yang ditetapkan.
3.1 Jadual Spesifikasi Ujian
 Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur sertamemberikan panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan

Kepentingan JSU
 Kepentingan yang keempat ialah pembinaan JSU dapat menentukankeseimbangan soalan yang
dibina mengikut topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Guru dapat membuat item soalan
yang berpatutan dengan topic yang diajar dengan melibatkan aras-aras kemahiran yang
merangkumi aras mudah, sederhanadan tinggi. Item soalan dapat dibina secara seimbangan
diantara semua topic mengikut keutamaan jam interaksi pengajaran guru.

 pembinaan JSU ialah memberikan panduan untuk membuat format ujian. Memlaluipembinaan JSU
maka guru mempunyai panduan bagi membuat format ujian yangingin diuji. Maka guru dapat
membuat format ujian yang berlainan selagi pembinaanJSU dibuat. Ini akan memudahkan kerja
seseorang guru. Kepentingan keenam ialahpembinaan JSU memberikan panduan untuk
membentuk soalan.

 Guru dapat membuat soalan-soalan ujian mengikut keutamaantajuk yang diajar tanpa membuat
soalan yang melencong atau tidak berkenaandengan matapelajaran yang di ajar. Kepentingan
kedua pembinaan JSU ialah bagimenjamin kesahan sesuatu ujian iaitu kandungan ujian yang
dibuat oleh seseorangguru. Soalan di dalam ujian tersebut boleh dipercayai dan dijamin
kesahannya kerana JSU merupakan proses membuat item-item ujian yang sah. melalui pembinaan
JSU dapat

 menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topic danaras-aras kemahiran yang patut dititikberatkan
dalam membuat item-item soalan.Maka ini dapat mengelakkan seseorang guru membuat terlalu
banyak soalan berkaitan dengan topic yang kurang penting. Sebagaimana yang kita tahu
bahawasetiap soalan yang dibuat berdasarkan aras-aras kemahiran yang tertentu. Ini
dapatmengelakkan guru membuat semua soalan yang mempunyai aras kemahiran yang tinggi.

Penyedian JSU
 JSU mengandungi maklumat tentang:
 Bentuk dan panjangnya ujian
 Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
 JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan
 kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
 Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi
dalam pengajaran.
 Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
 Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
 Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
 Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
3.2 Pembinaan Item dan Instrumen
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH
Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif
dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan
dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian
murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang,
dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat
tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah pendidikan Kebangsaan.
Tujuan-tujuan Pentaksiran
Pelaporan pencapaian—menentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar
Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran.
Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu digunakan.
Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada
pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan pelajaran yang sesuai
untuk digunakan.
Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus
atau jurusan.
Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar.
Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus ujian atau
peperiksaan.
Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakan untuk
mengumpulkan pelajar –pelajar mengikut kebolehan mereka.

Tujuan Pentaksiran
i. Memantau perkembangan murid.
ii. Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum.
iii. Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid.
iv. Memotivasi murid.
v. Menentukan tahap pencapaian.
vi. Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan pelajar.

Ciri-Ciri Untuk Membina Instrumen


i. Tujuan yang jelas
ii. Menepati apa yang hendak ditulis
iii. Item boleh diukur
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja

Terdapat Dua Jenis Instrumen Dalam Pendidikan Moral Pentaksiran Formal Pentaksiran Tidak
Formal
Pentaksiran Formal Pentaksiran tidak formal
Objektif Pemerhatian
Subjektif Temu Bual
Hasil Kerja murid
Senarai Semak
Rekod Anekdot

Contoh item-item ujian soalan objektif dan subjektif.


a. Soalan objektif (Jawapan Terbaik).
b. Soalan objektif (Cantuman)
c. Soalan objektif (Positif / Negatif)
d. Soalan (Betul / Salah)
e. Soalan subjektif (Lengkapkan Perkataan dan Ayat)
f. Soalan subjektif (Jawapan Pendek/Gunakan Gambar)

Kebaikan Keburukan

Soalan Objektif
Merangkumi semua bidang mata pelajaran Pembinaan ujian memerlukan belanja,
masa dan tenaga yang tinggi.
Objektivitinya tinggi.Markah yang sama Menggalakkan pelajar meneka jawapan
diberi oleh pemeriksa yang berbeza
Emosi pemeriksa tidak mempengaruhi Pelajar kurang membuat persiapan rapi.
pemarkahan.
Masa untuk menjawab serta memeriksa Tidak dapat menguji calon di aras kognitif
amat singkat. yang tinggi
Soalan Subjektif

Senang dibina dan ditadbir. Unsur subjektiviti akan mempengaruhi


kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Menguji sejauh mana seorang pelajar Ia hanya merangkumi bidang yang terhad
menyatakan ideanya. kerana bilangan soalan ini terhad.
Boleh digunakan dalam kebanyakan mata Pemarkahan mengambil masa dan tenaga
pelajaran. yang banyak.
Peluang untuk meneka jawapan dapat Pelajar boleh membuat ramalan terhadap
dikurangkan. soalan-soalan yang dikemukakan

3.2.1 Pentaksiran Secara Formal


Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---Penilaian secara formal ialah penilaian yang
dilaksanakan secara formal atau rasmi.
Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua
calon.
Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.
Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan
apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan.

Jenis-jenis Penilaian formal


Terdapat dua jenis penilaian di sekolah:
Penilaian Formatif
Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan
penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil
pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam bab yang berkaitan.
Ciri-ciri Penilaian Formatif
Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian murid dalam sesuatu
bab pembelajaran.
Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepas pelaksanaan sesuatu
ujian.
Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk
member gred.
Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan.
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid
dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang
tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif
Ee Ah meng menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir
sesuatu kursus.
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid
lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh
Lembaga peperiksaan Malaysia.
Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di
seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)


Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa.
Mengetahui keberkesanan pengajaran.
Merancang dan mengubah suai pengajaran.
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral
 Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
 Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat
diperkukuhkan dan diperkayakan.
 Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek
kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dan tingkah laku moral.
 Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai
kejayaan.

Hubungan penilaian dalam proses pengajaran bersistematik ( Sumber:Brown J)


 proses gelungan perancangan pengajaran secara bersistematik.
 Hasil pembelajaran akan ditentukan bagi persediaan perancangan pengajaran.
 Isi kandungan akan menentukan langkah dan corak pengajaran.
 Suatu penilaian akan dibuat pada akhir sesi pengajaran.
 Penilaian ini penting untuk mengesan pengarahan dan pembelajaran sama ada Berjaya
ataupun tidak.
 Pengukuhan, pemulihan, dan pengayaan akan dilaksanakan selepas proses penilaian

Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif


Kenyataan Penilaian Formatif Ujian Sumatif
Maklumat pencapaian murid dan Pemberian sijil dan penggredan di akhir
Fungsi dapat mengesan punca kelemahan sesuatu kursus
untuk pemulihan
Masa Sepanjang proses pengajaran Di akhir sesuatu unit pembelajaran atau
kursus
Penekanan Kognitif, afektif dan psikomotor Kognitif
dalam penilaian
Penumpuan Satu-satu segmen atau bahagian Objektif kursus yang dirancang
pengukuran
Satu sampelan Terhad kepada tugasan Beraneka jenis
pembelajaran sahaja
Kesukaran item Berubah-ubah mengikut keperluan Berasaskan Jadual Penentuan Ujian,
soalan segmen berbilang aras kesukaran
Contoh Ujian bulanan , lembaran kerja UPSR, PMR, SPM, STPM, semua
peperiksaan akhir

3.2.2 Pentaksiran Secara Tidak Formal


Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang
seseorang murid di dalam bilik darjah.
Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.
Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal
a) Pemerhatian
Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan
tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang
menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas.
Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab
atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara
bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi.
Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau
interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.

Tujuan Pemerhatian
Mengesan serta-merta
Mengesan kemajuan
Mengesan pencapaian
Mengesan fenomena tingkah laku
Digunakan untuk menilai :
- sikap
- perlakuan/amalan
- amali
- kemahiran manipulatif
- kemahiran bersosial
- kemahiran belajar
- kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer
- kemahiran mereka cipta

Perlaksanaan Pemerhatian:
Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus
membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai
keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar /marking scheme.

b) Merekod Pemerhatian
Senarai semak

Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan,
kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan,
kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia
memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan
dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain.
Rekod Berterusan
Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan
murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan
oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini
biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat
mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-
konsep moral yang perlu ada pada setiap individu.

c) Anekdot
Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif,
perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh.
Lapor mengikut keutamaan
Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks
Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi
Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik dan
mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah,
perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.

d) PortFolio
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam
satu jangka masa yang dipersetujui.
Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman
dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari
fakta dari peringkat awal hingga akhir.
Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada
pelbagai pihak.
Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui
bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan
pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

e) Temu bual
Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum
untuk menjawab persoalan kajian.
Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang
tidak berstruktur.
Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail,
kandungan dan susunan soalan temu bual.
Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang
sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.

f)Soal Selidik
Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan.
Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri oleh pengkaji
ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu
iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya.
Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersama responden. Ini
akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap.

g)Tugasan
Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan
hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang
rasional dan pertimbangan.
4) Membentuk Instrumen Pentaksiran Tidak Formal
REKOD ANEKDOT:
Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting,
unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan fenomena
yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami
tentang diri murid berkenaan.
Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang
perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan masalah dan
kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:

 Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.


 Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
 -perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
 Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku
 Menulis apa yang dilihat secara objektif
 Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa
 -menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
 -interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
3.3 Isu-isu Pentaksiran
i. Masalah pelaksanaan moral susah dinilai secara afektif
Pentaksiran Pendidikan Moral sewajarnya dilakukan secara afektif tetapi pentaksiran secara
begini sukar dilaksanakan. Antara masalahnya adalah faktor amalan, iaitu moral adalah penghayatan
dan amalan yang berterusan dan menyeluruh. Aspek yang diajar di sekolah adalah tehad dan terpisah
mengikut kandungan tertentu. Pentaksiran tidak dapat dilakukan selepas waktu pengajaran apatah lagi
ketika pelajar di rumah atau di luar sekolah. Bagaimana guru hendak menilai sikap dan tabiat pelajar
selepas satu waktu pengajaran? Apakah nilai baik yang ditunjukkan di sekolah sama juga dengan nilai
yang diamalkan di rumah? Apakah ‘nilai kebersihan’ yang diamalkan di sekolah, dikuatkuasa oleh
peraturan dan disiplin sekolah, juga diamalkan oleh pelajar ketika mereka berada di rumah atau di luar.
Tidak semua tingkah laku pelajar dapat diperhatikan. Apa yang dapat diperhatikan juga tidak
semestinya memberi gambaran tepat tentang sahsiah mereka. Sukar menilai sama ada pelajar benar-
benar mengamalkan apa yang mereka cakap atau tulis. Sukar dinilai apa yang telah diajar sama ada
telah dihayati atau tidak.
ii. Masalah proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Pentaksiran pendidikan moral biasanya dilakukan secara kognitif, iaitu melalui penilaian formal
seperti mengadakan ujian objektif aneka pilihan, jawapan pendek, mengisi tempat kosong,
melengkapkan cerita, dan memadam gambar dan kenyataan. Pentaksiran secara tidak formal seperti
melakukan pemerhatian, menggunakan senarai semak, skala pemeringkatan, rekod anekdot, dan
menyemak hasil kerja juga perlu dilakukan supaya pentaksiran moral menjadi lebih objektif dan
dipercayai. Walau bagaimanapun, apakah guru Pendidikan Moral mampu melakukan semua ini,
ditambah lagi dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang banyak masalah dari
segi proses melaksanakan pentaksiran dan pengurusan.
iii. Masalah penilaian Pendidikan Moral yang subjektif
Terdapat alat yang digunakan dalam pentaksiran khususnya pentaksiran tidak formal banyak
dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Pentaksiran jenis ini tidak tepat dan diragui. Maklum
balas dan keputusan daripada pentaksiran terhadap diri pelajar itu sendiri kurang tepat termasuk juga
faktor guru yang menilai. Guru yang berlainan juga akan memberi penilaian yang berlainan. Guru tidak
boleh terlalu mengharap keputusan pentaksiran moral pelajar adalah tepat.
iv. Masalah penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang meliputi sikap, nilai, minat, dan perasaan merupakan domain yang amat
sukar dinilai. Pelajar yang mendapat skor yang tinggi tidak semestinya lebih baik moralnya daripada
pelajar yang memperolehi skor yang rendah.
v. Masalah guru pendidikan Moral yang sentiasa bertukar
Pihak sekolah dan masyarakat umumnya menganggap Pendidikan Moral kurang penting. Guru
pendidikan Moral yang khususnya sebenarnya masih kurang. Di sekolah, lazimnya guru Pendidikan
Moral tidak mendapat latihan yang kursus.Semua guru yang kurang waktu mengajar dalam bidang
tertentu akan dikehendaki mengajar Pendidikan Moral. Proses pentaksiran Pendidikan Moral
memerlukan masa yang panjang dan pengamatan yang lebih, kerana pentaksiran moral yang
sepaptutnya banyak dilakukan secara tidak formal kerana apa yang hendak dilihat adalah
aspekpenghayatan nilai. Pentaksiran Pendidikan Moral kurang bermakna kerana guru selalu bertukar.
Cadangan pengukuhan pelaksanaan pbs dalam kalangan guru
Perbanyakan latihan dan bengkel dalam pentaksiran
 Ilmu pentaksiran sangat penting kepada seseorang guru bagi melaksanakan pentaksiran yang
telus. Dengan ilmu ini pentaksiran guru akan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. pihak JPN harus turun ke sekolah-sekolah secara berperingkat untuk
memberi pendedahan yang secukupnya. Guru boleh bersoal jawab dan berkongsi masalah
yang dihadapi serta mendapat maklum balas serta-merta. Penyampaian ilmu ini mungkin boleh
dibuat dua kali setahun memandangkan masalah akan timbul setelah melalui proses
pelaksanaan. Maka proses pentaksiran akan berjalan dengan lancar apabila semua
permasalahan telah dapat diselesaikan, walaupun secara perlahan-lahan.

Pemantauan yang konsisten dan bermatlamat

 Pihak JPN/PPD mahu pun pentadbir sekolah seharusnya memantau semasa proses
pentaksiran berlaku dan bukan memantau guru-guru dari segi lisan yang bertulis. Ini adalah
kerana laporan bertulis mungkin boleh direka dan bukan dalam keadaan sebenar. Maka
sebaiknya pemantauan perlu dilihat sendiri oleh pegawai yang bertanggungjawab sejauh mana
pelaksanaannya. Ia juga berguna untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh guru semasa
proses pentaksiran berlaku. Dengan itu penambahbaikan boleh segera dibuat bagi mengatasi
segala permasalahan yang ditanggung oleh guru. Kekerapan pemantauan juga boleh menjamin
kualiti sesuatu pentaksiran. Ini adalah kerana guru-guru perlu sentiasa bersedia dengan proses
sebelum, semasa dan selepas pentaksiran. Kajian secara online yang dibuat oleh LP pada
September 2012, mendapati 90% guru tahun 1, 2 dan 3 serta 83% guru tingkatan 1, tidak jelas
tentang konsep pentaksiran. Guru-guru ini menyatakan pentaksiran dilakukan selepas
pengajaran sedangkan pentaksiran boleh dilakukan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (Stiggins 2005). Maka dengan adanya pemantauan, masalah sebegini boleh
dikesan dan tunjuk ajar boleh diberikan secara langsung

Kurangkan gangguan dalam pentaksiran


 Program sekolah harus dikurangkan supaya tiada gangguan semasa pentaksiran dijalankan. Pihak
pentadbir perlu memberi kerjasama dengan tidak terlalu membebankan guru dengan tugasan yang
bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana guru perlu lebih masa untuk
yang melibatkan aktiviti pentaksiran di mana guru perlu merancang dengan teliti dan menepati
objektif pengajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran dan pembelajaran. Program sekolah
yang kerap diadakan di waktu persekolahan sedikit sebanyak mengganggu perancangan guru
dalam melaksanakan pentaksiran.
Bab 4: Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral
4.1 Surat pekeliling Ikhtias (SPI) Bil. 4/ 1986)
 Tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran,
supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat
penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi

Latar  Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
belakang terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan
rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar.
 Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan
sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau
tidak.
 Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka
dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
 Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling
membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk
memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-
guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama
dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu.
 Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang
menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran bahkan juga masalah
yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar
Struktur  Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh
dan semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
Organisasi (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu
menubuh pelbagai panitia mata pelajaran)
 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang
dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah
 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatismenjadi ahli-ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran
masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai
penghubung diantara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-
perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan
pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua
atau Penolong kananya sama ada dapat penyelesaian atau untuk makluman.
 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan,
ketua panitia masih memainkan peranan penting untukberhubung dengan Guru
Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang
sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli
panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata
Panitia pelajaran:
Mata  Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;
Pelajaran  Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran;
 Memperbaiki prestasi pelajr- pelajar peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran
dengan persatuan atau kelab akademik

Peranan  Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk


Panitia kegunaan ahli-ahli panitia
 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam
sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan
 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari
segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka
 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan
kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah
 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah) yang
disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perIu menubuhkan bank
soalan
 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-
tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-
kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' bila dan
jika perlu
 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal
atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-
isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah
mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu
tersebut
 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain
 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran;
 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan
 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat
menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

4.2 Tugas dan Tanggungjawab Panitia Guru Pendidikan Moral


Pengurusan  Mempengerusikan mesyuarat panitia
 Mengetahui perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan
pembelajaran
 Membuat pemantauan pengajaran dan pemelajaran dari semasa ke semasa
atau apabila diperlukan
 Menjdadi AJK Induk Kurikulum Sekolah
 Menguruskan fail-fail panitia
 Memastikan panitia mempunyai sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran atau dokumen standard kurikulum
 Mencadangkan agihan guru mata pelajaran kepada JK jadual waktu
 Menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangannya
Mesyuarat  Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat panitia
Panitia
Pentaksiran  Menyemak dan menyelaras penyediaan soalan dan skema pemarkahan
dan  Menyediakan laporan analisis keputusann peperiksaan sekolah dan
peperiksaan peperiksaan awam
 Membuat sasaran peratusan kelulusan
 Menyemak dan menyelaras draf soalan ujian dan peperiksaan serta skema
pemarkahan untuk memastikan instrumen pentaksiran adalah berkualiti
sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan
Kurikulum,  Memahami kandungan Sukatan/ Huraian Sukatan/ Standard Kurikulum
pengajaran Pendidikan Moral (HSP) setiap tahun
dan  Memastikan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
pembelajaran
selaras dengan Hsp dan Standard Kurikulum
 Merancang dan menyelaras program peningkatan prestasi pelajar
 Membimbing guru-guru untuk meningkatkan kemahiran mengajar
Alat bantu  Mengelola bengkel atau projek untuk menghasilkan bahan bantu mengajar
mengajar dan belajar
 Menyenaraikan alat bantu mengajar dan menyediakan dokumen
 Membuat pesanan untuk pembelian
Latihan  Merancang dan mengendalikan program kemajuan staf untuk peningkatan
kemajuan ilmu dan kemahiran guru
staf
Aktiviti  Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk mengendalikan aktiviti
Persatuan persatuan
Akademik
Kewangan  Mengkaji keperluan dan menyediakan anggaran perbelajaan tahunan
 Mengurus perolehan mengikut peraturan dan prosedur kewangan
 Megurus stok
Bilik Khas  Menyediakan jadual penggunaan
 Menyediakan peraturan keselamatan pelajar dan penggunaan peralatan
 Memastikan bilik dalam keadaan kondusif bagi pengaaran dan pembelajaran
Tugas-tugas  Menjadi ahli JK peringkat zon dan daerah
lain  Membantu guru besar/ pengetua melaksanakan tugas kurikulum
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
 Melaksanakan program yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan
nilai dalam kalangan pelajar

4.3 Tugas dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral


 Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perincangan yang dikendalikan oleh panitia
 Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panitia dan Persatuan
Pendidikan moral
 Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh Panitia
 Mengetahui perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari semasa ke semasa
 Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia sebelum
menyediakan kertas soalan.
 Membuat pentaksira dan mengadakan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia
sebelum menyediakan kertas soalan.
 Membuat pentaksiran dan mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuian kelas masing-masing
 Memeriksa skrip jawapan pelajar dan merekodkan markah-markah ujian bulanan, ujian pertengahan
semester dan peperiksaan.
 Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan.
 Melaksanakan pentaksiran formatif seperti memberi ujian dan latihan, buku rampaian, buku kerja,
tugasan murid dengan teliti untuk memastikan proses pembelajaran berkesan.
 Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah, daerah, bahagian atau
negeri) apabila diperlukan ata diarahkan
 Membuat laporan dan cadangan kepada panitia apabila diperlukan
 Guru pendidikan Moral tiada pilihan lain, perlu menjadi contoh penghayatan nilai kepada pelajar
kerana perlakuan mereka di dalam dan di luar sekolah bukan sahaja dilihat oleh pelajar tetapi juga
masyarakat.
4.4 Kod Etika Penguruan
Satu panduan perlakuan dan etika kerja untuk profesion perguruan. Sebagai golongan profesional,
guru perlu berperibadi mulia selaras dengan Kod etika Profesion Perguruan, iaitu melibatkan:

 Tanggungjawab terhadap pelajar


- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain
- Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
- Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
- Membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran
yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan, dan tingkah laku yang dapat memberi contoh yang
baik kepada pelajar.
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas, persidangan mesyuarat atau seminar supaya
pengajar mencapai mutu yang setinggi-tinninya.

 Tanggungjawab terhadap ibu bapa


- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan
rumah tangga
- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa berhubung dengan keadaan rumah
tangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibu bapa pelajar
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa/ penjaga mereka.

 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara


- mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara
- Memupuk dalam diri setiap pelajar, sikap dan nilai yang dapat membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
- menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dlm sebarang kegiatan msrkt
- menggalakan k/sama dan persefahaman antara guru dan i/bapa, institusi pendidikan dan m’srkt
- memberikan sumbangan cergas untukmeninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat
- berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan seharian dengan baik.
 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan
- Mengelakkan diri daripadamembuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar antara ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatanyang boleh menjejaskan kecekapan seorang guru
- Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam profesion
perguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion penguuan
- Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru

4.5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM merealisasikan PPPM


Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul RashidMohamed (2007), guru perlu memberi
perhatian kepada perbezaan murid.
- guru juga perlu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memberi kepuasan kepada
muridsupaya tidak ada seorang pun murid dalam kelas dikebelakangkan.
- Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru tidak boleh mengelompok murid mengikut
kaum mereka tertentu sahaja.
- Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku
yang sesuai.
- Dalam membentuk nilai murid, guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai dalamsemua mata
pelajaran yang diajar. Inilah yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.

Guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi
dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan
kelak.
- Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi
diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi
yang sihat.
- Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan
diri untukmencapai potensi mereka

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai .
- Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku
mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .
- Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif
dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan .
- Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius
- Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P
yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot
4.6 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MENCAPAI WAWASAN 2020
i) Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu dan mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama:

- Guru berperanan menerapkan nilai- perpaduan dan bekerjasama


- Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi alat perpaduan dan kerjasama yang boleh
didedahkan secara formal dan informal di sekolah
- Aktiviti di sekolah perlu berfokus kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum.

ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah
menhadapi pelbagai masalah

- Guru berperanan menerapkan nilai- kebebasan, cintakan negara, keyakinan tinggi, tabah dan
sanggup menghadapi cabaran.
- Aktiviti persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform boleh memperkukuhkan
semangat dalam gagasan ini.

iii) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang dan


mengamalkan satu bentuk persefahaman matang terhadap demokrasi Malaysia yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun

- Guru berperanan menerapkan nilia- saling memahami, perpaduan, kerjasama, tolak ansur,
toleransi, dan saling memahami.
- Pemilihan ketua darjah, persatuan dan ketua rumah sukan perlu dilaksanakan mengikut prinsip
demokrasi

Iv)Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.

- Guru berperanan menerapkan nilai- mengamalkan semua nilai murni dan agama serta menurut
peraturan dan undang-undang negara
- Guru adalah model dalam penghayatan nilai
- Arahan, larangan, ingatan nasihat dan amalan tingkah laku di bilik darjah dan sekolah perlu
dikaitkan dengan soal disiplin, moral dan etika

v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada
masa sama meletakkan kesetiaan kepada negara

- Guru berperanan menerapkan nilai-keserdehanaan, tolak ansur, kesetiaan, kerasionalan, dan


saling memahami
- Sambutan perayaan semua agama elok diadakan di sekolah dengan nilai-nilai universal yang
boleh dikongsi dan difahami bersama.
vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

- Guru berperanan menerapkan nilai- kuat semangat, berusaha, bersunnguh-sungguhdan berani


mencuba.

vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada
negara atau orang peseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

- Guru berperanan menerapkan nilai- sifat penyayang, memikirkan orang lain dan hormat-
menghormati.
- Semua aktiviti sekolah dan PIBG perlu menerapkan nilai ini.
- Memasyarakatkan sekolah

viii) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi

- Guru berperanan menerapkan nilai- keadilan, kerjasama dan saling membantu.


- Nilai boleh diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ix) Mewujudkan masyarakat yang makmur dan mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,
giat dan kental
- Guru berperanan menerapkan nilai- keserdehanaan, saling memahami, kerjasama, kuat
semangat dan kuat berusaha.
- Nilai boleh diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.6 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MENCAPAI HASRAT RUKUN NEGARA

 Pada tahun 1970, kerajaan telah menggubal Rukun Negara yang keseluruhan prinsipnya berkaitan
dengan soal moral, akhlak, dan etika yang diharapkan menjadi satu ‘pegangan’ warganegara
Malaysia.
 Lima prinsip Rukun Negara diperkenalkan untuk memenuhi matlamat berikut:
- Mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
- Memelihara satu cara hidup demokrasi
- Mewujudkan masyarakat yang adil dan harmonis.

4.7 Peranan Guru Pendidikan Moral (HASRAT RUKUN NEGARA)

 Mempunyai moral yang baik dan boleh menjdai contoh kepada lima prinsip Rukun Negara selain
daripada bertanggungjawab, sangat dedikasi dalam tugasnya
 Mempunyai agama dan kepercayaan, iaitu percaya kepada konsep ketuhanan
 Setia kepada raja dan bersemangat cintakan negara
 Menghormati perlembagaan Malaysia dan memahami kandungan asasnya khususnya yang
berkaitan dengan kerakyatan, kebebasan beragama, bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja
Melayu, dan hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak warganegara sebagai kontrak sosial
yang tidak perlu dipertikaikan demi menjaga keharmonian dan perpaduan kaum seluruh
masyarakat di Malaysia.
 Mematuhi semua undang-undang negara
 Peribadi sopan dan berakhlak mulia

4.8 Peranan guru Moral dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dengan tujuan untuk mengkaji
pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pada tahun 1988, kerajaan telah memperkenalkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai satu kerangka pembentukan insan yang diharapkan
oleh negara.
 Pendidikan oral dan agama Islam yang diwajibkan dalam sistem pendidikan negara merupakan
satu usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang aik dengan
mengamalkan nilai-nilai murni.
 Membentuk insan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial.
 Warganegara Malaysia yang baik dan bermoral

 Percaya dan patuh kepada Tuhan


 Berilmu pengetahuan dan berfikiran rasional
 Berakhlak Mulia
 Berketerampilan
 Berkeupayaan menyumbang kebarah kemakmuran Negara
 Bertanggungjawab dengan tugas
 Memupuk perpaduan
 Setia kepada raja dan negara

Soalan: Bagaimanakah guru Pendidikan Moral dan sekolah dapat berperanan merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan?

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah model untuk pembentukan insan yang akan dilahirkan
dalam sistem pendidikan negara, iaitu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Peranan Guru Pendidikan Moral (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
- Boleh menjadi model untuk dicontohi oleh pelajar dan masyarakat dari segi sahsiah, emosi dan
berakhlak mulia
- Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi moral
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak minum arak, berjudi, dan suka beriadah
- Mempunyai pegangan agama
- Tidak melakukan kesalahan moral
- Amalan kehidupan berkeluarga yang baik
- Mengutamakan ilmu dalam kehidupan
- Mengamalkan semua nilai-nilai murni yang diajar dalam Pendidikan Moral
- Berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru