KALI 1/ 2016
1.1 Ucapan selamat tahun baru 2016 dan berharap pegawai dan staf dapat
menanam azam baru untuk bekerja dengan lebih bersemangat.
1.2 Membentuk serta memperbaiki semangat kerja berpasukan serta displin diri
meliputi tanggungjawab kepada tugas, pematuhan kepada peraturan yang
berkuatkuasa, menepati masa serta berintegriti, amanah dan saling
menghormati sesama sendiri.
Tindakan: Makluman
2.1 Memandangkan mesin perakam waktu telah rosak, setiap pegawai dan staf
perlu dicatatkan dengan cara menulis pada buku kehadiran dan pada kad
perakam waktu mengikut masa sebenar, pada waktu pagi dan petang. Pegawai
akan membuat pengesahan pada muka depan dan belakang kad perakam
waktu sebelum dihantar ke BTPNJ sebelum 3 haribulan pada setiap bulan.
Tindakan: PTP & Staf
2.2 Semua pegawai dan staf perlu memastikan kebersihan dan keselamatan pada
setiap bilik atau zon kawalan masing.
Tindakan: PTP & Staf
2.3 Pegawai dan staf perlu menguruskan sendiri fail atau dokumen masing dengan
cara menjilid atau mengujudkan sistem fail antaranya SKT, fail meja, manual
prosuder kerja MPK dan lain-lain.
Tindakan: PTP & Staf
2.4 Setiap pegawai dan Staf perlu mencatatkan aktiviti dan tugas rasmi yang
dilakukan ke dalam buku atau log catatan harian dan akan diserahkan kepada
PTP pada setiap minggu untuk semakan dan pengesahan. Format penulisan
boleh rujuk kepada fail meja setiap individu.
Tindakan: PTP & Staf
2.5 Memastikan ruang kerja sentiasa kemas dan teratur terutama pada bahagian
kuanter dan ruang tamu kerana menjadi tumpuan bagi setiap pelangan yang
berurusan dengan premis PKG.
Tindakan: PTP & Staf
2.6 Cuti bagi tahun 2016 telah dijana.Permohonan cuti rehat boleh diisi seperti
biasa di talian HRMIS.
Tindakan: PTP & Staf
2.7 PKG Buloh Kasap telah selesai mendaftar dan mengesah semua aset alih
kerajaan secara online didalam Sistem Pengurusan Aset Alih Kerajaan (SPPA).
2.8 PKG Buloh Kasap telah menerima Netbook bagi tujuan pinjaman guru sebanyak
150 buah pada 7 Januari 2016.Kesemua Netbook berkenaan telah didaftarkan
dan di sahkan di dalam SPPA. Proses agihan ke sekolah akan dilakukan oleh
juruteknik dan perlu mengikut prosuder yang telah ditetapkan.
Tindakan: PTP & Staf
2.9 Perses Setup dan Konfugurasi Netbook 1 Malaysia (NB1M) iaitu Update
Windows & Microsoft Office 2010 hampir selesai dibuat oleh Juruteknik
komputer. PKG hanya akan menyerahkan NB1M yang telah dikonfigurasi ke
sekolah untuk pinjaman.
Tindakan: PTP & Staf
3. Hal-hal Lain.
3.1 Semua pegawai dan staf di harap dapat menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan lebih baik dan berintergriti.
3.2 Cadangan catatan harian akan dibuat secara online dan akan dibuat dalam
masa yang terdekat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.
Dicatat Oleh :