Anda di halaman 1dari 14

Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS HARI GURU SMK DEMAK BARU

PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN


MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR
LAGI……TERIMA KASIH.

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA2 KITA MEMBERIKAN


TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU.

MAJLIS MEMOHON TN PENGETUA UNTUK MENYALAKAN LILIN DIIRINGI OLEH


PENOLONG-PENOLONG KANAN .

.UNTUK MAKLUMAN SEMUA,SIMBOLIK DARIPADA NYALAAN LILIN ITU TADI


ADALAH GURU LAKSANA LILIN PELAJAR PENYULUH KEGELAPAN PENERANG
HATI. SANGGUP MEMBAKAR DIRI DEMI KEJAYAAN ANAK MURID TERCINTA.

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT


TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.

JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN


CUACA REDUP MENAWAN DUKA
GURU IBARAT CAHAYA LILIN
MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN


SELAMAT PAGI

YG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI
TN HJ BAHARUDIN BIN MANSOR YG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU

PN MISIA BINTI HJ ZAIN


PENOLONG KANAN AKADEMIK
EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
EN SELAMAT BIN MASUNI, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS,
EN HIPNI BARAHIM ,EN MOHADIR AMIN , PEGAWAI DARI BANK RAKYAT
CAWANGAN SATOK.

WARGA PENDIDIK ,KAKITANGAN SMK ,AJK PIBG


DEMAK BARU. BARISAN PENGAWAS
DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…SELAMAT HARI GURU
DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT


BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA
SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK
DEMAK BARU BAGI TAHUN 2009..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. ITULAH
TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU


DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU
KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN SAUDARA MOHD


AMIRULLAH BIN JOHARI - UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.DIPERSILAKAN.

.MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA


AMIRULLAH-- DIATAS BACAAN DOA ITU TADI.
ANAK KECIL PERGI BERBURU
TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT


PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU ----
JACOB FREEMAN-UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA JACOB FREEMAN ATAS UCAPAN


SEBENTAR TADI.

PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN


KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT
HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN
AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.

HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA


MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HAJI HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU
BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU
DIPERSILAKAN ….

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU


TADI.

DI MANA ADA KEMAHUAN


DI SITU ADA JALAN
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.

PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA TN HJ BAHARUDIN BIN


MANSUR YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASAIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ BAHARUDIN BIN MANSUR ATAS


UCAPAN ITU TADI.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA EN JAMAL SHUKURI


BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.
SETERUSNYA PULA MAJLIS MEJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK
MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .

ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA


DI AAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN
KASIH GURU AKAN MURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN

BAIKLAH HADIRIN HADIRAT SEKALIAN MAJLIS KINI MENJEMPUT EN BIN MORNI


UNTUK MENGETUAI BACAAN IKRAR GURU..MOHON PARA GURU BERDIRI DI
PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN OLEH PARA GURU
NYANYIAN
LAGU HARI GURU…LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI
LILIN.
.

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN


PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA
PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS


KERJASAMA YANG DIBERIKAN.

T.KASIH DIUCPKN.
MAJLIS AKN DISERIKAN LGI DGN PRSMBHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN
BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN
PERTUNJUKAN BERAGAM INI.
DEMIKIANLAH TADI PRSMBHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH
BADAN PENGAWAS.

MAJLIS TIDAK AKN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DGN PRSMBHN OLEH
GURU..DIJEMPUT CIKGU NOR SHAFIQ UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU
YANG BERTAJUK. BERITA KEPADA KAWAN.
DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.BERBAKAT JUGA RUPANYA CIKGU KITA.TAHUN


DEPAN BOLEHLAH DAFTAR AF8.JANGAN MARAH YA CIKGU.

MAJLIS DISERIKAN PULA DENGAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN


IBAN YANG BERTAJUK TABOH KUMAN DIBAWAH PIMPINAN CIKGU SAEEI.
T.KASIH DIUCAP KAN KEPADA KUMPULAN TARIAN ITU TADI.

MAJLIS AKAN DIMERIAHKAN LAGI DGN PRSMBHN NYAYIAN PLJR PNDIDIKAN


KHAS.

TERIMA KASIH DIATAS PERSMBHAN ITU TADI.

PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA


BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KSIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.MAJLIS.

KITA SUDAH BERADA DI HUJUNG MJLIS DIMINTA SEMUA PLJR BERDIRI UTK
SAMA-SAMA MNYANYIKAN LAGU IBU BERTIWIKU

T.K……………………

PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PG INI. SEKALI LAGI SYABAS
DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-
SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BG THN INI…..

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KPD SEMUA GURU UTK M’JD


P’DIDIK YG GEMILANG.SEMOGA BENIH2 KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM
DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN
KEIKHLASAN,AKANTERPANCAR KEJERNIHA DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK
YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN…

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU…..

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU UNTUK SESI PENGAMBARAN DAN


PERHATIAN UNTUK SEMUA PENGAWAS ANDA DIMINTA TINGGAL DI TAPAK LOBI
SEKARANG.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…


Bismillah…….

Yang Berbahagia .......


Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .......

Yang Berusaha ..............


Guru Besar......

Yang Berbahagia .................................


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah ....................
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat
Sekolah .........

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja bagi Tahun 2013 dengan tema :
......

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz........ Dijemput dengan hormatnya….

(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah
lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang dataran
dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


.Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk membacakan Perutusan
Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG Sekolah


....................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.


Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .... untuk tampil
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....
(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan ................... untuk


menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan .................itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara
melafazkan ikrar diketuai oleh ........., GPK1. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema
Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-


guru.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan
mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah
kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)

Sidang dataran sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........


untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang
Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh


dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN
PEKERJA SK BANGSAR 25 MEI 2014

Kata-kata aluan:
- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum, Pn Nor Shafina Bt
Yasak GPK HEM, , Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma Rajasegaran
Penyelia Petang , guru-guru, para pekerja dan murid- murid yang saya kasihi sekalian.
– Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi yang mulia ini, kita dapat bersama-sama
berkumpul bagi meraikan Majlis Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah bagi tahun 2012.

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari Guru dan pekerja mari raikan.

-Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan
guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam
hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.
-Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara”
- Hari Pekerja diraikan pada 1 Mei . Tujuan sambutan hari pekerja ini adalah salah satu tanda
memperingati para pekerja sebagai tunjang utama bagi kejayaan ekonomi dan sosial negara.
Tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah “ Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi ”.

Bacaan doa :

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Abd Halim Bin Tasliman untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Amin Amin Ya
Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Wakil Guru Sesi Pagi :

Waktu malam melihat bulan,


Mendengar pungguk berlagu merdu,
Selamat hari guru kita ucapkan,
Kerana jasa menaburkan ilmu

-Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Adenan Bin Mustapha bagi
menyampaikan ucapan wakil guru sesi pagi sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja peringkat
sekolah. Dipersilakan.
-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Adnan Bin Mustapha
di atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Wakil Guru Petang :

Burung pipit burung helang,


terbang tinggi tidak sejajar;
biar sejuta rintangan menghalang,
tetapku gagah teguh mengajar.

-Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput Encik Nik Anuar Bin Nik Yaacob untuk
menyampaikan ucapan wakil guru sesi petang sempena perayaan Hari Guru dan Pekerja sekolah.
Dipersilakan. .
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Nik Anuar Bin Nik Yaacob di atas
ucapan sebentar

Ucapan GPK Tadbir dan Kurikulum:


Pohon palma tegak berdiri,
Ditanam mari tepi bangunan;
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

-Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohd Ali Bin Kasmun Guru
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar bagi menyampaikan ucapan sempena
perayaan Hari Guru dan Pekerja peringkat sekolah. Dipersilakan.
-Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Bin Kasmun di atas ucapan sebentar
tadi.

Teratai Melati Melur dan Mawar,


Bunga-Bungaan Harum dan Wangi,
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.
- Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru naik ke pentas untuk
melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh Encik Norhazlesham Bin Mad.
- Selepas itu kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru. dengan nyanyian
lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru

Sesi Pertukaran Hadiah :


Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat;
Hargaiku sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Hadirin sekalian,

-Majlis diteruskan dengan acara pertukaran hadiah. Dimulakan dengan guru bernama
_______________________ naik ke pentas untuk memberi hadiah kepada
________________________

Penyampaian Hadiah :
Buah beluru buah sawa,
Minta sekati bawa ke darat,
Azam guru ke hujung nyawa,
Tabur bakti sampai ke akhirat.

Hadirin sekalian,
-Majlis mempersilakan Pn Nur Shafina Binti Yasak mengiringi oleh Encik Ismail Bin Ahmad
GPK kokurikulum untuk menyampaikan hadiah sukaneka dan perlawanan bola sepak.
- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Ismail GPK kokurikulum kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Angin menderu dengan sepoinya,


Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

-Majlis mempersilakan Pn Nur Shafina Binti Yasak mengiringi oleh Encik Mohd Ali Bin
Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum untuk menyampaikan Anugerah Khas SK Bangsar
sempena Hari Guru dan Pekerja.

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan
Kurikulum kerana sudi menyampaikan anugerah khas.
- Tahniah diucapkan kepada guru dan pekerja yang telah menerima Anugerah Khas daripada
pihak sekolah.
Semua murid diminta berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
-Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga
SK Bangsar kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru dan Pekerja peringkat
sekolah.

Bunga seroja di atas cemara,


Jatuh sekuntum di atas para;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

SEKIAN.SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Anda mungkin juga menyukai