Anda di halaman 1dari 15

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi.

Apakah itu kompetensi kecerdasan emosi?


Kompotensi kecerdasan emosi adalah kebolehan untuk mengecam
perasaan diri sendiri dan juga perasaan perasaan orang lain serta
memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan
orang lain dengan baik.
Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial
yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di
antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan
maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. (Young, 1996)
Kecerdasan emosi adalah banyak dipelajari sepanjang hidup kita dan
kompetensi kita dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup. Kadang-kadang
kecerdasan emosi ini dipanggil EQ (Emotional Quotient) seperti IQ (Intelligence
Quotient). Menurut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk
keberkesanan IQ. Maksudnya, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik jika
bahagian otak kita rosak akibat daripada kecacatan emosi.
Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah
S.W.T. kepada manusia. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah
seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak
berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal
pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu
membawa kepada keburukan.
Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat
membantu dan mempermudahkan manusia dalam kehidupan di dunia ini.
Antaranya :

o Kelangsungan hidup- Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem


kawalan dalaman yang menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila
berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan
memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.

1
o Membuat keputusan- Emosi juga menolong kita membuat keputusan
kerana ia merupakan sumber informasi yang penting. Kajian menunjukkan jika
perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat
membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah. Ini kerana dia tidak tahu
perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.

o Menentukan sempadan dalam perhubungan- Apabila kita merasa tidak


tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita.
Dengan itu kita akan menunjukkan perassan tidak suka dan dapat menolong
menentukan sempadan di samping menghadkan perhubungan agar fizikal dan
mental sentiasa terjaga.

o Komonikasi- Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.


Ekpresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.

o Kegembiraan- Apabila gembira kita akan berasa tenang. Jika kita dapat
mengenal pasti emosi dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk
menentukan apa yang diperlukan untuk merasa gembira.

o Kesatuan- Emosi adalah universal. Emosi seperti simpati, kasihan,


memaafkan dan bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.

• Mengurus emosi negatif- Untuk memperolehi emosi yang sihat kita


perlu mengurus emosi yang negatif. Langkah pertama mengenal pasti
emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau
tidak. Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih
baik. Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.

2
Bagaimana menunjukkan emosi negatif?

Kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menunjukkan emosi yang negatif.
Walaupun kita terpaksa menunjukkan emosi 'buruk' namun kesan negatif dapat
dikurangkan jika bertenang dan mengambil kira perkara di bawah semasa
menunjukkan perasaan negatif tersebut:

i. Jangan terlalu dramatik.


ii. Jangan tunggu sehingga perkara menjadi teruk.
iii. Singkatkan interaksi.
iv. Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.
v. Cakap apa yang anda rasai.
vi. Tanya apa yang orang lain rasai.
vii. Beri cara untuk menjaga air muka(contohnya: mungkin saya salah faham
dengan awak
atau saya tahu tujuan awak baik).

Sebenarnya sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu
perkara. Kadangkala sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak
tepat dan dengan itu akan menghasilkan emosi yang negatif. Selain daripada itu
manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif berbanding positif. Tabiat ini
harus dikikis sebab ia akan memakan diri sendiri. Apa yang penting adalah
dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih
baik walaupun kita mempunyai perassan negatif terhadapnya.

3
Faktor yang mempengaruhi emosi manusia.
Emosi seseorang itu sama ada baik ataupun buruk adalah salah
satu sifatnya. Adakalanya individu dapat mengawal emosi perasaanya dan
adakalanya mereka tewas dengannya. Apa yang penting kita tahu untuk
mengawal emosi kita. Sebagai manusia kita tidak pernah lari dari melakukan
kesilapan. Terutama sekali dalam menguruskan emosi diri. Banyak perkara yang
boleh mempengaruhi emosi manusia. Perkara yang mempengaruhi emosi boleh
dielak sekiranya ditangani dengan cara yang betul. Sekiranya ianya tidak
ditangani, emosi kita terganggu dan secara tidak langsung kualiti kehidupan kita
juga akan terjejas.
Antara faktor yang ketara ialah stress. Stress atau tekanan
melibatkan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan.
Individu berkanaan mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan diri dalam
dirinya dan alam sekitar. Menurut Robinson (1993) sterss merupakan suatu
keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang,
kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama
wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting lepada
individu tersebut. Secara keseluruhannya stress adalah ketidakupayaan
memenuhi tuntutan persekitaran, gangguan fungsi kehidupan dan perubahan
dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan
desakan hidup. Hakikatnya stress itu normal dan berlaku kepada setiap insan.
Kita memerlukan stress sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh
dikendalikan ia akan membebankan kita. Faktor- faktor yang menyebabkan
stress ialah faktor intrpersonal, diri, organisasi, konflik dengan rakan sekerja dan
lain-lain. Individu yang stress biasanya menjadi murung, tidak bersemangat,
mudah marah, suka menyendiri, kurang berkeyakinan dan sebaginya. Stress
bukan sahaja memberi kesan terhadap emosi manusia malah stress juga
memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Stress boleh menyebabkan darah
tinggi, insomnia, sistem imun yang lemah, sakit jantung dan sebagainya.
Jelaslah stress meminkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia.

4
Namun setiap penyakit ada penawarnya. Stress dapat dielakkan jika kita
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sebagai contoh melakukan senaman,
beriadah dengan keluarga, mencari hobi, amalkan pemakanan yang seimbang
dan sebagainya. Selain itu, adalah penting untuk individu yang mengalami stress
cuba menanginya dengan muhasabah diri. Kita hendaklah mengkaji kelemahan
dan kelebihan diri dan mencari penyelesaian terhadap masalah kita dengan
sistematik.
Selain itu masalah keluarga juga boleh menjadi penyebab masalah
emosi. Ibu bapa yang suka bergaduh menyebabkan anak-anak menjadi tertekan.
Anak-anak akan cenderung untuk menghabiskan masa di luar rumah bersama
kawan-kawan. Hal ini boleh menyebabkan anak-anak akan terlibat dengan gejala
sosial. Anak-anak yang datang dari keluarga bermasalah lebih cenderung
bersifat agresif, mudah marah, murung, bersikap biadap, tidak menghormati
orang tua dan sebagainya. Ibu bapa merupakan pemimpin dalam sesebuah
keluarga. Oleh itu, tindak tanduk mereka menjadi contoh dan tauladan kepada
anak-anak. Mereka merasakan apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa mereka
adalah perkara yang betul. Anak-anak memerlukan kasih sayang. Anak-anak
yang kurang kasih sayang akan membuatkan mereka rasa tersisih dan terabai.
Faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam menentukan
emosi seseorang. Suasana atau keadaan di sekeliling kita akan mempengaruhi
emosi kita. Sebagai contoh, jika keadaan sekitar kita busuk, kita tidak akan dapat
melakukan aktiviti dengan tenang dan selesa. Hal ini akan menyebabkan kita
mudah marah dan cepat putus asa. Jika kita bekerja dalam kawasan yang busuk
produktiviti kita akan berkurangan. Jika kita tidak dapat mengawal emosi kita
mungkin kita akan bergaduh dengan kawan atas sebab-sebab kecil.
Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari manghadapi masalah
emosi. Tetapi Tuhan telah mengurniakan kita akal untuk berfikir. Jangan
mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Hadapi
masalh tersebut dan tangani dengan cara yang bermaruah. Sekiranya kita tidak
mampu, mintalah bantuan dari orang lain. Jangan bersifat ego.

5
Kesan didikan ibu bapa terhadap pembangunan emosi anak-anak.

Dewasa ini, isu berkaitan keibubapaan dan institusi kekeluargaan


bukanlah satu isu yang baru. Malah ia adalah isu yang selalu diperkatakan dan
sering diperdebatkan. Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi
yang penting dalam sistem sosial Islam. Justeru itu Islam memandang mulia
kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibubapa kerana mereka
adalah tunggak dan pencorak generasi masakini yang bakal menggalas
kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak
sebagai aset negara yang tidak ternilai.

Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam


mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga
yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah. Skima penilaian ibubapa yang
berjaya tidak meletakkan faktor kebendaan atau aspek lahiriah semata-mata
tetapi lebih dari itu. Faktor keterampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan
membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertakwa, beriman dan
beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan
tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama
kejayaan mereka.

Dalam sesebuah keluarga, kehidupan anak-anak sentiasa di bawah


kepimpinan bapa dengan bantuan ibu. Oleh itu pembangunan dan
perkembangan anak-anak banyak dipengaruhi oleh ibu bapa. Ibu bapa
merupakan pemimpin dalam keluarga. Oleh itu, pembangunan keluarga banyak
bergantung pada pemimpin yang bijaksana, kuat dan berani. Sebaliknya,
keruntuhan keluarga disebabkan oleh kejahilan, kelalaian dan kelemahan
pemimpin. Pada umumnya, pemimpin yang baik mempunyai sifat-sifat positif
seperti berakhlak mulia, berpandangan jauh, kuat bekerja dan cintakan ilmu. Lain
ibu bapa lain pula cara didikannya. Setiap ibu bapa mempunyai cara mereka
tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa

6
menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai dan boleh diterima oleh anak-
anak. Menurut Baumrind (1977), kepimpinan ibu bapa dapat dibahagikan kepada
tiga jenis seperti berikut:

Kepimpinan ibu bapa

( a) Demokratik dan
dinamik (b) Autokratik ( c )Laissez Faire

( a ) Demokratik dan Dinamik

Kepimpinan bercorak demokratik dan dinamik merupakan satu


corak kepimpinan yang fleksibel di mana ibu bapa memberi beberapa autonomi
atau kuasa kepada anak-anak. Pada masa yang sama, mereka menetapkan
peraturan keluarga yang perlu dipatuhi oleh anak-anak. Ibu bapa membekalkan
rasional bagi peraturan-peraturan yang mereka wujudkan. Mereka juga peka
kepada peraturan serta pandangan anak-anak. Kepimpinan cara ini adalah yang
terbaik.

Namun begitu, ibu bapa mengharapkan anak-anak mematuhi


semangat peraturan keluarga dan menggunakan kekuasaan ibu bapa serta
hujah berdasarkan logik. Namun begitu, cara ini Melibatkan anak-anak mereka
berbincang dalam masalah keluarga. Ibu bapa ini bersifat lembut tetapi tegas.

7
Sekiranya anak-anak membuat kesilapan, mereka akan diberitahu kenapa
mereka didenda dan sekiranya mereka mencapai kejayaan mereka akan diberi
pujian. Cara ini menyebabkan anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa. Anak-
anak lebih senang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan
ibu bapa. Mereka juga akan belajar untuk bertanggungjawab terhadap tindakan
yang mereka lakukan. Selain itu, anak-anak akan rasa dihargai bila kejayaan
mereka diiktiraf oleh ibu bapa mereka.

Kepimpinan demokratik yang berlandaskan syariah Islam melahirkan


anak-anak yang menunjukkan ciri-ciri inisiatif, bersopan santun, yakin kepada
kebolehan diri sendiri, bermatlamat, berorientasikan kejayaan, mesra mudah
gembira, mampu mengatasi tekanan hidup, minat mempelajari perkara baru,
mempunyai kebolehan intelek, kecekapan sosial yang tinggi dan sikap-sikap lain
yang positif.

( b ) Kepimpinan autokratik

Kepimpinan autokratik bercorak berkepimpinan yang ketat iaitu ibu bapa


mengadakan berbagai-bagai peraturan keluarga, mengharapkan anak-anak
mematuhi sepenuhnya peraturan keluarga, jarang membekalkan rasional bagin
peraturan yang diadakan dan sering kali menggunakan teknik denda bagi
memastikan anak-anak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kuasa mutlak
berada di tangan ibu bapa dan segala perancangan dan perlaksanaan
ditentukan oleh mereka tanpa mengira pandangan anak-anak. Ibu bapa bersifat
garang dengan anak-anak. Mereka mengamalkan falsafah „anak itu hanya boleh
dilihat tetapi tidak boleh didengar.

Ibu bapa agak terasing daripada anak-anak kecuali pada masa-


masa tertentu apabila mereka berasa perlu berdepan dan berinteraksi dengan
anak-anak bagi suatu tujuan. Ibu bapa bersikap peribadi dalam memberi pujian
dan kririk pada kerja setiap anak tanpa memberi pujian dan kritik pada kerja

8
setiap anak tanpa memberi alasan yang objektif. Mereka tidak mencampuri
aktiviti anak-anak.

Anak menjadi pasif, tidak ada inisiatif, tidak mahu bekerjasama dan
takut mengeluarkan pendapat, ganas, tidak suka berkawan dan sederhana
dalam kebolehan intelelek dan kecekapan sosial. Anak-anak yang dipimpin
secara autokratif hanya produktif semasa bersama ibu bapa ada bersama-sama
mereka. Apabila ibu bapa keluar rumah, anak-anak bersikap agresif, kasar,
bersengketa dan bermusuhan antara satu sama lain.

( c ) Kepimpinan Laissez Faire

Laissez faire dalam bahasa Perancis biarkan mereka bersendirian.


Gaya kepimpinan aissez faire paling kurang kawalan pada anggota keluarga. Ibu
bapa memberi kebebasan berkenaan cara kerja dan hanya cambur tangan
apabila diminta pandangan. Corak kepimpinan ini kendur dan tidak mempunyai
orientasi tertentu. Kepimpinan dilihat seperti tidak mempunyai pemimpin.

Ibu bapa menggandakan peraturan keluarga yang minimum dan


meberi kebebasan yang meluas kepada anak-anak supaya meneroka
persekitaran, menyatakan pendapat dan emosi serta membuat keputusan aktiviti
dan perlaksanaan sesuatu perkara diserahkan kepada anak-anak bagi
menentukanya.

Ibu bapa hanya memainkan peranan mengemukakan maklumat


tertentu yang perlu di samping membekalkan anak-anak dengan bahan-bahan
yang perlu bagi suatu aktiviti. Dalam ketiadaan penyeliaan seorang dewasa,
kanak-kanak itu akan naik kepala, dan ini berlaku sejak dia bayi lagi. Dia akan
berfikir bahawa dunia ini bergerak mengikut kemahuannya, dan dia sering
mengutarakan kata kesat dan tidak menghormati orang di sekeliling mereka.
Anarki dan kacau-bilau bertakhta di rumahnya. Ibunya biasanya adalah wanita
yang paling letih dan paling berputus asa di kawasan tempat tinggal mereka.

9
Kesusahan dan keaibannya mungkin berbaloi jika sikap pasifnya menghasilkan
anak-anak yang baik. Malangnya tidak.

Kepimpinan laissez faire melahirkan anak-anak yang tidak


menghormati orang tua, tidak mempunyai semangat tanggungjawab. Mereka
juga mudah terjerumus dalam gejala sosial. Mereka juga suka memberontak,
tiada matlamat, rendah kawalan diri, rendah dalam pencapaian,mempunyai
kebolehan intelek dan kecekapan sosial rendah dan bersikap dominan.

Selain tiga sifat kepimpinan terdapat juga faktor-faktor lain yang


boleh mempengaruhi emosi anak-anak. Antara faktor yang paling ketara ialah
ibu bapa yang sibuk bekerja tanpa menghiraukan anak-anak. Ibu bapa jenis ini
meletakkan tanggungjawab memimipin sepenuhnya kepada pengasuh ataupun
orang gaji. Mereka tidak mempunyai masa sedikit pun untuk mengambil tahu
tentang prestasi mereka di sekolah, apa yang mereka makan, apa aktiviti anak-
anak mereka dan sebagainya. Anak-anak akan berasa tersisih dan merasakan
mereka kurang kasih sayang. Mereka akan lebih cenderung untuk
menghabiskan masa dengan rakan-rakan mereka. Mereka juga cenderung untuk
terlibat dalam masalah sosial kerana mereka merasakan ibu bapa tidak
menyayangi dan mengambil berat akan diri mereka. Ibu bapa yang bekerja
seharunya pandai untuk menyusun jadual supaya anak-anak mereka tidak
terabai. Sekali sekala bawa mereka pergi bercuti dan habiskan masa dengan
mereka.

Ibu bapa yang suka mendera anak-anak juga boleh mempengaruhi


emosi anak-anak. Ibu bapa yang suka mendera menyebabkan anak-anak
terseksa bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi mental. Anak-anak jenis
ini akan sentiasa hidup dalam ketakutan. Mereka tidak suka duduk di rumah
kerana takut mereka akan di dera. Mereka juga akan menjadi seorang yang pasif
bukan sahaja di rumah tetapi apabila mereka mula memasuki komuniti
masyarakat. Mungkin juga anak-anak yang didera menjadi fobia untuk
berkeluarga kerana takut mereka mengalami perkara yang sama. Anak-anak

10
yang didera juga akan mengalami masalah dalam prestasi pelajaran mereka.
Mereka tidak dapat belajar di rumah. Di dalam kelas mereka tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas kerana mereka
hidup dalam trauma.

Kepentingan guru mengawal emosi

Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar


membina daya pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif bagi membentuk
individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan
yang berlaku di sekeliling mereka. Guru yang baik haruslah boleh mengawal
kelas dengan baik dan boleh menarik perhatian pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sebagai seorang guru kita haruslah tahu
untuk mengawal emosi. Jika kita lihat zaman sekarang ramai guru yang tidak
tahu mengawal emosi. Di dada akhbar terpampang berita guru memukul dan
mendera pelajarnya. Ini adalah satu contoh tindakan guru yang tidak tahu
mengawal emosi. Masalah peribadi dibawa ke kelas. Akibatnya murid yang
menjadi mangsa. Guru yang pandai mengawal emosi mempunyai banyak
kelebihan dan memberi banyak manfaat kepada pelajarnya.

Guru yang pandai mengawal emosi dapat memotivasikan pelajar.


Guru yang ceria dapat meningkatkan minat pelajar terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru yang tahu mengawal emosi akan sentiasa bersemangat
untuk masuk ke kelas. Oleh itu, guru itu akan membuat persediaan secukupnya
dan menggunakan teknik pengajaran yang lebih kreatif. Sebagai contoh
mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat memotivasi pelajar
untuk terus belajar kerana ia dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kesan
daripada visual dan interaktif sumber berasaskan TMK membantu pelajar
menumpukan perhatian dan menggalakkan mereka tidak jemu dan mampu
menyiapkan tugasan pembelajaran dalam jangkamasa yang lama.TMK juga
dapat memotivasikan pelajar dengan cara melibatkan pelajar melalui kerja-kerja
penghasilan. Melalui pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, guru akan

11
melibatkan pelajar dalam penghasilan kerja yang berasaskan teknologi termasuk
pemprosesan kata,hypermedia, grafik computer dan telekomunikasi. Pelajar
akan menyukai aktiviti berkenaan kerana dapat meningkatkan kreativiti, ekspresi
kendiri dan kebanggaan melihat hasilan yang kelihatan professional.

Kepentingan guru mengawal emosi

Menjadikan pelajar terhadap pengajaran dan


pembelajaran

Interaksi dua hala dapat dijalankan

Minat pelajar terhadap subjek meningkat

Memudahkan pengurusan bilik darjah

Objektik rancangan pengajaran harian tercapai

12
Selain itu, kebolehan guru mengawal emosi dapat menjadikan proses
pembelajaran dan pengajaran berjalan secara lancar. Hal ini kerana guru
menjadi lebih mesra dengan pelajar. Pelajar akan lebih selesa berinteraksi
dengan guru. Oleh itu interaksi dua hala antara guru dan pelajar dapat berjalan
lebih baik. Guru boleh menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan
sebaiknya dan pelajar dapat menerima maklumat yang disampaikan sebaiknya.
Situasi di dalam kelas akan menjadi lebih ceria. Pelajar akan menjadi lebih aktif
dan berani untuk melontarkan pendapat. Hal ini dapat mengembangkan
pemikiran dan minda pelajarnya. Hubungan pelajar dengan guru akan menjadi
lebih baik. Sikap guru yang negatif dalam mengurus pengajaran tidak bersedia
dan mengenali murid secara peribadi. Guru lebih banyak menyampai maklumat
tetapi kurang membimbing. Hubungan guru murid yang renggang akibat kontek
masa yang singkat. Murid kurang mengenali guru mengakibatkan penerimaan
dan keyakinan tidak terbina.

Guru yang dapat mengawal emosi juga dapat memupuk minat


pelajar kepada subjek berkenaan. Kualiti pengurusan bilik darjah yang baik
dipandu oleh corak pembelajaran yang terarah. Bilik darjah sebagai ‘learning
organization’, perlu menghalakan aktiviti, minat, sikap dan komitmen yang tinggi
di kalangan guru dan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran yang terarah dapat menentukan objektif yang jelas, pengurusan
masa, bimbingan dan penyeliaan yang baik oleh guru, disamping rasa
tanggungjawab yang tinggi di kalangan murid dalam melaksanakan tugas
mereka sebagai seorang pelajar. Sekiranya guru tahu mengawal emosi
pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Cara penyampaian guru yang
menarik akan menjadikan pelajar meminati sesuatu subjek. Secara tidak
langsung pencapaian pelajar dapat ditingkatkan dan seterusnya meningkatkan
prestasi sekolah. Sekiranya guru tidak boleh mengawal emosi keadaan kelas
akan menjadi bising. Suasana bising dan mengganggu berlaku disebabkan
kelemahan kualiti pengurusan bilik darjah. Ketidakcekapan guru mencorakkan
tingkahlaku pelajar (yang terkawal dan berdisiplin ) menyebabkan suasana di

13
dalam bilik darjah menjadi bising dan mengganggu.
Perlakuan destruktif yang pelbagai boleh berlaku jika suasana bising dan
mengganggu tidak dapat ditangani oleh guru secara berkesan.

Kepentingan mengawal emosi kepada guru terhadap pengurusan


bilik darjah. Kualiti pengurusan bilik darjah merupakan kayu pengukur bagi
menentukan berkesan atau tidaknya pembelajaran yang berlaku dalam
sesebuah bilik darjah. Ini kerana kelemahan yang berlaku dalam bilik darjah itu
juga merupakan petunjuk yang boleh dikaitkan dengan soal kualiti pengurusan.
Pengurusan yang lemah dan tidak berkesan dalam organisasi pembelajaran
dalam bilik darjah, menyebabkan perkembangan aspek kualiti yang tinggi dan
unggul tidak dapat dipertahankan.
Kualiti pengurusan yang lemah menyebabkan simpton sosial dan moral dalam
bilik darjah terus meningkat. Kualiti bilik darjah yang tertekan boleh memberi
kesan yang negatif ke atas perkembangan emosi seperti masalah rasa takut,
bimbang , tiada keyakinan, dan keinginan untuk ponteng kelas yang tinggi di
kalangan murid.
Tekanan emosi juga boleh berlaku disebabkan perasaan dan rasa kurang
selamat, aspek moral yang rendah, hubungan antara guru dan murid yang tidak
baik, beban kerja yang berlebihan, jangkaan yang melampau terhadap murid
serta kurangnya sokongan di dalam bilik darjah.

Budaya belajar di dalam bilik darjah yang berkesan dapat dibina


oleh wawasan dan misi organisasi pembelajarannya. Ini akan dapat
meningkatkan kesedaran, rasa tanggungjawab, komitmen dan keinginan untuk
mencapai kejayaan melalui pembentukan sikap yang mementingkan pelajaran
seterusnya mendorong murid untuk merealisasikan matlamat, cita-cita, hasrat
dan impian murni. Sekiranya guru tahu mengawal emosi objektif rancangan
pengajaran harian akan dapat direalisasikan. Secara tidak langsung sukatan
pelajaran dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, pelajar
mendapat maklumat sepatutnya yang mereka perolehi untuk tahun tersebut.

14
Kesimpulannya guru haruslah pandai untuk mengawal emosi
mereka. Hal ini kerana, prestasi seseorang pelajar bergantung kepada cara
didikan guru. Guru yang baik boleh memikat hati pelajarnya bila berada di dalam
dan luar kelas. Guru yang baik menyebabkan pelajar berasa selesa apabila
bersama kita.

15